Episod 269 - 22 November, 2001

"Ala bodoh la kau ni Nizam, kena tangguh SPG pun nak kecoh. Ye la, satu paper je kot. Aku paper Temasik lain la cerita! Hahaha! Hah! Hah! Okay! Aku nak lawan Counter-Strike ni, nanti la kau SMS aku!" kata Adli yang sedang menjawab telefon sambil bermain Counter-Strike bersama-sama dengan Ziela.

Alim pula baru sampai cybercafe, bersalaman dengan Ziela dan Adli.

"Lama gila doh Amin kat Amsterdam. Aku tunggu dia ni, beran ke tak beran bawak ganja dari sana," kata Alim sambil duduk di meja 21, sebelah Ziela.

"Amin kat Wijayapura la. Tuan Azlan nak jumpa dia," kata Adli.
"Peehhh, gempak gila sampai Tuan Azlan nak jumpa dia personal," kata Alim.
"Kira hebat la Amin ni sebenarnya. Tapi apasal dia ni suka panggil diri dia loser la, cob nobbler la, creep la, macam benci benar dia dengan diri dia sendiri..." kata Ziela pula.
"Kau tak nasihatkan dia ke, jangan rendah diri sangat, Adli?" tanya Alim.
"Entahlah, Lim. Aku ni nak nasihatkan orang, aku ni pun bukannya baik sangat. Haaa, kau tekan de_dust tu. Aku tengah tunggu kau join group ni. Haaa...ok cun!" Adli kembali duduk di kerusi PC 24.

"Go go go!"
"Fire in the hole!"

--

Amin masuk ke rumah Tengku Ariffin di 2 Jalan Cendana, dan dibawa menghadap Azlan bersama-sama dengan Ali dan Merlina. Mereka bertiga pergi ke Bilik Peta di mana tempat Azlan selalu buat mesyuarat rahsia.

Amin teruja macam kanak-kanak di kedai mainan apabila masuk ke bilik peta Azlan. Peta dari kurun ke-12 sampai yang paling baru semuanya ada di situ.

"Whoaaa! Peta era Empayar Mongol pun ada ke?" kata Amin, tanpa dia sedari ada lelaki yang berdiri di belakangnya.

"Ehem!"

Amin menoleh ke belakang, dan nampak Tuan Azlan berdiri di belakangnya.

"Maafkan saya, Tuan Azlan."
"Tak ada apa salahnya pun. Mari, kita mesyuarat dulu," kata Tuan Azlan sambil meletakkan tangan ke bahu Amin. Amin terkejut bila Tuan Azlan buat dia macam kawan-kawan je main peluk bahu.

Amin sebagai ketua cybertrooper untuk Azlan, menerangkan apa yang telah berlaku dalam Internet.

"Dalam internet, ada desas-desus kata Tengku Norman ni anak luar nikah," kata Amin.
"Ada kesahihan dalam cerita ni, Merlina?" tanya Azlan.
"Aku ada terbaca kat forum LauYaT. Forum tu selalu juga aku tengok orang share kat group YM aku. Kau ada dengar, Ali?" tanya Merlina.

Ali tenang buka kotak rokok Gudang Gula.

"Aku ada dengar la cerita dari istana. Tengku Khalidah, maknya si Norman ni, kalau Yahya ada, dia cepat-cepat blah. Aku dengar AR ni bodo sangat, tak reti main. Pastu Yahya pun bagi la demo tutuh tu," kata Ali.
"Kalau betul cerita ni, sepatutnya ayah mertua aku la orang yang sebenarnya pegang takhta, bukan Tengku Norman. Aku cakap kalau betul, sebab aku bukannya ada kat situ pun masa tu. Aku pun belum lahir lagi," kata Azlan.
"Kalau betul lah. Tapi kalau macam tu, anak kau, Jugra...dia tu pewaris yang sah..." kata Merlina.
"Nombor berapa pulak Jugra tu. Nombor satu next in line, Tengku Danish. Lepas tu ayah mertua aku. Lepas tu, Tengku Razak, lepas tu Jimmy. Lepas tu Tengku Hisham. Jugra ni belakang-belakang je pun. Kecuali la kalau someone bunuh Norman, lepas tu bunuh Danish, lepas tu ayah mertua aku pulak yang perintah. Lain cerita," kata Azlan.
"Jadi, nak buat macam mana ni?" tanya Ali.
"Bagi cerita pasal Tengku Norman ni anak haram ni matang dulu. Kalau bertindak sekarang, dianggap biadab. Tuanku Sultan baru sahaja mangkat. Yang ni, Merlina, Amin, boleh tak korang amplify algorithm dia untuk dapat capaian yang lebih tinggi?" tanya Azlan.
"Boleh, Tuan Azlan. Cuma bot-bot yang sekarang ni tak mampu sebarkan dengan lebih banyak. Kalau yang sekarang kita ada ni, satu bot boleh target 30-50 YM user je. Tak efektif," kata Amin.
"Habis tu, yang paling latest berapa?" tanya Azlan.
"1,000-2,000. Tapi Tuan kena tambah $10k lah. Biar saya upgradekan bot-bot ni, jadi lebih realistik. Lepas tu, Kak Mer, saya perlukan $5k, nak buat iklan pop-up."
"Kau nak buat apa pop-up? Orang menyampah kot. Orang pangkah sambil menyumpah dengan iklan pop-up," kata Merlina.
"Nak letak iklan sempena Hari Pertabalan Sultan Norman nanti. Biar orang terus menyampah, dan sokong republikan," kata Amin.

Azlan pandang ke arah Merlina, kemudiannya memandang ke arah Amin.

"Boleh kau terangkan political 4D chess kau ni pada kami semua, Amin?" tanya Azlan.
"Pop-up ads ni, memang annoying. Especially kalau nak download games, atau nak baca berita. Memang orang menyampah. Dengan meletakkan iklan pop up hari pertabalan Sultan Norman, secara tidak langsung timbul perasaan menyampah orang ramai terhadap keluarga al-Daulah. Kalau kita masih ingat, 2 minggu lepas, dalam rancangan Nona, kisah Tengku Dania yang tinggal di Australia. Rumah besar, naik jetski, kat situ pun rakyat dah menyampah dah," kata Amin.
"Teruskan..." kata Ali.
"Bagi saya ni adalah satu psy-ops untuk menimbulkan kemarahan. Begini, seingat saya, last meeting bersama The Jackals, Tuan Azlan tak nak berlakunya pertumpahan darah. Cita-cita saya ialah nak jadikan kejatuhan keluarga al-Daulah ni adalah revolusi digital yang pertama. Maknanya revolusi yang digerakkan melalui online. Information war, psychological attack. Kita kalau boleh tak nak escalate sampai ke tahap perang saudara macam di Bosnia. Jadi, plan saya selari dengan aspirasi Tuan Azlan," kata Amin.

Azlan bangun dari kerusinya, kemudiannya berjalan ke arah tingkap dan memandang ke arah luar, kemudiannya dia terus menoleh ke arah Amin.

"Idea kau tu ngam, Amin. Tapikan, Mer...kau ada idea tak, supaya tak nak nampak macam kita yang start dulu?" tanya Azlan.
"Benda gitu geng-geng Hafiz yang sebarkan. Kebanyakannya bot-bot dia," kata Merlina.
"Kalau macam tu, baguslah! Biar je lah Hafiz yang buat kerja. Cuma pantau kalau dia cuba attack ayah mertua, isteri atau anak aku," kata Azlan.
"Baik."
"Okay, aku nak pergi upacara pengisytiharan Sultan Norman. Tapi sebelum tu, Amin..." kata Azlan, sambil membuka laci dan mengeluarkan dua keping tiket MTV Asia.

"Host event ni, Michelle Branch. Aku tau, dia ni artis kegemaran kau. Aku personally call manager dia suruh dia datang ke Temasik."
"Dua tiket?"
"Aku nak kau ajak Jessica sekali."

Muka Amin tercengang. Dia bukan sahaja tergamam sebab Tuan Azlan benarkan dia keluar dengan Jessica, tapi macam mana dia boleh tahu Michelle Branch tu crush artist dia.

"Macam mana Tuan Azlan tahu saya minat Michelle Branch?"
"Aku jumpa Jessica last week. Dia practise main gitar lagu penyanyi ni la. Dia cakap dia suka lagu ni sebab kau yang perkenalkan pada dia," kata Azlan.
"Err, terima kasih, Tuan Azlan."

Merlina di sebelah mengusik Amin.

"Takpe Min, kalau Jessica reject kau, kau boleh try Michelle Branch pulak," kata Merlina.
"Isshhh, takkanlahhhh! Dia artis popular kot!"
"Kau dah kaya besok, artis yang melutut kat kaki kau, Min! Ni aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri ni," kata Ali.

--

Azlan

Budak Amin ni aku suka betul dengan cara dia ni. Baru berumur 17 tahun tapi mampu membaca politik dengan cekap. Aku memang sengaja panggil Michelle Branch jadi pengacara tu, suruh dia temankan Amin.

Bukan apa, aku dapat tahu yang sebenarnya Jessica ni ada hati dengan Amin, sebab aku perhatikan asal kalau borak je, mesti dia cakap pasal Amin. Tapi masalahnya Aunty Kathy, ibu Jessica, dia dah satukan Jessica dengan anak Datuk Megat Zaman, Art Ardan. Dia ni partner business kepada Datuk Isnin, adik kepada Datuk Khamis.

Aku sebenarnya dalam usaha nak melawan budaya perkahwinan aturan keluarga dalam keluarga aku ni. Aku faham dalam old money ni memang amalan macam ni memang normal, tapi aku rasa semak bila melihat perkara yang macam ni.

Aku sendiri pun menjadi mangsa kepada perkahwinan aturan keluarga ni. Cuma aku tak boleh campurtangan, kena Jessica sendiri yang melawan. Yang Amin pun kena buat move la. Kalau aku je yang beriya-iya gerakkan tapi Amin tak reti buat move, tak jadi juga. Dan kalau Jessica pun memang suka Art Ardan juga, aku tak nak paksa-paksa.

Tutup cerita pasal kisah Jessica dan Amin, buka cerita pasal perancangan aku yang seterusnya.

Masa 9/11 dan masa kempen PRK Bukit Pagar hari tu, sampai Saiful terduduk tak tahu nak buat apa dalam berkempen. Ceritanya, Saiful letak orang Sayap Kuning sebagai calon Parti Neo. Amin la yang guna internet untuk kempen.

Saiful ban aku daripada datang berkempen di Bukit Pagar. Ada tiga lagi calon iaitu PDG, Parti Kuasa Rakyat dan, Gagasan Ummah. Memandangkan Parti Kuasa Rakyat ni aku ada kawan dalam cabang Bukit Pagar ni, aku fund calon Parti Kuasa Rakyat ni duit.

Sekali termenang Parti Kuasa Rakyat ni. Majoriti takdelah besar, dalam 1,100 lebih macam tu. Tapi memandangkan kawasan ni kawasan bekas Perdana Menteri, memang terduduklah Saiful sebagai Presiden Parti Neo.

Bodoh, dia ni tak tahu ke Parti Neo bahagian Bukit Pagar tiap-tiap bulan aku hantar duit? Dalam masa sama juga, aku rasa perlu juga jadikan Parti Kuasa Rakyat ni sebagai parti pembangkang yang efektif.

Parti macam Kuasa Rakyat ni biasanya menarik golongan aktivis, golongan NGO, golongan liberal. Boleh juga aku minta tolong ibu tolong selitkan orang-orang Jacobin Club ni dalam Kuasa Rakyat ni. Lepas tu boleh la minta Soros fund gerakan ni.

Sementara persepsi Tengku Norman ni anak haram tersebar di internet, aku dalam keluarga al-Daulah kena berlakon juga. Selain politik rakyat macam parti politik ni, aku kena juga bermain politik kerabat ni. Yang ni lebih kejam. Old money politics ni kau kena tahu siapa kawan, siapa lawan, siapa yang kawan dengan kau untuk tikam kau kemudian.

Lepas ni mesti jumpa dengan sepupu dan saudara-mara Mina ni. Semua pun tengah berpakat nak cantas Tengku Norman. Jimmy sampai berpakat dengan Hafiz yang merupakan ahli Jacobin Club, mereka yang menyokong republikanisme di Gelanggayu.

Nak tunggu semua ahli keluarga al-Daulah ni mati memang lambatlah. Memang nak tak nak kena gerakkan juga republikanisme ni.

Jadi bab-bab kutuk keluarga diraja ni, aku kena serahkan kepada Amin. Biar Amin buat kerja ni semua. Kerja-kerja psy-ops dan cyber warfare macam ni kita yang Gen X ni diam-diam je lah. Bagi je budak-budak Gen Y yang buat kerja ni. Pandai la Mer pantau dan train budak Amin ni.

Sementara tu, aku tengah cuba nak susun Ali untuk control Sayap Kuning. Si Tengku Norman ni kaki kokain. Suruhlah Ali ni payung sikit.

--

Upacara pengisytiharan Sultan Norman sebagai Sultan Gelanggayu yang baru berlangsung dengan selamat meskipun dari kalangan hadirin yang hadir pun dah mula berbisik tentang gosip di internet berkata yang Sultan Norman ni anak haram dan tidak layak menjadi Sultan.

Dari kalangan yang hadir, semua mata memerhatikan ahli keluarga yang lain. Semua dah tunggu masa untuk merebut takhta jika didapati benar Sultan Norman ni bukan anak Tengku Aminul Rasyid.

Ditambah pula dengan anakanda Sultan Norman, Tengku Danish yang dilihat lembik dan tidak akan mampu mentadbir negara.

Balik dari istana, Azlan bertanya kepada Tengku Ariffin sesuatu yang dari dulu dia nak bertanya kepada ayah mertuanya.

"Ayah, saya nak tanya sesuatu, boleh tak?" tanya Azlan sambil bakar rokok Lucky Strike. Tengku Ariffin sedang letak tembakau Peterson dalam paipnya.

"Tanyalah, apa dia?" tanya Tengku Ariffin.
"Tengku Danish tu, LGBT ke?" tanya Azlan.
"Yes, dia bottom pulak tu."
"Tengku Norman tak tahu ke?"
"Tak. Aku yang susun orang istana kat UK, suruh cari bodyguard yang gay. Jadi, dari kecik dia dah diasuh untuk menjadi songsang," kata Tengku Ariffin.
"Kenapa ayah buat macam tu?"
"Sekurang-kurangnya kau dah tak perlu bersaing dengan dia. Tinggal jatuhkan Norman je, lepas tu aku akan naik takhta. Kau asuh Jugra sebab lepas tu aku akan susun ke anak kau untuk jadi pemerintah."

Aku menjeling ke arah Jugra yang sedang didukung oleh Mina.

"Tapi banyak lagi nak kena cantas," kata aku.
"Itu kerja kau la, Alan. Yang Norman ni kita biarkan Yahya buat kerja dia. Kau pun tau kan, abang aku tu bukannya anak yang sah pun. Tengok bentuk muka pun dah berbeza dengan aku atau Razak," kata Tengku Ariffin.

Semua sebenarnya nak cantas Norman, sebab semua orang dalam keluarga al-Daulah ni macam dah tahu yang Tengku Norman ni bukan dari darah daging keluarga al-Daulah, sebaliknya dia dikatakan merupakan anak haram Tengku Khalidah.

Ada ramai juga yang dalam istana tu kata anak tu anak haram Jeneral Yahya, tapi Azlan tak dapat sahihkan perkara itu. Kalau betullah perkara tu, ini adalah cerita plot twist yang paling senggama minda yang dia pernah dengar. Maknanya Pengetua dah rancang sejak sebelum Tengku Norman lahir lagi untuk menjadikan Gelanggayu sebagai negara republik.

--

Presiden George W. Bush melancarkan Operation Enduring Freedom, dan mula menyerang Afghanistan dengan menggunakan peluru berpandu Tomahawk dan jet pejuang dari kapal-kapal pengangkut di perairan Pakistan.

Melalui nasihat Jeneral Yahya dan dengan bantuan Marina yang mengkaji undang-undang, Jeneral Yahya berjaya menyusun idea kepada Presiden Bush untuk meluluskan PATRIOT Act bagi menyekat pengganas dari melakukan keganasan di Amerika Syarikat.

Jeneral Yahya juga menyusun rancangan kepada Presiden Bush untuk menyiapkan Department of Homeland Security (DHS) yang akan dirasmikan pada tahun 2003 nanti.

Dengan bantuan dari negara-negara sekeliling seperti Pakistan, Rusia, Kwantong, Uzbekistan dan Turkmenistan, - tentera Amerika Syarikat dan NATO pimpinan Jeneral Tommy Franks mula menyerang Afghanistan.

Dalam masa sama, tentera Amerika Syarikat yang berpusat di Pengkalan Tentera Udara Suvarnabhumi di U-Tapao dan Pengkalan Tentera Udara Republik Temasik di Duas dan Changli mula mengebom kedudukan Daulah Islamiyyah Nusantara di Sumatera.

"Mereka semua dah masuk perangkap, Fauzan. Sekarang ni kita akan pastikan Amerika Syarikat ni berbelanja besar sampai mereka menanggung hutang yang tinggi sampai mereka menjadi lemah dan bergaduh sesama sendiri. Perang ini akan jadi lama macam mana Perang Dai Viet dulu. Kali ini, mereka akan benar-benar keletihan sebab sekurang-kurangnya masa Perang Dai Viet dulu, mereka ada banyak emas. Sejak 1971, emas tu Nixon dah licinkan," kata Tok Aki.
"Bijak sekali perencanaan ayah. Bila Amerika Syarikat dah jatuh nanti, Jeneral Yahya dan anak emasnya si Azlan itu takkan mampu melawan kita lagi. Allahuakbar!" kata Fauzan.

Selama hampir dua bulan, tentera Amerika Syarikat mengebom Afghanistan, tetapi pengeboman mereka ini tidak mempunyai objektif yang jelas. Pejuang Taliban mungkin berundur dari Kabul, tetapi mereka bersembunyi di kawasan yang tidak dapat dikesan oleh radar dan satelit Amerika Syarikat.

Walaupun dibantu oleh Pakatan Utara yang merupakan anti Taliban, tetapi tentera Amerika Syarikat seperti hilang arah kerana tidak mempunyai objektif yang jelas dalam misi ini. Tentera Taliban pun pakai serban dan jubah, sama seperti orang awam.

Contohnya di Kabul, baru-baru ini ada pengebom berani mati yang mengebom konvoi tentera NATO di persimpangan bulatan Shahid Road, menyebabkan lima kematian tentera NATO.

Pertempuran kali ini bukan sahaja dalam bentuk gerila, tetapi tidak dapat dikesan kerana tidak ada banyak maklumat terhadap Taliban yang cukup untuk pihak NATO membuat serangan balas.

Serangan bukan sahaja berlaku di Kabul tetapi di Kandahar, Herat, Mazar-e-Sharif, Zaranj dan Jalalabad, menyebabkan Jeneral Tommy Franks berkata 'like playing Whac-a-Mole', iaitu permainan mengetuk haiwan mainan yang keluar dari lubang di arked-arked.

--

11 Disember, 2001

Selepas bertahun-tahun Faridah menyusun strategi dan membantu Deng Xiaopeng dan kemudiannya Jiang Zemin menyusun ekonomi Kwantong, hari ini secara rasminya Kwantong menyertai Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).

Faridah yang mempunyai banyak tanah-tanah perindustrian tiba-tiba menerima banyak pertanyaan dari syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Ryukyu, Goryeo Selatan, Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, Kanada untuk membeli tanah atau menyewa kilang-kilang miliknya.

Selepas 25 tahun kematian suaminya, Mamat yang merupakan kawan baik kepada Deng Xiaopeng, Faridah akhirnya menerima kemasukan wang yang cukup banyak dari syarikat-syarikat dari pelbagai negara. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan ekonomi Kwantong meningkat dengan begitu rancak sekali.

Sejak 1978 sampai sekarang, dah berbillion dolar Faridah buat untung, tetapi bila Kwantong masuk WTO, permintaan itu menjadi lebih tinggi. Setiap kali ada syarikat asing ingin melabur di Kwantong untuk membina atau menyewa kilang, Faridah akan dapat makan untung atas angin atas peningkatan pelaburan ke dalam ekonomi Kwantong.

Dengan keuntungan itu, Faridah mula menyalurkan dana itu untuk membina industri sokongan kepada kebangkitan ekonomi Kwantong. Walaupun aliran masuk matawang asing masuk ke Kwantong - Faridah dah susun agar kekayaan itu juga disalurkan ke Gelanggayu dan Temasik.

Dengan menggunakan saudara-saudara kawan baiknya, Ayuni dan sepupu-sepupu Merlina, Faridah mula membina jaringan perniagaan yang besar, dengan meletakkan 'orang-orang dagang' Melaut yang handal berniaga dan berkemahiran untuk menyokong gerakan politik Azlan.

Dengan dana yang berbillion dolar - Azlan kini membina political machine - selain mengukuhkan kedudukannya dalam Parti Neo, Azlan juga sedang melabur dengan banyaknya kepada Parti Kuasa Rakyat, yang dia lihat sebagai pembangkang yang lebih baik berbanding PDG yang pimpin clan Azmi dan Gagasan Ummah yang dipimpin oleh Haji Syaaban.

Parti Kuasa Rakyat perlu jadi kumpulan pembangkang yang lebih kuat agar dia mendapat golongan pembangkang yang dia mampu untuk kawal.

--

Sejak kekalahan teruk orangnya dalam pilihanraya di PRK Bukit Pagar, Saiful merasakan yang dia memang akan kalah dengan Azlan. Dia sedar kalau dia melawan Azlan lagi, dia akan dimalukan dengan lebih teruk.

Tetapi Hafiz yang selama ini menjadi penajanya menekannya dengan teruk. Hafiz kata kekuatan Azlan hanya ada pada Tengku Ariffin.

Hafiz yang mengenali Tok Aki melalui Haji Syaaban, mahu menghapuskan Tengku Ariffin kerana dia sedang sibuk menyusun hakim-hakim yang pro-Azlan. Dia sendiri sedang berdepan dengan kes saman dan dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan selepas kalah dalam kes mahkamah tinggi.

Maka Hafiz mengajak Saiful untuk ke Sumatera untuk bertemu dengan Tok Aki di Palembang. Apa yang Hafiz dan Saiful tidak tahu, Ali yang dah ada orang dalam GMM dan DIN, telah mengambil foto mereka bertiga dan berbincang dengan mesra.

Tanpa disedari oleh mereka bertiga, perbualan mereka dirakam. Ternyata Tok Aki marah dengan Azlan kerana telah menyogok ramai orang-orang Melaut dengan beras, ubat-ubatan, wang, makanan, dan untuk orang-orang muda, Azlan berikan telefon Nokia serta peluang pekerjaan.

Tok Aki kata perjuangan Azlan hanyalah berlandaskan rasuah dengan menyogok rakyat Melaut yang hidup dalam kedaifan. Kata Tok Aki, orang-orang Melaut ni mentalnya lemah kerana tidak mampu untuk hidup berzuhud, gelap mata bila Azlan berikan wang biasiswa untuk pendidikan tinggi, berikan makanan, tempat tinggal yang selesa dan peluang pekerjaan untuk pendapatan yang stabil. Pada Tok Aki perjuangannya tidak menggunakan material membuktikan keikhlasan untuk berjuang di jalan Allah sebagai seorang fisabilillah.

Saiful juga meluahkan rasa penatnya terhadap Tengku Norman yang 'sikit bagi, banyak minta', dan juga menyatakan Azlan berkuasa dengan hanya menggunakan 'sijil nikah' dengan Tengku Aminah sahaja.

Semua perbualan itu dirakam sebelum diserahkan kepada Ali, dan kemudiannya diserahkan kepada Azlan. Azlan hanya menunggu masa sahaja untuk menjatuhkan Saiful, dan menaikkan Shahrizal sebagai Perdana Menteri Gelanggayu yang seterusnya.

--

I wanted to be like you
I wanted everything
So I tried to be like you
And I got swept away

I didn't know that it was so cold and
You needed someone to show you the way
So I took your hand and we figured out that
When the tide comes, I'd take you away

If you want to, I can save you
I can take you away from here
So lonely inside, so busy out there
And all you wanted was somebody who cares

Michelle Branch menyanyi lagu popularnya, All You Wanted dengan Amin dan Jessica duduk bersebelahan menonton persembahannya. Jessica perasan yang Amin minat betul dengan Michelle Branch ni.

"I tau la you minat dengan dia, tapi tak payahlah sampai melopong macam tu," kata Jessica.
"Terkejut nampak depan mata," kata Amin.
"Apa yang cantiknya dia ni? Macam biasa je," kata Jessica.
"Takdelah. I ada album dia. Lagu dia dalam album The Spirit Room tu semuanya menjurus kat arah seorang crush dia. Lirik lagu dia resonates my feeling. Itu je."
"Well, siapa yang bertuah jadi crush you tu, Amin?" tanya Jessica sambil tongkat dagu memandangnya.

Amin menjeling ke arah Jessica, kemudiannya meneruskan menikmati konsert di MTV Asia Awards yang berlangsung di Temasik.

"I kenal dia tak, Min?"
"Kenal."
"You crush kat Ziela ke?" tanya Jessica.

Amin cuma tepuk dahi dan malas nak layan Jessica.

Semasa perjalanan pulang, ketika sedang berjalan kaki bersama-sama Jessica menuju ke stesen MRT, Amin terdengar perbualan dua orang yang mengatakan bahawa mereka merancang untuk meletakkan bom di lapangan terbang antarabangsa Changli dan MRT Dhoby Ghaut, stesen MRT paling sibuk di Temasik pada malam tahun baru nanti.

Amin kemudiannya menghubungi bos atasannya, Ken Chong dan memberitahu tentang apa yang didengarnya.

Ken memberitahu adiknya, Claudia Chong yang bekerja sebagai perisik Security and Intelligence Division (SID), iaitu agensi perisikan Temasik.

Amin telah mengetahui nama lelaki yang menyusun strategi itu - Hambali, yang merupakan orang kanan Fauzan yang menjadi second command kepada gerakan Tok Aki.

Melalui tindakan Amin itu, polis Temasik telah menangkap tiga orang suspek yang cuba meletakkan beg yang berisi bom improvised explosive device (IED) yang menggunakan Semtex, sejenis bahan kimia plastik yang meletup pada malam tahun baru 2002.

Disebabkan kecekapan Amin mendengar perbualan orang itulah, nyawa rakyat Temasik dapat diselamatkan dan dapat gagalkan rancangan DIN untuk membuat serangan keganasan di sana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top