Episod 255 - 17 Jun, 1999
Di kelas komputer Merlina, semua pelajar-pelajar yang belajar tentang komputer sejak tahun 1994 lagi, semuanya diajar untuk memerhatikan urusniaga bursa saham bukan sahaja di Wijayapura, tetapi di Temasik, Hong Kong, Tokyo, Frankfurt, London dan New York.
Generasi Y, atau generasi millennials ini, dalam buku The Fourth Turning yang ditulis pada tahun 1997, dijangkakan akan mengalami kesukaran pada dekad akan datang. Merlina, yang membaca buku ini sejak awal, merasakan adalah patut untuk menyiapkan generasi ini untuk menjadi tech savvy dan financial genius untuk mereka bersedia berdepan dengan krisis ekonomi yang buruk itu nanti.
Setiap petang Khamis, Adli dan Amin Kob Noblurs bersama-sama dengan ramai pelajar Merlina yang lain mempelajari bagaimana untuk menjadi kaya tetapi low profile seperti Merlina.
"Aku untung 10,000 dolar woiiii!" jerit Adli sambil tersenyum riang kerana mendapat keuntungan maksimum.
"Mana? Mana?" semua orang berkerumun ke komputer Adli.
"Weiiii, masyuk la kau weiiii! Belanja laaaa!"
Merlina bangga melihat pencapaian pelajar-pelajarnya yang bukan sahaja mahir menggunakan komputer, tetapi kini mahir membeli saham secara online, tanpa memerlukan remisier masa zaman Hafiz dulu.
Kalau dulu dia latih Hafiz dan Kamariah sahaja, kali ini dia latih 200 orang, yang akan datang akan melatih lebih ramai lagi orang agar menjadi generasi yang cakna dengan ilmu kewangan.
Selepas tamat kelas komputer bersama Merlina, Amin Kob Noblurs pun tutup PC dan simpan semua nota-nota yang disalin oleh Merlina. Sedang dia mengemas tu, Jessica datang ke meja Amin.
"Cuba teka, hari tu I punya ujian Geografi dapat berapa?" tanya Jessica.
"Tak tahu."
"Tekalah!"
"Errr, B?"
"Salah! I dapat A-!"
"Wow, tahniah. Tapi I ajar tu cuma iklim je kan?"
"Soalan iklim yang banyak keluar, jadi I lulus cemerlang. I want to thank you sebab ajar I."
"You're welcome."
"I dah janji kan, yang I nak belanja you makan?"
"It's alright. Tak kisah pun..."
"This Saturday, you free tak? I belanja you, okay?"
Amin menoleh ke arah Adli yang berada di sebelah.
"Mana aku tau, kau pergi je lah!" kata Adli.
"Tapi kan kita dah janji nak tengok movie Fight Club, Li?" tanya Amin.
"Wait? Fight Club tu bukan 18SG ke? Mana kita lepas lah," kata Jessica.
"Tak lepas ke? Aduh, tak sporting la negara ni," kata Adli.
"Eh, kan boleh download kat channel mIRC #movietorrent? Kan Kak Mer ada ajar!" kata Jessica.
"Ye la, masalahnya, Fight Club dah keluar ke?" Adli tanya Jessica.
"Dah! Semalam masa I nak download South Park baru, I nampak dah ada orang share dah file Fight Club tu. Ada Sleepy Hollow, Wild Wild West, Stuart Little..." kata Jessica.
"Peh, kalau macam ni la, akan datang dunia ni memang tak ada panggung wayang la. Semua orang pun download movie je. Silap-silap orang tengok movie kat internet je nanti," kata Amin Kob Noblurs.
"Panggung wayang tu mungkin ada la, tapi kena ada special effect la, macam 3D ke. So, Sabtu ni, okay?" tanya Jessica.
Amin sekali lagi pandang Adli.
"Takpe, aku dengan Ziela, Alim semua main skate kat skatepark. Korang pergi je lah!" kata Adli.
--
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you
You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you
Pardon the way that I stare
There's nothing else to compare
The sight of you leaves me weak
There are no words left to speak
But if you feel like I feel
Please let me know that it's real
You're just too good to be true
Can't take my eyes off of you
I need you baby, and if it's quite all right
I need you baby, to warm a lonely night
I love you baby, trust in me when I say it's okay
Oh pretty baby, don't let me down, I pray
Oh pretty baby, now that I found you, stay
And let me love you, oh baby let me love you, oh baby
Lagu Can't Take My Eyes Off You yang dinyanyikan semula oleh penyanyi R&B popular, Lauryn Hill berkumandang di radio bas Intrabandar 65 yang dinaiki oleh Adli dan Amin.
"Min, kalau kau nak keluar dengan Jessie tu, kita kena pergi 'nyelam' bundle jugak ni. Kena cari baju yang nampak okay untuk kau."
"Itulah tu. Kita kena pergi Seksyen 3 la, nyelam bundle kat sana," kata Amin.
"Kau pakai jaket la, baru hensem! Pastu kau punya kumis-kumis tu, potong la. Dah kira okay la dia ajak kau keluar tu. Kalau tak jadi awek pun, jadi kawan pun okay jugak. Penting tu, cable dengan dia. Nanti kau rapat dengan dia, Tuan Azlan akan tolong kita, Kak Mer akan tolong kita," kata Adli.
Mereka berdua turun di kedai bundle di Seksyen 3, dan disebabkan Adli dapat $10,000 hari ni, Adli pun belanja Amin baju bundle, dan kemudiannya belanja makan chicken chop.
"Aku ingat nanti duit ni aku nak cari kedai yang lebih proper la, untuk niaga ayah aku," kata Adli.
"Sayang la, kita dah niaga kat Simpang Selera dah lama dah," kata Amin.
"Bukan! Yang kat Simpang Selera tu kira OG la! Yang ni cawangan. Barulah investment aku ni dapat membantu keluarga aku," kata Adli.
"Kalau kau fikir gitu, baguslah. Tapi takkan aku nak bukak kedai air semata?"
"Kau ambik francais Starbucks la. Takpun Gloria Jeans ke, bisnes air jugak. Francais Delifrance ke," kata Adli.
"Aku fikir nak bukak cybercafe la, Adli."
"Mantap jugak tu! Nanti compete dengan FizzyNet la!"
"Hish, modal besar tu. Satu cybercafe, 10 PC dah la. FizzyNet mau makan ratus ribu modal tu."
"Bak kata Kak Mer, asalkan kau tak rompak orang, kau tak tipu duit orang, kau buat je lah!" kata Adli.
Sejak adanya Akta Liberalisasi Ekonomi 1996, ekonomi Gelanggayu bergerak dengan begitu rancak dan pantas sekali. Gelanggayu adalah negara yang terawal yang keluar daripada krisis ekonomi tahun 1997/98, walaupun Gelanggayu bergelut sejak 1995 lagi apabila matawang ringgit diserang George Soros.
Sejak dari bangku sekolah lagi, Merlina memang mengajar semua pelajar-pelajarnya agar berani mengambil risiko, dan bijak membuat pelaburan untuk kemandirian ekonomi bagi Generasi Y atau millennials ini.
Sejak 1995, ketika krisis ekonomi melanda Gelanggayu, dan 1997 apabila krisis ekonomi melanda Asia, Merlina mengajar anak-anak muridnya membuat pelaburan di Nasdaq, ketika dot-com bubble sedang melanda.
Krisis Y2K telah menyebabkan Hafiz dan FizzyTech berjaya membuat keuntungan yang tinggi, begitu juga dengan Streamcom yang dimiliki oleh Ken Chong. Kesan daripada strategi Toh Puan Faridah dan Merlina, melahirkan generasi yang baru di rantau Pentas Sunda yang bukan sahaja mahir dalam IT, tetapi sangat pakar dengan e-commerce.
Ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge economy, atau k-economy) benar-benar dapat meningkatkan pendapatan Gelanggayu.
Sasaran yang telah ditetapkan oleh Almarhum Tun Iskandar semasa melancarkan Dasar Ekonomi Merdeka pada tahun 1970, ialah dalam masa 50 tahun, iaitu pada tahun 2020, Gelanggayu akan dapat mencapai status negara maju.
Walaupun nampak macam sukar, tetapi dengan taktik dari Faridah serta 'orang-orang dagang' Melaut ini berniaga, dan dibantu dengan orang seperti Merlina yang mengajar generasi muda agar celik kewangan, diharapkan agar berjayalah cita-cita Tun Iskandar itu nanti.
--
Di Wijayapura kini, disebabkan daya kemampuan rakyat semakin meningkat akibat polisi yang berjaya menarik ramai pelabur-pelabur asing, sudah mula bercambah pusat membeli-belah. Ini ditambah pula dengan pelaburan infrastruktur awam seperti Transit Aliran Massa (TAM), Transit Aliran Ringan (TAR) yang mula dibina berterusan.
Gabenor Wijayapura yang baru, Sahari Ariffin meneruskan projek-projek yang diluluskan oleh Luqman, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Maka bercambahlah pusat membeli belah di Wijayapura. Daripada hanya 5 buah shopping mall pada tahun 1989, kepada 50 buah shopping mall 10 tahun kemudian.
Kebanyakan datang dari syarikat Ryukyu seperti Isetan dan Rusco, serta pelaburan dari Merlin Capital. Punyalah banyak shopping mall sampai Jessica dan Amin pun tak tahu nak pergi yang mana satu.
Pada akhirnya mereka memilih Commonwealth Mall yang dibina bersebelahan dengan Stadium Nasional Puncak Jaya sebab dekat.
Jessica dan Amin makan sushi sebelum mereka berdua menonton wayang. Amin nampak filem Star Wars: The Phantom Menace sudah mula tersiar. Tetapi disebabkan Jessica nak menonton filem She's All That, Amin beralah dan tonton sekali filem rom-com itu.
Amin sebenarnya rasa keliru dengan signal yang diberikan oleh Jessica ni. Dia tidak mahu terjerumus di kancah kehinaan, iaitu menjadi 'lelaki perasan'. Tidak ada kehinaan yang lebih teruk dalam generasi millennials di Wijayapura selain menjadi 'perasan'.
Tetapi kalau dah ajak tengok filem rom-com ni, apa maksudnya ni?
"You tau tak, I minat gila dengan Rachael Leigh Cook ni! Dia saing-saing dengan Sarah Michelle Gellar, Jennifer Love Hewitt..." kata Jessica.
Mata Amin memandang kepada dua orang budak yang memakai kostum Jedi dan sedang berlawan lightsaber mainan. Dia bukanlah nak main lightsaber mainan tu sangat, tapi cita-cita dia nak jadi pengarah filem tu pun kerana George Lucas.
Selepas menonton wayang, mereka berdua masuk ke Tower Records dan membelek-belek CD sebelum berpandangan sesama sendiri dan berkata serentak: "buat apa nak beli CD, kalau dah ada Napster?"
Lepas tu dua-dua ketawa. Dalam masa sama Jessica dan Amin rasa mereka ada wavelength pemikiran yang lebih kurang serupa. Kemudian kebetulan lagu yang dipasang di Tower Records itu lagu Sometimes dari Britney Spears, yang sedang popular ketika ini.
"I love Britney Spears!" kata Jessica. Amin tak pernah minat dengan lagu-lagu Britney Spears yang jelas bercanggah dengan prinsip alternative rock. Jessica menyanyi di depan Amin, menyebabkan muka Amin jadi merah menyala.
You tell me you're in love with me
Like you can't take your pretty eyes away from me
It's not that I don't wanna stay
But every time you come too close, I move away
I wanna believe in everything that you say
'Cause it sounds so good
But if you really want me, move slow
There's things about me, you just have to know
Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby, all I need is time
"You ni sebenarnya suka lagu yang macam mana?"
"I ni pendengar universal. Kalau I lepak dengan Kak Mer, dengan Limp Bizkit, Korn, Slipknot, Coal Chamber tu pun I boleh layan. Kadang-kadang I suka lagu R&B macam Aaliyah, TLC, Lauryn Hill, Mary J. Blige, kadang-kadang alternative rock macam Vertical Horizon, Sugar Ray, RHCP, kadang-kadang pop macam Britney Spears, Jennifer Lopez, Christina Aguilera pun I suka. I dengar yang mana sedap. Alah, generasi kita ni jenis download lagu kat Napster. Asal sedap je masuk Winamp. Bukan macam generasi dulu, beli kaset beli CD."
Amin mengangguk sahaja.
"Amin, tadi masa kat movie, I nampak you asyik pandang je poster Star Wars tu. You suka Star Wars ke?"
"Tapi you dah pilih nak tengok She's All That, I ikut je lah."
"Nasib baik I dah belikan dua tiket. Jom kita tengok Star Wars?"
"Tengok movie lagi?"
Jessica mengangguk.
Dalam hati Amin, dia berkata, 'is this a real life? Is this just a fantasy?'
--
Melalui strategi Yevgeny Primakov dan Azlan, siri demonstrasi besar-besaran menuntut agar Presiden Boris Yeltsin meletakkan jawatan merebak ke seluruh Rusia.
Krisis ekonomi Rusia yang melanda sejak tahun lalu telah menyebabkan matawang ruble telah kehilangan nilai sebanyak 66%, menjadikan ekonomi negara itu bertambah buruk sejak kejatuhan Soviet Union. Inflasi meningkat sampai 84% menyebabkan lebih ramai yang kehilangan harta.
Tiga bank iaitu Inkombank, Oneximbank dan Tokobank telah dibeli oleh Merlin Inc dan dijadikan Merlin-Russo Bank. Semua ini bagaimanapun memberi keuntungan yang ketara kepada Toh Puan Faridah dan Azlan.
Pada 9 Ogos, 1999, atas desakan orang ramai, Boris Yeltsin mula merancang untuk bersara, dan menjadikan Vladimir Putin sebagai Presiden yang baru. Perancangan Azlan akhirnya membuahkan hasil.
Dalam masa sama, NATO mula menerima tiga negara baru yang dahulunya bekas blok Pakatan Warsaw iaitu Poland, Republik Czech dan Hungary, menyebabkan kemarahan pihak Moscow terhadap kepimpinan Clinton.
Semua tahu kalau Al Gore jadi Presiden, polisi yang sama akan digunapakai oleh Al Gore nanti, maka FSB juga mahu menyertai rancangan Sayap Kuning, untuk memastikan kemenangan kepada George W. Bush dalam pilihanraya akan datang.
--
9 September, 1999
Pada usia 74 tahun, Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim yang telah menjawat jawatan itu selama 18 tahun, akhirnya melepaskan jawatan itu untuk memberi laluan kepada Luqman yang jauh lebih muda.
Luqman memakai baju Melayu berwarna hitam, dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Gelanggayu yang kelima di hadapan Pemangku Raja, Tengku Norman.
Sejak kegagalan Jeneral Yahya dalam Revolusi Nasional pada tahun lalu, Tengku Norman semakin kuat cengkamannya dalam politik. Perletakan jawatan Datuk Seri Azmi menandakan berakhirlah Konsensus Freemason 1982 di antara Tengku Norman dan Jeneral Yahya.
Tengku Norman menguasai sepenuhnya politik Gelanggayu, tetapi dibawahnya ada ramai warlord yang sedang bersaing yang sudah pasti mahu merebut kuasa. Dan jauh di Temasik, Jeneral Yahya menonton berita dan merasa sakit hati melihat Ace yang sepatutnya memimpin ke arah negara republik yang diidamnya, akhirnya mengangkat sumpah di hadapan Sultan.
Situasi konflik di Sumatera yang mana Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) yang diteraju oleh Republik Islam Melaut (RIM) yang dipimpin oleh Tok Aki mula menguasai pesantren-pesantren, sementara krisis di Majapahit selepas keputusan pilihan raya pada bulan Jun lalu tidak menampakkan keputusan siapakah pemenangnya.
Mahu taknya, ada sampai 48 parti bertanding, sampai kertas undi pun sebesar kertas surat khabar untuk diundi.
Krisis di Sambas, Kalimantan, antara orang-orang Madura menentang orang Dayak dan Melayu menyebabkan ramai orang mula menyeberang ke Gelanggayu yang lebih makmur ekonominya. Tambahan pula, selepas krisis ekonomi Asia, kebanyakan syarikat yang dijual lelong oleh orang-orang peniaga Kwantong kini berpindah tangan ke Merlin Inc.
Disebabkan itu banyak syarikat yang dahulunya di Betawi, kini dipindahkan ke Wijayapura dan Temasik, yang mengawal modal di Pentas Sunda. Akibatnya, lebih ramai orang menyeberang ke arah Gelanggayu dan Temasik untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi.
--
Selepas Luqman menjadi Perdana Menteri, Azlan memindahkan isteri keduanya, Natasha ke Teknojaya bagi menguruskan kawasan di sana. Kemasukan pelabur-pelabur dari Amerika Syarikat, Eropah, Ryukyu, Kwantong, Hong Kong, Goryeo Selatan, Temasik, dan negara-negara Teluk telah merubah landskap kawasan ini, menjadi kawasan yang lebih kosmopolitan.
Teknojaya kini diisytiharkan sebagai 'special economic zone' dengan menjadi kawasan bebas cukai bagi menarik pelaburan asing. Dibina sejak tahun 1995, Teknojaya kini sudah ada kelengkapan seperti hospital, sekolah, balai polis, balai bomba dan mula berkembang pesat.
"Are you sure you tak nak bertanding next year, Nat?" tanya Azlan.
"I tak rasa I boleh la. I tengah pregnant ni."
Azlan tersenyum, dan memegang tangan Natasha.
"Baiklah, jaga baby ni elok-elok ya. I love you," Azlan meletakkan telinganya ke perut Natasha untuk mendengar degupan jantung anaknya yang bakal lahir.
"Alan, what if Damian finds out? Kalau Luq tu, I okay lagi."
"Semua aset Citra Sari I dah selamatkan. Bahagian Nadi Wijaya tu dorang control je la. Kalau Damian find out pun, nothing he can do about it pun. Kita dah pindahkan semua tu kat Cayman Islands."
"Alan, thanks tau sebab selamatkan harta syarikat daddy I."
"Dah memang tanggungjawab I pun, Nat. You take care kat sini ya," kata Azlan sambil mencium dahi Natasha.
--
Dengan ketiadaan Azlan dan Natasha di Seri Bendahara, Luqman tak tahu apa yang dia perlu buat. Ini ditambah pula dengan Tengku Jaafar melantik Wan Radzi dan Hafiz sebagai penasihat Perdana Menteri, agar Luqman mengikut apa yang dititahkan oleh Tengku Norman.
Sementara Natasha yang kini berada di Teknojaya, dengan membawa Mak Cang ke Teknojaya untuk menjaga kandungan Natasha agar sentiasa sihat. Azlan pula kekal masih mahu berada di pejabat Gabenor Wijayapura untuk meneruskan agendanya di sini.
Sejak Sahari menjadi Gabenor Wijayapura, satu demi satu kawasan Zamrud Hijau mula dirampas dengan orang-orang Zamrud Hijau bertempiaran lari dari Wijayapura.
Pun begitu, kumpulan misteri Kisida yang diketuai Mr Shadow juga mula tumbuh di sekitar Wijayapura. Perang Rempit Pertama yang berlaku sejak kegagalan Revolusi Nasional, telah melemahkan kumpulan-kumpulan gangster yang lain, sehinggakan tinggal dua sahaja kumpulan, iaitu Gagak Merah dan beberapa tempat yang dikawal oleh Kisida.
Tetapi buat masa ini kumpulan Kisida ini masih tidak diketahui kekuatannya, membuatkan Gagak Merah membiarkannya terlebih dahulu dan hanya memberi fokus kepada penghapusan Zamrud Hijau dan kumpulan-kumpulan yang lain.
--
Faridah dan Ali tiba di hadapan sebuah gua yang dikatakan mempunyai sumpahan untuk Sayap Kuning untuk masuk kat kawasan ini di Bukit Besar.
“Pelan-pelan, Aunty. Gelap jalan kat dalam gua ni.”
“Alah kau ni, macam tak pernah masuk gua pulak.”
“Mana pernah saya masuk gua?”
“Habis tu kalau Arsenal kalah, kau nak sorok mana?”
Ali mencebik je tengok Faridah membahan Arsenal yang tak jadi juara EPL akibat Manchester United juara treble tahun ni.
“Aunty layan bola ke? Sokong MU ke?”
“Aku sokong Everton. Laki aku sokong Liverpool, anak buah aku lagi sorang si Mer tu sokong MU."
"Entah mende-mende la Aunty sokong Everton."
"Shhh, diam.”
Ali terdiam.
“Kenapa, aunty?” tanya Ali dengan berbisik.
“Ada kelawar dalam ni. Kalau kau tak nak dia terbang ke muka kau, baik kau senyap.”
Ali mengikut sahaja jejak langkah Faridah.
Hampir 40 minit berjalan dalam perut gua, Faridah buka torchlight.
Ali nampak ada longgokkan emas, permata, dan banyak lagi harta-harta berharga dalam gua ini.
“Macam harta Ahmad Albab!”
“Diam la. Kau jangan mulut banyak boleh tak? Sekali aku ketuk kepala botak kau tu karang, baru ada akal.”
“Tak ada siapa ke yang tahu benda ni selain Aunty yang masih hidup?”
“Ada, ayah aku, Tun Ismail. Inilah emas yang kita gunakan untuk Serangan Subuh, untuk selamatkan ekonomi Gelanggayu, dua kali.”
"Berapa nilai semua harta kat sini, Aunty?"
"Cukuplah kalau kau nak beli negara Itali."
Ali terkebil-kebil membayangkan betapa banyaknya harta Raja Gautama ni.
“Macam mana saya nak bawak keluar semua harta ni, Aunty?”
“Kau arahkan budak kau, siapa nama dia…”
“Kecik…”
“Kau arahkan Kecik, suruh budak-budak dia, bawa harta ni sikit-sikit. Jangan sekaligus. Nanti orang syak. Lagipun tanah sekitar ni aku dah beli, dah jadi tanah persendirian.”
“Banyak ni, Aunty. Macam mana nak bawak semua ni?”
“Aku cakap bawak sikit-sikit la. Jadi dengan harta ni, kau boleh bina jaringan kabel underground kau. Lepas tu, kau tunggu Norman masukkan kau dalam jawatan penting, sebab kau dah masuk dalam, Sayap Kuning. Once kau dah masuk dalam tu, kau dah tahu apa kau kena buat. Dah lama aku ajar kau ni.”
“Baik, Aunty.”
“Sekarang, kau masukkan emas ni dalam karung guni ni. Nanti kau leburkan, jadikan jongkong. Lepas tu, kau tengok market emas. Kalau harga sedap, kau jual. Tapi jangan jual semua. Simpan kalau kau perlukan hard asset. Faham?”
“Faham, aunty.”
“Ingat, aku jadikan kau kaya-raya ni, sebab aku nak kau tolong adik kau. Faham?”
“Mestilah, aunty. Cuma, dengan Hafiz nanti macam mana?”
“Agak-agak dia menyusahkan Azlan, kau kasi sengat.”
“Faham, Aunty Idah.”
“Dah, lekas bawak emas ni keluar.”
--
Gelanggayu, 1999
Jumlah penduduk: 77,125,119 (62,118,719 pada tahun 1989)
Jumlah KDNK (nominal): $420.777 billion ($121.481 billion pada tahun 1989)
Jumlah KDNK per kapita (nominal): $5,456 ($1,956 pada tahun 1989)
Jumlah KDNK (PPP): $889.443 billion ($242.788 billion pada tahun 1989)
Jumlah KDNK per kapita (PPP): $11,532 ($3,908 pada tahun 1989)
Kadar pengangguran: 5.4% (5.6% pada tahun 1989)
Eksport terbesar: semikonduktor, petroleum, gas asli, tekstil, kelapa sawit, perikanan, bijih timah, komponen elektrik dan elektronik, kereta
Import terbesar: jentera, ubat-ubatan, daging, produk tenusu, gandum, jagung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top