Episod 253 - 3 April, 1999

Gabenor Luqman merasmikan Pertandingan CyberGames '99 yang ditaja oleh FizzyNet, sebuah cabang perniagaan cybercafe dari pelaburan FizzyTech, dengan hadiah ditaja oleh syarikat Merlina.

Seperti remaja-remaja yang lain, Amin Kob Noblurs dan Adli pun bersama-sama kawan-kawannya menyertai pertandingan Half-Life. Ada yang main game Winning Eleven, ada yang masuk pertandingan PlayStation, ada yang main game Need For Speed, dan ada yang main King of Fighters.

Luqman yang akan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1 Mei nanti, dalam masa sama sedang dipujuk oleh Izham. Izham mahu menaikkan orangnya, ADUN Kota Pudu, Sahari Ariffin. Sahari merupakan salah seorang daripada orang kanan Datuk Syafie dan pernah menjadi pembantu kepada Datuk Seri Imad Salleh ketika arwah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Luqman tak boleh buat keputusan selagi Azlan memberi kata putus. Sebab pada akhirnya, Azlan yang mengawal politik di Wijayapura.

Azlan sedang mengikut ibunya ke St Petersburg dan bertemu dengan Ketua Pengarah FSB, Vladimir Putin atas urusan peribadi, maka Luqman terpaksa tunggu dulu. Bagaimanapun Izham mahu Luqman umumkan lebih awal dengan alasan transisi dapat dilakukan sebelum Luqman menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Luqman tertarik melihat pasukan Adli bermain Half-Life. Adli, yang mengetuai kumpulan bersama-sama dengan Amin, Alim dan Ziela dilihat sebagai favorite dalam pertandingan Half-Life ini.

Dalam hati Luqman, dia seronok melihat budak-budak zaman sekarang yang kini bermain video game dan ada pertandingan seperti ini. Kalau dia dulu di zaman dia bermain Donkey Kong di zaman arked, tak ada pun meriah macam ni.

Sejak ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan helikopter, Luqman menjadi murung dan lebih kerap terjebak dengan penggunaan dadah dan alkohol. Hidupnya makin tertekan kerana kini dia dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Adli, Amin, Alim dan Ziela bersorak gembira kerana memenangi pertandingan Half-Life dalam perlawanan akhir itu. Selain trofi kejohanan, pasukan ini telah memenangi wang tunai RG1,000. Not bad bagi budak-budak Tingkatan Tiga seperti mereka ini.

--

"Aku nasihatkan kat korang, duit tu korang melabur kat saham. Meh, akak laburkan untuk korang," kata Merlina kepada Adli.

"Alaaaa, baru je nak beli skateboard baru!" kata Adli.
"Entah, orang baru nak beli kasut Adidas Superstar macam Fred Durst pakai tu," kata Alim pula.
"Entah akak Mer ni, dah bagi hadiah, pastu mintak balik! Saya nak beli beg Alien Workshop yang baru tu!" kata Ziela.

Amin Kob Noblurs diam sahaja.

"Ambik la bahagian saya ni, akak. Saya melabur, ikut akak," kata Amin Kob Noblurs.

"Haaaa, macam Amin ni, dia bijak. Korang ni beli benda yang bukan-bukan je," kata Merlina.
"Patutlah kau takde awek, Min. Kau tak reti bergaya. Skema betul," kata Alim.
"Entah!" kata Ziela pula.

"Takpe, Amin. Besok kau dah besar nanti, bila kau dah kaya nanti, ramai la awek kejar kau nanti!" kata Merlina.

"Takdenya Kak Mer! Amin ni dia syok kat Jessica!" kata Ziela, pecah tembelang.

Kawan-kawan yang lain semua gelakkan Amin.

"Aduhhh kau ni, tak berpada la kau ni. Jessica tu cousin Tuan Azlan. Tak salah berangan, tapi agak-agak la. Takpe, besok bila kau dah kaya nanti, silap-silap awek Rusia pun kau boleh dapat," kata Merlina cuba memujuk Amin.

"Takpelah, akak. Saya simpan duit ni pun bukan sebab nak awek pun. Saya simpan sebab saya ni bukannya keluarga orang senang. Ayah saya kerja niaga jual air je," kata Amin.

"Alaaaa merajuk pulaaakkk! Meh laaaa, akak belanja korang semua makan!" kata Merlina.
"Makan mana, kak?" tanya Adli.
"Shakey's Pizza laaaa!"
"Yaaayyy!"

Merlina bawa mereka semua menaiki kereta Jentadua Kembaranya.

"Apa ni, kak? Kata akak ada aset berbillion? Apasal bawak Jentadua je?" tanya Alim kepada Merlina.
"Saja. Low profile. Supaya aku tak kena serang dengan pencopet ke perompak," kata Merlina.
"Woi, Kak Mer ni owner Jentadua la. Mestilah dia berbangga dengan kereta syarikat dia sendiri," kata Amin pula.
"Betul tu, Amin. Kalau akak sebagai owner syarikat Jentadua tapi bawak kereta BMW, kereta Honda, maknanya akak tak yakin dengan produk akak. Sebab akak yakin dengan produk akak la, akak bawak Jentadua je pergi kerja," kata Merlina.
"Akak ni CEO Jentadua ke?" tanya Ziela.
"Haah. Kau tak baca surat khabar ke, Ziela?" kata Adli.
"Betul-betul berzuhud akak ni. Kaya tapi bawak kereta sempoi je."

Lagu Yang Penting Happy dari kumpulan Aboi berkumandang.

"Kak, kuatkan sikit lagu ni! Lagu favorite ni!" kata Adli.

Kawan-kawanku dengarlah lagu
Jangan mati kutu
Hello brader, awek lari
Kita cari lagi

Suka hati suka hati
Yang penting kita happy!
Happy! Happy!
Yang penting kita happy!

--

Merlina masuk ke Shakey's Pizza bersama mereka berempat, dan nampak Jessica sedang menunggu Merlina, melambai-lambai dari tempat meja hujung.

"Kak Mer! Kak Mer! Sini!"

Amin Kob Noblurs dah tutup muka dan rasa malu.

"Tu la, aku dah cakap. Beli pakaian ni pun satu investment jugak! Tengok, depan crush pakai selipar Ryukyu! Memang payahlah kau nak pikat Jessica!" kata Adli.

Disebabkan Jessica dan Amin Kob Noblurs tak suka makan pizza nenas, maka mereka berdua duduk bersebelahan dengan pizza pepperoni. Tapi disebabkan Amin ni malu dengan dirinya sendiri yang berpakaian selekeh, jadi dia hanya tunduk sahaja dan tak bercakap sepatah pun.

Jessica perasan yang Amin seperti tak nak bercakap seperti orang lain, cuba memulakan perbualan dengannya.

"Amin...Amin! Amin!"

Amin Kob Noblurs terkejut bila Jessica mula menegur. Kawan-kawan yang lain dah berbisik-bisik dan bergelak-gelak.

"Amin diam je dari tadi, Amin takde nak cakap apa-apa ke?" tanya Jessica.

"Eleeehhh Amin! Malu-malu babi pulaaakkk!" kata Alim. Adli yang duduk sebelah Alim, pijak kaki Alim.

"Wei bodoh, kau tak payahlah nganjing Amin depan Jessica. Kawan kita tu!" bisik Adli.
"Ye la, ye la. Sorry la..."

"Amin?" Jessica ulang sekali lagi.

Lagu She's So High dari Tal Bachman berkumandang di radio restoran itu.

"Lagu sedap," kata Amin Kob Noblurs.
"You suka lagu ni?" tanya Jessica.
"Ya. Suka lagu ni."
"I pun suka lagu ni."
"Ohh.."

First class and fancy free, she's high society
She's got the best of everything
What could a guy like me ever really offer?
She's perfect as she can be, why should I even bother?
A-hah

Cause, she's so high, high above me
She's so lovely
She's so high, like Cleopatra, Joan of Ark or Aphrodite
Oo-oo-oo-oo
She's so high, high above me

She comes to speak to me
I freeze immediately
Cause what she says sounds so unreal
Cause somehow I can't believe that anything should happen
I know where I belong and nothings gonna happen

--

Selepas makan pizza, Merlina tiba-tiba berbisik kepada Amin ketika semua orang sedang membeli-belah dengan duit kemenangan mereka. Jessica yang tak masuk pertandingan pun nak beli baju kat kedai Quicksilver.

"Kau ambik duit ni, kau beli kasut semenggah sikit. Jessie ni dia jenis particular sikit bab-bab pemakaian ni kalau kau serius nak mengorat dia," kata Merlina.
"Takde lah, dorang saja je tu usik saya."
"Tak, aku bagi kau duit, kau beli je kasut. At least kau beli la Chuck Taylor sepasang. Senang sikit kau nak berjalan," kata Merlina.
"Baik, terima kasih Kak Mer."
"Jangan kecoh-kecoh kat kawan kau. Karang dorang ketuk aku pulak."

Amin mengangguk.

"Kau ni budak baik, Min. Tapi aku beritahu kau terus terang. Sebagai seorang perempuan, kitorang suka bad boy. Nice guys will always finish last. Billie Joe Green Day pun dah tulis lagu pasal tu."

Amin diamkan sahaja. Bukan Kak Mer je yang cakap macam tu, tapi ramai je yang cakap dia macam ni. Tapi dia rasa inilah dirinya yang sebenar. Kalau Jessica dah tak minat dengan dia, dia tak boleh paksa. Lagipun buat apa nak jadi diri orang lain. Amin ni membesar zaman Kurt Cobain, dan jadi peminat Nirvana sejak kecil lagi.

Maka dia memegang ethos 'I rather be hated for who I am than be loved for who I am not'.

"Kau cuba chill chill sikit. Cuba jadi macam Adli tu. Rilek je punk rocker selamba dek je. Macam tu baru makwe suka. Adli kat sekolah aku dengar, ada ramai makwe suka dia kan?" tanya Merlina.
"Takde la ramai macam Nizam."
"Nizam mana pulak? Dia budak kelas komputer aku ke?"
"Tak lah, dia budak band kawan-kawan kitorang juga. Terror main gitar. Kapten bola sekolah. Handsome, rambut belah tengah macam David Beckham."
"Haaa, kau sokong team bola apa, Min?"
"Liverpool."
"Cheh, patutlah kau takde makwe, Min. Kau kena sokong Manchester United. Barulah ramai makwe. Jessica pun fan Manchester United jugak."
"Habis tu, Tuan Azlan tu ramai je perempuan suka kat dia. Dia pun fan Liverpool?"
"Dia lain. Bapak dia Muhammad Niat, seorang yang banyak berjasa. Mak dia Toh Puan Faridah, billionaire terkemuka. Macam ni, kau pergi kedai Cantona 7 nanti, tempah seluar sekolah kau. Kau pergi sekolah pun pakai seluar Kiki Lala, manalah makwe nak pandang..." kata Merlina.
"Tapi, saya mana ada duit, Kak Mer."
"Sebab tu kau kena ikut melabur macam aku. Takpe, aku boleh tolong adjust kau ni sikit. Tapi attitude kau kena tukar la. Kau kena jadi ganas sikit...macam Stone Cold Steve Austin, takpun macam The Rock. Takpun kau kena radikal sikit macam Jeff Hardy. Barulah kau boleh dapat makwe macam Lita!"
"Tu wrestling, Kak Mer. Saya budak sekolah je."
"Aaaahhh kau ni banyak alasan la, Min! Aku nak tolong kau ni. Nanti kau buat seluar tempah pergi sekolah. Kau tempah kat Cantona 7. Lagi satu, kau kena sokong Manchester United! Glory Glory Man United!"

Amin Kob Noblurs tergaru-garu kepala melihat Merlina beriya-iya nak tolong dia makeover.

--

"Pedo'oh je lah Kak Mer tu, Amin. Takdenya semua makwe suka Manchester United. Aku ni sokong Liverpool, rilek je ada makwe melekat. Tu, Tuan Azlan tu pun Liverpool jugak tu," kata Adli.
"Ye la, kan sekarang ni David Beckham main kat Manchester United."
"Alaaaa nanti bila Beckham pindah kelab, makwe-makwe tu nanti pindah kelab juga! Kau tak payahlah tempah seluar kat Cantona 7. Kau tempah je kat Jun Saito macam aku. Situ budak-budak Liverpool, Arsenal, budak-budak tak minat bola semua tempah sini. Boring la semua nak tempah seluar kat Cantona 7!" kata Adli.

Sedang mereka berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, mereka nampak ada ramai orang berkerumun di tepi padang, bersorak 'Revolusi'.

"Penyokong Rahizan la tu. Revolusi apanya, sokong orang tua juga," kata Amin Kob Noblurs sambil light rokok Dunhill 7.
"Poyo la orang-orang tua ni. Bila dah jatuh baru nak cari orang muda. Masa berkuasa dulu, mana ada pandang kita? Yang betul-betul tolong kita, siapa? Tuan Azlan, Bro Ali, Bro Joni...muka-muka politik ni mana ada datang. Dah jatuh, dah kena pecat, baru nak cari kitorang," kata Adli pula.

Amin Kob Noblurs dan Adli pandang sahaja golongan penyokong pro-Rahizan bertempur dengan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Sejak September tahun lalu, setiap hari minggu berlangsungnya tunjuk perasaan di Dataran Pahlawan. Akan ada orang yang akan ditangkap. Akan ada yang dibantai pihak berkuasa. Mereka menyembur air asid, dan baling gas pemedih mata.

"Dik, jangan duduk sini, nanti kena tangkap, sia-sia," kata seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam, jaket denim dan seluar jeans.

"Baik, bang!" kata Amin sambil mengangkat tangan.

Amin dan Adli pun angkat kaki dan beredar dari Dataran Pahlawan, berjalan menuju ke Paragon Mall.

"Siapa tu, Min?" tanya Adli.
"SK la, siapa lagi."
"SK?"
"Sayap Kuning."
"Oooo..."

Mereka berdua berjalan sampai di sebuah kedai kopi, ketika mendengar perbualan 'radio car' dari sebuah kereta Jentayu Wira yang berhenti di belakang lorong.

"WAR beri arahan, kepung mereka, tutup jalan, over."
"Baik, boss!"

Adli pandang ke arah Amin.

"WAR tu apa? War ke?"
"Wan Adilah Radzi, bos Sayap Kuning. Dia tu lah yang perangkap Tuan Azlan dulu."
"Macam mana kau tau?"
"Aku selalu je pasang telinga dorang ni masa kat Simpang Selera tu. Dorang selalu duduk table paling hujung sekali," kata Amin.
"Kira kau banyak simpan rahsia dorang la?"
"Takde la banyak pun, tapi dorang ni ada plan nak control politik negara. Akan datang Gelanggayu ni tak ada demokrasi."
"Ish, ye ye je kau ni."
"Benda macam ni aku nak explain pun susah. Kau kena tengok cerita The Matrix, baru kau boleh faham."
"Aku tengok. Ala yang Neo elak-elak peluru tu kan?"
"Tu action je. Tapi kau kena faham falsafah dia. Cerita ni cerita pasal macam mana satu hari nanti, manusia akan dikuasai melalui internet. Kau tengok sekarang ni, siapa pemilik cybercafe terbesar di Wijayapura ni?"
"FizzyNet?"
"FizzyNet tu syarikat mana?"
"Entah, mana aku tau," jawab Adli.
"FizzyNet tu anak syarikat FizzyTech. FizzyTech tu owner dia Hafiz Samsudin, dia tu kroni kepada Tengku Ahmad. Tengku Ahmad ni nak gulingkan Tengku Norman. Hafiz Samsudin ni dulu guru komputer Kak Mer. Dia ni pakar IT la, senang cerita. Isteri dia kau tau siapa..."
"Siapa?"
"Wan Adilah Radzi la. Ketua Sayap Kuning."
"Power gila knowledge kau ni, Amin. Asal kau tak beritahu Abang Joni je?"
"Aku tak sure la aku patut beritahu siapa. Aku ni, bapak aku peniaga air je. Karang tak pasal-pasal keluarga aku pulak yang kena."
"Ye lah, lagi pun kita baru je Form Three. Baru nak ambil sijil SMR (Sijil Menengah Rendah)," kata Adli.
"Li, benda ni di luar kuasa kita. Kita biarkan je bro-bro yang buat. Kita lek tepi dulu, jangan memandai. Tapi, kalau Tuan Azlan ke, Bro Ali ke, Bro Kecik ke, Bro Joni ke tanya, baru kita beritahu dorang, okay?"

Mereka fistbump, sebelum masuk ke kedai arked dan bermain lumba kereta Daytona.

--

Sejak berlakunya cubaan rampasan kuasa Revolusi Nasional yang gagal, Tengku Norman telah memaksa semua ahli-ahli Parlimen untuk menandatangani akujanji untuk setia kepada keluarga al-Daulah.

Ini ditambah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberi kuasa kepada Sayap Kuning untuk memantau orang ramai secara online.

Maka kuasa yang besar tersebut sudah pasti dikawal oleh Hafiz dan FizzyTech. Dan Hafiz kini telah dilantik oleh Tengku Norman sebagai Ketua Unit Siber Sayap Kuning, menyebabkan dia mampu mengawal teknologi terbaru ini melalui 'switchboard' yang hanya dia sahaja yang kawal untuk menjadikan internet di Gelanggayu tidak boleh dijadikan tempat perbincangan untuk golongan pemberontak dan golongan pro-republik.

Hal ini disedari oleh Azlan, yang walaupun bukan pro-republik dan golongan pemberontak, tetapi Azlan sedar yang Hafiz berdendam kepadanya. Apa-apa sahaja pun dia boleh sabitkan kesalahan kepadanya kerana undang-undang ini masih belum jelas Aktanya, dan ia diluluskan dalam keadaan 'under duress' kerana dipaksa oleh Tengku Norman.

Sebagai seorang yang memahami Perlembagaan kerana sejak kecil lagi sudah membacanya dari kulit ke kulit, Azlan sedar undang-undang ini adalah undang-undang drakonian yang terlalu memusatkan kuasa kepada Hafiz.

Akta ini bercanggah dengan Perkara 10 (1) (a) iaitu tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, tetapi ada klausa (2) (a) iaitu:
ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.

Azlan bimbang dengan kuasa yang dia ada pada Hafiz, dia akan melanggar sewenang-wenangnya untuk lakukan apa sahaja untuk melawannya, termasuklah dengan menghapuskan fail kes saman libel Toh Puan Faridah v. FizzyTech di mana syarikat Hafiz disaman RG1 billion itu, dan dia nak meneruskan penyebaran cerita tentang kes kebakaran stadium di Puncak Jaya itu.

Maka Azlan berjumpa dengan Tengku Norman, dan mencadangkan kepada Tengku Norman agar Tengku Ariffin, ayah mertuanya dilantik sebagai Ketua Hakim Gelanggayu.

Mengikut Perkara 122B (1), Ketua Hakim  Gelanggayu, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Agung Gelanggayu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Sultan Gelanggayu, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Gabenor-Gabenor.

Dengan Azlan mengawal empat dari sepuluh Gabenor, ia masih tidak lagi cukup, dan memerlukan dua orang gabenor lagi sekurang-kurangnya untuk menguasai ruang kehakiman. Tapi kalau Tengku Ariffin dilantik sebagai Ketua Hakim Gelanggayu, mudah untuk Azlan mengawal Hafiz dengan menggunakan kuasa mahkamah. Kebetulan Azlan tahu Ketua Hakim yang sekarang mahu bersara kerana sudah uzur.

Setakat ini Hafiz masih belum bertindak lagi, tapi mengenal perangai Hafiz ni, dia menunggu masa untuk gunakan kuasanya yang begitu besar ini. Dan sudah pastilah Hafiz juga mahu kuasai Luqman dan seterusnya menggubal undang-undang untuk membenarkan Azlan disiasat.

Lepas sesi slow talk dan bagi hadiah mahal kepada Tengku Norman iaitu kokain dari Colombia yang diberikan oleh Leonardo melalui Ali, Azlan dapat apa yang mahukannya - Tengku Ariffin dicalonkan sebagai Ketua Hakim Gelanggayu.

Sekarang Tengku Norman perlu adakan mesyuarat Majlis Gabenor-Gabenor sebelum Luqman menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan sementara masih dalam kawalannya lagi untuk mendapatkan persetujuan MGG untuk memberi sokongan kepada Tengku Ariffin sebagai Ketua Hakim Gelanggayu.

Maka pada 9 April, 1999 - MGG bersidang selepas Tengku Norman memanggil mereka untuk menghadap dan adakan mesyuarat untuk melantik Tengku Ariffin sebagai Ketua Hakim Gelanggayu, untuk menggantikan Ketua Hakim yang nak bersara.

Tengku Ariffin yang ada belajar undang-undang dalam bidang komunikasi ketika di Amerika Syarikat, dicadangkan oleh Luqman sebagai Gabenor Wijayapura, atas arahan Azlan.

Cadangan itu kemudiannya diterima sebulat suara tanpa bantahan, dan semuanya bersetuju untuk melantik Tengku Ariffin sebagai Ketua Hakim Gelanggayu.

Bila Azizan baca berita dan mendengar yang Tengku Ariffin dilantik sebagai Ketua Hakim Gelanggayu mulai 1 Mei, Azizan terus bergegas ke rumah Hafiz dan Adilah, sebab Azizan sedar langkah yang dibuat oleh Azlan.

--

"Celaka si sial ni! Dia dah boleh baca dulu sebelum kita start buat move!" kata Hafiz yang geram bila dengar penerangan Azizan tentang langkah Azlan itu.

"Sekarang ni kau kena hold dulu move kau ni, Hafiz. Sebab dia dah ada bapak mertua dia untuk control law," kata Azizan.

"Macam mana caranya sekarang, Zizan? Aku bab Perlembagaan ni aku tak berapa nak faham sangat," kata Hafiz.
"Dah dilantik tak boleh dipecat, Hafiz. Lagi pulak dia tu adinda kepada Tengku Norman. Sama ada dia bersara atau dia mati," kata Azizan.

"Atau buat je Alan dengan Tengku Mina bercerai," kata Adilah, selamba di tepi.

"Kenapa pulak?" tanya Hafiz.

"Ye lah, punca kuasa Azlan sekarang kan dari Tengku Ariffin sebab dia menantu kepada Tengku Ariffin. Tengku Ariffin pulak bakal jadi Ketua Hakim Gelanggayu. Kalau Azlan cerai dengan Mina, dah tak relevan lagi Tengku Ariffin nak lindungi Azlan, faham?" kata, Adilah.

"Macam mana?" tanya Hafiz.
"Pandailah saya uruskannya," kata Adilah.
"Awak tengah pregnant tu. Jangan banyak gerak sangat," kata Hafiz.
"Saya tahu. Saya susun rancangan, bukannya kena gerak banyak tempat pun."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top