Episod 260 - 15 September, 2000
Sydney, Australia
Sebagai Menteri Belia dalam Sukan, tugas Azlan ialah mengiringi atlet di Sukan Olimpik yang berlangsung di Sydney, hari ini. Politik persatuan sukan yang ditunggangi oleh keluarga diraja al-Daulah ini sebenarnya punca kenapa sukan di Gelanggayu tidak bercambah dengan baik.
Di sini, Azlan mula masuk dalam politik keluarga mertua pulak. Perebutan takhta antara Tengku Hisham, anak kepada Tengku Pancalela, yang kini berada di London, Tengku Ahmad, dan Tengku Norman sendiri.
Pergolakan dalaman keluarga al-Daulah ini juga sedang berlaku. Senang cerita, dalam Tengku Ishak pun ada juga. Azlan lawan Tok Aki, Tok Aki lawan Yahya.
Dalam keluarga Wan Demang, anak lawan bapak. Keluarga Yom Puteh pula patuh untuk terus menyokong Azlan.
Keputusan pilihan raya umum yang lalu menunjukkan Parti Neo-Kebangkitan Bangsa bukan sahaja menang besar, tetapi menang semua negeri kecuali Lamas.
Semua orang tahu yang clan Azlan yang paling kuat, dan semua orang sedang menyusun strategi untuk jatuhkan Azlan.
Semasa di Sydney, Azlan pertama kali berjumpa dengan bakal Tengku Mahkota Gelanggayu, Tengku Danish.
Menurut apa yang Azlan tahu, Tengku Danish ni lahir tahun 1983, tua setahun daripada Jessica. Tapi Azlan cukup tak berkenan dengan 'lemah gemalai' Tengku Danish ni.
Azlan pandang ke arah salah seorang pegawainya.
"Encik Saad?"
"Ya, Tuan Azlan?"
"Tu orang ke, sotong?"
Pegawai itu jeling pandang kiri dan kanan sebelum bercakap.
"Dia ni, jalur Freddie Mercury."
"Geng Rahizan la?"
"Haaa, gitu."
Azlan geleng kepala. Dengan isu mata lebam Azlan yang semakin hari semakin banyak disebut-sebut, kemudian melihat kepada gaya Tengku Danish ni, nampaknya keluarga al-Daulah ni dah tak berapa lama lagi dah.
Semasa tahun 1983, ketika dalam Operation Urgent Fury, Azlan sebenarnya belajar dengan Pengetua bagaimana untuk menyusun kudeta. Sampai Jeneral Yahya ni digelar sebagai 'coup expert'.
Cuma dalam banyak-banyak revolusi yang disusunnya, cuma, Revolusi Nasional 1998 yang dia telah gagal. Sebab Ali tak gerakkan orang, sebab Shahrizal tak gerakkan Parti Jujur untuk sokong Rahizan, dan sebab Luqman menyokong Suruhanjaya Diraja menyiasat gerakan republikan.
Pandangan Azlan, kalau sekiranya dia berada di tempat Luqman sekalipun, dia akan undi sokong Tengku Norman. Sebab siapa yang berani lawan istana?
Tetapi kelebihan berada di dalam keluarga al-Daulah ini ialah Azlan mengenal politik dalaman keluarga ini. Azlan tahu Tengku Norman kaki kokain, Azlan tahu Tengku Ariffin ni playboy, Tengku Aminah sejenis panas baran tapi pandai cover muka.
Tengku Danish pula seorang lelaki lembut dan Tengku Dania pula seorang perempuan Gen Y alpha female di RPM yang membuli 'losers'.
Memang setiap hari Azlan tampal koyok di dahi sebab memikirkan karenah dalam istana ni. Azlan bertahan sebab ini adalah amanah dari arwah ayah yang perlu dipertahankan.
Dalam persatuan sukan yang dipenuhi dengan kerabat keluarga al-Daulah ni, macam nak uruskan Sukan Olimpik ni, masing-masing minta peruntukan daripada kerajaan. Tapi biasanya bila kerajaan bagi duit, mereka songlap dan beli barangan mewah, beli kapal layar, beli cincin dan berlian untuk para gundik dan skandal.
Akibatnya, Azlan terpaksa kecilkan dana kerajaan, dan lebih menggunakan private sponsor. Ada ramai 'orang dagang' Melaut yang kaya-raya boleh hulur bantuan. Dengan taktik itu, ketirisan pun kurang. Disebabkan itu, di sepanjang temasya Sydney ini, Gelanggayu mendapat tiga pingat perak dalam badminton beregu, perseorangan dan regu campuran, pencapaian terbaik dalam penglibatan Gelanggayu dalam Sukan Olimpik, tetapi masih gagal mendapatkan pingat emas.
Tengku Norman mungkin berjaya kalahkan Jeneral Yahya pada Revolusi Nasional 1998, tetapi melihat sentimen semasa, republikanisme sedang mula meningkat naik.
--
Azlan menaiki chartered flight dari Sydney ke Teknojaya untuk berkejar untuk bersama Natasha untuk melahirkan anak pertamanya.
Ketibaan Azlan diuruskan oleh orang-orang Ali, yang diketuai oleh Kecik, untuk memastikan tiada siapa yang tahu kehadiran Azlan ke hospital ini.
Azlan masuk ke dalam wad bersalin, dan nampak muka Natasha yang kelihatan penat, tetapi lega. Turut sama, ialah penjaga Natasha, Mak Cang.
"Baby girl..." kata Natasha kepada Azlan. Azlan tersenyum, kemudian mengucapkan alhamdulillah tiga kali, sebelum membacakan qamat ke telinga anak perempuannya.
"You nak namakan dia ni siapa?" tanya Natasha.
"Nurul..."
"Nurul?"
"Nurul Cleo..."
"I suka Hilda, tapi Rachel pun I suka juga."
"Nurul Cleo Hilda Rachel," kata Azlan.
"Randomnya nama tu."
"Biarlah. But, Rachel tak boleh register kat sini."
"Habis tu?"
"Sebaiknya, Denmark. Your mother family's of origin."
Sijil nikah dari Uzbekistan, anak pula dokumen kelahiran, Denmark. Semua sebab nak mengelakkan daripada dikesan oleh Sayap Kuning dan keluarga al-Daulah, terutamanya Tengku Aminah.
--
Selepas sahaja selesai melawat Natasha, Azlan berkejar ke Wijayapura pula, kali ini untuk melawat Mina yang juga dalam wad hospital untuk melahirkan anaknya.
Wajah Azlan yang letih, baru tiba dari kapal terbang memang ketara. Tengku Ariffin sedang duduk di kerusi tepi wad, dalam keadaan yang agak tertekan.
"Ayah, macam mana semuanya? Mina okay?"
"Mina okay, tapi dia tengah marah-marah kau tu."
"Kenapa pulak nak marah ni? Kan saya ni Menteri KBS. Saya memang kena pergi Sydney untuk Sukan Olimpik. Mujur kat Sydney, dekat sikit. Kalau kat Amerika tu, memang jauh betul."
"Kenapa kau tak serahkan je pada Timbalan Menteri?"
"Ayah, saya ni Menteri. Ini Sukan Olimpik, bukan acara sebarangan. Kalau acara ni Sukan SEA sekalipun, kalau saya tak tunjuk muka, nanti ramai orang dalam persatuan sukan nanti tuduh saya tak bertanggungjawab. Saya cuba jadi suami yang terbaik untuk Mina, tapi dia pun kenalah faham tugas saya ni macam mana."
"Entahlah, bila dia dah bad mood macam ni, satu rumah kena panasnya, Alan."
Azlan masuk sahaja ke dalam wad Mina, dan Mina terus capai mangkuk besi di tepi mejanya, dan dia terus baling ke arah Azlan, dan terkena pada keningnya. Tiba-tiba Azlan terus flashback fikirannya masa dia tonton wrestling masa, Stone Cold Steve Austin mengetuk kepala Vince McMahon dengan mangkuk besi, macam tu lah bunyinya bila mangkuk itu terkena pada keningnya.
"You lambat!" jerit Mina yang terbaring di atas katil.
"Mina, I baru sampai dari Sydney."
"Bohong! Pegawai you cakap you dah left Sydney since two days ago!"
"Mana I nak tahu jadual penerbangan macam mana, Mina! Come on!"
"You bohong I dah banyak kali, Alan. How can I trust you?"
Mendengar bebelan dari Tengku Aminah tentang hal macam ni buat Azlan jadi serabut.
"Hey, you dengar tak! Pekak ke!" kata Mina sambil membaling buah epal dan oren di tepi mejanya ke arah Azlan.
"I'm right here right now, Mina. I think you're just totally fine, and bila time you dah sampai, I akan datang hospital. Til then, I go to work first!"
Azlan baru nak keluar pintu, tiba-tiba Mina menangis.
"Now what?" kata Azlan.
"Air ketuban I dah pecah..."
Azlan tarik nafas dalam-dalam, kemudiannya dia terus keluar dan memanggil doktor.
"Doktor, isteri saya dah nak bersalin."
--
Azlan mundar-mandir sambil menantikan kelahiran anak Mina pula. Baru lepas Natasha melahirkan Rachel, kini giliran Mina pula. Dalam masa sama dia kena ambil tahu situasi atlet dengan menerima laporan dari Chef de Mission Olimpik Gelanggayu dari Sydney.
Dalam masa sama dia pun kena lihat pencapaian atlet-atlet yang dikatakan berprestasi tinggi. Nampaknya badminton menyumbangkan pingat yang begitu banyak. Mungkin semangat dari Piala Thomas 1992 masih lagi membara walaupun Piala Thomas yang lalu, Gelanggayu tewas dengan Majapahit pada tahun 2000 dalam pusingan separuh akhir, yang menjadi tamparan hebat buat dirinya.
Politik dalam persatuan sukan ni sebenarnya susah dia nak kawal, terutamanya ada ramai tengku-tengku yang mengawal. Contohnya, Persatuan Bola Sepak Gelanggayu, yang paling besar antara semua persatuan, dikawal oleh Jimmy. Persatuan Badminton Gelanggayu pula dikawal oleh isteri Tun Iskandar, Toh Puan Azizah. Sebab kenapa badminton Gelanggayu baik sejak 1992, kerana orang sekelilingnya macam Faridah dan Merlina banyak letak duit serta ada banyak sokongan.
Tapi nak buat macam mana, sukan badminton takkan jadi lebih besar daripada bola sepak, dan sukan bola sepak Gelanggayu ni ke laut bila Jimmy yang take over.
Persatuan sepak takraw pula dinaungi oleh Ali dan kumpulan Ayam Hitam, dan yang uruskannya ialah orang kanan Kecik iaitu Lias.
Persatuan Sukan Permotoran Gelanggayu pula dinaungi Tengku Razak yang rapat dengan Jimmy. Yang ini walaupun ada pencapaian yang hebat seperti menganjurkan F1 dan MotoGP di Litar F1 Kota Warisan, tapi ada juga konflik politiknya yang tersendiri dengan KBS yang dikendalikannya.
Dalam dia serabut tentang macam-macam hal dalam portfolionya, dia kena fikirkan dua orang isterinya yang kedua-duanya sedang melahirkan anaknya.
Hatinya terus rasa lega apabila dia mendengar suara bayi menangis. Dalam masa sama, dia juga risaukan keadaan Mina. Walaupun Mina sering memukul mukanya dengan objek yang keras, walaupun dia tidak ada hati langsung pada Mina, tetapi dia tetap risaukan isterinya juga.
"Doktor, isteri saya okay? Anak saya macam mana?" tanya Azlan apabila doktor bedah keluar dari wad.
"Alhamdulillah, isteri awak selamat melahirkan anak lelaki," kata doktor itu.
Selepas dibenarkan masuk, Azlan melihat Mina mendukung anak lelakinya itu.
"Minta izin, Mina. I nak azankan telinga dia," kata Azlan.
Mina menyerahkan anak lelakinya itu kepada Azlan, sebelum Azlan membacakan azan kepada bayi itu.
Selesai membaca azan di telinga anak lelakinya, dia serahkan kembali kepada Mina.
"Siapa nama anak ni, Mina?" tanya Tengku Ariffin.
"Mina nak namakan dia Jugra. Sebab sempena nama panglima perang, Laksamana Jugra.
Azlan bersetuju. Dia dah rasa lega kerana semuanya telah selamat. Badannya terasa letih, tapi dia ada banyak kerja yang perlu dilakukan.
Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Puncak Jaya, untuk bertemu dengan ibunya.
Di dalam kereta, Azlan yang keletihan terdengar lagu Beautiful Day dari kumpulan U2, kumpulan yang dia minat sejak era album Joshua Tree pada zaman remajanya.
Dia rasa lega kerana walaupun sepanjang beberapa hari ini dia berdepan dengan dugaan yang berat, tetapi dia berjaya harunginya sekaligus.
The heart is a bloom
Shoots up through the stony ground
There's no room
No space to rent in this town
You're out of luck
And the reason that you had to care
The traffic is stuck
And you're not moving anywhere
You thought you'd found a friend
To take you out of this place
Someone you could lend a hand
In return for grace
It's a beautiful day
Sky falls, you feel like
It's a beautiful day
Don't let it get away
--
Azlan duduk di biliknya, sambil membelek-belek album foto lama dan dia tengok gambar-gambar. Dia renung gambar ayahnya dan John Lennon bermain gitar sambil dia yang masih muda bermain piano.
"Ayah...macam mana nak jadi ayah? Saya tak sempat nak belajar dengan ayah. Saya ada dua orang anak. Dari dua orang isteri. Macam mana, ayah? Saya tak tahu, sebab ayah pergi awal sangat."
Dia kemudiannya terpandang gambar dia dan Natasha semasa di era persekolahan.
"Simple days..." Azlan tersenyum.
Kemudian dia nampak gambar dia dan Hafiz, dan Hanis, dia rasa sayu dalam hatinya.
"Sorang dah takde, sorang lagi nak ajak bermusuh pulak."
Kepalanya rasa berat, tapi dia tak boleh rasa lemah. Dia perlukan kekuatan. Dan beberapa minit kemudian, dia bangkit dari katilnya, dan solat sunat hajat dua rakaat, meminta kekuatan daripada Allah untuk dapat teruskan perjuangan hidup ini.
Dia kini mempunyai dua orang anak, dan dua orang isteri. Dan ini yang memberatkan kepalanya, terutamanya isteri pertamanya, Mina.
--
Sekumpulan lelaki kumpulan Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) telah menceroboh kem tentera Bukit Jeneri, di sempadan Melaut-Air Putih, dan merampas senjata sebelum kembali semula ke Melaut.
Perkara ini telah menyebabkan Tengku Norman menjadi murka kerana kealpaan Wan Radzi dan orang-orangnya sehingga perkara yang begitu memalukan berlaku begitu sekali. Wan Radzi awal-awal dah kenal perangai Tengku Norman, cuba tuding jari kepada jeneral-jeneral, dan menghasut Tengku Norman yang jeneral-jeneral ini pengikut Jeneral Yahya.
Mengamuk Tengku Norman sampai dia lempang beberapa orang jeneralnya.
"Bodoh! Macam ni pun boleh jadi jeneral ke? Baik makan taik je lah! Kuat makan rasuah punya tentera!" herdik Tengku Norman kepada jeneral-jeneral itu.
Situasi di Sumatera menyebabkan ia juga merebak di Melaut. Kumpulan DIN ini mula menguasai kawasan yang dahulunya ada banyak kesultanan Melayu, seperti Siak, Inderagiri, Rokan, Kampar dan ada juga di Bangka Belitung di sebelah selatan.
Kumpulan ini pun semakin membesar dengan Tok Aki yakin bahawa misi Pak Kassim untuk menyatukan semua kawasan di Sumatera agar bergabung dengan Melaut dan seterusnya menentang keluarga al-Daulah.
Betapa lemahnya kerajaan Sumatera ini kerana kerajaan ini sebenarnya cuma puppet state kepada Gelanggayu dan Majapahit sebagai kompromi kepada Perjanjian Krung Thep 1967 sebagai usaha untuk menamatkan Konfrantasi.
Sejak kejatuhan Chechnya kembali ke tangan Moscow, ramai golongan militan Chechen yang berundur diri, dan Tok Aki memindahkan mereka ke Sumatera untuk menawan satu demi satu kawasan di sini.
Jaringan pengganas yang dibina Tok Aki ini meliputi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah, dengan dibantu oleh kumpulan al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden.
Bagi Jeneral Yahya yang memerhatikan keadaan semasa, dia nampak yang ada banyak kelemahan yang begitu rompong buat kumpulan Tengku Norman. Dia sebenarnya dah tahu dah yang pihak Tok Aki nak rampas senjata dua minggu sebelum serangan itu berlaku, tetapi membiarkan sahaja, kerana ia akan melemahkan pengaruh Tengku Norman di dalam kem tentera.
Bukan dia tak tahu dalam tentera sendiri pun ramai yang tak suka kepimpinan Tengku Norman, tapi buat masa sekarang mereka menunggu Jeneral Yahya menyusun strategi. Jeneral Yahya pula sedang memerhatikan situasi politik semasa.
Jeneral Yahya perasan yang sentimen anti-monarki sebenarnya makin kuat dalam generasi muda hari ini. Terutamanya sejak gambar mata lebam Azlan tersebar di internet.
Ada pelbagai spekulasi tentang muka lebam Azlan ni. Ada yang kata Tengku Aminah hantar orang dan pukul Azlan, ada yang kata dia sendiri yang pukul. Ada propaganda dari media pro-Hafiz macam Suara Gelanggayu pula kata Azlan merupakan seorang yang dayus kerana membenarkan isterinya memukulnya, tetapi dikecam teruk oleh orang ramai sebab orang ramai tahu apa bahananya jika mencari pasal dengan keluarga al-Daulah.
Apabila ditanya di media pun Azlan enggan untuk mengulas tentang tuduhan berniat jahat dari portal berita pro-Hafiz itu. Dia tahu yang ketua editor Suara Gelanggayu pun Adilah. Adilah memang dari dulu nak ceraikan dia dan Mina.
Azlan sedar yang walau macam mana sekalipun, ini adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan perpecahan yang serius dari kalangan orang Melayu.
Situasi semasa ini menyebabkan Azlan fikir Ali perlu pulang dan ke Melaut untuk mengawal keadaan ini sebelum menjadi lebih merebak teruk. Tetapi Ali sekarang berada di Miami, dengan jarak yang jauh ini tidak memungkinkan Ali boleh pulang dengan cepat.
Hatinya memikirkan Adilah, kerana Adilah boleh hantar Sayap Kuning dan stabilkan semula keadaan di Melaut, tetapi dia sedar yang kalau deal dengan Adilah, nanti sekali lagi dia akan terperangkap.
--
"Saya bimbang dengan provokasi yang Tok Aki sedang lakukan ni, Bang Iz. Saya rasa perkara ini perlu dibawa ke Jemaah Menteri. Sekarang ni imej negara dah tercalar terutamanya pertahanan," kata Azlan kepada Izham sebagai Menteri Pertahanan.
"Jadi kau nak buat macam mana? Kau nak suruh aku bombard Melaut?" Izham tanya kembali kepada Azlan.
"Bukan, bukan. Kita kena dapatkan balik semula senjata-senjata tu. Air muka Bang Iz jugak yang dapat dilindungi."
"Macam mana?"
"Boleh tak minta tolong Azham dan Wak Am buat covert operation?" tanya Azlan.
"Payah, Lan. Tok Aki tu bukannya sebarangan. Masalahnya Ali tu pulak, ada titah Sultan, kena buat kerja kat Miami. Kerja gini selalu bagi ke Ali je," kata Izham.
Dua-dua diam sejenak.
"Kecik, abang rasa okay?" tanya Azlan kepada Izham.
"Dia boleh ke tu?" Izham bertanya kepada Azlan.
"Boleh. Lagipun kerja-kerja macam ni saya nampak, Kecik yang selalu tolong Ali. Boleh ni," kata Azlan.
"Kalau macam tu, call Kecik. Biar dia buat kerja ni."
Azlan terus dial nombor Kecik.
"Assalamualaikum, bro Alan."
"Waalaikumsalam. Kecik, boleh tolong aku tak?"
"Apa dia?"
"Kes kem tentera kena ceroboh dengan DIN, kau boleh tak tolong susunkan orang-orang kita, dengan panggil Kapten Firdaus dan Kapten Mahadi sekali, ada operasi di Melaut. Datang ke pengkalan tentera udara Pekan Batu Enam," kata Azlan.
"Baik, saya datang jumpa bro kat sana," kata Kecik.
"Jom," kata Azlan terus bangun dari kerusi, dengan Izham selaku Menteri Pertahanan ikut di belakangnya.
--
Pengkalan Tentera Udara Diraja Gelanggayu,
Pekan Batu Enam, Ketil
Azlan dan Izham diberi tabik hormat oleh komander tentera udara, Leftenan Kolonel Ahmad.
Kecik tiba menaiki motorsikal superbike Kawasaki ZX-7R Ninja, diikuti dengan Kapten Firdaus dan Kapten Mahadi yang menaiki jip tentera Hummer.
Pekan Batu Enam ini adalah pengkalan tentera udara dan merupakan bandar tentera kedua terbesar selepas Bandar Tun Zairi Abu Bakar.
Dalam operasi ini, Azlan memberi penerangan tentang lokasi kemungkinan kumpulan ini bersembunyi. Azlan tahu sebab Azlan pernah mengepalai GMM, jadi pengkalan GMM atau RIM atau DIN ni semua sama sahaja.
Azlan menerangkan keadaan di Kampung Sauk, yang terletak di sebelah Melaut, yang melintasi anak sungai yang menjadi sempadan dengan Air Putih. Kapal terbang pengangkut Airbus A400M akan menghantar Kecik, Kapten Firdaus dan Kapten Mahadi untuk memujuk mereka menyerahkan senjata, dengan diiringi oleh 20 orang skuad Komando di kawasan itu.
"Apa-apahal, jangan serang dulu, Kecik. Dorang ni semua kenal Bro Ali. Kawan-kawan dia kat Sungai Banol tu pun ada kat situ. Cakap dengan dia elok-elok, cakap pada mereka, aku nak berbincang dengan mereka. Aku nak deal," kata Azlan.
"Dapatkan semua senjata-senjata tu, Kecik. Kalau tak, senjata kita jatuh ke pihak pengganas, habis aku nak kena menjawab dengan Tengku Norman nanti," kata Izham.
"Baik, Bro Alan, Bro Izham."
"Aku doakan korang semua selamat. Hati-hati semua," kata Azlan.
Mereka bertiga berserta dua puluh askar Komando Diraja menaiki kapal terbang dan berlepas dari Pengkalan Udara Pekan Batu Enam pada jam 1820.
Dengan ketinggian 40,000 kaki dari aras laut, mereka menggunakan teknik HALO (high altitude low opening).
"Dah macam cerita Mission Impossible dah ni, Cik!" kata Kapten Mahadi.
"Aku dah bayangkan lagu I Disappear Metallica dah ni," kata Kapten Firdaus, di sebelah Kecik.
Kecik cuba menenangkan dirinya, kerana penerjunan yang ini sangat tinggi dan bahaya jika tersilap langkah. Kecik beristighfar dan berselawat.
"3, 2, 1...go!"
Mereka bertiga terjun dulu, sebagai 'pathfinder' sebelum yang lain terjun.
Mereka terjun dalam keadaan yang gelap di kawasan hutan yang begitu dalam di sempadan Melaut Air-Putih.
Mereka perlu lakukan dalam keadaan gelap agar mereka tidak dapat dikesan oleh pihak DIN yang sedang mengawal kawasan tersebut.
Mereka mendarat di tepi anak sungai, antara Air Putih dan Melaut.
"Jangan cross sungai dulu. Tunggu semua dah turun," kata Kecik.
Kecik buka kompas, dan mencari arah kiblat. Kecik menjadi imam solat jamak takhir Maghrib dan Isyak, sementara menunggu anggota yang lain sampai.
Selesai semuanya menunaikan kewajipan kepada Allah, Kecik menyusun strategi dengan melihat kepada peta.
"Lima orang, campur Mahadi, ikut arah sebelah timur. Lima orang, campur Daus, ikut arah barat. Lima orang ikut aku, ikut jalan depan. Lima yang lain, stay kat base, faham?"
"Faham Bro Kecik!"
"Baik. Hidup Bro Alan, hidup Bro Ali."
"Hidup Bro Alan! Hidup Bro Ali!" kata semua komando sambil menjulang penumbuk kanan ke udara.
"Okay, Mahadi. Kau gerak dulu. Daus, kat belah sana jalan dia curam sikit, hati-hati. Aku ikut depan. Radio masing-masing standby bateri. Aku mungkin kena deal lama sikit dengan dorang ni. Ingat, mereka ni bukan musuh kita, tetapi saudara kita yang tertipu dengan dakyah pemikiran songsang Syiah Tok Aki. Tok Aki ni macai Iran, jangan kita lupa semua tu. Faham?"
"Faham, Bro Kecik!"
"Baik, sebelum kita gerak, kita baca doa dulu, semoga semua selamat pergi, selamat balik."
Mereka semua menadah tangan memohon restu kepada Allah, sebelum meneruskan misi bahaya ini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top