19 : United Kingdom

Situasi Jimin

Aku menyarung kasut ke kaki aku dan berlari ke luar rumah . Aku meletakkan penyumbat telefon dan memainkan lagu di telefon aku . Aku mula berlari di sekitar taman .

Nak ngorat anak dara orang kenalah sihat dan bertenaga ! Tiba-tiba larian aku terhenti di hadapan rumah perempuan yang amat aku minati .

Sejujurnya aku tidak lagi bertegur sapa dengannya kerana aku cuma jatuh cinta terhadapnya kerana dia menolong seekor kucing yang sakit . Pada ketika itu , aku nampak dia memimpin seorang budak kecil . Mula-mula aku sangka itu anaknya namun aku bersangka baik .. Mungkin anak sedaranya ataupun anak jagaannya .

Aku masih lagi berdiri di hadapan rumah perempuan tersebut . Secara tiba-tiba , pintu rumahnya terbuka dan aku terus bersembunyi di sebalik dinding . Ouh dia nak jemur baju .. Rambutnya pendek , bentuk badan dia mengiurkan aku , dan ketinggiannya sememangnya ideal type aku . Dan semua ini membuatkan aku teringat dekat Haein ..

Seorang budak kecil lari ke arah perempuan tersebut kemudian dia memeluk kaki perempuan tersebut . Kenapa muka dia mirip dengan Jungkook ?

" Sua .. Janganlah lari .. Terkejut mama .. " kata perempuan itu dengan anak kecil itu . Perempuan itu menyamakan ketinggiannya dengan anak kecil itu dengan melutut di hadapan anak kecil .

" Sua anak baikkan ? Janganlah lari .. Nanti jatuh , kan sakit .. " kata perempuan itu lagi sambil mengusap rambutnya .

Perempuan itu memandang di luar rumahnya . Aku mengendap sedikit dan tanpa sangkaan aku itu adalah Haein ..

Rupanya selamaini yang aku minat dan jatuh cinta pada bekas girlfriend aku sendiri ? Ya Tuhan ..

" Sudah 3 tahun , Jungkook tinggalkan kita , Sua .. " kata Haein kemudian dia memandang langit .

Semua berlaku dengan pantas , Areum noona masih di China , Yoongi hyung sudah pulang ke Korea namun dia pulang bersama seorang wanita . Haera noona kini menjadi pengetua di Sekolah Hanlim . Jungkook ? Masih tiada khabar tentangnya . Tiga tahun aku menyimpan perasaan dekat perempuan ini dan dia adalah Haein . Kenapa aku sendiri tidak perasan ?

" Kalau boleh , mama nak pulang ke Busan .. Nak jumpa Jimin .. Mama rindu dia .. Tapi Mama khianati dia .. Sejujurnya mama menyesal sebab terikut kata-kata manis papa Jungkook .. " Haein menyeka air matanya kalau boleh biarlah aku yang lap air mata itu tapi aku ni PENGECUT .

" Mama .. Jimin tu siapa ? " tanya Sua dengan muka polosnya . Haein tersenyum melihat betapa petahnya anak dia bercakap .

" Jimin tu seorang insan yang patut mama hargai .. Dia banyak tolong mama dan mama pun banyak tolong dia .. Khaja kita masuk dalam .. " kata Haein kemudian dia mendukung Sua dan masuk ke dalam rumah .

Aku keluar dari tempat persembunyian aku . Jantung aku berdegup pantas . Destinasi aku seterusnya adalah Sekolah Hanlim !

***

" Betullah noona ! Dia Haein ! " kata aku dengan geramnya sebab Haera noona tidak percaya dengan apa yang aku katakan .

Haera menyisip sedikit minuman di hadapannya . Aku membuat muka .

" Jadi , apa tindakan Jimin selepas ini ? " tanya Haera dengan tenangnya . Sebenarnya dia tengah menahan marah tu , mana taknya aku datang terus rempuh biliknya dan pada ketika itu ada ibu bapa yang tengah berjumpa dengannya . Manners tiada hahahaha .

" Molla .. " kataku perlahan .

" Jumpalah dia .. Jimin sendiri dengar dia cakap dia nak jumpa Jimin .. Tackle hatinya balik . Simple .. "

Aku menganggukkan kepala bila aku dah tahu apa yang aku patut buat .

" Noona , pasal Yoongi tu .. " yup ! Lepas dia cakap aku ni anak angkat , aku terus tidak menganggap dia abang aku lagi .

" Noona dah puas pujuk Areum .. Tapi dia degil ! Dan noona tak faham kenapa Yoongi tak kenal kita semua .. Dan perempuan itu ! Buat hati noona panas je ! " kata Haera dengan geramnya . Begitu juga dengan aku .

Sanggup dia goda ketua dia sendiri ?

" Okeylah noona .. Jimin nak balik dulu .. Nanti appa marah pula .. " kata aku kemudian aku membongkokkan badan aku .

***

Situasi Jungkook

Aku menyuap bubur nasi ke dalam mulut Yoonji dan Inwoo . Aigoo comelnya anak Areum noona . Aip ! Jangan fikir bebukan okey ! Sudah tiga tahun aku menetap di China sebab aku hendak menyiasat dan spy Yoongi . Aku tahu ada benda yang tak kena dan pasal US tu .. Aku terpaksa tipu Haera noona ..

" Sampai bila kita nak duduk sini , Jungkook ? " kata Areum . Tangannya ralit mengelap bubur nasi di mulut Inwoo .

" Sekarang ni diorang dah balik Korea .. Minggu depan kita balik Korea .. " kataku sambil menyuap bubur ke Yoonji .

" Thanks Jungkook sebab tolong noona .. " ujar Areum dengan senyumannya . Aku tolong ni sebab semua ada kaitan dengan kami semua . Siapa itu kami semua ? Jimin, Haera noona , Yoongi , perempuan sial tu , dan Areum noona .

" Lek ah .. Jungkook akan pastikan Yoongi menyesal dengan apa yang dia buat .. "

Berdasarkan apa yang author tengok , ramai suruh author update 2 story ith tapi author ni manusia biasa .. Author tengok bnyk yg nak cerita Bully . So dah publish cerita itu ! Spam vote dan komen kat sana sampai 20 votes dan kat sini lupa . Kalau dah jumpa saya !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top