Episod 271 - 18 April, 2002
Sempena lawatan Azlan ke Temasik hari ini, Azlan melawat Amin yang sedang melakukan kerja-kerja penyebaran spambot dan penyebaran 'berita palsu' di pejabat Streamcom.
Azlan yang diiringi oleh CEO Streamcom, Ken Chong, yang membawa Azlan bertemu dengan Amin.
"Tuan Azlan..." Amin Kob Noblurs memberi tabik dan bersalam dengan Azlan ketika Azlan melawatnya di pejabatnya di Streamcom.
Azlan perhatikan Amin menyebarkan dua jenis pop-up, iaitu pop-up yang pro-Sultan, iaitu mempromosi sempena Hari Pertabalan Sultan, dan pop-up yang lagi satu tertulis 'Norman Bukan Anak Sultan'.
"Bro Ali ke yang suruh buat macam ni?" tanya Azlan.
"Taklah. Saya fikir kalau nak buat huru-hara, kena main kedua-dua pihak. Nak cetuskan kebencian kat both sides," kata Amin.
Azlan memandang Ken yang berdiri di belakangnya, dan mengangguk tanda kagum dengan skil divisive propaganda yang ada pada Amin.
Dengan satu klik, semua komputer-komputer di Gelanggayu akan dapat salah satu daripada dua pop-up ini.
Amin menggunakan virus yang dicipta di Israel, ExploreZip yang akan meniru Microsoft Outlook, lalu virus itu masuk ke dalam e-mail, dan akan menyebarkan spambot untuk menyebarkan apa yang nak disampaikan - iaitu cerita tentang Sultan Norman yang dikatakan anak yang tidak sah.
Tetapi ExploreZip yang dicipta saintis Israel ni versi Windows 98, sebaliknya versi yang ditambahbaik oleh Amin untuk Windows ME dan Windows XP.
"Yang ni apa?" tanya Azlan.
"Yang ni kalau e-mail Tuan Azlan kena, dia akan sebarkan spambot ni pada 1,000 email yang Tuan Azlan ada. Benda ni akan sebarkan file zip ni. Bila orang buka, benda tu akan terus tersebar lagi, dan antivirusnya ada pada Streamcom latest update version. Kaspersky pun ada juga sebab Mr Ken jual pada Kak Mer yang ada share kat syarikat tu."
Walaupun Amin tidak mahu ke Har Hatzofim untuk belajar coding dan hacking, tetapi Azlan panggil professor sains komputer dari sana untuk mengajar Amin di pejabat Streamcom.
"Yang ni apa pulak?" tanya Azlan.
"DDOS attack, Tuan Azlan. Siap sahaja yang ni, semua lampu trafik dan sistem Cawangan Trafik PDRG akan bermasalah. Kalau tak ada aral melintang, lepas solat Jumaat, sistem lalulintas dan lampu isyarat akan bermasalah di Wijayapura. Chaos," kata Amin.
Azlan tersenyum dan tepuk bahu Amin.
"Jom ikut aku pergi solat Zuhur, lepas tu aku nak bawa kau jumpa seseorang."
"Baik, Tuan Azlan."
--
Jeneral Yahya ketawa menonton berita demonstrasi anti-Sultan Norman yang berlangsung sempena hari pertabalannya yang berlangsung dalam beberapa hari lagi.
Kali ini dia nampak demonstrasi itu lebih organik dan nampak kebencian rakyat semakin menebal.
"Norman...Norman. Kau fikir kau dah menang hari tu, tapi kerana kebijaksanaan aku menyusun percaturan aku, hari ni kau berdepan dengan hari-hari akhir pemerintahan keluarga al-Daulah. Hahahaha!" Yahya berdekah ketawa.
Leftenan Jeneral Abu Bakar bersama-sama pegawainya memandang sesama sendiri, mengetahui fakta sebenar. Hakikatnya kerja serangan siber ini dilakukan oleh Amin dan dirancang oleh Azlan. Yahya cuma claim namanya sahaja.
Hakikatnya keluarga al-Daulah semakin hilang pengaruhnya. Gelombang republikanisme di Gelanggayu makin membesar. Pada mulanya, semua ini tidak kelihatan, tetapi sejak tular cerita Sultan Norman bukan anak tulen Sultan yang disebarkan oleh spambot yang disebarkan oleh Amin, kemudian diikuti dengan pop-up, menyebabkan ramai orang mula meragui Sultan Norman sama ada baginda sah ataupun tidak dalam menjadi Sultan Gelanggayu.
Ketika dia sedang ralit menonton berita, kereta Aston Martin kelabu berhenti di depan rumah Ken Chong.
"Hah, dah sampai pun budak Azlan ni," kata Yahya.
Azlan datang membawa Amin menuju ke Jeneral Yahya. Amin bersalam dengan Jeneral Yahya.
"Pengetua, perkenalkan, Amin. Dia yang sebarkan teori konspirasi tentang Sultan Norman tu," kata Azlan.
"Apa pula teori konspirasi, betul la cerita tu. Aku kenal la siapa bapak sebenar si Norman tu, hahahah!" kata Jeneral Yahya.
Mereka bertiga duduk, dan Jeneral Yahya tuang wiski ke cawannya.
"Berapa umur kau ni?" tanya Jeneral Yahya kepada Amin.
"Tahun ni, 18."
"Dah legal la minum ni nanti? Heh heh heh..." kata Jeneral Yahya, sambil tuang wiski ke cawan lagi satu.
"Tak, tak. Saya tak minum..." kata Amin, menolak.
"Budak baik jugak dia ni," kata Jeneral Yahya.
"Amin nak terangkan pasal teknologi yang terbaru ni," kata Azlan.
Amin pun buka begnya, dan tunjukkan dokumen-dokumen.
"Kalau kita sebar surat layang, satu kertas akan sampai dalam lebih kurang purata tujuh orang. Maknanya dia bawa kertas tu, ahli keluarga, kawan-kawan dia yang akan baca. Kalau guna spambot 1.0 macam sekarang, satu mesej boleh pergi ke lima puluh orang," kata Amin.
"Spambot tu apa? Spam tu aku tau la, daging babi dalam tin tu," kata Jeneral Yahya kepada Amin.
"Spam ni tuan jeneral bayangkan macam brosur iklan, surat-surat yang memenuhkan peti surat. Biasanya spam jenis macam ni orang akan abaikan. Tapi kalau kita upgrade spambot kita kepada version 2.0 atau 2.1, yang paling latest sekarang, dia takkan automatic masuk ke spam box. Dan satu mesej dia boleh pergi kepada seribu orang."
"Ohhh, lagi ramai boleh dapatlah?" tanya Jeneral Yahya.
"Ya, tuan jeneral. Dan setiap seorang dari seribu ni pun kalau dia tekan open link je, dia boleh sebarkan kepada maksimum seribu orang contact dia dalam email dia. Jadi chain reaction lebih besar."
"Berapa nak upgrade baru menatang spambot kau ni?"
"$50,000," kata Amin.
Jeneral Yahya pandang Azlan. Azlan mengangguk.
"Baik, USD ke Temasik dollar?" tanya Jeneral Yahya.
"USD."
Jeneral Yahya keluarkan buku cheque dan dia tulis $100,000 atas nama Amin.
"Eh, kenapa $100k?" tanya Amin.
"Upah kau. Kau buat kerja aku dengan bagus sekali. Alan, keep him. Besok senang kita kalau ada budak yang tahu guna teknologi macam ni," kata Jeneral Yahya.
"Baiklah, Pengetua. Nanti saya bincang dengan ibu bapa Amin ni. Budak ni berpotensi tinggi."
"Bagus. All is good. Aku suka belajar benda baru dan hari ni baru aku tahu yang spam ni bukan hanya makanan, tapi nama virus komputer. I like this kid, Alan," kata Jeneral Yahya.
--
Azlan menghantar Amin pulang ke Kuala Ubin.
"Macam mana pelajaran kau, semuanya okay?" tanya Azlan.
"Baik sahaja, Tuan Azlan."
"O-Level result hari tu, Mer tunjuk pada aku korang punya result. Kau punya 13 A1. Adli dapat 9A1. Jessica 11 A1. Ziela dan Alim dua-dua 7A1. Art Ardan 10A1. Lepas ni korang semua sambung belajar sambil kerja dengan Kak Mer, boleh?" tanya Azlan.
"Baik, Tuan Azlan."
"Sekali-sekala kau, Art Ardan dan Jessica kena pergi ke Streamcom, ada kerja kat sini. Adli and the gang kena banyak tolong Bro Ali. Aku nak jumpa orang kejap, kejap lagi ada orang jemput korang semua untuk ke airport. Korang semua akan balik ke Wijayapura petang ni."
"Ye ke? Yaaayyy!"
"Homesick ke?"
"Makanan kat Temasik ni tak sedap la, Tuan Azlan..."
Azlan ketawa sahaja bila dengar keluhan Amin.
--
Azlan berjumpa dengan isteri keduanya, Natasha dan anak perempuannya, Rachel. Ketika Azlan sampai di rumah Natasha, Rachel sedang tidur, jadi Azlan tak sampai hati untuk mengejutkan anak perempuannya.
Sebagai isteri kedua, Natasha sedar kedudukannya dan memang terpaksa berjauhan kerana keselamatannya. Ini kerana sejak rumahnya di Teknojaya dibakar, Natasha bimbang dengan keselamatannya dan anak perempuannya.
Sekali sekala kalau Azlan datang ke Temasik, barulah mereka berjumpa.
"Nat, I hope you're okay here. Kesian kat you sebab you have to live this way. Kita kena berjauhan, jumpa pun jarang. I'm so sorry."
"I faham, Alan. I sedar rancangan Pengetua ni bahaya, and you are trapped there. Don't worry, I will always love you, and I will always waiting for you here."
--
Dua hari sebelum hari pertabalan Sultan Norman ibni Almarhum Sultan Aminul Rasyid, berlaku demonstrasi seramai 15,000 orang berarak dari Masjid Wijayapura ke Bukit Istana, membantah pertabalan Sultan Norman.
Sepanduk seperti "Kami Mahu Norman buat ujian DNA" dan "Norman bukan anak Sultan" semakin banyak yang tersebar. Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Sayap Kuning semuanya turun melindungi raja.
Dari atas Bukit Istana, Ali memantau keadaan. Ada orang Ayam Hitam di kedua-dua belah pihak. Semua yang pakai lilit merah pada lengan kiri, yang tu jangan diserang kalau pihak polis.
Yang mana perusuh jangan serang polis, itu pesan Ali. Buat provokasi, tapi tunggu sampai geng polis bagi signal.
Kecik memulakan provokasi dengan membaling molotov cocktail ke arah rumah pengawal istana.
Ini menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata. Joni dan Lias sementara itu membaling molotov cocktail dan memecahkan cermin kaca di sekitar kawasan yang dilalui perusuh.
Rancangan Ali ialah dua mata serampang. Untuk propaganda pro-Sultan, golongan pro-republikan ni pengganas. Untuk propaganda pro-republikan, polis dan Sayap Kuning adalah alat kepada rejim kuku besi Sultan Norman.
Apa yang bot-bot Amin sebarkan dulu, kini sudah mula tiba ke peringkat demonstrasi. Demonstrasi ini nampaknya lebih organik daripada apa yang cuba dibuat oleh Jeneral Yahya semasa Revolusi Nasional 1998 yang gagal itu.
--
Sementara Adli, Ziela dan Alim pula tugasnya lebih bersifat fizikal, iaitu agent-provocateur. Mereka bertiga di Wijayapura dan memerhatikan Kecik, Joni dan Lias membuat kerja-kerja jahat.
Senang kira, masa ni mereka bertiga dapat buat internship dengan pakar yang terbaik buat kerja-kerja sabotaj.
Ketika bom asap sampai ke kaki Adli, Adli membaling bom asap tersebut ke kedai nombor ekor, Sports Toto.
"Bodoh, kau main judi tu bukannya jadi kaya pun. Bangang, ambik kau!" kata Adli.
"Adli, lekas tolong aku!" kata Kecik sambil mengeluarkan botol-botol kaca yang berisi kerosin.
"Kau bakar, pastu baling kat kedai. Pastikan botol ni pecah. Jangan lupa pakai topeng muka. Bagi polis tak cam muka kau!" kata Kecik.
"Baik, Bro Kecik!"
Kedai terbakar, mesin ATM dipecahkan, bas terbakar.
Bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Sultan Norman dua hari sebelum hari pertabalannya.
--
Sultan Norman murka melihat demonstrasi besar-besaran itu. Baginda tahu yang orang ramai itu semua mendapat maklumat yang datang dari internet yang dikesan oleh Sayap Kuning berasal dari Temasik.
Walaupun Amin memakai VPN untuk menyebarkannya, tetapi Sayap Kuning masih lagi dapat mengesannya. Sultan Norman tahu yang serangan siber ini datang dari Jeneral Yahya.
Sultan Norman menelefon Wisma Kembara, dan bertitah akan Kementerian Luar Negeri memberi nota diplomatik bantahan terhadap kerajaan Temasik kerana membiarkan sebaran fitnah yang datang dari IP address negara itu.
Krisis diplomatik antara Temasik dan Gelanggayu jadi meruncing apabila Sultan Norman bertindak tidak mahu menjemput Duta Besar Temasik ke Gelanggayu dalam upacara pertabalannya, kerana menuduh republik tersebut bersekongkol dengan gerakan republikanisme yang mahu menjatuhkannya.
--
21 April, 2002
Hari ini hari kebangsaan Gelanggayu yang ke-53. Hari ini juga adalah hari pertabalan Sultan Norman.
Disebabkan demonstrasi pada Jumaat yang lepas, banyak jalan yang ditutup untuk mengelakkan perusuh mengganggu kelancaran majlis.
Ketika Azlan, Mina dan Jugra di dalam kereta untuk menuju ke Bukit Istana, Azlan nampak kesan dari rusuhan yang berlaku pada Jumaat yang lepas.
"Ya Allah, habis kedai ni terbakar. Murad," Azlan memanggil pemandunya.
"Ya, Tuan Azlan?"
"Kita jumpa pemilik kedai ni dulu, kita beri bantuan dan sumbangan, lepas tu kita bertolak ke istana."
Mina terus menelefon Wijaya TV untuk ambil rakaman Azlan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran akibat rusuhan membantah pertabalan Sultan Norman dua hari yang lalu.
Azlan tahu kerja siapa yang bakar kedai mereka ini, tetapi Azlan gunakan tragedi yang orang-orang Ayam Hitam cetuskan sendiri, untuk meningkatkan imejnya dalam politik.
Pemilik-pemilik kedai yang masih murung melihat kerugian yang dialami oleh mereka, merasa lega kerana Azlan memberi sedikit sumbangan untuk mereka sementara Azlan di hadapan kamera memohon agar semua pihak bank memberikan moratorium kepada mereka yang terlibat dalam kebakaran ini.
Dengan cara ini, populariti Azlan berterusan meningkat walaupun kerja-kerja sabotaj itu dilakukan oleh orang-orang Ayam Hitam sendiri.
--
Pada hari pertabalan ini, satu upacara mengangkat sumpah setia Perdana Menteri, Saiful Abdullah serta semua menteri kabinet di hadapan Sultan Norman.
Semua memakai baju Melayu berwarna hitam, kecuali Azlan yang memakai teluk belanga putih, menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang dalam keluarga kerabat.
Dari sudut semiotik iaitu ilmu perlambangan, ia menunjukkan bahawa Azlan yang sebenarnya paling berkuasa dalam kabinet itu. Mereka yang menonton televisyen boleh nampak Azlan lebih terserlah kerana berbaju putih berbanding menteri yang lain berbaju hitam, termasuk Perdana Menteri.
Ramai anggota keluarga dan kerabat diraja al-Daulah yang enggan untuk hadir kerana ramai yang tidak mengiktiraf kedudukan Sultan Norman. Mereka menuntut agar mereka membuat ujian DNA dahulu sebelum Sultan Norman ditabalkan.
Ada beberapa petanda yang janggal, antaranya ialah alat-alat nobat tiba-tiba tidak berfungsi dengan normal pada hari pertabalan. Gendang tak berbunyi, nafiri pula bunyinya sumbang.
Tengku Ariffin berbisik pada Tengku Aminah yang berada di dewan balairong istana.
"Macam petanda tak baik je," kata Tengku Ariffin.
Sultan Norman yang menjulang keris diraja itu seperti kelihatan terganggu. Mana taknya, dua hari sebelum pertabalannya ada demonstrasi besar-besaran depan istana.
Kini dia bukan sahaja berdepan dengan Jeneral Yahya, tetapi Tok Aki serta ramai kerabat seperti Jimmy, Tengku Hisham yang kini berada di London, malah adindanya sendiri Tengku Razak juga melawannya. Disebabkan itu, Sultan Norman amat memerlukan jentera Azlan dan baginda juga rasa tergugat dengan anak menantu kepada adindanya Tengku Ariffin itu.
Tetapi Sultan Norman sedar yang kekuatan Azlan boleh melawan semua lawannya ini, dan lawannya yang pertama ialah Tok Aki.
--
Hari ini Merlina kena beri taklimat kepada Azlan dan beberapa kepala jentera macam Faridah, Datuk Khamis, Tengku Ariffin, tentang apa itu internet.
Sebab ada dalam kumpulan ni pun, yang skeptik dengan teknologi internet ni. Orang macam Tengku Ariffin, yang dah biasa dengan televisyen, mengatakan yang 'internet ni untuk budak nerd je'.
Jadi semasa taklimat itu, Tengku Ariffin angkat tangan dan bertanya kepada Merlina.
"Aku ni daripada tahun 80an dulu lagi, aku memang tak faham betul lah. Sebenarnya apa yang best sangat dengan teknologi internet ni? Cuba kau terangkan pada aku, macam aku ni budak darjah satu," kata Tengku Ariffin kepada Merlina.
"Baik, Pak Engku. Sebelum tu, Pak Engku lahir tahun berapa?" tanya Merlina.
"1951," kata Tengku Ariffin.
"Okay, baik. Maknanya masa Pak Engku darjah satu, tahun 1958. Baiklah, Pak Engku kenal tak...arwah Mamat?" tanya Merlina, yang tahu kisah cinta Faridah-Mamat ni by heart. Faridah selalu cerita tentang betapa hensem dan machonya arwah Mamat ni. Dia tahu arwah Mamat ni seorang inventor.
"Jiran. Dia memang seorang yang bijak. Tau tak, masa semua orang masih pakai TV hitam putih, arwah Mamat boleh buatkan filter untuk warna. Entah dia buat macam mana entah pada filem tu sampai jadi berwarna. Hebat, dia memang seorang yang hebat," kata Tengku Ariffin.
Air mata Faridah berair bila mendengar setiap kali orang memuji arwah suaminya.
"Sabar, ibu. Sabar..." Azlan memegang tangan ibunya.
"Bayangkan masa dia buat televisyen ada warna tu, ada orang kata pada dia, sebenarnya apa yang best sangat dengan tv ada colour ni? Baik pakai tv hitam putih je. Asal boleh nampak gambar bergerak, dah la, kan? Apa respon Pak Engku masa tu?" tanya Merlina.
"Dengan televisyen hitam putih, kita tak dapat nampak semua warna. Kita nampak benda bergerak je, tapi tak nampak warna pun," kata Tengku Ariffin.
"Televisyen yang ada sekarang ni pakai sistem analog, 25-30 hertz per second. Bila dah digital, boleh sampai 50-60 hertz per second. So maklumat semua akan jadi digital. Lebih banyak maklumat boleh diletakkan dalam internet. Kalau analog tak boleh buat bandwidth macam tu. Kalau dalam explanation darjah satu, nombor 25-30 dengan 50-60 tu, mana lagi besar?"
"50-60?"
"Lebih banyak maklumat, lebih baik kan?"
"Yes."
"Jadi tak boleh nak save kat VHS tape, tak boleh save kat VCD. Nak macam tu, kena streaming terus. Sebab tu saya dah invest satu company kat Amerika, Netflix. Bila digital platform ni semua dah mantap tahun 2015 nanti, memang buat duit," kata Merlina.
"Maksudnya, akan datang, orang masih tengok televisyen, tapi pakai komputer?" tanya Tengku Ariffin.
"Bukan akan datang, sekarang ni kat Estonia dah pakai televisyen internet dah. Maksudnya kita boleh tengok televisyen live from internet, lepas tu automatic ada replay video. Maksudnya orang boleh tengok bila-bila masa sahaja."
Tengku Ariffin keruk-keruk kepala.
"Tapi selalu aku bayangkan, internet tu tulisan hijau banyak-banyak macam cerita The Matrix ke, Hackers ke apa tu..."
"Bukan macam tu, Pak Engku. Tu fiksyen sangat tu. Internet yang sebenar ialah tempat kita nak buat kerja, nak berhibur, dengar lagu, tengok filem, semua dalam satu tempat. Tengok tv, dengar radio, baca berita. Televisyen takkan mati, tapi ia berubah cara penyiarannya. Dari analog, ke digital. Akan datang bila teknologi kita dah mantap, boleh tengok televisyen kat handphone, lepas tu kat jam tangan, lepas tu kat cermin mata, lepas tu kat contact lens, lepas tu implant lens..."
"Kita boleh tengok TV kat mana-mana sahaja bila internet ni dah mantap?"
"Ya, Pak Engku. Asalkan ada signal!"
"Ooohhhh macam tu! Apasal kau tak terangkan pada aku macam Cik Merlina ni terangkan pada aku, Azlan!" kata Tengku Ariffin sambil tepuk peha menantunya itu.
Azlan tersipu-sipu malu, kemudiannya memandang ke arah Merlina. Merlina perasan Azlan tersenyum.
"Jangan terperasan, Mer. Jangan terperasan. Cover ayu, cover ayu," Merlina bermonolog dalaman.
--
Lepas habis meeting, Azlan pandang Merlina sedang nak naik kereta Jentadua Kenari, reverse kereta.
"Mer, nak pergi mana?" tanya Azlan.
"Makan. Apahal?" tanya Merlina.
"Aku nak ikut."
"Asal?"
"Ambik angin kejap. Alah, nanti aku cakap la aku nak pergi pejabat Parti Neo Bahagian. Boleh tak ikut kau ni?" tanya Azlan.
"Eh, takpe ke? Aku bawak Jentadua Kenari je."
"Lori sawit, keldai, kuda, trektar, semua pun aku pernah naik, Mer. Jom, let's go!"
Azlan masuk dalam kereta, kemudian belek-belek beg CD Merlina.
"Limp Bizkit? Band apa ni? Good Charlotte? The Used? Finch? Band apa ni?"
Merlina pandang Azlan atas bawah.
"Eh orang tua ni, apasal pulak nak judge taste muzik aku pulak ni?" tanya Merlina.
"Ni artis budak zaman sekarang ke?"
Azlan macam susah nak terima taste muzik golongan millennials ni. Antaranya dia tak boleh terima style terbaru Jessica yang pakai baju kolar round neck tapi pakai neck tie, gaya Avril Lavigne.
"Bak sini lah, aku nak pasang lagu favorite aku."
Azlan perhatikan sahaja Merlina pilih CD Avril Lavigne.
"Lagu ni boleh dikatakan lagu tema aku la. Memang lagu ni ditulis oleh orang yang memahami jiwa aku," kata Merlina.
Merlina masukkan CD album Avril Lavigne, Let Go, dan tekan track 8. Lagu Anything But Ordinary.
Sometimes I get so weird
I even freak myself out
I laugh myself to sleep
It's my lullaby
Sometimes I drive so fast
Just to feel the danger
I want to scream
It makes me feel alive
Is it enough to love?
Is it enough to breathe?
Somebody rip my heart out
And leave me here to bleed
Is it enough to die?
Somebody save my life
I'd rather be anything but ordinary please
To walk within the lines
Would make my life so boring
I want to know that I
Have been to the extreme
So knock me off my feet
Come on now give it to me
Anything to make me feel alive
Is it enough to love?
Is it enough to breathe?
Somebody rip my heart out
And leave me here to bleed
Is it enough to die?
Somebody save my life
I'd rather be anything but ordinary please!
Azlan senyum memandang karektor Merlina yang berjiwa care free dan sentiasa enjoy dengan kehidupannya.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu, orang tua?"
Azlan ketawa.
"Orang tua kau panggil aku?"
"Ye lah. Pandang slack kat muzik orang muda. 'Kau dengar Limp Bizkit? Eminem ni siapa? Aku je ke tak dengar Avril Lavigne ni?'. Kau expect orang muda nak sokong kau kalau kau suka judge taste muzik kitorang?" tanya Merlina.
"Woo, rilek la. Aku okay je dengar lagu zaman sekarang ni."
"Okay, namakan tiga lagu popular sekarang?"
Azlan terdiam.
"Hot In Herre, Nelly. Complicated, Avril Lavigne. Asereje, Las Ketchup! Ha, nampak tak kelemahan kau ni macam mana? Kau tak up-to-date dengan trend terkini. Macam bapak mertua kau la, masih lagi ingat internet tu macam tulisan coding hijau tu. Aku kalau internet macam tu, aku pun tak berminat nak invest duit kat Netflix tu."
"Tu company sewa DVD, kan? Kat US?"
"Ya lah. Eh, kau tak ingat ke dulu aku buat business sewa tape? Aku tiru Blockbusters punya business model la. Lepas tu bila bisnes sewa tape dah gone sebab dah ada VCD, aku tutup. Jual semua aset, labur kat Orange Cafe si Bro Ali tu," kata Merlina.
Kata-kata Merlina ni walaupun pedas dan bagi tamparan hebat, tapi Azlan memang perlukan pengkritik macam Merlina ni.
"Mer, thanks. Kau dah sedarkan aku tentang orang muda ni. Pasal ayah mertua aku tu pun, dulu aku cuba nak explain dengan dia pasal internet ni, tapi aku tak pandai. Aku harapkan Hafiz, tapi akhirnya kau juga yang bukakan pemikiran dia. Kalau tidak kan, aku nak modernise Wijaya TV pun susah. Semua benda dia tak nak approve walaupun benda tu perlu."
"Patutnya cakap la dengan wife kau, macam mana nak terangkan pada ayah mertua kau."
"Aku dengan Mina jarang bercakap."
"Eh, kenapa?"
"Emotionally detached. Fond, but not in love."
"Sebab Kak Nat ke?"
"Dia dah tahu dah."
"Oohhh...tu yang muka kau macam baru masuk gelanggang Hell In The Cell tu," Merlina terangguk-angguk fahamkan cerita.
"Aku terpaksa letakkan Natasha kat Temasik, sebab Temasik, Pengetua yang jaga. Sultan bertitah pada aku, yang dia suruh aku ceraikan Natasha, sebab Natasha ni republikan. Dia ada dalam Jacobin Club."
"Kakak aku pun dalam tu, kena jadi penasihat lawyer. Ibu kau tak join sangat la, pakai proksi je."
"Kat pejabat nikah kahwin Gelanggayu, dah declare cerai. Tapi kitorang register perkahwinan di Uzbekistan. Sijil yang tu masih ada lagi. Kalau pergi mana-mana masih boleh mengaku suami isteri."
"Apa kau buat kat Uzbekistan?"
"Game aku bukan hanya di Gelanggayu je, Mer. Game aku satu dunia. Aku tolong naikkan kawan aku masa aku jadi spy era Cold War dulu. Sekarang dia dah jadi Presiden Rusia," kata Azlan sambil light rokok dalam kereta Merlina.
"Vladimir Putin tu kawan kau ke? Woi! Selamba je kau hisap rokok dalam kereta aku!" jerit Merlina.
"Apasal? Tak boleh ke?" Azlan gabra, terus buang puntung ke luar.
Merlina berhentikan keretanya di tepi jalan.
"Kau kutip balik puntung rokok tu. Lepas tu aku nak cakap something dengan kau," kata Merlina sambil memeluk tubuh.
Azlan terus sahaja keluar dari kereta dan kutip puntung rokok tu.
"Dah padam api tu? Buang dalam tong sampah yang aku sediakan tepi kaki kau tu. Aku tak suka orang hisap rokok dalam kereta aku. Aku peduli apa kau raja ke, perdana menteri ke, presiden ke. Dalam kereta aku, undang-undang aku, faham!"
"Faham, boss," kata Azlan.
"Eh, kau yang boss, aku pulak yang kau panggil aku boss?"
"Ye la, kau la boss. Garang."
"Kepimpinan melalui tauladan, Azlan. Kalau orang nampak kau baling puntung rokok bersepah, nanti semua pun ikut perangai buruk macam tu, seluruh Wijayapura akan kotor."
"Baru aku teringat yang kau ni macam ibu, ada perangai orang Temasik."
"Kampung aku memang sana pun. Jalan Kemaman, off Balestier Road. Sebelah Boon Teck Road. Selang dua jalan je, Jalan Ampas. Sebab tu ibu aku jadi pelakon filem zaman tu," kata Merlina.
Azlan kagum dengan karektor Merlina. Memang patutlah dia ni jadi 'golden girl' ibunya. Toh Puan Faridah selalu kata yang Merlina ni macam anak perempuannya sendiri, sebab dia tak ada anak perempuan.
"Nak makan apa ni?" kata Merlina.
"Kau nak makanan macam mana?"
"Aku nak makan makanan yang berkuah."
"Lontong Wahab Kening. Kat pasar."
"Ohhh, tempat Ali selalu bawak aku tu ya? Bukak lagi ke time ni?"
"Masa sekarang ni dia tak jual lontong dah. Dia jual pagi je lontong tu. Tapi tengah hari ni dia ada jual mi, mihun sup. Ada jual soto."
"Jom!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top