Episod 252 - 6 Mac, 1999

Hasil deal Azlan dengan Parti Jujur, Luqman menang tanpa bertanding di Parlimen Bukit Pagar. Pada Azlan, ini sangat bagus memandangkan semua pihak memang mahu Luqman dinaikkan secara 'fast track'.

Disebabkan pengaruh dari beberapa orang yang berpengaruh dalam Dewan Rakyat seperti Izham, Shahrizal, Datuk Khamis serta terdapat sokongan dari Tengku Norman, Luqman masuk dalam Dewan Rakyat dalam keadaan yang kuat.

Tempat yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Rahizan, iaitu Timbalan Perdana Menteri masih lagi kosong, sementara Kementerian Kewangan digalas sementara oleh Tun Zaim.

Orang-orang Rahizan dalam Dewan Rakyat pula kini dijaga oleh Toh Puan Faridah, yang juga mahu menyokong Luqman untuk jadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Azmi. Tetapi Faridah melihat Datuk Mohd Nor sebagai ancaman.

Maka sekali lagi Faridah bertemu dengan Adilah, kali ini bersama Tengku Norman di Bukit Istana untuk menghapuskan Datuk Mohd Nor. Sekiranya Datuk Mohd Nor dihapuskan, pada fikiran Faridah, lebih mudah untuk mengawal Luqman.

Untuk Adilah pula, Datuk Mohd Nor ialah orang kanan ayahnya, Wan Radzi yang juga main dua kolam, dengan ada membantu Jeneral Yahya juga.

Jadi ketiga-tiga pihak melihat betapa pentingnya untuk menghapuskan Datuk Mohd Nor yang kini sedang bersembunyi di Istanbul, Turki.

--

Faridah

Bila si tua dah melemah macam sekarang ni, barulah aku berani nak bunuh si Mat Nor ni. Pertama sekali, dendam terhadap apa yang dia buat pada aku 33 tahun lepas.

Walaupun aku sayang Aziz seadanya, tapi sebab dia lepas tangan dan kemudiannya dia terlibat dalam kematian Mamat, aku tunggu masa yang lama untuk hapuskan si sial ni.

Tapi yang celakanya, aku kena collab dengan betina sundal ni. Ikutkan hati aku, aku memang jijik dengan dia ni. Tapi buat masa ni, memang aku terpaksa bekerjasama dengan dia ni, sebab kalau aku sendiri yang buat kerja ni, kalau buatnya orang tua tu tiba-tiba jadi kuat balik, aku dengan Alan juga yang akan naya nanti.

Kalau si betina sundal ni buatkan kerja kotor untuk aku, aku tak ada apa-apa yang boleh dipersalahkan oleh orang tua tu nanti. Aku tahu, Uncle Yahya tu tunggu masa sahaja untuk balas balik. Tengku Norman pun bukannya cerdik sangat pun. Jenis gelojoh juga buat move.

Boleh dikatakan Tengku Norman ni menang kali ini sebab Uncle Yahya terlalu yakin sangat, lagipun Ali tak gerakkan orang dia, Shah tak nak tolong Rahizan dan paling dia marah sekali ialah Luqman, sebab mengkhianati dia dalam undian Majlis Gabenor-Gabenor untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menangkis gerakan republikanisme tu.

Pada dia, tiga-tiga tu tikam dari belakang, walaupun masa di Zanzibar, Ali ada explain yang dia tengah berada kat tengah Sumatera, untuk siasat dan lakukan risikan dalam Tok Aki. Tak boleh la suruh Ali buat dua kerja dalam satu masa.

Jadi kat situ salah orang tua tu juga. Dia lupa yang Ali ada kerja lain masa tu, lepas tu dia nak salahkan Ali pulak. Dan dah berjumpa berdepan pun, dah selesai dah pun.

Orang tua ni pun umur dah 74 tahun. Dah start lupa-lupa dah. Dalam keadaan sekarang ni, apa-apa pun move yang dia nak buat, dia kena harapkan aku atau Azlan yang akan gerakkan. Aku kena hati-hati juga ni. Mat Nor ni anak kawan akrab si tua ni.

Aku mesti hapuskan Mat Nor. Dendam aku sebab apa yang dia buat pada aku, dan apa yang dia buat pada Mamat, mesti aku lunaskan!

--

Ali

Aku tahu yang ada rancangan nak naikkan Luqman sebagai Perdana Menteri dari kedua-dua pihak, iaitu pihak Jeneral Yahya dan pihak Tengku Norman.

Lagi banyak dorang bergaduh, lagi pulak banyak persamaannya.

Dan baru aku perasan, dua-dua ni adalah kaki kokain. Bukan itu sahaja, aku dapat tahu yang Tengku Norman pun kaki hisap tepung, sama macam Jimmy dan Adilah.

Tengku Ariffin sahaja yang tak hisap kokain, tapi dia lebih ke arah marijuana dan magic mushroom, macam ayah dan Aunty Idah juga. Cuma dia dah tua ni, dia slow sikit.

Budak-budak aku ni ada yang layan batu, layan ice, layan pil kuda. Dulu ya, aku buat business ni. Tapi sekarang business ni aku serahkan kepada Leonardo. Aku nak cuci tangan, ambik percent je. Sekarang ni aku nak kurangkan risiko sebab aku tak nak Interpol start siasat aku, jadi kita serahkan kepada yang dah pro dalam business ni.

Aku ikut Patel jual rempah seludup kat Eropah dah lah. Lepas tu slow-slow aku control pelabuhan-pelabuhan haram kat pinggir Lautan Hindi ni.

Leonardo ni kawan yang aku kenal masa aku kat Hong Kong. Kenal dia ni pun kebetulan je. Dia nak cari pelacur, sekali terkena dengan arbok Suvarnabhumi. Lepas tu mencari pasal dengan geng sini.

Mujurlah aku ada dan selamatkan dia. Walaupun dia ni mafia Brazil, tapi kat Hong Kong ni bukan tempat dia. Salah tempat dia nak macam-macam.

Disebabkan itu, aku menjadi rapat dengan Leonardo ni dan aku bagi dia business jual dadah kat kawasan Pentas Sunda ni, sebab aku control pelabuhan Kuala Melaut sekarang. Dadah masuk ikut dari sini ke Sumatera untuk tembus ke market seperti Betawi, Surabaya, Temasik dan Wijayapura.

Terpaksa jual benda macam ni walaupun aku tak setuju. Gerakan Tok Aki ni perlukan duit, tapi dia ni jenis tak nak bayar orang bawahan. Katanya gerakan fisabilillah mana ada bayar-bayar, semuanya berjihad di jalan Allah.

Jadi aku kena la bayarkan dan untuk biayai gerakan ni, aku perlu bagi ruang kepada Leonardo untuk menjual dadah kat sini. Dadah jenis kokain memang datang dari benua sebelah Leonardo ni, dan kebetulan Leonardo ni ada rangkaian di Miami.

Aku pulak memang ada misi kat Florida ni, tapi yang tu cerita lain kali. Sekarang ni macam mana aku nak slow-slow ambil alih orang-orang Tok Aki ni untuk join Ayam Hitam dan ba'iah pada Alan.

--

Helikopter Datuk Mohd Nor terhempas di Turki – Suara Gelanggayu

ISTANBUL – Billionair terkaya di Gelanggayu, pemilik syarikat Nadi Citra Corporation, Datuk Mohd Nor Abdul Rahman, disahkan terkorban dalam satu nahas helikopter di Laut Marmara hari ini.

Datuk Mohd Nor dikatakan sedang menuju ke sebuah pulau milik peribadinya berhampiran Pulau Sivri, 10 batu nautika dari pusat bandar Istanbul.

Helikopter malang itu terhempas di perairan laut itu berlaku pada jam 4 petang waktu Istanbul (9 malam waktu Wijayapura).

Datuk Mohd Nor merupakan ayah kepada Damian, CEO Nadi Citra dan Angkasa TV, dan Luqman, Gabenor Wijayapura.

Suasana murung menyelubungi keluarga Datuk Mohd Nor selepas peristiwa malang itu. Jenazahnya dibawa ke Gelanggayu untuk disemadikan di sini.

Damian terus duduk di kerusi, dan memanggil Luqman.

“Luq, ni wasiat daddy. Kalau kau nak harta kau ni, kau kena kahwin dengan Natasha.”
“Hari tu dah tanya dah, dia kata dia belum bersedia.”
“Baik kau cakap dengan dia betul-betul. Dia serius dengan kau, atau dia main-main. Harta abah ni ada dalam $25 billion. Jangan main-main, aku tak nak harta ni jatuh ke tangan orang sembarangan. Kalau tak, biar aku sendiri tanya dengan Mrs Birgitt. Dah kau bengap sangat, propose girlfriend sendiri kahwin pun susah.”

Damian terus bangun, dan menuju ke masjid untuk majlis solat jenazah dan majlis pengebumian.

--

Luqman sedar dia kini keseorangan. Dengan ketiadaan Pengetua dan ayahnya, dia rasa hanya Azlan dan Natasha sahaja yang dia ada dalam jalan menuju ke puncak kuasa. Yang lain dia tidak kenal langsung, dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia sedar yang dia perlu berkahwin dengan Natasha jika dia mahu mendapatkan aset-aset daripada ayahnya. Tapi dalam masa sama dia sedar, dia sedang bersaing dengan Azlan, bekas kekasih Natasha dan orang yang sebenarnya berkuasa di sebalik tabir pemerintahannya di Wijayapura.

Dengan pengaruhnya dengan ahli-ahli majlis, ahli ADUN dan dengan ramai pemimpin-pemimpin masyarakat, dia perlukan Azlan untuk teruskan karier politiknya.

Dalam masa sama dia tahu semua pembesar pun menyokongnya. Tengku Norman, Adilah, Wan Radzi, Toh Puan Faridah, Shahrizal, Izham - semua menyokongnya. Dia sekarang boleh menjatuhkan Datuk Seri Azmi Ibrahim, Perdana Menteri Gelanggayu yang sudah menjawat jawatan itu sejak dia sendiri masih di bangku sekolah.

Tapi kalau dia mampu kalahkan Wak Brahim yang memerintah Wijayapura sejak dia baru lahir, apa salahnya dia pergi lawan Datuk Seri Azmi yang memimpin negara ini sejak 18 tahun yang lalu? Azlan dan pihak medianya telah menggarapkan dirinya sebagai 'agen perubahan' dan suara anak muda.

Luqman dalam di persimpangan dilema. Ini peluang yang dia ada untuk berkuasa. Dalam masa sama dia perlu pujuk Natasha untuk berkahwin dengannya untuk mendapatkan aset harta ayahnya.

--

Natasha menangis teruk bila ibunya, Mrs Birgitt cakap, demi nak selamatkan syarikat ayahnya kembali, dia terpaksa kahwin dengan Luqman.

Dia rasa semua ini terlalu berat untuk dia pikul.

When I was young
I never needed anyone
And making love was just for fun
Those days are gone
Living alone

I think of all the friends I’ve known
When I dial the telephone
Nobody’s home

All by myself
Don’t wanna be
All by myself
Anymore

Lagu Celine Dion, All By Myself mengiringi pemanduannya. Ikutkan hatinya, dia nak lari saja dari semua ni. Duduk di Temasik bersama Azlan.

Air matanya terus mengalir dan terus sahaja memandu hingga ke pelabuhan.

Dia keluar dari kereta, kemudian berdiri di tembok menghadap laut.

“I’m done. I cannot take this anymore.”

“Nak, jangan berdiri kat situ. Bahaya,” kata seorang perempuan tua yang menjual kacang rebus.

“I dah tak tahu macam mana nak berdepan dengan hidup lagi!”

“Sabar, sabar. Turun dulu. Angin kuat ni,” kata perempuan tua jual kacang rebus tu.

Natasha tak tahu kenapa dia berasa lembut bila nampak wajah perempuan tua tu.

“Nak makan kacang? Mak Cang belanja. Sambil makan, adik cerita, apa masalah adik.”

Natasha terus duduk di bangku batu, dan perempuan tu duduk di sebelahnya, dengan sebungkus kacang rebus.
“Nama makcik siapa?”
“Nama nenek, Mawar. Tapi semua orang kat sini, panggil nenek, Mak Cang je. Sebab jual kacang.”
“Oh, klasiknya nama bunga macam tu. Dah berapa tahun makcik jual kacang rebus ni?”
"Dalam lebih kurang 20 tahun lebih juga."
Natasha terkebil-kebil. Baru dia sedar yang ada orang yang lebih susah daripada dia. Tapi masih lagi tolak sorong kotak jual kacang rebus.

“Mak Cang…”

Natasha terus peluk nenek tua tu.

“Jadi perempuan ni, susah. Kita selalu dipermainkan, diperdagangkan, dijualbeli, macam hamba. Yang mana yang nak merdeka, kena hidup susah.”

“Mak Cang beritahu mana Mak Cang duduk, saya akan cuba tolong. Rumah Mak Cang kat mana?”
“Mak Cang takde rumah sejak tahun lepas. Mak Cang berlindung celah-celah bangunan, kadang-kadang tidur di stesen keretapi, stesen bas.”
“Habis tu, makcik rebus kacang ni kat mana?”
“Mak Cang tolong jual je. Orang rebus kacang, nenek tolong jual. Dapatlah upah sikit. Sebungkus kacang, seringgit. Dapatlah dua puluh sen satu bungkus. Sini orang ramai, dapat jual lima puluh bungkus kacang, dapat sepuluh ringgit. Lepas lah duit makan tengah hari sampai malam.”

Terus Natasha capai wallet dia.

“Mak Cang, ambil duit ni. Dua ratus.”
“Tak apa.”
“Ambil.”
“Bukan apa, nanti orang ambil duit Mak Cang. Rugi je adik bagi duit, tapi lepas ni ada orang kejar Mak Cang dengan parang.”
“Sanggup dorang rompak orang tua macam Mak Cang, ya?”
“Nak buat macam mana. Hidup miskin di bandar, memanglah susah.”

Natasha rasa malu betul. Sebab selama ni dia ingat, dia dah buat yang terbaik untuk rakyat. Dasar-dasar yang dia fikir, dia ingat dah sampai rakyat terbawah.

“Macam ni, saya sewakan makcik bilik hotel, esok Mak Cang kerja dengan saya, tinggal dengan saya, jaga mak saya.”

Mak Cang keliru.

“Ikhlas ni, nama saya Natasha. Panggil Nat je. Mulai hari ni, saya jaga Mak Cang.”

“Terima kasih, Nat. Tapi, ada ramai lagi yang macam Mak Cang ni. Wijayapura ni daripada zaman purba dulu, kaya raya. Tapi masih lagi ada orang macam nenek ni,” kata Mak Cang.

--

Luqman melepaskan jawatan Gabenor Wijayapura, untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru. Political move kali ini amat membingungkan penganalisis politik, yang menganggap situasi sekarang teramat pelik.

Ini kerana arahan dari Bukit Istana. Menteri yang lebih senior, yang dah lama berkecimpung dengan politik, yang dah jadi old-school political top dogs, tiba-tiba diketepikan, mereka rasa terkejut dengan tindakan Tengku Mahkota.

Tapi disebabkan apa yang terjadi kepada Haji Ghani, Datuk Rahizan dan Jeneral Yahya Atan yang kini hidup dalam buangan di Temasik, mereka akur, kerana di Gelanggayu, Bukit Istana, melalui sayap paramiliternya, Sayap Kuning, mampu lakukan apa sahaja untuk mengekalkan keluarga al-Daulah sebagai pemerintah.

Ramai yang cakap, Datuk Seri Azmi ada masa dalam dua bulan je. Sebaik sahaja sidang dewan Parlimen bermula, benda pertama yang berlaku ialah usul tidak percaya.

--

Luqman dan Natasha ke Kota Warisan buat pertama kalinya. Untuk Natasha, dia ada personal hatred terhadap ibu negara baru ini.

Sebab projek Kota Warisan ini projek Tengku Mahkota, dan projek ini menang menjadi ibu negara, dan projek ayahnya di Teluk Chendana tak jadi apa-apa.

Tetapi bersyukur dengan revolusi Internet, Teluk Chendana hari ini menjadi Teknojaya – Silicon Valley yang membina teknologi terkini.

Sayang sekali ayahnya Datuk Abdullah meninggal awal.

“Macam Planet Naboo je Kota Warisan ni?” kata Luqman.
“Planet what?” tanya Natasha.
“Naboo. Kan dalam cerita Phantom Menace macam ni bentuk bangunan dia?”

Natasha tak faham, jadi dia tak peduli reference cerita Star Wars yang Luqman maksudkan. Dia sendiri sedang serabut memikirkan banyak perkara yang lebih penting.

“Nat, I takut la…” kata Luqman.
“You just relax, okay. I tak boleh masuk dalam office tu. You yang kena berdepan dengan dorang. Remember, kalau dia tanya apa-apa pasal republikan, pasal Datuk Rahizan, Pengetua, ever, cakap you tak tahu apa-apa, dan you sokong Datuk Seri Azmi. Faham?”
“Faham.”
“Dan kalau you salah cakap lagi, I memang tinggalkan you. Mampos you kat sini sorang-sorang, faham?”
“Okay.”

Seri Bendahara, Kota Warisan terletak di tepi Tasik Warisan dan pemandangannya cantik, kalau semua pokok-pokok yang baru ditanam ni tumbuh daun lah.

Masih banyak tanah merah di merata tempat, dan banyak bangunan masih dalam proses pembinaan. Kompleks mahkamah belum siap lagi, begitu juga dengan Dewan Parlimen yang baru, yang bakal siap pada penghujung tahun ini.

Natasha melihat semua ini dan terus berkata, “what a waste”, kerana dia memang benci Kota Warisan. Tapi, apa bezanya ibu negara di Kota Warisan atau di Teluk Chendana?

Kalau tanya Natasha, sekurang-kurangnya Teluk Chendana terletak di tepi laut dan dekat dengan laluan perdagangan menuju ke Wijayapura. Banyak aktiviti ekonomi boleh digerakkan.

Berbanding Kota Warisan yang dibina di kawasan middle of nowhere macam ni.

Usia projek Kota Warisan dan Teknojaya (dahulunya Teluk Chendana) sebenarnya lebih kurang je. Dua-dua dibina kira-kira 15 tahun yang lalu.

Dan walaupun Kota Warisan dapat funding yang banyak daripada kerajaan pusat, tapi lima tahun kebelakangan ini, projek di Teluk Chendana jauh lebih berjaya menarik pelabur asing dan tempatan macam FizzyTech.

Dia duduk seorang diri di bangku tepi bangunan Seri Bendahara yang baru itu, dan menunggu Luqman yang baru melangkah masuk ke dalam.

Natasha memikirkan, sekiranya Luqman dapat jawatan menteri, macam Menteri Belia dan Sukan, mungkin dia nak tarik Azlan menjadi setpol kepada Luqman. Dia tidak boleh dilihat mengawal Luqman. Bad reputation kalau seorang lelaki dilihat dikawal oleh perempuan.

--

“Masuk, Luqman,” kata Datuk Seri Azmi.

“Wow, pejabat ni kalau lari keliling pun, mengah jugak ni,” kata Luqman.

Tapi apa yang menarik ialah latar belakang Tasik Warisan di belakang meja Perdana Menteri. Sangat cantik untuk photo op.

“Duduk, Luqman.”

Datuk Seri Azmi duduk di kerusinya, kemudian tersenyum melihat Luqman yang melopong macam orang tak pernah tengok office besar.

“Office Gabenor tak besar ke?” tanya Datuk Seri Azmi.
“Tak sebesar ni.”
“So, kau tau tak kenapa aku panggil kau ni?”

Luqman geleng kepala.

“Tengku Mahkota nak kau jadi timbalan aku. Jadi, kau okay tak jadi Timbalan Perdana Menteri ni? Selain tu, kau juga akan jadi Menteri Kewangan yang baru.”

“Serius lah?”

“Ya, tapi kau kena letak jawatan Gabenor Wijayapura dulu. Office kau, kat depan pintu office aku ni.”
“Okay, saya terima.”
“Ni watikah perlantikan kau, dan kat sini aku ada tulis, hanya berkuatkuasa apabila kau lepaskan jawatan Gabenor.”
“Okay, saya faham.”
“Kau setuju?”
“Setuju.”
“Okay, sekarang kau sign kat sini, sini dan sini. Lepas ni tunggu setpol aku, Datuk Sidek bawak kau ke pejabat baru kau.”

--

Luqman sampai ke kereta, dan kelihatan seperti bercelaru.

“What happened, Luq?”
“I confused.”
“You semua benda pun nak confused. Datuk Seri Azmi nak apa?”
“Dia nak suruh I letak jawatan Gabenor.”
“Why?” Natasha berdebar takut mereka juga dikesan.
“Dia nak suruh I jadi timbalan dia?”
“What? Are you kidding me?”

Luqman tunjuk surat daripada Datuk Seri Azmi.

“Yes! You will be second most powerful person in government, after this!”

“Tapi office kat Kota Warisan. Duh, boring gila tempat ni.”
“Since when government office ni tempat fun, Luq?” Natasha masuk gear kereta.
“Kat office I, fun je.”
“Tu sebab you main PlayStation, I do the boring part. Takpe la, kat sini you nak main PlayStation sampai tergolek pun, nobody’s going to bother you. Tapi….”
“Tapi apa?”
“I dah tak boleh lagi jadi assistant you.”
“Kenapa? Nat, you’re doing great job! Tak nak la you takde dengan I. Mati I kalau I takde you.”
“Luq, it’s a bad reputation kalau seorang menteri dikawal oleh seorang wanita. Kalau kerusi Gabenor Wijayapura tu takpe la, nobody cares much. Tapi ni kerusi Timbalan Perdana Menteri. I cannot be here with you.”
“Habis tu I nak buat apa kalau you takde?”
“You need a new political secretary. Someone yang tough and capable to do things. I tak boleh macam ni selalu.”
“Nat, kita kahwin nak? Lepas tu, orang nak cakap apa, lantak la, you wife I.”
"Lantak? You nak I kena cop Imelda Marcos?"
"Siapa tu?"

Natasha tepuk dahi. Dah teruk sangat rendah pengetahuan politik untuk dia jadi seorang yang berjawatan tinggi seperti Timbalan Perdana Menteri.

"I tak boleh jadi isteri you kalau you nak I kerja dengan you, nanti semua orang akan anggap I control you."
"But Nat..."
"You choose, either you nak I kerja dengan you, or become your wife. I tak nak kerja dengan you di Jabatan Perdana Menteri, and jadi your wife. It's dangerous for your political career, and it's dangerous for me as well."
“You tak nak kahwin dengan I ke, Nat?”
“I’m not ready for this, Luq. I ada kat you ni, sebab I nak run the show je. I tak nak la kalau you mismanaged Wijayapura ni, tak sampai seminggu dah merusuh dah. Itu pun dah ada orang merusuh, although sebab pemecatan Datuk Rahizan, bukan salah kita.”
“Nat, please. I beg you. I tak boleh ada kat Kota Warisan ni sorang-sorang.”
“Tak boleh la, Luq. I kena jaga Nadi Citra, I kena oversee project kat Teknojaya, means I kena naik flight pergi Kenidiri, like all the time. I ada banyak kerja lain.”
“Nat, tolonglah jadi wife I. I tak boleh ada kat sini sorang-sorang.

Natasha tekan brek kereta. Mujur jalan takde kereta langsung.

“Bila lagi you nak grow up ni, Luq? I dah penat la dengan perangai you ni!”
“I promise kalau you setuju kahwin dengan I, I akan berubah.”
“I dah cakap, I belum ready. Sementara ni, you duduk je sini, duduk je rumah government bagi tu, lepas tu start doing actual work! Ok, grow up, and grow your balls too! Asyik-asyik nak harapkan I je. Mati la I kalau macam ni,” jerit Natasha.
“Nat…”
“I will kick your ass, and tinggalkan you sorang-sorang kat sini kalau you behave macam ni. You jangan ingat you anak Datuk Mohd Nor, I tak berani nak terajang you. Macam budak kecik!”

--

Hafiz rasa Adilah tak berapa nak sihat sejak sehari dua ni.

“Dila, awak sihat ke tak ni?” tanya Hafiz.
“Boleh la, cuma kerap loya sejak dua menjak ni.”
“Nak saya call doktor?”

Hafiz terus dial telefon bimbitnya dan hubungi doktor peribadi.

“Hello, Dr Halimah. Hafiz FizzyTech. Ya, boleh bawa nurse datang ke sini? Isteri saya tak sihat sejak dua menjak ni. Baik.”

10 minit kemudian, ambulans tiba dengan Dr Halimah berserta dua orang jururawat memeriksa Adilah.

“Puan dah lama tak period, kan?”
“Ya, saya.”
“Ada rasa macam sakit di payudara?”
“Ya.”
“Nurse, keluarkan pregnancy kit. Check Puan Adilah.”

“Encik Hafiz, encik Hafiz kena ikut kami ke hospital untuk pemeriksaan Puan Adilah.”

Adilah dalam bilik pemeriksaan, dan aku kat luar ni dah ke hulu ke hilir, tak tahu nak buat apa. Beberapa minit kemudian, Jimmy datang ke hospital bersama isterinya, Tengku Khairunnisa, yang dah ada anak dua orang.

“Kau rilek je, Fiz.”
“Aku panik ni. Aku takut Dila sakit ni.”
“Alah, biasa je ni.”
“Aku sayang dia.”
“Ya, aku tahu. Kau duduk jap.”

Dr Halimah keluar, dengan senyuman. Adilah pun senyum.

“Encik Hafiz, tahniah. Awak bakal jadi seorang ayah. Puan Adilah positive mengandung dua minggu.”

“Steady la, Hafiz. Anak kau ni, kalau pregnant time macam ni, ada jugak lahir time millennium ni,” kata Jimmy.

Hafiz terus peluk memeluk Adilah.

“Awak bakal jadi seorang ibu.”
“Awak pula jadi ayah.”

Hafiz terus cium dahi Adilah, tetapi mata Adilah memandang tajam ke arah Jimmy. Jimmy geleng kepala, sebelum Adilah berkerut dahi, seperti tidak berpuas hati dengan Jimmy.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top