Episod 270 - 24 Februari, 2002

Azlan

Perlawanan pembukaan Piala Dunia Hoki yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Puncak Jaya. Stadium hoki ni dah berlangsung empat acara besar iaitu Sukan Komanwel 1998, kelayakan Olimpik Sydney pada tahun 1999, kemudiannya Sukan SEA 2001 dan Men's Hockey Champions Challenge 2001.

Maka Piala Dunia 2002 ni boleh dikatakan acara yang berprestij juga yang berjaya aku bawa ke sini. Tapi orang Gelanggayu ni tak ramai yang minat hoki jika dibandingkan dengan bola sepak.

Banyak juga acara yang nak dibawa ke Wijayapura ni. Antaranya Merlina nak bawa Linkin Park, Sheila On 7 dan F4, boyband dari Taipei-Formosa. Selain itu dia nak tarik X-Games Asia untuk tahun 2002 dan 2003. Tahun ni juga Manchester United nak datang ke Wijayapura sebagai Asian Tour, selain Brazil Asian Tour sempena persiapan pasukan Brazil menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung di Ryukyu dan Goryeo Selatan.

Tapi aku beritahu Merlina, jangan gelojoh sangat nak buat event ni, sebab aku percaya lepas ni akan berlaku rombakan kabinet, dan aku percaya Saiful akan buang aku sebagai menteri kabinet. Dia kata tak apa asalkan aku yang umumkan. Kalau tak jadi, orang akan salahkan Saiful, bukan aku.

Biarkan dia bertindak dengan cara bodoh macam tu. Kita tengok nanti macam mana dia tergolek nanti. Pemilihan Parti Neo berlangsung hujung tahun ni, sebab dah dua tahun dah parti ni ditubuhkan, tapi semuanya masih jawatankuasa penaja, belum ada lagi pemilihan rasmi.

Bercakap tentang pemilihan parti, Parti Kuasa Rakyat dah adakan pemilihan baru-baru ni. Dan aku letak duit dan orang-orang aku ada lah di peringkat pusat dan negeri. Aku memang perlukan parti ini untuk jadi pembangkang untuk Parti Neo. Barulah akan saling melengkapi bagi kedua-duanya menyokong aku.

Perlu ada kabel dalam parti pembangkang, lagipun tugas pembangkang ialah mengorek kesalahan kerajaan. Banyak point aku nak kenakan Saiful ni kalau dia berterusan ikut cakap Hafiz tu. Dengan Hafiz pun sama aku sumbatkan dia dalam penjara nanti. Bukti dah ada dalam tangan yang dia bersekongkol dengan Tok Aki.

Dan untuk itu, aku kena jumpa Ali. Tapi Ali tengah layan perlawanan hoki dengan teman Jugra sekali, jadi lepas match aku akan gerak dengan dia untuk berjumpa dengan Sultan Norman.

--

Lepas menonton hoki yang berkesudahan Gelanggayu kalah 0-3 dengan Australia, aku hantar Jugra ke rumah dulu, sebelum aku bawa Ali untuk menghadap baginda.

Tujuan aku untuk bertemu dengan baginda ni sebab aku nak letak Ali dalam operation team dia ni, memandangkan dia ni dah ada dalam Sayap Kuning sebab dulu Dila yang masukkan dia.

Kadang-kadang aku rasa si Dila ni banyak betul dia buat keputusan yang merosakkan Sayap Kuning sendiri, umpamanya serahkan banyak pangkalan yang dikuasai dia kepada Ali. Tapi tak kisahlah, dia buat kesilapan, aku manfaatkan sahaja.

"Bukan main lagi dia tidur atas peha kau, Ali?" aku tanya Ali yang biarkan Jugra tidur atas peha dia.
"Alah, biarlah dia. Aku suka la budak ni," kata Ali.
"Carilah bini sorang, Li. Aku dengar kau dah ada calon, betul ke?"
"Mana ada, Lan. Kau ni pandai-pandai je."
"Kau kalau kahwin nanti, janganlah senyap-senyap je."
"Ala kau ni, Alan. Siapa la nak aku ni..."
"Kau jangan berperangai macam Amin, boleh tak? Kau kaya, body katang, bawa kereta lambang tengkorak, sekali pandang dah macam Stone Cold Steve Austin..."

Ali dah ketawa terbahak-bahak.

"Stone Cold ada Debra je..."
"Okay la tu Debra!"
"Aku nak Trish Stratus..."
"Alamaaaakkk!" aku tepuk dahi.

Dah sampai rumah, aku kejut Jugra sebelum aku dukung anak aku ke rumah.

"Aku siap-siap dulu, tidurkan anak aku, lepas tu kita gerak."
"Sultan dah tunggu ke?"
"Dia kata jumpa dalam pukul 11 malam macam tu."

Aku beritahu Mina yang aku ada pertemuan dengan Sultan Norman, dan dia pun dah maklum. Aku beritahu sebab aku malas nak berdepan dengan periuk belanga, pinggan mangkuk lagi. Si Mina ni kalau asyik baling pinggan kat aku, aku hantar dia juga jadi atlet lontar peluru, tukul besi, cakera tu.

--

Ketika tiba di Bukit Istana, Sultan Norman ajak aku dan Ali masuk ke kamar beradunya. Risau pulak kalau ada Raja Permaisuri Amisha kat dalam waktu ni.

"Dia tengah kat kamar TV, tengok American Idol," kata Sultan Norman.

Sultan Norman bawa kami berdua duduk di sofa dalam kamar beradunya. Ali terus keluarkan serbuk putih dari poketnya.

"Ampun tuanku..." kata Ali sambil hulurkan seplastik kokain dari poketnya. Sultan Norman rasa menggunakan hujung jari kelingkingnya.

"Barang baik ni. Mana dapat?"
"Barang dari Colombia, proses kat Miami," kata Ali.
"Kau punya ke?"
"Ampun tuanku, patik dan business partner patik, Leonardo. Dia dari Brazil."
"Dengan si Wan Radzi ni sejak dua menjak asyik lambat je hantar. Dila kata pada aku, dia selalu ambik dari Jimmy. Aku beli dengan Jimmy, tapi dia selalu jual mahal pada aku. Kadang-kadang tiga kali lipat. Memanglah tak kisah nak keluar duit, tapi rasa macam ripoff."
"Jimmy tu budak patik juga yang hantarkan padanya, Tuanku. Dia ambik untung jadi middleman la tu."
"Jadi kalau dengan kau, boleh dapat direct?"
"Ampun tuanku, benar sekali," kata Ali.
"Berapa harga kau jual satu paket macam ni biasanya?"
"RG300."
"Eh, murahnya! Selalu aku beli dengan Jimmy sampai RG1k!"
"Untuk tuanku, patik supply free sahajalah," kata Ali.

Sultan Norman tersenyum.

"Kau sebenarnya nak apa ni?" tanya Sultan Norman.
"Ampun tuanku. Patik ni sebenarnya ahli Sayap Kuning," kata Ali kemudiannya menunjukkan kad keahlian Sayap Kuning.
"Okay, baik. Kau beritahu aku, apa yang kau nak. Takkan nak bagi free je kan?"
"Patik nak kerja dengan tuanku."
"Kerja apa tu?"
"Jadi ketua pengiring tuanku. Ini dokumen patik. Patik juga juara Muay Thai di Suvarnabhumi tahun 1989."

Sultan Norman naik kening tanda kagum dengan Ali.

"Memang ada kosong, kalau kau nak, esok kau boleh datang dengan suit hitam, tali leher hitam, kasut kulit hitam, dengan songkok. Datang sini jam 7 pagi. Aku nak interview kau. Formal la, tapi aku akan tetap bagi kau kerja punya," titah Sultan Norman.
"Menjunjung titah, Tuanku."

--

Amin sedang menggunakan bot-botnya untuk menyebarkan maklumat dalam internet tentang cerita Sultan Norman bukan anak kandung Sultan Aminul Rasyid yang sah. Dengan menggunakan VPN serta beroperasi di luar Gelanggayu, Amin terselamat daripada dapat dikesan oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Gelanggayu (SKMG).

Amin tekan butang enter, dan proses penyebaran itu mula berlaku di dalam Yahoo Messenger.

Adli pula sedang menonton VCD Royal Rumble yang terbaru bersama-sama dengan Alim.

"Weh, korang. Kecuali kalau bangunan kat bilik ni terbakar, jangan offkan komputer aku. Bot aku tengah buat kerja tu," kata Amin.
"Woi, nak pergi mana tu?" tanya Adli.
"Orchard Road."
"Nak dating dengan Jessica la tu!" kata Alim.
"Muah muah muaaahhh!" Adli membentuk jari-jari di kedua belah tangannya dan membuatkan gaya seperti bercium.
"Amende doh. Biasa la, kita keluar kawan-kawan," kata Amin.
"Jap, apasal Jessica ajak kau sorang je?" tanya Adli.
"Entah! Kau ingat kitorang tak tahu ke Jessica ajak kau keluar!" sambung Alim.
"Alah, dia tu mesti nak minta aku teman beli ethernet cable dia. Lately asyik rosak je," kata Amin.
"Takdelah, macam la kau sorang je pakar IT dalam Kuala Ubin ni. Apasal dia ajak kau?" tanya Adli.
"Amin loves Jessica! Amin loves Jessica! Amin loves Jessica!" Alim kat belakang Adli menganjing Amin.
"Diam la Alim!"
"Amin loves Jessica! Amin loves Jessica! Amin loves Jessica! Amin loves Jessica!" Adli sambung sama-sama dengan Alim.

"Lantak korang la..." Amin terus capai tualanya untuk ke bilik mandi.

--

Jessica mengajak Amin menonton wayang, filem yang sedang popular di panggung ketika ini, iaitu Ada Apa Dengan Cinta. Kisah Rangga lakonan Nicolas Saputra, seorang pelajar lelaki yang pendiam dan sukakan puisi dengan Cinta, lakonan Dian Sastrowardoyo yang karektornya perempuan popular di sekolah.

"Watak Rangga tu, jenis pendiam. Suka baca buku...macam you la, Amin."
"Naahhh, kalau dari segi karektor tu mungkin ya, tapi I takde rupa macam tu. Kalau I, I bukan Rangga. I serangga."
"You ni, sikit-sikit nak self-critic diri sendiri. Lagipun, tak kisah pun pasal rupa ni."

Amin malas nak layan kata-kata Jessica, sebab walaupun hatinya begitu girang dipuji oleh crushnya Jessica, tetapi jauh di sudut hatinya, dia sedar pada akhirnya Jessica bukan ditakdirkan untuknya.

Jadi untuk sementara waktu ini, Amin cuma nikmati sahaja waktu yang ada, serta jadi kenang-kenangan di masa depan, walaupun pada akhirnya dia sedar bahawa dia hanya menjaga jodoh untuk Art Ardan.

"Amin..."
"Ya?"
"You pernah beritahu I yang you ada crush. Tapi sampai sekarang I tak tahu."
"Tak payahlah tahu, Jessica."
"Why? You malu ke dengan I? Or maybe, you takut I kecoh kat semua orang? No, I won't tell anyone. Adli tahu tak?"

Amin cuma gelengkan kepala.

"Wow, kalau Adli tak tahu, mestilah yang lain pun tak tahu jugak, kan? Kak Mer tahu?"
"Pun tak."
"I tak boleh tahu ke?"

Sekali lagi Amin geleng kepala.

"Kalau kitorang semua tak tahu, macam mana kitorang as your friend nak tolong you dapatkan crush you tu, Amin?" tanya Jessica.
"Cinta tak seharusnya memiliki, Jessie."
"Takdelah, at least confess lah. Kalau dia reject you, bolehlah you lekas move on, and cari orang lain, kan?"
"Jomlah balik. I nak siapkan kerja I," kata Amin, malas nak perpanjangkan cerita.

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam telah datang
Terkadang ingin kutulis semua
Perasaan

Kata orang, rindu itu indah
Namun bagiku, ini menyiksa
Sejenak kufikirkan
Untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila
Ku ingin bernafas lega
Dalam anganku, aku berada
Di satu persimpangan
Jalan yang sulit kupilih

Kupeluk semua indah hidupku
Hikmah yang kurasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta
Bagiku, tak mengapa
Namun ada yang hilang, separuh diriku

--

Pulang dari rumah, Amin keseorangan kerana Adli sudah tentu bersama-sama dengan Alim dan Ziela bermain Counter-Strike di cybercafe. Amin nampak pada skrin yang bot-botnya sudah menghantar segala mesej yang perlu disampaikan.

Dia kemudiannya memegang belakang komputernya. Panas, lalu dia mengambil keputusan untuk merehatkan komputernya dan menyambung mengulangkaji pelajaran.

Tetapi fikirannya masih memikirkan tentang Jessica. Kalaulah Jessica itu bukan keluarga old money, dah lama dia teruskan sahaja lamaran itu. Tetapi dia sedar kedudukannya di mana, hanyalah anak seorang penjual air bancuh sahaja, siapalah nak pandang orang macam dia.

SMS masuk.

"kau dh htr ke blm?" dari Kak Mer.
"dh siap."

Kerja-kerja propaganda menyebarkan fahaman republikanisme, selain daripada menyemai perasaan bahawa Sultan Norman adalah bukan Sultan Gelanggayu yang sah, perlahan-lahan menyerap ke dalam fikiran masak-masak.

Bagi Amin, tidak ada agenda yang lebih penting, selain membantu Tuan Azlan untuk membalas jasanya kepada keluarganya selama ini. Untuk memikirkan cinta tu, nantilah dulu. Lagipun Amin sedar Jessica menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja, tak lebih daripada itu.

--

Selepas Persidangan Bonn di Jerman, Hamid Karzai telah dipilih untuk mengepalai kerajaan sementara Afghanistan. Walaupun tentera NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah menguasai Kabul, tetapi ia jauh lagi untuk mengatakan peperangan ini telah berakhir.

Serangan hendap, bom buatan sendiri, serangan berani mati, sabotaj dan banyak lagi yang didepani oleh tentera Amerika Syarikat yang berada di Afghanistan.

Memang Tok Aki nak lamakan perang di Afghanistan, dengan taktikal yang dia pernah gunakan dalam membantu Viet Cong dalam Perang Dai Viet dulu.

Tentera udara tentera Amerika Syarikat terus membedil pergunungan Tora Bora yang dikatakan tempat pengikut Taliban sedang bersembunyi. Tetapi sebenarnya mereka sudah lama meninggalkan kawasan itu dan melarikan diri ke Pakistan, termasuklah Osama bin Laden.

Tetapi bagi puak-puan neokonservatif yang dahagakan perang, mereka telah berbincang dengan Bush untuk menyerang Iraq. Kali ini untuk menghapuskan terus pemerintahnya, Saddam Hussein.

Bagi Jeneral Yahya, semakin banyak perang, semakin untung yang dia dapat.

--

Perlahan-lahan, Ali mula meletakkan orang-orangnya di dalam istana. Dengan sogokan kokain gred A dari Leonardo, Ali mula mengawal keluar-masuk istana. Siapa yang boleh masuk, siapa yang tak boleh masuk ditentukan oleh Ali.

Azlan menggunakan Ali untuk menyekat mana-mana ahli kerabat yang menentangnya. Yang mana sokong Tengku Ariffin, yang itu Ali benarkan masuk.

Azlan juga menggunakan alasan 'keselamatan' untuk menaiktaraf sistem pintu pagar istana, dan hanya mengeluarkan pas masuk kepada mana-mana kerabat yang berpihak kepada Tengku Ariffin. Ini termasuklah menyekat Tengku Ahmad (Jimmy), Tengku Razak dan penyokong-penyokongnya dari memasuki istana.

Azlan tahu, golongan kerabat yang anti kepadanya akan mula mengamuk, dan mula akan menyerang Sultan Norman, dan mula membantu agenda republikanisme dengan menyebarkan cerita yang Sultan Norman ini anak haram dan bukannya anak yang sah dari Sultan Aminul Rasyid.

Ini membuatkan bonda Sultan Norman, Bonda Raja Tuanku Khalidah berdukacita dan jatuh gering. Baginda sedar yang cerita ini akhirnya akan terbongkar juga, dan Yahya memang sengaja menggunakan isu ini untuk mencetuskan kemarahan.

--

Situasi ini membuatkan mereka yang berada di dalam Jacobin Club seperti Hafiz dan Natasha merasakan republikanisme mula timbul dalam masyarakat Gelanggayu.

Hafiz ke Temasik untuk melawat anak-anaknya dan bekas isterinya, Adilah, dan tujuannya untuk merayu, dan membawa Natasha sekali untuk memujuk Adilah.

"Nat, I minta tolong you pujuk Dila, I nak rujuk dengan dia..."
"Why you cerai dengan dia at the first place?"
"Dia tuntut cerai. Padahal I penuhi semua tanggungjawab I sebagai suami."
"Mestilah ada sebab kenapa dia nak tuntut cerai. Maybe you jealous sangat dengan Alan..."
"Kalau tak kerana peristiwa tu, I takkan syak apa-apa antara dorang."
"Hafiz, I rasa both Alan and Dila dah move on pun dari peristiwa tu. And right now, kumpulan republikan ni perlukan orang macam Dila untuk susun strategi. Nampak je Sultan Norman tengah kuat, but it's rotten to the core. Kalau kita berjaya tarik Dila untuk masuk dalam Jacobin Club, kita boleh capai what we wished to be."
"Sebab tu la I fikir, kena juga pujuk Dila untuk join kita ni."

Kereta yang membawa mereka berdua tiba di perkarangan rumah Adilah di Novena, Temasik.

"Rachel, go and play with Mili and Alif," kata Natasha sebaik sahaja tiba di rumah Adilah.
"Alright mommy!"

Hafiz berdiri sebelah Natasha sambil memandang bekas isterinya, Adilah.

"Hafiz, I kena pergi Kwantong this week, therefore you jagalah Alif and Mili ni when I'm not around, it's your turn..." kata Adilah.
"Dila, kita rujuk balik lah..." kata Hafiz.
"Untuk apa? Untuk I berterusan kena tuduh macam-macam from you? Untuk biarkan diri I terus mental dengan perangai paranoid you tu, sampai I tak boleh buat kerja I? Nak biar you jahanamkan kewangan Sayap Kuning sampai banyak benda I nak kena settlekan? Tak payah!" kata Adilah sambil berpeluk tubuh.
"Banyak sebab rupanya..." tanya Natasha.
"Tanyalah Hafiz ni. Setiap hari asyik paranoid je kalau I keluar, takut I jumpa Alan!" kata Adilah.
"Come on, Dila. Marilah kita rujuk balik. Demi anak-anak..."
"My kids are just fine without you, Hafiz. Tak payahlah nak tunggang anak-anak I. We are so over!" kata Adilah.

Menyedari Hafiz gagal memujuk Adilah, Natasha campurtangan untuk matlamat yang sebenar iaitu membawa Adilah menyertai Jacobin Club.

"Dila, we need you to be in Jacobin Club. Me, Cindy, Hafiz, Zizan..., semua ada dalam kelab tu."
"Oh, that republican group tu? Siapa ketua dia? Si tua gayut tu ke?" tanya Adilah.
"Pengetua..." kata Natasha.
"I tau apa yang diperlukan untuk jatuhkan Sultan Norman. Tapi kalau I join group korang ni, I dapat apa?" tanya Adilah.

"We will figure it out later. Apa je yang you nak, kita akan tolong you," kata Natasha.
"As long as you join kitorang, Dila," kata Hafiz.

--

Adilah

Jacobin Club ditubuhkan pada tahun 1998 in response kepada kegagalan Jeneral Yahya dalam Revolusi Nasional. Kelab ini ditubuhkan bagi mereka yang telah tersungkur dalam percaturan politik pasca 1998. Orang macam Datuk Bakri, orang macam penyokong-penyokong Rahizan, tapi orang-orang Azmi yang kena sailang dengan Luqman dulu pun masuk juga.

Walaupun aku yang cadangkan penubuhan republican movement ni pada Natasha tahun 1995 dulu masa dia patah hati bila Azlan kahwin, tapi aku sendiri tak nak masuk. Sebab matlamat aku bukan menyokong republik ni.

Orang Gelanggayu ni dah ribuan tahun hidup dalam sistem monarki. Kalau tiba-tiba kita nak ubah ke sistem republik, bila siapa naik jadi presiden nanti, dia akan memerintah secara diktator dan akhirnya jatuh ke anak beranak.

Nama Jacobin Club tu berasal dari Club des Jacobin, kelab yang diasaskan oleh orang macam Jacques Pierre Brissot, Maximillen Robbiespierre, Jean-Paul Marat dan Camille Benoit Desmoulin yang menyusun gerak langkah Revolusi Perancis. Benda ni pun orang-orang dari keturunan aku juga yang susun mereka ni untuk gulingkan Raja Louis XVI.

Tapi untuk buat Revolusi Perancis, kena ada satu keadaan yang mana rakyat dalam keadaan yang terdesak. Musim sejuk yang menyebabkan bekalan makanan tak cukup, atau situasi politik yang begitu teruk. Gelanggayu tak macam tu. Rakyat sentiasa cukup makan, terlebih makan pun ada. Tabah subur, cuaca sentiasa panas dan sentiasa aman tenteram.

Paling krisis pun, kalau pergaduhan tu melibatkan local warlords. Tengku Ishak lawan al-Daulah, Yom Puteh lawan Wan Demang. Jadi untuk jatuhkan al-Daulah, kena pecahbelahkan al-Daulah.

Kalau House of al-Daulah berpecah-belah, senanglah republik nak diasaskan sebab kekuatan mereka dah jadi lemah.

Benda tu hampir berlaku tahun 1874, sampailah British campurtangan. Kewujudan jalur keturunan al-Daulah yang sekarang ni pun kerana British.

Tapi kalau keluarga al-Daulah naik, akan naik satu keturunan yang baru dan akan memerintah. Tak mungkin Gelanggayu ni jadi republik. Kalau Gelanggayu ni jadi republik, akhirnya satu keluarga yang akan memerintah dan yang aku nampak ialah keluarga Tengku Ishak-Yom Puteh ni. Dan sebab tu aku perlu jadi isteri Azlan, untuk keluarga Wan Demang.

Revolusi Nasional 1998 ni pramatang, sebab si tua Yahya ni jenis tak menyabar. Dan dia pilih orang yang salah untuk lead revolusi ni. Sepatutnya dia cari aku untuk buat ni, dan Azlan sebagai figurehead. Ini kau letak Luqman, hancurlah jawabnya.

Aku boleh susun jalan macam mana nak jatuhkan keluarga al-Daulah. Tapi kena bagi aku kahwin dengan Azlan la. Kalau tak, aku rasa tak ada gunanya aku usaha lebih-lebih, kan?

--

Di dalam kereta, Natasha nampak Hafiz seperti ada satu perasaan yang agak tertekan.

"Balik-balik aku yang salah. Padahal dia yang cari pasal!" kata Hafiz.
"Dia cari pasal?"
"Dari dulu lagi, dia asyik kejar Azlan je. Balik-balik, misi dia nak kejar Azlan!"
"I don't think dia macam tu lah..."
"Kau tak tahu, Nat. Kau tak kenal perangai Dila ni."
"Okay, if she wants Alan pun, apa yang you boleh buat?"
"Aku takkan benarkan diri aku kalah dengan Alan. Asyik dia je yang menang. Aku perlu jatuhkan dia sampai dia tahu yang aku ni pun mampu lawan dia!"
"Hafiz, you berhentikan I dengan Rachel kat tepi tu," kata Natasha.

Hafiz berhenti di sebuah stesen MRT.

"I nak balik rumah I, naik MRT je."
"I boleh hantar you balik, Nat."
"It's okay. Lagipun I kena beli susu and napkin untuk Rachel."
"Nat, siapa husband you?"
"Tak payah tahu."

Natasha mengekalkan janjinya untuk merahsiakan perkahwinannya dengan Azlan dengan sesiapapun. Cuma Natasha rasa sakit hati dengan kata-kata Hafiz tadi.

"Kenapa you nak berahsia?" tanya Hafiz.
"Let's go, Rachel. Say bye to Uncle Hafiz."
"Bye Uncle Hafiz!" kata Rachel sambil melambai tangan.

Natasha memimpin tangan Rachel dan terus menaiki MRT Newton.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top