Episod 257 - 10 Januari, 2000
Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Luqman atas tandatangan Tengku Norman membuatkan Wan Radzi naik hangin, dan terus ke pejabat Luqman, dan menampar muka Luqman.
Luqman kemudiannya diheret ke tepi dan dipukul oleh dua orang pengiring Wan Radzi.
"Kurang ajar! Aku tak suruh kau pergi jumpa Tengku Mahkota bubar Parlimen la, bangsat!" kata Wan Radzi.
Nak marah pun tak berguna, memang dah bubar dah pun. Tak boleh nak tarik balik bila dah bubar Parlimen. Pilihanraya akan tetap perlu dijalankan. Lagipun mandat yang dipegang sejak 1995 pun dah terjatuh sepatutnya, kalau bukan kerana sokongan Parti Jujur.
Kini gabungan baru ini dijadikan parti baru, Parti Neo-Kebangkitan Bangsa (NKB). Dan untuk lebih cool lagi, kebanyakan orang muda memanggilnya sebagai Parti Neo.
Memahami zeitgeist era 1999 di mana filem The Matrix, di mana watak heronya Neo yang dilihat karektor anti establishment, Azlan telah berjaya membajak Neo itu untuk mendapatkan sokongan pengundi muda yang dah lama ramai dalam Parti Jujur.
Lagipun Shah bersetuju betul dengan nama Neo-Kebangkitan Bangsa ni, sebab nampak fresh, nampak 'millennium', bak kata golongan generasi muda.
Kempen Parti Neo ni biasanya diiringi dengan konsert band-band popular, meniru konsep Pemilu Majapahit yang menjemput rockstar besar seperti Dewa 19 dan Sheila On 7 di atas pentas politik.
Maka itulah, Azlan mengambil keputusan untuk comeback sebagai Mat Danger. Azlan tahu, Mat Danger masih mempunyai pengaruh yang cukup besar dari kalangan pengundi.
Maka pada 22 Januari, di Stadium Nasional Puncak Jaya, Konvensyen Parti Neo-Kebangkitan Bangsa yang pertama diadakan, dan dihadiri lebih 80,000 orang di stadium tersebut.
Dan masa itu, Azlan kembali memakai helmet birunya dan menggoreng gitar sambil memperkenalkan Luqman sebagai calon Perdana Menteri.
Punyalah ramai orang muda yang turun dan berikrar untuk menyokong Neo-Kebangkitan Bangsa, parti yang baru ditubuhkan selepas puak Azmi dan Rahizan bertindak keluar parti dari Persekutuan.
Berbanding kempen Tun Dr Azmi dan Parti Demokratik Gelanggayu yang menggunakan cara lama, Neo-Kebangkitan Bangsa menggunakan internet dengan menggunakan chat mIRC. Merlina pam duit dan mengajak semua orang yang berusia 21 tahun untuk mendaftar undi secepat mungkin.
Kalau tak untuk pilihanraya kali ini pun, untuk pilihanraya yang akan datang.
Di ruang mIRC, Merlina menggunakan nickname bot untuk berkempen kepada orang ramai mengundi Luqman dan Parti Neo pada pilihanraya nanti. Merlina memberi upah sebanyak RG150 kepada orang muda yang masih belum daftar sebagai pengundi.
Dalam masa sama, Merlina minta pihak SPG untuk menguruskan pengundi-pengundi baru secepat mungkin ke dalam daftar dalam pengundian ini nanti.
Walaupun PDG adalah parti baru, ia dilihat sebagai parti yang lama kerana Tun Dr Azmi sebagai presidennya. Luqman pula dilihat muka baru kerana usianya yang jauh lebih muda.
Dalam pilihanraya ini juga, Daniel mengumumkan akan menyerahkan kerusi yang telah dia sandang sejak 1974, kepada Azlan pada tahun ini sebagai muka baru.
Azlan dah jadi household name, semua orang kenal dengan Azlan. Sebut Azlan je, semua orang kenal. Mereka kenal Azlan sebab Azlan pernah cameo sebagai watak Wakil Rakyat dalam sitcom Senario, ada yang kenal Azlan kerana iklan-iklan yang dilakonkan oleh Azlan, ada yang kenal Azlan kerana banyak membantu orang ramai dan membuat kerja-kerja amal, dan ramai juga yang kenal Azlan, suami kepada Tengku Aminah, anak Tengku Ariffin.
Jadi, walaupun Luqman dianggap Presiden Parti Neo, tetapi hakikatnya Azlan adalah pengaruh yang terbesar dalam parti itu.
--
Sebaik sahaja Adli dapat tahu yang Mat Danger comeback, dia terus kayuh basikal laju-laju dan pergi ke rumah Amin.
Amin yang sedang bersantai-santai di hujung minggu bermain Championship Manager, sambil mendengar lagu Rage Against The Machine, Sleep Now In The Fire, tiba-tiba terdengar suara Adli beri salam memanggil namanya.
The lie is my expense
The scope of my desire
The Party blessed me with its future
And I protect it with fire
I am the Nina The Pinta The Santa Maria
The noose and the r*pist
And the fields overseer
The agents of orange
The priests of Hiroshima
The cost of my desire
Sleep now in the fire
"Kawan kau panggil tu, Min," kata ibu Amin yang pergi ke pintu biliknya.
"Nak keluar la ni, mak."
"Dah dah pakai kompiter tu, Amin. Panas kompiter tu nanti, ayah kau marah pulak. Kau tu tahun depan SPG!" kata ibu Amin, membebel.
Amin save game, kemudiannya terus keluar dan capai basikal BMXnya.
"Min, Mat Danger comeback wei!" kata Adli sambil menayang poster Mat Danger bermain gitar.
"Peh, comeback orang lama tu!" kata Amin.
"Jom la, kita masuk ikut celah-celah!" kata Adli.
"Hotak kau! Kau ingat stadium Puncak Jaya zaman sebelum terbakar ke? Sekarang teknologi stadium dah canggih. Mana boleh masuk celah-celah."
"Ayah aku kata dulu dia tengok bola masuk celah-celah je?" tanya Adli.
"Tu zaman 80an. Stadium lama tu pun stadium kecik tu. Sekarang dah 80,000 kapasiti. Takkan la boleh masuk celah-celah. Kau ni pun, fikir logik la! Tapi jom je lah kita pergi, kita dengar dari luar je lah," kata Amin.
Mereka berdua mengayuh basikal dari taman perumahan mereka ke Stadium Nasional Puncak Jaya, yang jaraknya lebih kurang 10 minit pengayuhan basikal. Kira dekatlah tu.
Mereka sampai di skatepark, dan nampak semua orang berkerumun di atas BMX pipe yang tinggi dan nampak betapa hebatnya Mat Danger menggoreng gitar. Adli dan Amin pun panjat BMX pipe itu, dan terpandang rockstar misteri berhelmet biru itu bermain gitar dan sorakan padu orang ramai yang menghadirinya.
Amin perasan, ada bendera parti politik yang dia rasa dia tak pernah nampak sebelum ini.
"Parti Neo-Kebangkitan Bangsa? Lain macam nama Parti Neo ni. Dah macam The Matrix dah ni!" kata Amin.
Tulisan hijau neon macam gaya font Degeneration X memang menawan hati golongan pengundi anak muda. Logo parti politik gaya 'millennium', dengan tulisan gaya 'cyberpunk' tertulis Neo sangat mengujakan pengundi muda. Walaupun Amin belum berusia 21 tahun dan layak mengundi, apabila dia layak mengundi nanti, sudah tentulah dia akan menyokong Parti Neo ini.
Dia kemudiannya mengayuh basikal di sekitar tempat letak kereta stadium. Dia nampak Mat Danger sedang berlari-lari membawa gitar menuju ke sebuah kereta.
Disebabkan perasaan ingin tahu siapa Mat Danger, Amin mengayuh dengan lebih dekat, tetapi tidak terlalu hampir dengan kereta itu.
Amin nampak apabila helmet biru itu dibuka, dia nampak muka Tuan Azlan.
"Tuan Azlan?"
Azlan terpandang muka Amin Kob Noblurs dengan pakai selipar Ryukyu dan baju Limp Bizkit sedang berhenti mengayuh basikal dan terpinga-pinga.
Azlan keluarkan dompetnya, dan keluarkan lima keping duit seratus.
"Kau Amin anak Pak Nazri jual air kat Simpang Selera kan?" tanya Azlan.
"Ya, saya."
"Kau jangan beritahu sesiapa pun tentang siapa Mat Danger, janji?"
"Janji."
"Tak ada siapa pun boleh tahu siapa Mat Danger. Anggap je kau tak pernah nampak aku, faham?"
"Faham, Tuan Azlan."
"Kalau orang lain tahu, aku hantar orang, cari ayah kau."
"Baik, Tuan Azlan. Maafkan saya, saya tak sengaja," kata Amin, lekas-lekas ambik duit dari tangan Azlan, kemudiannya lekas kayuh basikal kembali ke skatepark, kira-kira 100 meter dari tempat letak kereta stadium.
Amin kemudiannya nampak Azlan memakai baju suit dengan tali leher seperti seorang pemimpin, dan kembali masuk ke dalam stadium.
"Cool gila Tuan Azlan ni. Dia rupanya Mat Danger, gila lah!" getus hati Amin.
Amin kemudiannya pergi ke arah Adli, kemudiannya berbisik.
"Aku jumpa duit lima ratus tepi tangga tu," kata Amin.
"Mana?"
"Tak boleh tunjuk sini. Jom, kita masuk mall."
Mereka kunci basikal mereka di tempat letak basikal dan motorsikal, kemudian masuk ke dalam mall, dan masuk ke dalam tandas.
Amin berikan dua keping seratus kepada Adli. Selalunya deal Amin dengan Adli ni, kalau Adli dapat job dari Joni, Amin kena dapat cutting 40%-50%, bergantung keadaan. Sebab Adli rapat dengan Abang Joni.
Tapi Amin ni disebabkan dia ni cekap membaca politik, dia selalu dapat duit dari semua pihak. Macam Tengku Mina pun kalau perlukan Adli buat kerja-kerja siasat Azlan pun, akan bayar kepada Amin juga. Tapi Amin pun tak melaporkan sepenuhnya kepada Tengku Mina, sebab Amin nak main semua kolam.
Amin dapat detect yang Azlan ada masalah rumahtangga dengan Tengku Aminah. Dia juga dapat tahu yang Azlan sering naik kapal terbang ke Teknojaya. Macam mana Amin boleh tahu? Sebab kadang-kadang driver, kadang-kadang bodyguard, kadang-kadang PA Azlan, atau PA Jalan Cendana, selalu memesan minuman di gerai ayahnya di Simpang Selera.
Simpang Selera dah makin meriah sejak Azlan sponsor projektor besar untuk pengunjung dapat tonton EPL setiap Sabtu. Dah siap ada tempat letak kereta dengan prasarana asas seperti tandas, surau dan tempat menyusu dan menyalin lampin bayi.
Amin ni selalu memasang telinga dan memahami bagaimana networking 'deep state' yang sedang dibina oleh Azlan. Dia tahu Kak Mer ni macam orang kanan untuk propaganda Azlan. Macam buat iklan, selalunya Kak Mer akan hire seorang pengarah filem indie yang pada Amin, idola - iaitu Art Ardan.
Nama Ardan ialah Megat Ardan Megat Iskandar, merupakan sepupu kepada Fazrul, sebelah isteri Datuk Khamis, Puteri Melati. Dikenali sebagai 'Art' Ardan kerana sejak tahun 1996, dia bertanggungjawab membuat video muzik band-band rock alternatif dan hiphop untuk Positive Tone.
Pada Amin Kob Noblurs, Art Ardan adalah idola terbesarnya. Art Ardan ni selalu jadi pengarah untuk buat iklan, di mana, Amin selalu ambil upah untuk jadi tukang bancuh kopi di set pergambaran.
Amin kerja part time dengan Kak Mer, dalam studio Art Ardan, dan sanggup terima kerja-kerja kuli macam sapu sampah, angkat barang dan bancuh kopi dan teh untuk casting yang berlakon iklan. Kadang-kadang naik basikal belikan nasi bungkus. Tapi masa Amin ada masa sahaja, sebab kadang-kadang kerja itu diambil alih oleh Adli pula. Kalau Adli pun sibuk, mereka bagi job tu pada Ziela atau Alim. Pendek kata, mereka ni semua sepakat dan berlaku adil.
Tetapi antara semua, yang berminat dengan industri filem ni ialah Amin. Sebab dia bercita-cita mahu menjadi pengarah filem yang sehebat George Lucas atau Steven Spielberg.
--
Berikut adalah jumlah kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan:
Kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah 250 kerusi, tambahan 58 buah kerusi baru.
Melaut: 25 kerusi
Air Putih: 23 kerusi
Seri Kencanapura: 12 kerusi
Wilayah Utara (Lamas): 12 kerusi
Lingga: 36 kerusi
Ketil: 28 kerusi
Geri: 13 kerusi
WP Kota Warisan: 1 kerusi
Wijayapura: 60 kerusi
Kenidiri: 18 kerusi
WP Teknojaya: 2 kerusi
Sepetang: 20 kerusi
Disebabkan kemampuan dari jentera yang Azlan bina, Parti Neo sudah bersiap bertanding di ke seluruh 250 buah kerusi.
Tun Azmi dan Parti Demokratik Gelanggayu tidak mampu bersaing dari sudut perbelanjaan parti, walaupun bekas Perdana Menteri.
Mereka yang mengundi PDG ialah orang-orang tua yang mengenang jasa Tun Azmi sebagai Perdana Menteri, sementara mereka yang mengundi Parti Neo ini, selain kumpulan Shahrizal, Izham, Datuk Khamis - jaringan yang dibina oleh Azlan, ialah generasi muda yang mahu melihat perubahan pada Gelanggayu.
--
We are the youth, we'll take your fascism away
We are the youth, apologize for another day
We are the youth and politicians are so sure
We are the youth and we are knocking on death's door
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't wanna live in a world
Where our innocence is so short
We'll make it up to you in the year 2000 with you!
Parti Neo telah membayar Sony Music sebanyak $10 juta dengan royalti 5% kepada kumpulan band Australia, Silverchair dan menggunakan lagu ini untuk menarik perhatian golongan muda.
Ternyata ramai pengundi-pengundi yang muda, yang jenis kaki download lagu pada Napster, memang ramai yang mahu turun mengundi.
Merlina mengeluarkan dana untuk membayar orang yang belum mendaftar undi untuk mengundi. Sementara ada ramai yang tidak sempat, ada nama yang dah boleh mengundi dalam pilihanraya ini.
Selain itu, Merlina menggunakan swarm SMS iaitu penyebaran maklumat menggunakan sistem pesanan ringkas secara massa untuk memberitahu tentang kempen Parti Neo di kawasan parlimen masing-masing.
Ternyata Parti Neo yang dibina oleh Azlan terlalu kuat, sampai Azizan yang menjadi Ketua Penaja Angkatan Muda Demokrat (AMD), cabang pemuda PDG jadi terlalu tertekan dengan taktik Parti Neo yang begitu 'savvy' dengan penggunaan teknologi.
Suruhanjaya Pilihan Raya Gelanggayu (SPRG) mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 4 Mac, 2000, sementara tarikh pengundian awal pada 21 Mac, 2000 dan hari mengundi ialah pada 25 Mac.
--
Azlan mengumumkan akan bertanding sebagai calon Parti Neo-Kebangkitan Bangsa di Parlimen Puncak Jaya, menggantikan pakciknya, Daniel yang sudah menjadi ahli parlimen di situ sejak 1974.
Tidak seperti calon yang lain, Azlan ada jenteranya sendiri. Luqman yang Perdana Menteri tu pun jenteranya adalah orang Azlan. Dan kempen Azlan selalu keluar televisyen berbanding Luqman sendiri sebagai Perdana Menteri.
Bahkan Azlan ada taglinenya sendiri, "Juara Rakyat". Azlan sengaja membela sideburn yang panjang untuk meniru gaya The Rock, wrestler WWF yang popular dari kalangan anak-anak muda yang meminati gusti Attitude Era.
Masa nampak imej Azlan memotong rambut gaya The Rock, Ali tergelak sakan.
Bahkan yang lebih mengundang kontroversi, Azlan dilaporkan dalam kempennya memanggil Tun Azmi Ibrahim sebagai 'jabroni'.
"Orang tua ni, dah lama pegang kuasa. Bila orang muda macam Luqman jadi Perdana Menteri je, dia sibuk buat langkah nak cuba jatuhkan kerajaan. Nak buat undi tak percaya, sebab nak cuba merampas kuasa semula. Sebab apa? Dah pegang kuasa, masih tak puas. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Jabroni punya orang tua."
Kenyataan Azlan itu memang mengundang kemarahan dari Parti Demokratik Gelanggayu, termasuklah Azizan yang menganggap Azlan menghina ayahnya. Bagaimanapun Azlan menafikan itu ditujukan kepada Tun Azmi, kerana dalam kenyataannya itu, dia cuma berkata 'orang tua yang dah lama pegang kuasa'.
Kenyataan Azlan itu menyebabkan Tun Azmi tidak boleh nak dakwanya kerana tidak sebut apa-apa yang menggambarkan bahawa maksud itu adalah dirinya. Kalau bawa pergi mahkamah pun, Azlan akan lepas tanpa sebarang dakwaan.
Tetapi pada Azlan, dalam politik, Tun Azmi adalah kambing hitam yang perlu dikorbankan untuk Parti Neo-Kebangkitan Bangsa mendapat mandat daripada rakyat. Pada Azlan, kontroversi perlu dicipta untuk memastikan semua orang ingat namanya. Maka apabila dia menjadi calon muda yang secara terang-terangan mengkritik bekas Perdana Menteri, satu Gelanggayu tahu siapa yang dia maksudkan.
Lagipun Azlan ada surat nikah yang sebenarnya amat berkuasa iaitu berkahwin dengan Tengku Aminah, puteri kepada Tengku Ariffin. Dah tentu nak mendakwa Azlan ni pun satu kesukaran juga.
Memang strategi ini dirancang oleh Azlan dan Merlina yang kini menjadi perunding imej dan iklan untuk Azlan. Punyalah banyak duit, sampai Merlina beli semua ruang iklan di RTG, Wijaya TV, Angkasa TV, semua surat khabar dan radio.
Calon-calon pula semuanya dipilih dalam satu mesyuarat antara Azlan sebagai pengerusi, Shahrizal, Izham, Datuk Khamis, dan beberapa orang penting dalam kumpulan parti ini.
--
Ketika Amin baru pulang dari rumahnya dari sekolah, dia nampak ada dua pegawai memakai suit warna hitam memakai spek mata hitam berdiri di depan pintu pagar rumahnya.
"Apahal pulak ada Men In Black depan rumah aku ni? Kot yer pun hantar la Will Smith, boleh la minta autograf," kata Amin sambil menolak basikal ke pintu pagarnya.
"Ada apa ni, encik?" tanya Amin.
"Kamu Amin?"
"Ya, saya Amin."
"Tuan Azlan ada dalam rumah. Dia nak jumpa kamu."
Dalam hati Amin, dia dah risau. Dia tak beritahu sesiapa pun tentang rahsia Azlan itu Mat Danger. Dia masuk ke rumah dan memberi salam.
Amin nampak ayahnya sedang mesra berbual dengan Azlan sambil menghantar bakul makanan untuk penduduk Puncak Jaya. Nak meraih undi la tu.
"Ini dia Amin ni, Tuan Azlan," kata ayah Amin kepada Azlan.
Muka Amin dah pucat lesi. Takut makanan yang diberi ada racun kemudiannya semua ahli keluarganya mati. Amin dah panik, tapi dia cuba menenangkan dirinya.
"Amin, boleh kita keluar kejap?" tanya Azlan.
Amin dah semakin takut. Azlan pegang bahu Amin, dan mengajak dia berjalan ke dalam kereta Aston Martinnya.
Amin duduk, sebelum Azlan masuk ke dalam kereta.
"Murad?"
"Ya, Tuan Azlan?"
"Pusing taman ni dua tiga round kejap, saya nak berbual dengan Amin ni kejap."
"Menjunjung titah, Tuan Azlan."
Azlan nampak muka Amin agak pucat lesi.
"Kenapa pucat semacam je muka kau ni?"
"Saya tak beritahu sesiapa pun."
"Oohh, takdelah. Bukan pasal tu pun. Nak tanya, sayapkuningsecrets dot geocities dot com tu, awak punya ke?"
Muka Amin terus berubah.
"Sebab IP address pergi ke rumah kau."
Amin teringat yang dia ada log in akaun Geocities tersebut di rumahnya.
"Selalu masa kau kutip cawan tu, kau dengar apa yang dorang cakap ke?" tanya Azlan.
"Ya, saya."
"Umur kau berapa?"
"16 tahun."
"Hmm, kau berminat tak, nak jadi perisik?"
"Macam Sayap Kuning?"
"Ya, tapi bagi pihak aku."
"Ya."
"Starting point gaji kau ialah RG5k, elaun pengangkutan, elaun pakaian rasmi, elaun penginapan semua kami sediakan. Kau cuma buat kerja je untuk aku."
"Tuan Azlan, kalau tak keberatan, boleh tak saya ajak kawan saya lagi sorang?" tanya Amin.
"Kenapa kau nak ajak kawan kau?"
"Dia mahir dalam kerja-kerja sabotaj. Nama dia Adli. Saya bab tulis-tulis je lah. Kalau Adli tu, tangan dia MacGyver sikit. Bukan apa, saya tak nak Tuan Azlan letakkan saya di tempat yang salah. Saya faham visi dan misi Tuan Azlan tu. Tuan Azlan rapat kan dengan Kak Mer?"
"Jiran aku tu."
"Adli pun ada dalam kelas Kak Mer juga. Kitorang kawan-kawan, ada solidariti. Kalau saya dapat job, kena tolong dia juga. Kalau dia dapat job, saya pun kena ada."
"Baik, nanti tunjukkan kat mana rumah dia, esok-esok aku interview dia. Tapi sebelum kau jadi perisik, kau kena masuk sekolah dulu."
"Kat mana sekolah tu?"
"Kuala Ubin High School, Temasik."
"Hah! Sekolah kat Temasik? Jauhnyaaaa!"
"Aku nak tawarkan kau ni, sebab aku nampak bakat kau dalam perisikan ni. Kau cekap, dan aku ada banyak benda yang aku dapat maklumat daripada kau bila kau update sayapkuningsecrets tu. Kalau kau setuju, kau tandatangan dokumen ni. Aku dah dapatkan persetujuan ibu dan ayah kau."
"Saya takkan tandatangan selagi tak ada Adli sekali."
"Tapi bajet aku RG5k je."
"Bahagi dua. Saya okay ambik RG2.5k, separuh lagi bagi pada Adli."
Azlan rasa kagum dengan kesetiaan Amin kepada persahabatannya dengan Adli, berjanji akan ambil sekali kawannya sekali.
"Tapi ingat, jadi perisik ni bukan macam cerita James Bond tu. Ni kalau aku hantar kau dan Adli pergi operasi, kau kena buat kerja. Walaupun agak lambat juga kau masuk, tapi aku rasa kau boleh digilap bakatnya."
"Selalunya operasi kat mana?"
Azlan tiba-tiba buka bajunya. Amin dah terkejut, dah kenapa Tuan Azlan buang terbiat buka baju pula.
"Ish, dah kenapa Tuan Azlan buka baju ni?" tanya Amin.
"Aku nak tunjuk parut kat lengan kiri ni. Ini aku kena tembak kat Banja Luka, Bosnia pada tahun 1992. Kulit aku merah-merah ni sebab aku kena bom kat Manchester tahun 1996. Tapi yang tu lebih ke Adli la. Kau lebih kepada kerja buat propaganda. Kalau korang berdua hebat, aku akan hantarkan korang berdua ke kolej perisikan paling terulung di dunia, Har Hatzofim."
"Kat mana tu?"
"Israel."
"Ish, takkan la saya boleh masuk Israel pulak?"
"Kalau ada kekebalan immunity, boleh je masuk, Amin. Kalau kau berminat, tandatangan surat ni, dan kau jadi sebahagian daripada team kami," kata Azlan.
"Tuan Azlan bawa bincang dengan Adli dulu," kata Amin.
"Baiklah, saya akan bincangkan dengan dia juga. Nice to know you, Amin..."
Azlan salam Amin, sebelum Amin cium tangan pemimpin kumpulan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top