Episod 272 - 31 Mei, 2002
Sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta menjadi suami kepada CFO Wijaya TV, Azlan dapat tiket Piala Dunia bola sepak yang berlangsung di Goryeo Selatan dan Ryukyu.
Tetapi disebabkan Merlina juga nak belajar teknologi terbaru dari Samsung, dan bawa tiga orang, iaitu Amin, Adli dan Jessica untuk belajar tentang teknologi komputer yang terbaru ini. Ali yang nak tengok bola sepak Piala Dunia pun ikut sekali mencelah.
Rupanya sejak Merlina takeover uruskan Hackers Media, dia dah bina networking dengan banyak syarikat-syarikat teknologi dunia. Umpamanya macam Samsung ni.
"Haha! Team Perancis kau kalah, Amin! Kalah dengan Senegal pulak tu!" kata Adli Margera yang merupakan peminat bola sepak Brazil. Dendam kekalahan Brazil ke atas Perancis pada tahun 1998 dulu masih berbuku dalam hati Adli.
"I rasa tahun ni England yang akan menang! Sebab David Beckham tengah on form sekarang ni," kata Jessica.
"Boo! Takat freekick David Beckham tu tak power mana pun. Free kick Roberto Carlos siap melentur lawan angin! Pastu kau tengok la, Ronaldinho lari gentel semua defender England, takat Tony Adams tu? Rio Ferdinand? Semua tu celah gigi je Ronaldinho lari. Pass kat Ronaldo, berdesup kaki dia pergi, David Seaman confirm tergapai-gapai!" kata Adli Margera dengan penuh berdegar.
"Ehem! Champions EPL tahun ni siapa? Arsenal tau!" Ali yang pakai baju Arsenal pandang Adli Margera ni atas bawah je.
"Budak Adli ni bila cakap, macam la pemain England ni tak ada kaki," kata Merlina.
Amin singgung lengan Adli.
"Wei Adli, lek lek la kutuk England ke Arsenal tu. Depan Bro Ali kot..." kata Amin, berbisik.
"Minta maaf, Bro Ali," kata Adli.
"Takde apa lah. Tapi aku tak nafikan la, risau juga jumpa Brazil nanti. Hari tu masa match kat Puncak Jaya tu, Gelanggayu kena belasah 7-0. Tengok skil Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho, Gilberto Silva...gerun jugak wei. Sekali dia main Joga Bonito, payah nak lawan," kata Ali.
"Tu lawan Gelanggayu, Ali. Ni lawan England," kata Merlina.
"Masalahnya England ni selalu suwey di pertengahan jalan. Aku dah perhati lama dah. Ada mangkuk gol pakai tangan reff tak nampak la, ada mangkuk tak reti sepak penalti la, ada mangkuk tak reti jaga temper sampai kena red card la. Siot betul, aku lahir 1967, England menang World Cup 1966. Kalau aku lahir awal sikit, sempatlah aku tengok," kata Ali.
"Alan sokong apa wei?" tanya Merlina.
"Dia ni lalang. Tahun '86 sokong Argentina, tahun '90 sokong Jerman. 1994 dia sokong Itali, 1998 Perancis," kata Ali.
"Peh, semua team dia sokong jenis bangsa final je ke? Dia macam ada orang dalam je kat FIFA tu. Alan!" Merlina panggil Azlan yang berada di kerusi depan.
"Ya!"
"Tahun ni World Cup bola kau sokong siapa?" tanya Merlina.
"Brazil!" kata Azlan.
"Yes!" Adli genggam tangan tanda seronok.
"Takdenya, Adli. Final nanti England lawan Brazil. England menang. Azlan ni ada je team dia yang dia sangkut. Macam 1994 tu," kata Ali.
"Tapi tahun tu aku memang suwey, Ali! Lagipun Itali kalah penalti je tu. Silap Roberto Baggio sepak bola ke bulan," kata Azlan, merujuk kepada kejatuhan kerajaannya di Melaut.
"Kau rasa siapa masuk final?" Ali tanya Azlan.
"Brazil lawan Jerman. Miroslav Klose tu sedap aku tengok match dia kat Bundesliga. Aku suka tengok FC Kaiserslautern. Hari tu masa lawan PSV Eindhoven, aku pergi Philips Stadion."
Bila Azlan sebut dia ke Eindhoven, muka Ali terus berubah, sebab dia tahu Hanis berada di sana.
"Kau buat apa kat sana?" tanya Ali.
"Aku dengan ibu pergi meeting dengan diplomat EU kat Brussels, pasal trade deal. Jadi kebetulan FC Kaiserslautern main UEFA Cup kat Eindhoven, tiket murah, aku pergi lah. Eindhoven tu drive dua jam je dah sampai kalau dari Brussels," kata Azlan.
"Oohhh..." Ali mengangguk. Dia tak nak tanya lagi, takut terbuka mulut tentang hal Hanis.
Sejak terlibat dengan industri teknologi cyber ni, Ali kerap ke Eindhoven untuk urusan kerja. Jadi sekali sekala dia akan melawat Hanis di sana.
"Lan, kau bukan Liverpool ke?" tanya Merlina.
"Tu kalau England. Kalau Jerman, FC Kaiserslautern. Tapi Borussia Dortmund pun best juga. Tapi dalam hati aku ni, Puncak Jaya FC je lah," kata Azlan.
Kapal terbang mendarat di lapangan terbang antarabangsa baru di Incheon, Goryeo Selatan dan disambut oleh pegawai-pegawai Kementerian Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Goryeo Selatan.
Kebetulan Azlan mendengar cadangan Merlina untuk mengimport drama dari Goryeo Selatan untuk disiarkan di Wijaya TV.
Azlan melihat sendiri persiapan Goryeo Selatan dalam Piala Dunia kali ini, dan kagum terutamanya dalam bidang infrastruktur dan modal insan.
Di Seoul, Ali membawa Adli bertemu dengan Leonardo, yang berada di sana dengan penyokong-penyokong bola sepak dari Brazil lepak bersama.
"Ha, kau suka sangat Brazil kan? Ni kawan aku dari sana, Leonardo," kata Ali yang mengajak Adli Margera lepak bersama-sama.
Merlina pergi ke pejabat Samsung, Azlan berjumpa dengan pegawai-pegawai Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Goryeo Selatan, serta Adli bersama Ali berjumpa dengan Leonardo dan konco-konconya dari Brazil, Amin dan Jessica berdua tanpa ada perancangan.
"Amin..."
"Ya, Jessie. Ada apa?"
"Jom, jalan-jalan. Boringlah," kata Jessica.
Mereka menaiki bas 700-2 menuju ke Jangan Park, yang terletaknya tembok pertahanan purba, Hwaseong Fortress.
Tengah jalan-jalan, tiba-tiba Amin ketawa.
"Kenapa you ketawa?" tanya Jessica.
"Nama taman ni, Jangan Park. Jadi tak boleh parking kereta kat sini."
"Kenapa tak boleh park?"
"Sebab dia kata 'jangan'?"
"Hehe, you're funny," kata Jessica.
"Lawak hambar je tu."
Mereka berdua duduk di taman, dan memerhatikan orang-orang Goryeo Selatan yang sedang berjalan di situ atau sedang beriadah.
"Cantik-cantik la semua orang Goryeo Selatan ni. Semuanya macam tahap model je. Insecure pulak I tengok," kata Jessica.
"Plastic surgery je tu. You lagi cantik apa."
"Ish, nama I ni je macam perempuan dari US. Jessica Daniel. Tapi muka Melayu je."
"Nama I Amin Nazri. Tak muka Arab pun. Nama je pun. Tu, boss I tu, nama Kenneth Chong. Bapak dia nama Jacob. Takde muka white pun. Nama je pun."
Amin tunduk sahaja, sementara Jessica pula duduk di sebelah. Jessica sebenarnya mengharapkan Amin untuk memulakan perbualan, tetapi Amin hanya tunduk sahaja, tak tahu nak memulakan perbualan.
"Cantik la tempat ni, Amin. Kalau buat drama ke filem kat sini, mesti best."
"Cerita macam Lord of the Ring? Tapi pintu gerbang dia je lah purba. Keliling dia dah moden dah."
"Best la Seoul ni. Dia boleh gabungkan ancient and modern. Cantik," kata Jessica.
"Apa yang tinggal untuk Wijayapura? Semua yang tinggal pun, paling tua pun era British. Era purba, yang tinggal cuma tembok sikit kat kawasan pelabuhan tu, lepas tu bahagian di Bukit Istana tu."
"Tapi okay je kan kalau bina yang baru, tapi buat bentuk purba? Ye lah, at least nampaklah cantik je, daripada satu bentuk bangunan sama je, betul tak?"
"Yang ni pun sebenarnya tahun 70an baru bina semula. Masa Perang Goryeo dulu musnah teruk."
"Kan? I selalu ada idea nak beritahu pada Abang Alan, tapi entahlah...tak berani."
"Beritahu je lah."
"Takut dia gelakkan I je. I ni dah la pada dia macam budak-budak je."
"Bro Alan tu dengar je pandangan semua orang. Pandangan orang yang sengal macam Adli tu pun dia dengar je."
"Tapi kalau Wijayapura buat bentuk bangunan tradisional, tak macam sekarang ni, mesti cantik kan?"
"Cubalah Jessie bertanding jadi Gabenor Wijayapura."
"Hish! Bagi je lah kat Abang Alan. Ala, kan Amin suka main game Sim City tu. Sebab tu Jessie tanya Amin."
"Amin main Counter-Strike, tapi tak jadi Navy Seal pun. Amin main Red Alert, tak jadi jeneral tentera pun. Dah nama pun game. Eh, jom la balik. Hari pun dah lewat."
--
Ketika Jessica dan Amin masuk ke rumah, Merlina, Adli dan Ali sudah berada di villa yang disewa oleh Azlan. Mereka sedang menonton perlawanan antara Jerman menentang Arab Saudi yang berlangsung di Sapporo, Ryukyu.
"Bapak takut aku tengok Jerman ni. Betul la kata Alan...Miroslav Klose ni power betul!" kata Ali.
"Ala kau ni, Ali. Kau ni tak yakin dengan kepimpinan David Beckham sebagai kapten pasukan ni," kata Merlina sambil makan kerepek kentang perisa sour cream and onion.
"Mak aiii...gol lagiii! Baru first half dah 3-0?" Adli pula terkejut.
"Ni Arab Saudi, Adli. Ha, kau berdua ni pergi mana? Sesuatuuuu ekkk!" kata Merlina memandang ke arah Jessica dan Amin di depan pintu.
"Kitorang...err..." Jessica mati akal nak tipu mereka semua.
"Kitorang cari kedai komputer..." kata Amin.
"Kedai komputer apanya, Min? Besok ni kau kena pergi Samsung data center. Bapak segala gadget ada kat situ. Cakap je la korang pergi datinggg! Takyah nak cong aku laaaa!" kata Merlina.
"Mak aiii...dah empat biji Jerman score? Gila babiiii!" kata Ali sambil mencuri kerepek Merlina.
"Sampai lawan Brazil ni nanti kalah Jerman ni nanti, Bro Ali..."
"Kau ni tak sudah-sudah Brazil..."
"Bro Alan mana?" tanya Amin.
"Kerja lah, apa lagi," kata Merlina.
Perlawanan berkesudahan dengan pasukan Jerman membelasah Arab Saudi 8-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan E Piala Dunia.
Malam selepas perlawanan itu, Merlina dan Jessica makan makanan yang disediakan oleh kerajaan Goryeo Selatan memandangkan mereka semua adalah tetamu Azlan.
"Kau cuba rasa kobis ni? Asal rasa dia cam masam-masam? Kobis ni dah tak elok ke? Dah basi ke?" tanya Merlina sambil membau kobis yang ada pada pinggannya.
"Bukanlah, itu kan kimchi. Sayur jeruk la."
"Oohhh, memang dia jerukkan sayur tu la? Kira macam acar dorang la ni. Siapa yang ajar kau makan ni?" tanya Merlina.
"Amin. Masa kat Temasik, dia ajak Jessie makan kat situ."
Merlina pandang ke arah Jessica dengan pandangan yang sedikit pelik.
"Kau dengan Amin ni, sesuatuuuu ke?"
"Takdelah. Kitorang kawan je."
"Kawan? Adli kata pada aku yang korang ni selalu keluar berdua. Baik kau mengaku..."
"Tak ada, kitorang kawan je. Dia pun kata yang dia ada crush."
"Siapa?"
"Dia tak beritahu pulak siapa."
"Entah-entah kau."
"Kalau Jessie la crush dia, dah lama dia mengaku je kot."
"Alaaa kau macam tak tahu je si Amin tu. Dia tu jenis jarang nak bukak mulut. Kau tanyalah dia lagi, apa ciri-ciri perempuan yang dia suka," kata Merlina.
"Ish, Kak Mer ni. Nak tanya lebih-lebih pulak. Kalau Kak Mer suka kat Amin, Kak Mer couple la dengan dia!"
"Chaitttt! Aku ni businesswoman, okay. Hidup aku sentiasa sibuk!"
"Eleh, padahal selalu dengan Abang Kimi. Belikan dia gitar, belikan dia macam-macam."
"Chaitttt! Aku beli tu sebab aku invest dalam band dia tu je! Takdenya aku nak kejar si Kimi tu."
"Eleleleleeehhh! Cakap je lah sesuatuuuu dengan Abang Kimi!" kata Jessica.
Sementara itu, di bilik sebelah, Amin dan Adli duduk bersebelahan main game Warcraft III: Reign of Chaos.
Ali pandang sahaja mereka berdua main game.
"Aku tak faham betul generasi sekarang ni. Dorang ni tak reti bersosial ke? Asyik main game je aku tengok," kata Ali.
Dah bosan, Ali capai telefon Nokianya dan bermain permainan Snake.
"Yaaayyy! Aku menang!" kata Amin.
"Aduhhh, jom la lawan Counter-Strike! Yang tu aku confirm boleh menang!"
"Alamaakkkk! Asyik main game je budak-budak ni! Pishang la aku camni Mattt! Alannnn...lekas la balikkkk!" Ali berteriak bila Amin dan Adli sambung main game komputer.
--
Azlan
Melihat kepada situasi terkini politik Goryeo Selatan, sekarang sedang berlangsung kempen untuk pilihanraya majlis tempatan dan parti kerajaan sekarang, Millennium Democratic Party pimpinan Presiden Kim Dae-jung dalam keadaan yang lemah.
Sejak krisis ekonomi Asia 1997/98, Presiden Kim telah melaksanakan reformasi ekonomi dan liberalisasi seperti di Gelanggayu dan pelaksanaan dasar-dasar membuka ekonomi sekaligus mengancam kedudukan chaebol (keluarga kaya dalam industri Goryeo Selatan) dalam kewangan mereka.
Situasi di Goryeo Selatan ni sebenarnya sama sahaja macam di Gelanggayu sejak Akta Liberalisasi Ekonomi 1996 (ALE 96) diluluskan, macam contohnya sekarang, ramai rakyat Goryeo Selatan sebenarnya masih belum dapat merasai pemulihan ekonomi.
Syarikat-syarikat seperti Daewoo, Hanbo, Jinro dan Sammi semuanya bungkus dan kerugian sampai $70 billion, sementara Kia pula rugi sampai $10 billion.
Pada tahun 1998, ibu telah gunakan harta simpanan emas Raja Gautama di Bukit Besar untuk beli sebahagian saham-saham chaebol yang dah melingkup ni, dan masuk ke dalam Merlin Engineerings, dan kemudiannya syarikat tu banyak melabur di Kwantong.
Sejak Kwantong menyertai WTO tahun lepas, ekonomi mereka meningkat dari $1.339 trillion kepada $1.471 trillion - peningkatan $132 billion. Perkembangan kali ini nampak pantas dan dijangka akan lebih pantas lagi pada masa-masa akan datang.
Semua kekayaan ini akan disalurkan ke Merlin Inc yang berpusat di Temasik, sebelum kita salurkan ke projek-projek pembangunan di wilayah-wilayah barat Gelanggayu seperti Melaut, Air Putih dan Seri Kencanapura. Tanpa bantuan kerajaan pusat pun, kita mampu buat semua ni walaupun Saiful sebagai Perdana Menteri banyak kali cuba sabotaj projek-projek aku.
Antara sebab kenapa kerajaan Goryeo Selatan ni taja sepanjang lawatan kami di sini, sempena World Cup ni, ada banyak sebab. Presiden Kim punya tempoh pemerintahan akan tamat hujung tahun ni.
Sekarang ni calon Parti Millennium Democratic Party yang seterusnya, Roh Moo-hyun berdepan dengan krisis politik, mengenai isu tentera Amerika Syarikat yang melanggar dua orang pelajar sekolah sehingga maut di Yangju. Isu ni bertambah buruk apabila pihak Amerika Syarikat mendesak kerajaan Kim agar membebaskan tentera tersebut, atau Amerika Syarikat tarik bantuan ketenteraan jika mereka dihukum.
Memandangkan sebelah Goryeo Selatan ni Goryeo Utara, Presiden Kim mengalah dan membebaskan tentera Amerika Syarikat yang melanggar pelajar sekolah itu dari disabit kesalahan. Ini menyebabkan populariti MDP jatuh merudum dan rakyat menyokong parti Grand National Party, iaitu parti Kim Yong-sam, parti yang berakar umbi dari parti yang ditubuhkan oleh Jeneral Park Cheung-hee.
Dari segi politik, sebenarnya Goryeo Selatan ni terbahagi kepada dua wilayah, Honam dan Yeongnam. Honam ni dahulunya dari kerajaan Baekje, sementara Yeongnam ni dari kerajaan Silla.
Pada akhirnya, Silla minta bantuan Dinasti Tang di Kwantong untuk lawan Baekje dan Goguryeo dan satukannya menjadi sebuah negara Goryeo yang menjadi negara naungan Dinasti Tang.
Pada era penjajahan Ryukyu, wilayah Yeongnam di sebelah timur mendapat banyak manfaat dari Ryukyu kerana lebih dekat, berbanding Honam yang terus dibiarkan mundur.
Bandar-bandar seperti Busan, Ulsan dan Daegu adalah bandar yang dibina oleh Ryukyu untuk perindustrian di Goryeo Selatan, sementara wilayah Honam dibiarkan mundur.
Selepas Perang Goryeo, ini ditambah lagi dengan diktator Presiden Park Cheung-hee yang berasal dari Yeongnam dan mementingkan perindustrian sebelah timur. Sehinggalah berlakunya rusuhan di Gwangju pada tahun 1980 dan membawa kepada demokrasi yang dicapai pada hari ini.
Kem Kim Dae-jung dan Roh Moo-hyun ni dari kem wilayah Honam yang datang dari aktivis demokrasi Gwangju 1980, kerana itu nama parti mereka Millennium Democratic Party, sementara sebelah Kim Yong-sam dan Lee Hoi-chang pula dari kem Yeongnam yang mendapat manfaat dari kumpulan politik Park Cheung-hee.
Lebih kurang macam politik Gelanggayu juga Goryeo Selatan ni. Persaingan antara wilayah-wilayah ni memang berlaku di negara ini. Kalau timur dan barat pun dah tak sebulu antara mereka, apatah lagi utara dan selatan. Yang itu dah cerita geopolitik antarabangsa pulak.
Jadi tujuan di sini kita dijemput pun untuk membantu Roh Moo-hyun dalam kempen presiden. Kalau dalam kempen pilihanraya majlis perbandaran ni, memang tak boleh buat apa. Memang MDP kena belasah.
Tapi untuk menangkan Roh ni, yang ini lebih penting, sebab kalau tak, chaebol-chaebol ni naik balik, dan investment ibu dan Merlina sejak 1998 dulu akan menjadi sia-sia sebab parti sebelah sana tu akan lebih pentingkan chaebol tempatan.
Sebagai upahnya, jika Roh Moo-hyun menang dan jadi Presiden, kita akan dapat projek membina ibu negara baru Goryeo Selatan bagi menggantikan Seoul yang dah sesak.
Masa tahun 2000 ketika Presiden Kim Dae-jung melawat Gelanggayu, dia kagum dengan projek Kota Warisan, dan dia nampak Gelanggayu ni berfikiran jauh. Wijayapura belum lagi sesak macam Seoul, tapi dah buat ibu negara yang baru bagi mengelakkan kesesakan.
Presiden Kim nak buat, tapi term dia dah nak habis, jadi untuk legasi, projek ini Roh pula akan sambung, memandangkan orang tahu Kim Dae-jung dan Roh Moo-hyun ni dua orang tagteam politik yang cukup kuat dari wilayah Honam.
Selain itu, aku juga buat deal dengan Presiden Kim, untuk bayar referee FIFA yang ada untuk memastikan Goryeo Selatan layak sampai separuh akhir Piala Dunia. Sampai semi dah la, kalau final kena lawan kat Ryukyu, dah tak menguntungkan dia pulak.
Lagipun aku nak setupkan agar dua syarikat pengeluar jenama sukan, Nike dan Adidas bersaing. Sebab tu aku dah tahu final tahun ni Brazil lawan Jerman, sebab aku dan ibu dah susun.
(Merlina je tak tahu, hehe!)
Aku teka betul final World Cup 86, Argentina menang. Betul masa 1990 Jerman menang. Dan masa final Perancis menang masa France 98 lawan Brazil tu, aku yang suruh hotel tu letak ubat julap dalam minuman Ronaldo supaya dia tak perform. Aku cuma salah teka masa World Cup 1994 tu sebab Roberto Baggio sepak bola ke bulan. Ikutkan sebenarnya kalau Baggio jaring gol tu, next penyepak penalti tu defender. Confirm Itali boleh menang, tapi yang ni salah Baggio lah.
Kita yang control dalaman FIFA ni kita kira duit je lah, biar yang excited ni rakyat terbawah je.
Aku pulang ke villa, aku nampak Adli dah tidur sebelah Ali, sementara Amin pulak sibuk menaip coding.
"Tak tidur lagi, Amin?"
"Tuan Azlan!" Amin terus tabik pada aku, dan cium tangan aku.
"Buat apa tu?" tanya aku.
"Saya baru dapat masuk ke dalam sistem intranet Goryeo Utara, Kwangmyong."
Alamak, apa benda setan yang kau buat ni, Amin?
"Min, kau buat apa ni?" aku bongkokkan badan aku dan tengok pada skrin komputer.
"Baik, Tuan Azlan tahu beza antara internet dan intranet?"
"Internet, sambungan antarabangsa. Intranet dalam sistem dalaman, macam LAN..."
"Exactly! Tapi semua orang tak tahu yang Goryeo Utara ni ada sambungan kabel rahsia ke Shenyang, di Kwantong. Di sini ada satu bank yang bernama Sili Bank. Sekarang ni, Goryeo Utara ni ada banyak buat jenayah siber. Biasanya phising attack, ransomware, malware..."
"Faham..."
"Tapi semua duit jenayah tu pada akhirnya disalurkan ke bank ini, di Shenyang. Apa yang saya buat ialah letak trojan horse dalam software komputer di Sili Bank, dan exploit zero day vulnerability. Dalam bank ni ada $20 billion hasil dari kerja jahat mereka ni. Sekarang ni, lepas sahaja selesai ni, semua duit ini akan transfer ke bank Kak Mer di Hong Kong, sebelum Kak Mer report semua ni pada DoD di Pentagon."
"Kak Mer suruh kau buat semua ni?"
"Ya, dia cakap kalau dibiarkan sahaja projek ni, FizzyTech sekarang tengah usaha nak serang Streamcom dari Goryeo Utara. Semua ransomware, malware yang Goryeo Utara guna tu dibuat oleh FizzyTech. Sebelum mereka serang kita, baik kita buat pre-emptive strike dulu."
Aku terus capai kerusi di sebelah Amin dan duduk.
"Ada trace apa-apa dari FizzyTech?"
"Ada, Tuan Azlan. Dan dalam Sili Bank ni pun ada penglibatan dari sebuah syarikat farmaseutikal dari Temasik bernama Novotech. Tuan Azlan pasti kenal dengan nama Wan Adilah Radzi, kan? Bekas isteri kepada Hafiz Samsudin, CEO FizzyTech?"
"Tapi mereka kan dah cerai?"
"Cerai tu personal matters, Tuan Azlan. Business as usual. Saya rasa something fishy dengan Novotech, FizzyTech ni."
"Jadi, Novotech ni apa kejahatan dia pulak?"
"Novotech ni syarikat farmaseutikal. Baru-baru ni saya dapat tahu yang Wan Adilah ke Wuhan, Kwantong. Di situ terletaknya Institut Virologi Kwantong, tempat mereka hasilkan senjata biologi macam virus."
"Jadinya, semua ni berkait?"
"Ya. FizzyTech buat virus digital, Novotech buat virus di alam nyata. Tapi saya tak dapat lagi serang Novotech ni. FizzyTech ni kita attack Sili Bank je, selesai."
Aku terus pegang bahu Amin.
"Terima kasih, Amin."
"Lagi satu, Tuan Azlan. Tadi masa saya jalan dengan Jessica di Hwasong Fortress, saya nampak Adilah dengan dua orang anaknya di situ."
"Kau kenal dia?"
"Sangat kenal. Dia customer gerai ayah saya di Simpang Selera."
"By the way, kau date dengan Jessie ke?"
"Tak lah. Saya dengan dia kawan je."
Suka hati kau lah, Amin. Aku tak nak campurtangan sangat hal cinta korang ni. Tapi bab budak ni hack bank Goryeo Utara ni, aku memang kagum betul la.
Apa yang kau sedang rancangkan ni, Dila? Sampai ke sini kau ekor aku?
Ketika aku sedang kemas beg, aku terjumpa perfume merangkap 'minyak dagu' versi Goryeo yang diberi nama hyangnang yang diberikan oleh Presiden Kim Dae-jung. Pokok hyangnang ni sepupu jauh kepada pokok azimat berduri di Melaut.
Aku nak cerita pasal sejarah ni pun tak berapa pandai, kalau arwah Hanis masih hidup, dia pernah ceritakan pada aku. Arwah Hanis ada darah Goryeo dari keturunan purba yang datang ke Melaut masa zaman dulu. Kerja keturunannya ialah buat minyak wangi azimat berduri.
Aku kalau jumpa pemimpin-pemimpin negara atau orang-orang penting, aku akan pakai minyak wangi ni, sebab ia sangat hypnotised. Apa yang kau cakap, semuanya akan dikagumi dan dihormati.
Kalau pakai minyak wangi ni depan perempuan, lepas tu dapat calitkan pada celah tengkuk, perempuan tu boleh kena serangan angau, sejenis penyakit perasaan mabuk cinta yang tak munasabah.
"Amin, kau nak minyak wangi tak?" tanya aku.
"Kenapa, Tuan Azlan? Badan saya berbau ke?"
"Kau ni jenis senang berpeluh, mungkin sebab tu kau tak ada keyakinan untuk berdepan dengan perempuan. Pakai minyak wangi ni, tahan lama. Bila berpeluh pun makin wangi."
"Ye ke?" tanya Amin.
"Cuba kau pakai dulu."
Amin sembur di tengkuk, dan bajunya.
"Wangi, Tuan Azlan."
"Simpan ni. Ni mungkin senjata kau untuk kau berdepan dengan perempuan. Mungkin sebab kau cepat berpeluh ni, kau jadi tak confident depan perempuan kot..."
Amin tak cakap apa-apa, kecuali menikmati bau-bauan wangi ini. Aku harap aku dapat tingkatkan keyakinan diri 'star' utama aku dalam team ni. Kalau team aku ni team bola, Amin ni lah Ronaldo Nazario untuk aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top