Episod 263 - 8 Februari, 2001

Amin Kob Noblurs menjadi murung bila dapat tahu yang Tuan Azlan memanggil mereka semua untuk berjumpa dengan mereka.

Adli, Ziela dan Alim juga diam. Semuanya takut kena marah dengan bos yang paling atas sekali.

"Relax la, guys. Abang Alan tu jenis chill chill la," kata Jessica.
"Takdelah sampai kena pancung ke apa, korang. Paling-paling kena beri 'kata dua' je lah," kata Merlina.

Mereka semua dibawa ke rumah Ken Chong, di Nassim Road. Nassim Road ini digelar sebagai 'the billionaire mile', merupakan jalan sepanjang satu batu yang menjadi kawasan kediaman mewah di Temasik. Lebih kurang seperti Jalan Cendana di Wijayapura.

Mereka semua nampak di meja keyboard, dan nampak Tuan Azlan yang memakai baju coat warna hitam dan tali leher berwarna merah, bermain lagu "Inilah Barisan Kita", kemudiannya dia tersenyum.

"Kamu, Adli bin Yasin, kan?" tanya Azlan.
"Patik, tuanku," kata Adli tunduk.

Azlan menepuk bahu Adli.

"Bagus kalau nak bersemangat patriotik, tapi biarlah kena tempat. Kita kat negara orang, jaga adab dan nama negara kita," kata Azlan.
"Patik mohon ampun, tuanku," kata Adli, kemudiannya memegang kasut Azlan.

"Dah, bangun. Beta ampunkan kamu semua. Mari ikut beta, beta ada sediakan makanan," kata Azlan kemudiannya mengajak mereka semua ke dapur.

Azlan kemudiannya memaut tangannya ke bahu Adli.

"Minta maaf kat pihak polis, tapi pakai baju Fuck Authority. Memalukan kaum-kaum punk la kau ni!" kata Azlan sambil grip tengkuk Adli.

"Dorang tangkap patik masa patik pakai baju ni, tuanku."
"Dah, tak payah tuanku-tuanku. Tadi formal apology, takpe. Ni kita nak makan je. Relax je," kata Azlan.
"Tuan Azlan, betul ke Bro Ali kata dulu, yang Bro Alan ni ayahanda dan pengasas pergerakan punk Gelanggayu?" tanya Adli dengan nada serius.
"Apa benda yang Bro Ali sembang ni? Aku beli kaset band punk kat oversea je. Ali yang suka dengar. Bila masa aku ni pengasas founder ayahanda punk Gelanggayu ni?"
"Jadi, kalau bukan Bro Alan, siapa?"
"Takde siapa asaskan punk. Punk ni sifat melawan. Manusia dah ribuan tahun melawan. Apa yang menentang, itulah punk."
"Ayat Tuan Azlan ni deep tu! Tu kata-kata paling punk yang saya pernah dengar!" kata Adli.
"Suka hati kau lah," kata Azlan.

Mereka nampak ada banyak Ayam Goreng Harun di atas meja.

"Ayam Goreng Harun wei! Memang aku tengah homesick sekarang ni!" kata Alim.
"Wei, Ayam Goreng Harun sedap dohhhh!" kata Ziela.

Semasa nak masuk ke dapur, Amin ternampak Natasha sedang mengendong anak, dan sedang menyusukan Rachel.

"Alamak!"

"Ish, you ni! Kak Nat tu I kenal dia sejak I baby tau!" kata Jessica.
"I tak sengaja lah!"

Amin merasa pelik, kenapa Natasha ada di sini. Bukankah Natasha ni tunang kepada Perdana Menteri Luqman.

"Jessie, kenapa Cik Natasha ada kat sini? Bukan ke dia ni tunang PM Luqman?"
"Kak Nat left him. Dia tak tahan dengan perangai Luqman tu. Dia sekarang ni second wife Abang Alan. Jangan kecoh tau."
"Faham."
"Apa yang you faham?"
"Tengku Aminah tu, I pernah kerja dengan dia. I kenal sangat perangai dia. I yang sebar gambar mata lebam Tuan Azlan kat internet."
"Abang Alan kahwin dengan dia sebab wasiat arwah ayah dia nak satukan keluarga al-Daulah dengan keluarga Tengku Ishak. Perpaduan orang Melayu, macam tu," kata Jessica.
"Tapi tahap sokongan rakyat terhadap keluarga diraja dah semakin lemah, Jessie. I nampak tak lama lagi, mungkin Gelanggayu akan jadi republik."
"Among us kan, our generation, generally speaking, dorang nak either republik, or Abang Alan took over the throne, henceforth jadi Sultan Gelanggayu," kata Jessica.

Amin merasakan adalah lebih baik untuk dia tidak campur tangan dalam urusan hidup Tuan Azlan. Buat sahaja kerja, belajar sahaja semua ilmu yang dipelajari, dan pikul tanggungjawab. Bukan sibuk hal rumahtangga orang.

--

Semasa Amin berada di luar dan menikmati pemandangan bandaraya Temasik dari atas Bukit Tanglin, bahunya ditepuk oleh Tuan Azlan.

"Aku tahu kau tak melalak dalam MRT tu, Amin," kata Azlan.
"Maksud Tuan?"
"Tengok gaya badan, cara kau berfikir, aku dah tahu yang kau tak buat kerja bodoh macam apa yang Adli buat tu."

Azlan keluarkan rokok Lucky Strike dari poketnya.

"Rokok?" tanya Azlan kepada Amin Kob Noblurs.

Amin tunduk, takut. Segan nak ambil rokok dari Azlan.

"Ah, pailang mamak belakang Shell Taman Kantan Perdana, takkanlah takut nak ambil sebatang," kata Azlan, yang mengeluarkan tiga batang rokok dari kotak itu.

Kalau ambik tepi, maksudnya darjat di bawah si pemberi. Kalau ambil tengah, darjat di atas si pemberi rokok. Amin ambil di sebelah tepi.

Azlan mengangguk. Maknanya Amin dah tahu sedikit sebanyak dunia underground.

"Aku dengar kau best student dalam kelas geopolitik."
"Siapa cakap macam tu, Tuan Azlan?" tanya Amin.
"Jessica."
"Ohh."

Azlan membakar rokok Amin, sebelum membakar rokoknya sendiri.

"Seronok, sekolah kat sini?"
"Mana-mana pun sekolah, Tuan Azlan. Sama saja."
"Aku sebenarnya dah perhatikan kau sejak kau rapat dengan Jessica. Kak Mer pun perhatikan kau. Kau dengan Jessie, sesuatuuu ke?"
"Eh, tak ada, Tuan Azlan. Kami kawan je."
"Ye ke? Kau betul tak ada hati pada Jessica?"
"Tak ada, Tuan Azlan."
"Kesian Jessica ni. Ibu dia yang padukkan dia dengan Art Ardan. Art Ardan ni, anak kepada Datuk Isnin, dia tu ADUN Bukit Kerikil, Melaut. Datuk Isnin tu adik kepada Datuk Khamis, MP Sagor. Aku tak setuju benda ni semua. Perkahwinan aturan keluarga ni 'things of the past'. Tapi aku tak berhak nak komen apa-apa pasal keluarga sebelah makcik aku. Terpulang kepada Jessica lah."

Amin hampa, tapi dah terima hakikat lama tentang realiti kehidupan. Hakikatnya manusia ini memang hidupnya berkasta.

"Aku percaya mata kau terpandang isteri kedua aku tadi, kan?"

Amin Kob Noblurs jadi panik, dan terus melutut dan memegang kasut Azlan.

"Ampun tuanku, patik tak berniat nak pandang," kata Amin, ketakutan.
"Bangun, bangun. Tenang. Kau jangan panik cepat sangat. Bahaya kalau impulse kau macam ni, kalau kau nak berjaya dalam bidang perisikan dan propaganda ni."
"Patik tak sengaja nampak dia tengah menyusukan anak..."
"Salah dia tak tutup pintu. Aku nak kau tutup rahsia ni, boleh?"
"Menjunjung titah, tuanku."
"Jangan cakap apa-apa pasal aku dan isteri kedua aku dengan sesiapa pun."
"Faham, tuanku."
"Apa yang minat kau yang sebenar, Amin?"
"Menulis skrip, mengarah filem."
"Nak jadi macam Francis Ford Copolla la ni?"
"Saya tak sehebat tu, Tuan Azlan."
"Memang la, sekarang kau baru Form Five. Aku sebenarnya berniat nak hantar kau ke Har Hatzofim."
"Apa benda tu, Tuan Azlan?"
"Sekolah belajar ilmu perisikan di Israel. Aku dah tanya ayah dan ibu kau, tapi dari riak wajah mereka, walaupun mereka kata mereka serahkan kepada aku tentang kau, mereka nampak macam kurang senang. Jadi aku pun kata pada mereka yang aku tak jadi. Pun begitu, aku bawa silibus mereka ke Temasik, dan aku nak kau belajar tentang ilmu propaganda, psychological warfare. The next war are not waged entirely with bullets and bombs. Probably some, but not overall. The biggest fight is in the Internet, where information will be weapon to disrupt."
"Maksud Tuan Azlan?"
"Aku nak latih kau jadi seorang cyber warrior. Kau akan jadi tentera, tapi tentera cyber. Kau akan diajar macam mana nak guna malware, macam mana nak guna image manipulation, macam mana guna teknik disinformation. Kau akan belajar ilmu yang hanya Mossad sahaja yang akan belajar."
"Saya seorang sahaja?"
"Aku tak nampak kawan-kawan kau yang lain mampu buat benda macam ni. Cuma kau rahsiakan hal ini, dan tentang isteri kedua aku."
"Menjunjung titah, Tuanku."

--

Luqman terpinga-pinga tak tahu nak cakap apa apabila menteri-menteri sedang membincangkan pergolakan di Sumatera. Memandangkan Gelanggayu adalah negara yang dekat dengan Sumatera, semua orang menantikan apa yang Luqman nak cakap.

Presiden Majapahit, Abdurrahman Wahid mencadangkan untuk dua negara ini menghantar tentera pengaman di Sumatera, tetapi lidah Luqman terkelu nak cakap apa.

Perdana Menteri Khmer Hun Sen, Presiden Arroyo Gloria Macapagal, Perdana Menteri Temasik, Goh Teck Huan, dan Perdana Menteri Suvarnabhumi, Thaksin Shinawatra memerhatikan gerak badan Luqman yang gugup, kemudian seperti semuanya senyum, kerana Gelanggayu bakal mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah.

Dengan tergagap-gagap, Luqman gagal bercakap dengan baik. Jimmy dan Hafiz kat belakang hanya tepuk dahi, tutup muka dan garu kepala sahaja melihat Luqman di meja mesyuarat.

Pemimpin-pemimpin negara-negara Pentas Sunda semua dah nampak yang politik Gelanggayu sekarang semakin lemah, dan cuba untuk mengambil kesempatan. Masing-masing ada agenda tersendiri.

Majapahit nak cuba mengawal sempadan di Kenidiri dan Seri Kencanapura selain mengawal sepenuhnya Sumatera, Suvarnabhumi mahu mengawal selatan negaranya dengan menumpaskan pengaruh Melaut di sana, Arroyo mahu mengambil alih Sepetang, dan Temasik - yang diwujudkan oleh Jeneral Yahya untuk menumbangkan keluarga al-Daulah, semua nampak yang Luqman ini boleh dieksploitasi.

Walaupun Luqman ini lemah kepimpinannya, tetapi di belakangnya ada Azlan, yang ada orang seperti Datuk Khamis yang mengawal kakitangan awam, dan ada ramai orang dalam kakitangan tentera.

Bukannya Azlan tak nampak semua ini. Dia sedar yang apabila Gelanggayu menjadi lemah, semua negara-negara yang ada penduduk yang lebih besar seperti Arroyo dan Majapahit atau yang ada ekonomi yang lebih kaya seperti Temasik mahu mengambil kesempatan.

Politik dalaman Parti Neo yang baru diasaskan baru usia setahun jagung ini pun sebenarnya dalam keadaan yang rapuh, dibina dari gabungan Parti Jujur dan Parti Persekutuan yang bersekutu dengannya seperti Izham dan Datuk Khamis.

Dalam masa sama, di dalam keluarga al-Daulah juga ramai yang mahu mencantas dia kerana dianggap sebagai ancaman, dan mahu membuatkan dia dan Mina bercerai.

Terlalu banyak perkara yang Azlan perlu fikirkan buat masa ini. Dalam masa tekanan yang begitu hebat ini, dia mengambil kesempatan untuk solat hajat dua rakaat dan memohon ke hadrat Allah, yang dia perlukan kekuatan ini.

--

Mina mendapat maklumat dari Sayap Kuning tentang Azlan yang berkahwin dengan Natasha sebagai isteri keduanya. Mengamuk bila dia dapat tahu yang Azlan menduakannya.

Maklumat itu telah berjaya didapati dari hospital Thompson Hospital di Teknojaya apabila Azlan datang dan bersama-sama Natasha menyelamatkan seorang bayi perempuan, Rachel dari penyakit jantung.

"Betina tu dari dulu nak menyondol laki aku! Dari dulu lagi!" Mina menjerit kemarahan.

Tengku Ariffin nampak apa yang berlaku dan rasa sedih. Dia terus ke rumah besannya, Toh Puan Faridah untuk berbincang tentang perkara ini.

"Tengku, anak Tengku tu kena faham satu perkara, yang Alan tu dengan Nat dah lama bercinta. Dari zaman sekolah lagi..."
"Tapi dulu Kak Idah juga yang kata, nanti Alan kahwin juga dengan Mina..."
"Kahwin je kan? Cuma dia kahwin dua, apa masalahnya?"
"Mina tak boleh terima yang dia diduakan."
"Ipin, kahwin dua, tiga, empat ni perkara normal je. Arwah Mamat pun dulu bini dua juga. Akak ni bini nombor dua sebenarnya. Cakap dengan Mina, calm down. Akak yakin, Alan boleh adil dengan dua-dua pihak."
"Masalahnya dalam keluarga al-Daulah pun ramai yang hasut Mina untuk minta cerai dengan Alan. Saya bimbang perjanjian kita ni akan hancur."
"Mina tu kena bawa bertenang. Lagipun anak dia baby, tengah sakit."
"Saya jadi susah hatilah, Kak Idah. Mereka ni asyik gaduh je bila di rumah."
"Kita orang tua ni, kita perhatikan sahaja dulu. Jangan campur tangan. Biar Alan uruskan sendiri."

--

Sebaik sahaja Azlan tiba di rumah, Mina terus baling pinggan ke arahnya. Yang pertama dia sempat elak, tetapi yang kedua pinggan itu pecah terkena kepala dia.

"You lied! You kahwin dengan penyondol tu! I knew it!"

Kepala Azlan berdarah, dan dia terus keluar dari rumah. Mina mengejarnya dari belakang.

"You ingat you siapa nak buat I macam ni? Alan, you tipu I!"
"Bila masa I tipu you?"
"What? Dah ada bukti yang you kahwin dengan si penyondol tu! You ada anak yang masuk hospital kat Teknojaya. Siapa lagi kalau bukan si sundal Natasha tu!"
"Kalau I kahwin dengan dia pun, apa masalah you?"
"Alan, I'm supposed to be your only wife! Your dad and my dad has made a deal! Kenapa you curang dengan I!"

Azlan lebih nak memikirkan cara untuk memperlahankan aliran darah yang terkeluar dari kepalanya, dan mencapai baju di dalam keretanya sebelum mengikat baju itu ke kepalanya.

"Alan! You nak pergi mana tu!"
"Hospital la!"
"Mesti sibuk nak layan betina sundal tu!"
"Bukanlah! Kepala aku dah berdarah macam ni, kau buta ke apa!"

--

Selepas dirawat di hospital, Azlan terus balik ke rumahnya ke Puncak Jaya dan ibunya nampak kepala Azlan berjahit lagi.

"Ni apa pulak ni?" tanya Faridah.
"Macam biasa la. Rumah Jalan Cendana tu dah macam WWF Hardcore dah. Hari-hari kena baling barang."
"Ni dia baling apa pulak?"
"Pinggan."
"Anak kau yang Rachel tu, macam mana? Nat kat mana?"
"Saya dah hantar dia balik ke rumah dia di Teknojaya."
"Aku sarankan kau, kau hantar je dia kat kampung halaman dia di Denmark. Sekurang-kurangnya dia aman kat situ."

Ketika Azlan baru sahaja nak minum air teh dan berbual dengan ibunya, telefon bimbit Nokianya berbunyi.

"Alan! Rumah kita terbakar!" kata Natasha.

--

Natasha pulang ke Teknojaya , dan nampak rumahnya terbakar. Dia jadi panik dan mencari Mak Cang. Beberapa minit kemudian dia nampak Mak Cang yang dalam keadaan panik.

"Puan Natasha! Tadi ada orang baling botol kaca lepas tu terbakar!" kata Mak Cang.
"Mak Cang cam tak, siapa?" tanya Natasha.
"Entahlah. Nampak macam budak muda, naik motor."

Azlan telefon dan berkata, dia dah tempahkan hotel untuk Natasha, Rachel dan Mak Cang di sebuah hotel di Temasik. Pada Azlan, keadaan sekarang ini amat membahayakan Natasha. Natasha dan Rachel perlu dihantar ke luar negara, dan yang paling dekat ialah Temasik.

"Siap, cepat. I dah chartered a plane. You dengan Rachel pergi ke Temasik."
"Mak Cang?"
"Dia ada passport?" tanya Azlan.

"Mak Cang ada passport?" tanya Natasha.

Mak Cang geleng kepala.

"Tak ada."
"Bagi nombor IC, biar I uruskan dengan imigresen sana," kata Azlan.
"Mak Cang, nak IC?" tanya Natasha.
"Mak Cang tak ada IC, nak."

"Alan, Mak Cang tak ada IC."
"Astaghfirullah al azim. Kenapa you tak pernah buatkan? Tak apa, I akan fikirkan solution," kata Azlan.

Azlan terus telefon Ali.

"Ali, kau ada mana?" tanya Azlan.
"Kedai tomyam! Apahal?"
"Siap. Dalam masa 20 minit aku sampai," kata Azlan.

--

"Kau ni dah macam Mick Foley dah aku tengok ni. Dah boleh pegang title WWF Hardcore Champion," kata Ali.

Azlan malas nak cakap apa lagi. Dia ada banyak lagi perkara yang dia perlu serabutkan.

"Ali, kau ikut aku pergi Teknojaya. Kau tolong lindungi pembantu rumah Natasha. Dia tak ada passport, dia tak ada IC. Rumah Natasha kena serang, kena baling molotov cocktail," kata Azlan.

Ali tahu yang dia perlu siasat perkara ini.

"Joni, kau bawa orang kau empat orang. Naik flight. Teknojaya. Okay, bye."

"Kau syak siapa?" tanya Ali.
"Aku tak nak fikir syak-syak. Aku kena dapat jawapan yang pasti."

Ketika di kapal terbang, Ali membelek-belek DVD dalam beg menyimpan DVD.

"Alan, ni DVD ke VCD?" tanya Ali, menunjukkan satu CD kepada Azlan.

Dia teringat peristiwa dia dan Natasha memilih DVD dulu, dia tergerak untuk menonton tetapi format yang berbeza menghalangnya untuk menonton ketika itu.

"Pasang CD tu kejap?" kata Azlan.

Ali pun ikut arahan Azlan dan memasang VCD itu. Pemain video kapal terbang ini adalah dual format, iaitu boleh bermain VCD dan DVD.

Rupanya VCD itu adalah rakaman pada tahun 1990, di Kolej18FM, dan secara terang-terang nampak Mina dan Jimmy yang menyimbah petrol di konti radio itu, sebelum Jimmy membakarnya.

Hati Azlan jadi luluh. Dia genggam penumbuk menahan marah.

--

Petir yang sangat kuat memanah ke arah tingkap bilik Tengku Aminah, menyebabkan Jugra yang sedang tidur, menangis dengan kuat akibat takut bunyi yang terlalu kuat itu. Tengku Aminah terus mendatangi ke arah anaknya dan mendukung Jugra.

"Dah, dah...Jugra...anak mommy...jangan menangis...mommy sayang Jugra...olo olo..."

Tengku Aminah sedar, yang ini bukan sebarangan petir. Ini adalah kemurkaan daripada Azlan.

Tengku Ariffin dan Suzaine meluru ke arah bilik Tengku Aminah bagi memeriksa keadaan anak dan cucunya.

"Bunyi apa tu?" tanya Tengku Ariffin.
"Petir. I think Alan is mad at me."
"You deserved it, Mina."
"Tapi siapa yang boleh tahan kalau dapat tahu dia berkali-kali tipu I, ayah?"
"Apa benda yang dia tipu?"
"He lied to me, he said I'm the only one!"
"Mina, you're delusional. Dia kahwin dengan you sebab perjanjian keluarga. Biarkanlah dia ada dua isteri. Asalkan dia tak buat perkara haram, sudahlah."
"No! Alan is mine! Nobody should have him, except me! Selama ni I sabar je, bila nampak Alan dengan Natasha, Alan dengan Kak Dila, Alan dengan Hanis. Now, I dah jadi wife dia. Be faithful je lah! I sayang dia, I cinta dia, but it seems to him that's never enough!" kata Tengku Aminah, meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Tengku Ariffin merasa sedih, sebab dia mengharapkan Azlan dan anaknya akan bahagia, tetapi berdepan dengan krisis.

--

Azlan beristighfar banyak kali apabila dia tidak dapat menahan marahnya apabila dia dapat tahu, peristiwa kebakaran Kolej18FM dulu berpunca daripada isteri pertamanya.

Dia mengenangkan yang dia juga ada anak lelaki yang bernama Jugra dan dia kena sedar yang mahu tak mahu, dia perlu kekalkan perkahwinan ini. Hanya hubungannya dengan Tengku Aminah ini sahaja jalan untuk mencapai kuasa yang sebenar.

Mahu tak mahu, dia kena bertahan dan dia perlu menyusun strategi untuk menjadikan Jugra sebagai pemimpin di masa depan.

Setibanya di Teknojaya, Azlan dan Ali turun ke lapangan terbang untuk membantu Natasha mengangkat barangan beg bayi Rachel.

Tiba-tiba kaki Ali terhenti dan tergamam. Ali menarik baju Azlan.

"Kenapa, Ali?"
"Dia ni ke pembantu Natasha?"
"Ya."
"Siapa nama dia?"
"Mak Cang."

Darah Ali berderau. Dia rasa ini sahih ibunya. Dia pejam matanya, dan mengikut gerak hatinya. Dia menyelami hati dan perasaannya.

"Alan?"
"Apa lagi kau ni?"
"Aku rasa dia ni ibu aku."
"Apa?" Azlan terkejut.
"Ya, dia ni ibu aku. Sah."

Ali terus berlari ke arah Mak Cang dan menjerit sekuat hati.

"Ibuuuuu!"

Mak Cang jadi terkejut. Natasha terkebil-kebil dan rasa pelik, kenapa Ali menjerit dan memanggil Mak Cang, 'ibu'?

"Ibu, ibu ingat Ali tak?" tanya Ali.
"Ni Ali ke?"
"Ya, ibu. Ini Ali, ibu. Ibu, ampunkan Ali. Ampunkan Ali. Ibu, Ali minta ampun!"

Ali melutut dan mencium tangan Mak Cang. Mak Cang tergamam, kemudiannya terus menangis.

"Ali anak ibuuuu!"

Azlan dan Natasha berdiri bersebelahan, merasa gembira dengan apa yang mereka lihat.

"Dah macam Jejak Kasih dah ni," kata Azlan.
"Memang pun. Berapa lama ya they all berpisah?"
"I rasa darjah tiga, dia cakap. 9 tahun, lepas tu sekarang ni umur dia 34 tahun."
"25 years," kata Natasha.
"Wow. Cantiknya Allah susun takdir," kata Azlan.
"Yeah. Tak sangka, Mak Cang ni rupanya ibu kepada Ali. Kalaulah I tahu awal-awal, I beritahu Ali."
"Berapa lama dia kerja dengan you?"
"Since Luq jadi TPM. Dia dulu hidup gelandangan. Duit selalu kena curi. Jual kacang tepi jalan. Kesian dia. Hidup dengan I, barulah merasa makan ayam, makan daging. She struggled a lot, to find her lost child, and to staying alive."
"Allah uji kita dengan apa yang kita ada, dan apa yang kita tak ada," kata Azlan.

"Kalaulah Ali tahu ibu duduk situ, dah lama Ali jaga ibu. Dah, mulai hari ni, ibu duduk dengan Ali. Ali dah ada rumah banglo yang besar. Ibu duduk je dengan Ali. Biar Ali tanggung hidup ibu sampai akhir hayat. Ampunkan Ali, ibu. Ampunkan Ali!"
"Bukan salah kau pun, nak!"

Azlan dan Natasha berpegangan tangan dan berkongsi rasa kegembiraan Ali dan Mak Cang, selepas suku abad berpisah.

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top