Episod 267 - 9 September, 2001
Tengku Norman merasa amat murka dan berdukacita sejak peristiwa upacara pembukaan Sukan SEA itu. Bayangkan, betapa malunya dia di persada antarabangsa, apabila lebih 80,000 rakyat menghina dan mencercanya.
Baginda sedar, cara serangan golongan pro-republikan kali ini tidak semudah dulu untuk ditangkis. Sayap Kuning pun cuma ada Hafiz, dan Hafiz pula ada court order untuk dia tidak terus menyebarkan fitnah dalam online.
Lagipun Hafiz sendiri tak berminat nak menyokong keluarga al-Daulah, dia sendiri pun ahli Jacobin Club yang merupakan pro-republikan yang bergerak di Gelanggayu.
Dan pada ketika inilah, bisik-bisik yang mengatakan bahawa Tengku Norman memerlukan cybertrooper sampai ke telinga Ali.
Ali, yang kini berada di New York untuk memantau kerja-kerja akhir Project 911, tinggal di New York bersama dengan Mohammed Atta, yang dijadualkan akan melaksanakan serangan ke atas Menara Berkembar World Trade Center.
Tugas Ali ialah untuk memastikan semua 19 orang itu dibahagikan mengikut apa yang dirancang oleh Tok Aki dan Osama bin Laden.
Ali kemudiannya menaiki kapal terbang dari New York ke Stockholm, sebelum menuju ke Amsterdam dan menuju ke Eindhoven. Sebelum ada masalah penerbangan, lebih baik dia bergerak dulu ke Eropah.
--
Ali
Lepas satu kerja, satu kerja pulak aku kena buat. Projek 911 akan dilaksanakan pada 11 September, 2001. Jadi aku chow awal, sebab semua 19 orang penyerang itu akan menyerang World Trade Center pada pagi Selasa itu. Jadi, Ahad malam tu aku dah gerak dari New York, ke Stockholm sebelum menuju ke Amsterdam dan akhirnya ke Eindhoven.
Projek kedua ialah untuk cari cybertrooper untuk Tengku Norman. Benda-benda macam ni aku pun tak tahu apa natang, tapi yang sampaikan perkara ni ialah Merlina. Merlina sekarang ada di Frankfurt untuk urusan tukar duit Deutchmark kepada euro, dan dia akan ke Amsterdam pada hari Isnin.
Aku perlukan connection dengan Tengku Norman, supaya aku boleh cover Azlan. Sekarang ni situasi politik di Gelanggayu makin memeningkan, sebab semua kabilah masing-masing ada konflik.
Konflik Tengku Ishak antara Pengetua vs Tok Aki, dan Azlan vs Tok Aki, yang ni bakal menjadi panas. Ada sebabnya kenapa Pengetua dan Azlan dua-dua nak George Bush si Anak untuk jadi Presiden.
Konflik Pengetua vs Tengku Norman masih lagi belum tamat walaupun Pengetua tewas dalam Revolusi Nasional 1998. Dan sekarang konflik Sayap Kuning juga antara Adilah dan bapak dia Wan Radzi juga sudah keluar dari sempadan Sepetang.
Kenapa aku ke Stockholm sebelum ke Eindhoven? Sebab aku nak jumpa Adilah, sebab dia rancang nak tolong Alan dan aku untuk jatuhkan Tok Aki. Aku tak faham cara Adilah ni fikir. Kalau dulu dia bersekongkol dengan Tok Aki untuk jatuhkan Alan, kenapa sekarang dia beriya-iya nak naikkan Alan balik?
Soalan ini yang aku ajukan pada dia masa aku dengan dia hisap rokok kat parking airport di Stockholm. Dia tengah snot kokain kat belakang kereta.
"Betul ke, kau tak nak?" tanya Adilah, mengaturkan tepung putih tu kat bucu bonet kereta.
"Aku dah sober sejak 1993, Dila. Sejak kejadian Tower Heights," kata aku, sambil light rokok Gudang Gula. Bagus betul networking syarikat Majapahit ni. Aku kat Amsterdam tak putus la rokok keretek.
"Tower Heights tu memang patut runtuh pun. Pusat segala maksiat. Tuhan murka la tu," kata Adilah.
"Wow, Dila cakap pasal agama."
"Aku sedar aku ni jahat, Ali. Toh Puan Faridah cakap perempuan macam aku ni, confirm masuk neraka. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah ada sekelumit iman dalam hati tu. Aku sedar, yang aku ni rosak. Mungkin sebab itu Toh Puan Faridah tak sukakan aku, dan tak nak rosakkan anak dia. Dari perspektif dia, aku faham. Kalau aku jadi dia pun, aku pun tak nak anak lelaki aku kahwin dengan perempuan yang dah rosak ditunggang ratusan lelaki macam aku."
Adilah ni jiwa kacau ni. Kalau aku baca ayat rukyah kat telinga dia ni, Insya-Allah dia ni jadi okay balik.
"Kenapa kau tolong Tok Aki untuk jatuhkan Azlan?"
"A hero is not worth, if he doesn't have a villain. Setiap watak hero, perlukan watak jahat tu. Dan watak jahat itu aku. Biarlah semua orang benci kepada aku, asalkan hero yang aku cintai, Azlan akan mencapai kejayaan. Tetapi untuk dia mencapai kejayaan yang cemerlang, dia perlu halangan yang keras. Antara sebab kenapa WWF zaman Hulk Hogan dulu bosan sebab aku menyampah, balik-balik Hulk Hogan menang. Sekarang best sikit, Stone Cold jadi jahat, The Rock jadi hero, Kurt Angle main peranan anti-hero, kau faham kan maksud aku?" tanya Adilah kepada aku. Dia pandang baju aku, tulisan 'What?'.
"Kau dalam wrestling, kau suka siapa?" tanya aku.
"Kalau masa kecik dulu, Ted Dibiase. Sekarang ni bila dah umur macam ni, aku paling suka, Vince. Kedua, Stephanie. Shane boleh lah."
"Kau main tekan je sebut ni, kau memang tengok wrestling ke? Semua jahat je kau suka ni?"
"Ya, aku suka watak jahat dalam filem, jadi, aku suka jadi watak jahat dalam kisah perjuangan epik Azlan menjadikan ramalan Sayyid Muluk menjadi kenyataan. Cuma, aku cuma mahu satu perkara dari Azlan."
"Apa dia?"
"Satu jaminan bahawa keluarga Wan Demang dan Sayap Kuning takkan hilang, bila dia jadi pemerintah nanti," kata Adilah.
"Kalau macam tu, kau kena tolong aku."
"Tolong kau apa?"
"Bawa aku jumpa Tengku Norman. Aku akan tolong dia bina tentera cybertrooper dia," kata aku.
"Offer aku sesuatu, Ali. Sayap Kuning pun ada interest juga."
"Aku ada kawan kat Brazil, dia control trade cocaine dari Colombia, ke Miami. Aku tahu kau ada rumah kat Barbados. Now, kalau kau nak cash, aku boleh tolak pada kau profit aku 5%, aku akan masukkan duit tu ke offshore company kau kat situ."
"20%," kata Adilah.
"8%," aku counter-bid.
"15%," dia balas balik.
"10%, last offer," kata aku.
"Deal," Adilah bersalam pada aku.
"Ni akad aku pada kau, Allah menjadi saksi, di Stockholm, Sweden. Kau kena bawa aku jumpa dengan Tengku Norman, dan aku bagi kau profit aku 10% dalam business aku kat Miami," kata aku.
"Deal. Kau jangan jadi macam Alan. Dia janji nak jadikan aku girlfriend dia kalau aku berjaya naikkan Bill Clinton jadi Presiden," kata Adilah.
"Jadi sebab tu kau trap dia?"
"Aku kena ajar dia sikit, supaya dia sedar yang walaupun aku ni perempuan yang mencintainya, aku juga bukan anak patung nak dipermainkan dan diperdayakan."
"Lain macam betul kau punya marah ni!"
"Dia dengan Natasha tu boleh pulak bercinta sorok-sorok. Dengan aku, tak boleh pulak," Adilah light rokok Salem dia.
"Kau dengan laki kau, macam mana?" tanya aku.
"Aku minta fasakh. Aku dah tak sanggup lagi hidup dengan dia. Hidup dia setiap hari meratib nak lawan dengan Azlan. Dia, Azizan dengan Jimmy. Tiga ekor tu berkumpul dan bergosip pasal Azlan. Sekarang, Hafiz dah kena court order, tak boleh online atau sebarkan cerita pasal Azlan. Jimmy pulak, semua cable-cable persatuan sukan dia dah kena cantas. Old elites are waning down, new elites rises. Sekarang ni semua business di Wijayapura, ending mesti tak orang Kwantong, orang dagang Melaut. Takpun yang ada darah Rothschild macam Datin Ayuni tu," kata Adilah.
"Ishhh, Datin Ayuni tu kan ibu si Merlina tu?"
"Sebab tu otak dia otak Yahudi! Lincah buat duit!"
Ish, Yahudi rupanya Merlina ni. Tak sangka pulak aku. Gaya cam budak pasar malam jual dorayaki hari Jumaat je aku tengok budak ni, tak sangka ada darah Rothschild.
Aku nak jumpa dia la ni kat Amsterdam lepas ni.
--
"Woi! Yahudi! Aku kat sini!" aku melambai ke arah Merlina yang datang dengan seorang budak...eh? Ni anak Pakcik Nazri kan? Yang jual air tu?
"Kau panggil aku apa?" tanya Merlina.
"Kau Yahudi kan?"
"Ada la darah sikit-sikit. Apasal tiba-tiba je panggil aku Yahudi?" tanya Merlina.
"Tak sangka lah..."
"Ooohhh. Ali, perkenalkan, ni Amin," kata Merlina, memperkenalkan budak ni pada aku. Nak perkenal apanya, bapak dia orang aku kawasan situ. Takkanlah aku tak kenal. Dia dengan Pak Yasin tu sama-sama JKK taman.
Amin cium tangan aku.
"Kau ni kawan si Adli yang gigi dia macam Bugs Bunny tu kan? Anak Pak Yasin Char Kuey Teow? Yang kaki buat onar kat sekolah tu kan?" tanya aku kepada Amin.
"Ya, saya kawan Adli."
"Next time bila kita jumpa, kau bawak sekali budak tu. Aku ingat budak tu hisap barang terlarang ke apa, kepala gila betul. Kau nak tau tak Mer, kawan dia ni, si Adli ni..."
"Aku kenal la Adli...." kata Merlina.
"Haaa! Ya lah tu. Budak ni dia pergi prank ustaz dia kat sekolah, masya-Allah! Aku rasa kisah dia boleh difilemkan, memang confirm meletup. Kelakar!"
"Apa yang dia prank?" tanya Merlina.
Amin dah berkekek-kekek ketawa. Cerita pasal betapa legendnya Adli Margera ni, budak-budak Ayam Hitam je yang tahu.
Budak Adli ni, suka prank ustaz dia. Letak gam gajah kat kerusi dia la. Letak minyak diesel dalam tank petrol kereta ustaz tu. Yang paling legend, masa hari kantin, dia buat benda sebijik macam dalam videoklip Offspring, Original Prankster tu.
Aku tak nak cerita. Kau tengoklah video tu sendiri. Nak termuntah aku.
"Ish, boleh hilang selera makan jugak bila teringat benda tu," kata Amin, tiba-tiba.
"Euwwww! Sanggup dia kutip tahi anjing sebab nak perdajal ustaz. Dah kena rasuk setan ke apa budak tu?" tanya Merlina.
"Personal childhood trauma, Kak Mer," kata Amin.
--
Di Amsterdam, aku bawa Merlina dan Amin ke Restoran Nasi Padang Tujuh Maret di Jalan Utrechtesstraat, Amsterdam.
Kat sini Hanis perkenalkan aku dengan gulai tunjang Melaut. Hari tu dia minta maaf dengan aku sebab dia tak layan filem Fast and Furious tu. Lepas tu dia download video secara haram, filem The Matrix. Lepas tu Hanis terangkan pada aku tentang postmodernity dan teori Baudrillard.
Aku benda gini nak terangkan sangat pun, aku belajar sampai darjah tiga je. Baik bagi je Hanis sahaja yang terangkan. Bercakap tentang Hanis, dia tengah on the way dari Eindhoven ni.
Eindhoven ke Amsterdam jaraknya dalam sejam setengah. Lagi 10 minit gitu sampailah dia ni. Kejap, aku SMS dia jap.
"ko kt ne?"
"keizersgracht. br trn tren. lek lu sap kok lu."
Geram je aku tengok cara Hanis ni reply SMS. Okay, fokus balik kepada budak Amin ni.
"So sekarang ni kita ada dua rancangan yang melibatkan kau, Amin," kata aku kepada budak ni.
"Basically, kau faham tak pergolakan politik kat Gelanggayu sekarang. Siapa geng dengan siapa?" tanya Merlina pula.
"Jeneral Yahya vs Tengku Norman, ni main battle. Kemudian Tuan Azlan vs Tok Aki, Tok Aki vs Jeneral Yahya. Dalam keluarga al-Daulah, Tengku Norman vs Tengku Ahmad, Tengku Razak vs Tengku Norman, Tengku Norman vs Tengku Hisham, dan dalam Sayap Kuning, Adilah vs Wan Radzi," kata budak Amin ni.
Fuhhh, cekap budak ni dapat info. Latih jadi SB ke budak perisik untuk team aku ni pun mantap jugak.
"Macam mana kau tau?" tanya aku.
"Dari Streamcom Temasik, saya sebar crawler, nama dia spider bot, dan masuk dalam semua data-data kerajaan. Memang senang gila kena hack. So far cuma KBS dengan Kementerian yang pro Tuan Azlan je yang update software. Saya nak attack JPM punya komputer, senang je. Semua info boleh dapat," Amin.
"Sekarang ni kau tau kan tugas kau apa?" tanya aku kepada budak ni.
"Tahu, jadi cybertrooper."
"Apa tugas cybertrooper ni?" tanya Merlina.
"Sebar disinformasi, kaburkan fakta, sebar bot, hack account musuh."
Merlina pandang ke arah aku.
"Dulu masa aku kecik, budak nerd macam kau selalu kena buli. Tapi bila internet dah kuasai dunia, kuasa sekarang ada pada budak nerd macam kau ni. Kalau Godfather dibuat pada tahun 2020, Don Corleone mungkin gaya macam kau agaknya. Rembat duit dari akaun bank orang, hack komputer, sebar virus. Aku tak boleh bayangkan macam mana rupanya zaman tu nanti."
"Kereta terbang ada ke?" tanya Merlina.
"Merepek la. Karang orang langgar bangunan nanti, siapa susah?"
Aku saja je drop hint kat Merlina tu. Merlina dah dapat memo yang lusa akan berlaku serangan ke atas World Trade Center.
Merlina mengangguk, maknanya hari Selasa ni, semua staf dia kat WTC tu tak masuk office.
Hanis tiba ke restoran nasi padang. Dan aku nampak reaksi Merlina macam pelik.
"Eh, tu Kak Hanis kan?" tanya Merlina.
"Kau kenal dia ke?"
"Eh, kenal lah. Dulu masa Sukan SEA tahun 1989 dulu dia banyak tolong Alan."
Hanis cuba pandang Merlina lama-lama.
"Do I know you? You look familiar?" tanya Hanis.
"Ya, Kak Hanis. Ini Mer, ingat tak, yang jual air 100 Plus dulu?" tanya Merlina.
"Ya, ya. Masa tu darjah tiga kan? Sekarang ni mestilah dah..."
"21 years old. Kak Hanis, boleh tanya tak?" tanya Merlina.
"Dah agak dah, nak tanya apa. Nantilah I akan cerita masa perjalanan nanti. By the way, you are..."
"Amin. Amin Kob Noblurs."
"Cob what?" tanya Hanis.
"Entahlah, Hanis. Bahasa budak-budak zaman sekarang. Zaman kita mana macam ni," kata aku.
"Amin. Hi, nama akak, Hanis."
"ANT-15?"
"Yup. Macam mana boleh kenal?"
"sputniksickles21."
"Oohhh, not bad for a rookie hacker. Kenal jugak. Selalu juga nampak you hack government punya PC," kata Hanis.
"Aku tak tahu la apa korang cakap ni. Dah macam cerita The Matrix dah aku tengok," kata aku sambil angkat tangan untuk pesan makanan.
--
Hanis dan Amin duduk bersebelahan dan melakukan kerja-kerja hacking untuk hijack kawalan empat menara kawalan lapangan terbang di New York untuk hari Selasa nanti.
Sambil tu, Amin memasang Winamp dan lagu One Armed Scissor dari kumpulan post-hardcore dari El Paso, Texas, At The Drive In.
"Min, ni band hardcore Texas kan?" tanya Ali kepada Amin.
"Ya, Bro Ali. At The Drive In."
"Selalu jugak aku pergi gig kat Houston ke Austin, selalu je dengar dorang main."
Amin terus fokus ke skrin komputer dan meneruskan kerja-kerja menggodam.
"Nak ajak borak, busy pulak dua-dua ni," kata Ali. Ali pandang Merlina pula sedang sibuk beri arahan kepada orang-orangnya untuk tukar aset ke euro sebelum naik harga melambung nanti.
Sebab lusa adalah 911, sudah tentu USD akan crash dan orang akan beli matawang Euro.
Jadi, Ali duduk bersila kat atas sofa, main game Snake kat Nokia. Dah pishang sorang-sorang sebab masing-masing sibuk ada kerja.
"Ye laaa, mentang-mentang la aku budak belajar sampai darjah tiga jeeee!"
--
Joni dan Kecik tiba di hospital dan dibenarkan melawat Azlan.
“Tingkat berapa, bro Kecik?” Joni tanya Kecik.
“Kak Mina cakap tingkat 3,” kata Kecik.
Joni tekan butang lif nombor tiga.
Semasa tiba di tingkat tiga, Joni perasan yang dia nampak Natasha sedang mendukung anaknya, Rachel, sedang menunggu di kerusi.
“Alamak, jangan la ada drama lepas ni. Mampos kalau Kak Mina jumpa Nat ni, perang dunia ketiga laa,” kata Joni.
“Kenapa?” tanya Kecik.
“Bro pernah ada berapa orang awek?”
“Satu je. Arwah Liya la.”
“Macam tu, bro susah nak faham.”
“Apa pasal?”
“Senang cerita, Nat ni isteri kedua Azlan. Dan anak yang dia dukung tu, kakak tiri Jugra.”
“Ooohhh…madu Mina rupanya.”
Kecik dan Joni masuk ke dalam wad, dan nampak bintik-bintik merah pada badan Azlan ketara.
Di Suara Gelanggayu, ada berita melaporkan menteri sedang sakit AIDS. Orang membuat spekulasi kononnya Azlan sedang sakit AIDS, kerana berita palsu yang disebarkan di internet.
“Alan sakit AIDS ke?” tanya Kecik.
“Bukan la bro Kecik, denggi la,” kata Joni.
“Dulu aku pun pernah kena denggi gak, takde la bintik macam ni.”
“Bro, ni demam denggi berdarah. Yang bro kena tu demam denggi biasa. Berdarah ni boleh membawa maut.”
Faridah yang ditemani oleh menantunya, Tengku Aminah, keluar dari wad dan terserempak dengan Joni dan Kecik.
Kecik dan Joni salam dan cium tangan Faridah.
"Kecik, kau contact Marina. Bagi surat lawyer kat Suara Gelanggayu, suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka, atau aku hantar saman. Hafiz tu banyak je jalan untuk aku ajar budak tu. Aku fikir dia anak Sudin, kawan Mamat je. Kalau tak, memang aku taji dia sampai lumat.”
“Baik, Aunty.”
Suara Gelanggayu adalah portal anti-Azlan yang dibiayai oleh Hafiz. Tetapi selalu kena kecam dan selalu kena saman sebab tak pandai sebar disinformasi macam Amin Kob Noblurs. Hafiz mungkin pakar hackers, tapi nak susun ayat cantik, nak edit Photoshop kemas, dia takde orang yang nak kerja dengan dia. Semua anak muda pro-Azlan. Orang tua tak reti buat kerja editing.
Semasa Mina dan Faridah keluar dari wad Azlan, mereka berdua terserempak dengan Natasha.
“Nak lawat siapa ni?” Mina tanya Natasha, dengan berpeluk tubuh dan memberi pandangan menyampah kepada Natasha.
“I…I…I nak lawat Azlan. As a friend.”
“Okay, wad nombor 16.”
Dalam babywalker, mata Jugra memandang Rachel, kemudian dia tersengih dengan puting bayi di mulutnya. Jugra melambaikan tangan, dan Rachel pula tersenyum dan melambaikan kembali.
Natasha kemudian menolak babywalker ke depan, bila tangan Rachel cuba mencapai tangan Jugra yang berada dalam babywalker yang ditolak oleh Mina.
--
"Eiiii bencinya!" kata Mina.
"Sabar, Mina. Kau tak boleh paksa-paksa si Alan tu. Kira baiklah dia buat cara sah mengikut syarak. Kau terima je lah Natasha tu jadi madu kau."
"Dia tu dah lah Jacobin Club! Penyokong republikan!"
"Kau jangan buat Alan marah. Kau tak ingat ke hari tu kau hampir kena panah petir?" tanya Faridah.
"Tapi..."
"Dah, kau kesiankanlah anak dia tu. Tolong la ada perikemanusiaan. Kalau kau nak Azlan cintakan kau, jangan paksa-paksa dia lagi. Beri dia peluang berlaku adil. Aku kenal anak aku, Insya-Allah dia akan berlaku adil untuk kau berdua. Tapi kau pun kena berlaku adil pada Alan la. Okay?"
Tengku Aminah mengangguk.
"Saya rasa macam tak dihargai je..."
"Takdelah. Alan hargai je kau. Cuma kau kena perlahan-lahan la pujuk dia. Janganlah kau baling pinggan mangkuk kat dia. Asyik nak menyinga je, mana la Alan nak lekat dengan kau!"
"Baik, ibu. Saya faham..."
--
11 September, 2001
Ali bangun dari tidurnya di sofa, dengan Hanis dan Merlina sedang menonton filem Hindustan, dan Amin sedang main game di komputer.
Ali pergi rapat ke arah Amin, kemudian dia duduk di sebelah Amin, dan pandang skrin komputer.
"Kau main game apa ni?" tanya Ali.
"Red Alert 2. Saya guna Soviet. Main mission."
"Apa missionnya?"
"Untuk yang ni, runtuhkan World Trade Center. Next mission, runtuhkan Pentagon," kata Amin.
"Berapa kali dah kau main game ni?"
"Entah, tak kira pulak. Mungkin beratus kot."
"Bila kau start main game ni?"
"Tahun lepas. Sama la macam Counter-Strike. Ala, Bro Ali kan tauke cybercafe, takkan tak tahu game ni kot?"
"Aku uruskan syarikat, bukannya tukang download game," kata Ali.
Ali pandang kereta kebal Soviet yang digunakan oleh Amin menembak bangunan World Trade Center dan runtuh.
Tiba-tiba bunyi siren keluar pada komputer Hanis. Hanis dan Merlina terus tekan butang pause pada VCD player, dan terus berlari ke arah bilik bawah tanah yang menjadi tempat menyimpan server dan tempat Hanis bekerja.
Semua orang serbu ke meja komputer Hanis.
"Amin, quit game. Focus. Kita dah dapat hack controlling tower airport. Project 911 starts in 10 seconds. Go!"
Amin dan Hanis dah duduk di meja masing-masing. Merlina baru nak masuk ke dalam sistem.
Ali di belakang, yang tak faham tentang teknologi ini, jalan mundar-mandir dan risau.
Hari ini hari Selasa, 11 September, 2001.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top