Jurnal 5
Jurnal Adam
Setelah bertahun-tahun aku berjalan di muka bumi ini, aku terjumpa seorang manusia di dalam hutan. Aku sendiri tidak tahu di mana aku, malah aku tak pernah ambil tahu nama tempat atau negara yang aku tinggali. Kadangkala aku sendiri jadi tahu apa nama negara ini. Yalah, orang yang sibuk membanggakan negara nya selalu sebut "ini negara amerika, tanah air aku".. dari situ aku dapat tahu walaupun aku tak mahu tahu. Sebab...... Tujuan aku cuma mencari Hawa. Sedar tak sedar masa terlalu cepat berlalu bagi aku. Entah sudah beratus tahun aku merayau-rayau di muka bumi ini semata-mata hanya untuk Hawa. Oh, manusia yang aku bicarakan tadi ialah seorang lelaki tua. Nama penuh nya Nikola Tesla. Kesian, hidupnya melarat. Miskin dan duitnya hanya untuk membeli alat-alat untuk ciptaan nya. Dia malah sanggup menghabiskan duitnya untuk hasil kerja nya. Pada mulanya dia sangat sombong pada aku, kerana dia sudah beberapa kali di kecewa kan oleh orang-orang yang dia percaya. Maksud nya dia di tipu. Malah ada orang yang mencuri hasil kerjanya. Jadi dia tidak percayakan aku pada awalnya. Namun hari demi hari, hatinya menjadi lembut. Kerana aku selalu berkunjung ke makmalnya di dalam hutan. Bukan setakat makmal, rumahnya juga di situ. Akulah yang selalu membeli makanan dan air minuman untuknya. Untung aku mempunyai duit walau sedikit. Tetapi cukup untuk makan setahun. Aku lebih rela tidur di jalanan daripada lapar seharian. Inilah aku.
Sedang aku memerhatinya membuat kerja, aku bertanya tentang kehidupannya.
Adam : kenapa hidup kau jadi macam ni? Padahal kau seorang ilmuwan yang sangat genius. Aku pelik lah.
Nikola Tesla : biasalah. Niat baik aku jadi sampah yang di buang.
Adam : aku tak faham?
Nikola Tesla : dulu semasa aku masih muda, aku kerja dengan Thomas Edison. Dia orang yang penuh pendirian. Satu dunia mengaku dialah orang yang menemukan arus elektrik. Tapi arus eletrik nya bersifat dc (direct current) , yang mana arus tanpa arah. Kelemahan dc ni cuma harapkan satu motor sahaja. Maksudnya guna satu generator saja dan arus elektrik nya tak dapat menyebar sejauhmana pun.
Adam : oh jadi kau pula guna arus elektrik yang mana?
Nikola Tesla : aku guna ac (alternatif Current) di mana arus nya boleh berulang alik. Boleh guna sumber tenaga yang banyak dan tak mengharapkan satu motor. Aku guna sumber semula jadi untuk di jadikan arus elektrik. Contohnya sungai, solar.. tapi tu la. Awalnya berjalan lancar. Sampai lah aku berperang ilmu dengan Albert Einstein. Dia kalah dan mencipta satu teknologi yang baru iaitu perfileman.
Adam : aik? Mana pula dia kalah kau miskin macam ni?
Nikola Tesla : masa tu aku bergabung dengan syarikat yang sama menggunakan ac .. tapi selepas itu aku berhenti, ingatkan nak buat syarikat sendiri. Tapi para pelabur yang nak melabur dalam hasil kerja aku tarik diri.
Adam : kenapa?
Nikola Tesla : macam aku cakap tadi lah. Niat baik dijadikan sampah. Aku mencipta satu sistem teknologi di mana kita boleh guna arus elektrik tanpa arus membuat. Kau magnet? Lebih kurang macam tu lah. Aku guna medan magnet dan sumber semula jadi untuk di jadikan arus elektrik yang cukup untuk di gunakan semua orang yang ada dalam dunia ni dan tak kan pernah habis sumber tenaganya. Aku bercadang nak berikan semua orang menggunakan nya dengan secara percuma. Sebab itu pelabur-pelabur tarik diri untuk menyertai membuat ciptaan aku.
Adam : wow, percuma! Ternyata orang-orang hanya memikirkan untung dari faedah nya.
Nikola Tesla : ya. Satu dunia akan terang benderang.
Dari situ aku tahu dia adalah seseorang yang hebat selama aku hidup di bumi ini. Dan ciptaan sekarang diguna-pakai oleh manusia sekarang. Contohnya kabel elektrik di antara rumah ke rumah, wifi , bluetooth dan sebagainya. Tapi semuanya di bayar. Hahaha sedangkan dia mahu memberi kita semua guna dengan percuma. Sepanjang aku dengan dia, banyak ciptaan yang hebat dia hasilkan. Contohnya, alat teleport.. dengan sekejap sahaja kita boleh teleport dimana-mana tempat kita mahukan. Tapi sayang, selepas sekali guna.. alat itu rosak parah. Itu sebab bahan-bahan yang digunakan hanyalah bahan terpakai. Sekiranya dia banyak duit, dia mampu menyempurnakannya.
Pernah satu ketika, aku menolongnya membuat satu pesawat pelik. Bentuk nya seperti piring?
Adam : boleh terbang ke benda ni?
Nikola Tesla : pasti boleh.
Adam : pelik bentuknya ni.
Nikola Tesla : bentuk macam ni lah boleh buat benda ni terbang lebih laju dari kapal biasa.
Adam : ohh jadi bila boleh di uji?
Nikola Tesla : dah nak siap... Sumber tenaga boleh selesai di caj.
Adam dan Nikola Tesla pun masuk dalam pesawat itu sambil menunggu tenaga dicaj. Sesudah itu Nikola Tesla cuba untuk menghidupkan enjin. Pesawat itu berjaya di hidupkan. Mereka pun bersorak gembira akan hasilnya.
Nikola Tesla : akhirnya!!! Mari kita terbang ke langit!!
Adam : yeahhhh!!
Pesawat itu terus terbang ke udara dengan laju dan pantas. Ia terbang hingga ke kota sehingga lah mereka sampai di makmal itu semula.
Adam : benda ni berjaya! Kau boleh jadi kaya semula!
Sebaik sahaja Adam berkata begitu, enjin pesawat meletup. Mereka segera berlari keluar..
Nikola Tesla : walaupun berjaya, barang dalam pesawat itu cuma barang terpakai. Kalau di buat semula tak kan sama macam tadi.
Adam : apa? Kau tak boleh baiki semula ke?
Nikola Tesla : mana nak cari bahan nya Adam?
Adam : ..........
Adam terdiam.. dia sedar akan itu. Dia tak mampu menolong apa-apa lagi.
Itulah kehidupan aku bersama Nikola Tesla. Nama yang hampir dilupakan. Dan ciptaan nya pesawat terbang itu di panggil U.F.O oleh orang yang melihatnya pada malam itu. Bila di fikirkan, agak kelakar. Sampai keluar teori tentang kehidupan angkasa lepas. Hahaha .. aku menemani nya sampai mati. Mati akibat sakit tua.
Apalagi? Aku teruskan perjalanan aku untuk mencari Hawa. Tetapi sesuatu telah berlaku.. ingatan aku tentang hawa dan tentang kayangan semakin pudar dalam ingatan ku. Entah kenapa, aku selalu terlupa akan Hawa dan kayangan. Sebab itulah aku menulis semua ingatan ku dalam buku itu. Semakin jauh masa, semakin aku lupa. Nasib baik ada buku. Malangnya aku benar-benar terlupa akan wajah dan bentuk Hawa.. aku cuma ingat namanya. Kerana nama nya tertulis dalam buku jurnal aku..
Bersambung.....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top