22 : Sri Lanka
Jimin membuka matanya . Jauh dari dia ternampak seorang lelaki berpakaian serba putih dan sekelilingnya kabus putih .
" N-nuguseyo ? "
Lelaki itu tidak menjawab soalanya malah dia menghulurkan sekeping gambar kepadanya . Jimin menyambut hulurannya dan melihat gambar tersebut .
" I-igeo bwoya ? " tanyanya lagi .
Jimin cuba untuk mengingati wajah-wajah di gambar itu . Ada seorang lelaki tua dan perempuan tua , ada dia dan seorang lelaki di sebelahnya .
" Hyung .. " suara lelaki itu memanggil Jimin .
Jimin mengangkat mukanya . Wajah lelaki itu bercahaya . Senyuman dia membuatkan Jimin rasa sebak secara tiba-tiba .
" Ini Jihyun .. Adik hyung .. Hyung tak ingat ke ? Jihyun .. Hyunnie .. Park Jihyun !! " tangisan lelaki itu membuatkan Jimin makin resah .
Jimin jalan mendekati lelaki tersebut . Ataupun lebih dikenali sebagai Jihyun . Jimin mengusap muka Jihyun .
" N-ni adik Hyung .. Park Jihyun .. " katanya lagi . Jimin mengelengkan kepala . Dia tidak ada adik lagi . Dia hanya ada abang iaitu Min Yoongi .
" Aniya .. Nama hyung Min Jimin . Bukan Park Jimin .. " kata Jimin dengan sayu . Jihyun terus memeluk Jimin .
" Hyung .. Ingatlah yang Jihyun sentiasa ada disisi Hyung .. " sebaik sahaja Jihyun berkata begitu , Jihyun terus hilang di pandangannya .
Jimin memandang sekeliling dan lari bertempiaran . Apabila Jimin penat , dia berhenti seketika . Satu cahaya menyilaukan mata Jimin . Jimin menutup matanya kemudian dia membuka semula .
Bunyi burung berkicauan di pagi hari membuatkan Jimin berasa pelik . Bukankah dia berada di satu tempat yang kabus ? Detik hatinya .
Jimin memandang tangannya . Gambar itu ! Ini gambar sebuah keluarga . Dan kenapa dia ada di situ ? Kenapa ? Siapa diri dia sebenarnya ?
---
Haera mengejutkan Areum kerana telefonnya dari tadi tidak henti berbunyi . Amat bising untuk dia menyambung tidur . Areum tidak gerak malahan dia merengek .
" Areum .. Bangunlah .. Ada panggilan .. " aku cuba sekali lagi mengejutkan Areum namun tiada balasan . Hati aku mula berdebar-debar .
Aku meletakkan jari telunjuk aku di bawah hidungnya . Tiada pernafasan .
" Areum ! Tak lawaklah ! Bangunlah .. Areum .. Ireonna ... " jerit aku . Mata aku mula berkaca . Aku memandang pintu bilik aku . Jimin dan Jungkook terus menghampiri aku .
" Areum .. Bangun !! " air mata aku sudah laju keluar . Jimin sudah mengeluarkan telefonnya untuk telefon panggilan kecemasan . Aku masih memeluk Areum berharap dia akan bangun .
Tangisan di pagi hari membuatkan aku rasa seperti hendak pengsan . Jungkook memeluk aku dari belakang .
---
( Yoongi POV )
Aku membancuh kopi untuk diminum . Abis untuk apa lagi ? Disiram ? Seorang perempuan datang menghampiri aku dan memeluk aku dari belakang . Bau wangian mandiannya membuatkan nafsu aku bergelora .
" Yeobo buat apa itu ? " tanyanya . Aku menunjuk kopi dan dia meminum sedikit .
" Harini saya ada perjumpaan dengan classmates yang lama . Jangan rindu tau . " kata perempuan itu kemudian dia mencubit pipi aku . Aku ketawa kecil .
Tangan aku mengusap kepalanya .
" Takkan punya .. Dah pergilah nanti lambat sampai pula .. " kataku kepada dia . Perempuan itu menganggukkan kepala dan terus keluar dari rumah .
Aku menghelakan nafas lega . Berapa lama lagi aku perlu berlakon sebegini ? Berapa lama lagi aku perlu menipu Areum dan Jimin ? Berapa lama lagi aku perlu menahan perasaan rindu terhadap Areum ?
Lagu deringan daripada lagu Despacito membuatkan aku tersentak daripada lamunan . Dengan segera aku mengangkat panggilan tersebut .
" Yeobseyo ? "
Diam .
" Nae Min Yoongi di sini .. Ada apa ye ? "
Diam .
" MWORAGO ?! "
Air kopi ditangan aku terus jatuh ke lantai dan cawan yang bentuknya sempurna terus berkecai apabila terhentak dengan permukaan lantai .
Mata aku mula panas apabila mendengar berita buruk .
X
TEASER
" Dia dah tiada , Yoongi ! Sedarlah ! "
" Tak dia ada .. Katakan dia masih ada .. "
--
" Apa kita patut buat .. Ni semua salah aku .. "
" Bukan salah kau . "
-
" InWoo-ah .. Jangan nangis .. Mama Haera sentiasa di sisi InWoo .. "
Vote Goal : 30
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top