Jurnal 3
Jurnal Adam
Aku terbangun di tanah yang lapang. Berlumpur dan berlopak. Di manakah aku? Apa yang lebih penting, mana Hawa? Aku cuba memanggil nya namun tiada jawapan. Aku membuka mata ku dengan lebih luas. Kerana suasana nya begitu kelam. Langitnya mendung. Inikah dunia manusia? Tanah tempat aku berpijak kemudian nya bergegar. Aku seperti mengenali bunyi itu. Barulah aku sedar, ternyata aku di medan perang. Mayat bergelimpangan di sekitar ku. Kedua puak itu mula berperang. Aku pula cuba mencari cara untuk bertahan hidup lalu mencapai busur panah dan mencabut anak panah dari mayat-mayat yang ada di situ. Lalu aku terus memanah tanpa memilih puak mana harus aku tolong. Alangkah terkejut nya aku, musuh kedua puak itu manusia! Mereka berperang sesama sendiri? Kenapa? Apakah manusia memang berperang sesama manusia? Sedang berperang sambil memikirkan itu, aku terdengar suara wanita meminta tolong. Aku kira itu Hawa ternyata bukan. Aku tetap mengalahkan musuh itu sebelum mereka mengapa-apakan wanita itu. Aku memintanya untuk pergi ke tempat selamat. Tetapi wanita itu juga meminta aku untuk lari. Aku terima nasihat wanita itu dan melarikan diri. Hampir separuh jalan, badan ku terasa lemah. Apa ni? Apa yang terjadi? Perut aku berbunyi. Perasaan apa kah ini? Aku duduk bersandar di sebuah pokok dengan harapan tenaga ku pulih sebentar lagi. Tetapi tidak, aku terlelap. Saat aku terjaga, ada beberapa tentera berkuda memandang aku dengan tajam. Entah kenapa aku faham akan bahasa mereka. Tentera itu memakai baju perisai berwarna ungu. Dia sebelah tangan sahaja, seorang daripada mereka mengangkat ku ke atas kuda mereka. Aku masih dalam keaadaan sedar tak sedar. Aku tiba di markas. Seorang wanita memberi aku air dan roti. Berehat. Esoknya, aku sedar. Di depan ku banyak makanan. Ikan, nasi dan air. Terus aku makan santapan yang terhidang di depan ku. Badan aku segar bugar. Aku rasa kuat dan pantas. Sungguh tak sangka makanan manusia ada ajaib nya. Seorang wanita datang dan mengatakan tuannya mahu berjumpa. Aku pun ikut wanita ikut sehingga ke bilik utama. Bendera besar terpampang di dinding bilik itu. Dan saat itu lah aku sedar, aku berada di negara jepun. Zaman peperangan samurai. Orang yang di depan aku adalah orang yang hampir menyatukan orang jepun sebelum meninggal pada tahun 1582 iaitu Oda Nobunaga. Dia menawarkan aku berkhimat sebagai tentera nya.
Nobunaga : bagaimana?
Adam : .......
Nobunaga : saya tertarik akan kecekapan anda di medan perang. Kami boleh melatih anda sebagai pahlawan di negara ini.
Adam : tak perlu. Saya bekas tentera.
Nobunaga : oh itu sangat bagus. Bagaimana dengan tawaran saya? Kalau kamu tolak, kamu tak akan dapat keluar dari sini hidup-hidup. Ingat itu.
Adam : baiklah. Cuma saya ada permintaan.
Nobunaga : ya silakan. Berapa pun permintaan kamu kami akan tunaikan..
Adam : saya perlukan tempat tinggal dan makanan yang secukupnya.
Nobunaga : hahahaha itu sahaja? Perempuan? Kamu tak mahu?
Adam : saya tak berminat dengan perkara lain.
Nobunaga : baiklah. Apa nama kamu?
Adam : nama saya Adam.
Nobunaga : mulai hari ini nama kamu Kazama. Kamu sekarang orang Nippon.
Kazama : baiklah.
Nobunaga : kita berdua akan menyatukan orang-orang Nippon dan jadikan dunia lebih baik.
Entah kenapa aku meragui itu. Namun aku tetap berkhimat dengan nya. Malah aku naik pangkat lebih pantas dari orang-orang nya sendiri. Aku boleh masuk ke mesyuarat yang hanya orang penting sahaja boleh masuk dan hadiri. 10 tahun aku berkhimat dengan nya, aku memang mengagumi kebijaksanaan nya dalam kekuasaan nya. Namun ada perkara yang amat buruk. Dia pernah membakar kuil tempat di mana orang-orang yang menentang nya berkumpul. Dia mendapat gelaran Raja iblis. Aku harus melakukan sesuatu. Untuk kebebasan aku juga. Sudah ku cari di serantau kawasan takluk Nobunaga, tiada Hawa di sini. Mungkin sahaja dia di turunkan di kawasan lain. Jadi aku pun bekerjasama dengan pengikutnya untuk menjatuhkan nya. Salah satu pengikut nya bernama Akechi Mitsuhide. Mereka menyerang Nobunaga sehinggakan terpaksa melakukan tindakan bunuh diri. Aku sungguh tak sangka dia mengakhiri hayat hidupnya begitu sahaja. Namun orang-orang yang menentang nya sungguh gembira sambil bersorak kemenangan.
Akechi : terima kasih sebab bekerjasama dengan kami, Kazama.
Kazama : saya tak buat apa-apa. Saya cuma ingin menyedarkan nya tapi tak sangka dia sanggup bunuh diri.
Akechi : orang nippon penuh bermaruah. Jika kami malu besar, kami sanggup bunuh diri dari pada harus hidup dengan rasa malu itu.
Kazama : apa? Itu maruah? Bagi saya itu sekecil butir pasir. Apa salahnya berbuat salah? Bukan kah kita belajar sesuatu dari kesalahan?
Akechi : .......
Akechi tidak tahu harus menjawab apa sehinggakan Kazama harus memulakan semua perbualan.
Kazama : nampak nya saya harus pergi. Ada seseorang sedang menunggu saya.
Akechi : ya baiklah. Hati-hati ya.
Akhirnya, setelah 10 tahun aku berjaya keluar dari jepun. Pada masa ini, negara ini masih penuh kekejaman. Tapi masih ada orang-orang yang tak mahu akan perang. Sayangnya, orang-orang di zaman ini tidak sempat merasa merdeka seperti kita sekarang. Bukan sahaja di jepun ada tindakan ganas dan kejam seperti ini. Di negara lain pun ada. Sejarah kita di dunia sebelum merdeka di penuhi dengan tumpahan darah, kekejaman dan ditindas. Contoh nya, Nicholas Tesla. Padahal idea nya sangat besar tetapi dintindas dengan orang kaya sehinggakan dia jadi papa kedana. Mati dalam keadaan miskin. Sebab apa? Sebab dia menemui tenaga elektrik yang boleh didapati dimana sahaja. Tenaga bumi. Malah dia memberi cadangan untuk menyalurkan tenaga elektrik ini ke seluruh dunia dengan percuma. Maka dari itu, pelabur-pelabur nya menarik diri dari projek tesla itu. Bayangkan jika kita dapat elektrik percuma, kamu semua tak akan bayar bil elektrik selama hidup kamu. Pun begitu, penemuan di olah oleh zaman serba modern. Contohnya wifi, itu hasil idea tesla sebenarnya.
Tetapi perjalanan aku masih jauh, aku masih belum menemukan Hawa. 10 tahun berlalu, bagaimanakah hidup nya? Bahagia kah dia? Deritakah? Aku sungguh bimbang akan dia. Aku berharap tempat yang aku tuju ini, Hawa ada.
Bersambung.....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top