chapter 10

"Saya kawan kepada Firzana yang masuk sini dengan tangan berdarah mana dia?" Tanya Anis.

"Ouh Cik Firzana didalam bilik 1004." Kata nurse yang bertugas.

"Okay terima kasih." Anis melihat kearah Iman, Ecah dan Auni yang kelihatan risau. Balqis belum pulang dari Mesir.

Kami bergegas ke bilik yang dituju. Sampai sahaja dibilik 1004, terlihat Firzana sedang tidur diatas Katil.

"Zana!!" Jerit kami.

Firzana bangun dari tidurnya, siapa pulak kacau aku ni, syok tengah lelap ada orang menjerit pula.

"Kau kenapa sampai masuk hospital ni, tak sayang nyawa dah ka?" Tanya  Anis.

"Aku tolong orang ja pun, alaa sikit ja ni, esok aku boleh keluarlah." Kata Firzana.

Buat orang risau betul, kalau apa apa jadi dekat dia apa Anis nak jawab dekat Puan Ariah dengan Encik Zairi. Mahu dibebel oleh ibunya kerana tak pandai jaga anak dara orang.

"Nak tolong tuh berpada pada lah sikit, tau lah diri tuh pandai  seni pertahankan diri tapi tak sama dengan kudrat lelaki, nasib kena dekat tangan kalau kena dekat perut ka kepala ka macam mana?" Bebel Iman.

"Aku tau lah tapi aku dah call polis, polis  ya..." sebelum Firzana sempat habiskan ayatnya Ecah mencelah.

"Jangan bagi alasan, kau saja ja nak tunjuk hero amboih degil sungguh." Sorang lagi yang suka membebel macam mak mak.

"Kau ok tak ni? Kau lapar tak? Nak makan tak?" Tanya Auni pula, kesian pula asyik kena beleter ja dengan minah dua orang ni.

"Aku ok ja, besok aku discharge dah, sikit ja pun kena." Walhal dalam gila luka tuh.

"And aku nak makan.... beli ja la aku lapar juga ni." Sambung Firzana. Auni mengangguk lalu mengajak Ecah untuk menemaninya.

                                      🍉🍉🍉

"Boss ada berita buruk." Kata Zawaf kepada Aiman. Zawaf melihat muka Aiman yang macam' ada apa'

"Cik Firzana kena serang dengan perompak sekarang ni dia ada dihospital, cik Firzana luka dekat tangan Kanan. Dia tolong orang yang dirompak." Terang Zawaf.

"Apa? Dia luka? Hospital mana dia ada sekarang?" Tanya Aiman dengan cemas.

"Dia duduk dekat hospital mawar dan dia dah discharge pagi ni. " kata Zawaf.

"Kau kata perompak yang luka kan tangan dia? Aku nak kau potong semua tangan diorang no excuses!" Marah Aiman.

"Tak boleh berdosa tuan." Kaya Zawaf. Dia tau yang Bossnya tengah marah jadi semua benda yang keluar dari mulut bossnya bukannya dari hati.

Aiman berdehem menutup malu. "Kalau macam tug beri diorang hukuman berat. Diorang dah masuk jail kan?"

Zawaf mengangguk.

"Cari Alamat rumah Firzana. Besok aku nak." Kata Aiman sebelum mengambil kunci kereta diatas meja pejabatnya.

"Tuan nak pergi mana? Tuan ada lunch dengan cik sarah."

"Cancel." Kata Aiman sebelum keluar dari pejabatnya.

                                    🎋🎋🎋

Firzana keluar dari kedai bunga dengan tangan yang berbalut sebelah, tak kesah sakit ka tidak janji kerja aku siap and tip top.

Firzana masuk kedalam kereta myvinya lalu menghidupkan enjin. Baru sahaja dia mahu mengundukan kereta kebelakang tiba tiba bonetnya terlanggar sesuatu.

"Ya allah." Jerit Firzana dalam kereta bila keretanya bergegar kuat.

Firzana keluar dari kereta selepas itu lalu melihat bonetnya sudah kemek, kemudian lihat kearah kereta mewah yang dilanggarnya tadi. Alamak! Pintu dia kemek.

Pemandu kereta itu keluar dari perut kereta. Kelihatan seorang lelaki yang tinggi dan sedikit tegap berpakaian kot berwarna navy blue diserikan wajahnya dengan memakai rayban. Nampak Handsome tapi perangai handsome ke tak?

Firzana terus meminta maaf pada pemandu tersebut. Berapa lah harga aku nak bayar dekat dia ni macam mahal ja kereta ni. Firzana melihat sekali lagi wajah pemandu itu bila pemandu itu mendekatinya. Macam pernah nampak muka mamat ni.

Aiman memengangkat rayban lalu letakkan diatas kepala. Firzana terkejut,

"Awak!!" Kata Firzana.

"Ya? Kalau saya pun kenapa? Kecik ja kan dunia ni." Kata Aiman.

Firzana hanya diam sementara, dah lah aku langgar kereta dia tak kan lah aku nak lawan mulut dengan dia pulak.

"Awak tau kereta saya berapa harganya kalau kira kemek macam ni?" Tanya Aiman.

Firzana menggeleng.

"Rm 20 ribu." Selamba Aiman menembak padahal dia tak tahu pun saja nak takut takutkan minah ni.

"Hahh?!!" Firzana terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top