bab 47

"Dah jom, kau tercegat apa lagi dkt situ? Nak aku dukung kau keluar?" Tanya Aiman pada Firzana.

"Sabarlah." Kata Firzana lalu dia bangun dari sofa.

"Nak pergi dah?" Tanya datin Qamariah.

"Haah." Jawab Aiman sepatah lalu dia meloloskan diri kedalam kereta.

"Saya pergi dulu ya umi." Kata Firzana seraya menyalami tangan Puan Qamariah.

"Haa ye lah hati hati ya, kalau Aiman buat apa apa bagitau dengan umi." Kata Puan Qamariah tersenyum.

😆😆😆😆😆😆

"Hello sayang." Kata Aiman menerusi panggilan.

"I nak ajak u keluar nak tak?"

"Haah, I dah otw pergi mall."

"Ok see u, take care n love u." Kata Aiman lalu dia menamatkan panggilan.

Firzana hanya mampu menjadi pendengar yang tidak berbayar. Tunggu lah nanti Aiman, saya akan tawan balik hati awak.

"Awak ajak Sarah ke?" Tanya Firzana  walau pun sudah tau jawapannya.

"Tak lah aku ajak beruk."

"Betul betul lahh, takkan lah si Sarah tu Beruk?" Kata Firzana geram. Aku tanya elok elok, dia jawab cenggini aek.

"Aku ajak Sarah lah siapa lagi kalau bukan buah hati aku." Kata Aiman megah.

"Dia bukan buah hati awak." Kata Firzana berani."

"Habis siapa kalau bukan Sarah? Kau?"

Firzana mengangguk laju. Itu memang kenyataan bukan khayalan.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAH, kau buat lawak apa ni perempuan? Kenal kau pun tak apatah lagi buah hati aku perasan!" Kata Aiman menggelengkan kepalanya. Perasan betul!

"Bukan perasan tapi memang betul pun saya yang asli Sarah yang palsu, cuma awak ja yang tak ingat and tak nampak." Bidas Firzana.

"Aeh aeh perempuan, sedap sesedap adabi aek kau kata Sarah palsu? Sedar diri sikit, kau bawak cermin tak? Kalau bawak, cermin diri tu siapa yang palsu siapa yang asli. Kau dengan Sarah bagaikan langit dengan bumi tau tak" Kata Aiman.

"Saya tak kisah saya dengan bagaikan langit dengan bumi ke anjing dengan kucing ke yang penting saya akan pulihkan ingatan awak dan ambik awak balik." Kata Firzana dengan bersemangat, dia dah  berazam nak dapatkan hati Aiman semula.

"Suka hati kau lah Firzana, aku tau hati aku takkan berpaling and aku akan pandang Sarah seorang je. Bila aku dah sayang, sampai bila bila aku sayang, so better kau mengalah je lah."  Kata Aiman apabila dia  mahu membuat pusingan U-turn.

"Dulu awak cakap macam tu jugak dekat saya, tengok sekarang jadi apa." Gumam Firzana.

"Kau cakap apa?"

"Ada tupai atas bumbung kereta awak."

🌶🌶🌶🌶🌶🌶🌶🌶

"Hai sayang!!!" Sarah laju memecut berlari ke arah Aiman yang sedang melambai lambai kepadanya.

"Kenapa perempuan ni ada kat sini? I ingat ada  kita berdua ja." Kata Sarah lalu dia menyebikkan muka.

Firzana menjulingkan matanya. Gedik  dasar ulat bulu.

"Memang kita berdua pun, ada orang lain ke kat sini?" Tanya Aiman sengaja.

Wow, aku tak wujud kat sini? Menarik sungguh permainan kau.

"Jom, I bawak you pergi shopping nak? Kita pergi tengok wayang, kita pergi...." Kata Aiman sambil membawa Sarah jauh dari Firzana.

Nak dating pun jangan tunjuk aku.

"Sekarang ni aku nak buat apa? Tunang pergi dating dengan ulat bulu, aku pulak sorang sorang kat sini macan tunggul. Ada tunang pun macam tak de ja." Firzana membebel sorang.

Firzana berjalan jalan sekitar mall tersebut. Alahai ingat dapat bawak Umi datang tup tup sorang sorang je.

Firzana masuk ke kedai kedai untuk melihat barang yang dia mahukan. Tiba tiba perutnya berkeroncong.

"Haih perut, dah lapar ke? Jom kita pergi macam Kepci." Kata Firzana dengan nada yang gembira. Makan kan? Sapa je tak gembira.

"Mana aek kepci? Tadi rasa ada terjumpa kepci tapi dimana ya??" Kata Firzana lalu dia membuka matanya luas luas untuk mencari kepci tiba tiba matanya ternampak sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.

"Perghh siap berpeluk peluk, sakit pulakkk hati kita ni, tunggu kita report kat umi kita biar dia rasa!" Kata firzana geram lalu dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Datin Qamariah.

Selepas beberapa saat...

"Hello assalamualaikum Umi!!"


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top