9 : Indonesia
Situasi Areum
Aku duduk berhadapan dengan suami aku iaitu Yoongi . Air kopi diletakkan di atas meja . Yoongi memandang aku kemudian memandang kertas kerjanya semula .
" Dah dapat tahu ke siapa yang tikam Haera ? " tanyaku . Aku bukan apa , tapi tak sangka ada yang sanggup pecah masuk rumah lepastu tikam Haera . Nasib baik hidup lagi , kalau mati dah lama aku cari orang tu . Ini pun Yoongi cakap jangan sibuk hal dia . Hal dia means siasatan pasal Haera .
" Belum lagi . " dua patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Yoongi . Air kopi yang aku buat tadi dia minum sedikit .
Tiba-tiba telefon Yoongi berbunyi . Aku memandangnya dan Yoongi memandang aku . Kemudian kami memandang telefon Yoongi . Aku memandang sahaja Yoongi yang sengaja tidak menjawab panggilan itu .
" Kenapa tidak jawab ? "
" Tak penting . " aku mengeluh . Kenapa dua hari ni Yoongi asyik dingin dengan aku . Kebiasaannya dia tidak begini .. Aku memegang tangannya dan siapa sangka dia menepisnya sambil menengking aku .
" Jangan sentuhlah ! " tengkingnya . Aku tergamam . Mata aku mula dihiasi dengan kaca . Dengan segera aku meninggalkan bilik persendirian Yoongi dan masuk ke dalam bilik kami . Pintu dikunci . Aku nangis di katil .
Sejujurnya aku terasa dengan perbuatannya tadi . Tapi aku berfikir positif . Mungkin bawa kes dia kena handle dan semak semula . Aku terdengar ketukan dari luar . Siapa lagi kalau bukan Yoongi . Jimin dengan Haera dekat hospital .
" Sayang .. Bukalah pintu ni .. Saya minta maaf .. " kedengaran suara Yoongi di luar . Aku dengan ego aku sekali menegaskan bahawa jangan bagi Yoongi masuk bilik .
" Sayang .. Bukalah pintu ni .. Awak tak sayangkan saya ke ? Nak nangislah macam ni .. awak jangan macam-macam .. Tengah mengandungkan ? Nanti sakit cari saya juga .. " tambah Yoongi lagi . Namun hampa tiada balasan daripada Areum .
" Selamat malam , sayang .. " Yoongi beredar dari situ .
***
Situasi Haera
Jimin menyuapkan aku bubur yang dia baru beli sebentar tadi .
" Noona ahhh " sudu dihalakan ke mulut aku namun aku mengelengkan kepala .
" Alah sikitnya makan .. " kata Jimin dengan nada sedih . Aku ketawa kecil . Tangan aku mengusap kepala Jimin .Jimin memandang aku .
" Noona .. Jimin nak cakap benda yang betul .. Sejujurnya Jimin tak sangka Jungkook tinggalkan noona . Noona cantik . Noona baik . Noona perfect . Adakah Jungkook buta ? " tanya Jimin sambil membuat muka comel . Aku mencubit pipinya . Geram weh dengan pipi dia . Gebu !
" Apa ni noona ! Sakit tahu tak ? " Jimin membuat muka nak nangis bila aku mencubit pipinya kuat sangat . Nampak warna merah di pipinya .
" Noona .. " panggil Jimin .
" Boleh tak Jimin nak anggap noona lebih dari itu ? Maksud Chim yeojachingu .. "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top