Episod 246 - 2 Mac, 1998
Gabenor Luqman jadi panik apabila para wartawan mengajukan pelbagai soalan dari pihak media tentang isu El Nino dan krisis bekalan air. Sebagai seorang Gabenor, dia perlu tahu apa yang perlu dijawab dan masalahnya dia hanya berdiri tegak di podium tanpa bercakap apa-apa.
Natasha dah tepuk dan picit dahi melihat situasi Luqman yang menjadi krisis.
"Alan, macam mana ni?" tanya Natasha bila nampak situasi Luqman yang tergagap-gagap depan kamera.
"Kejap, biar I selesaikan," kata Azlan.
Azlan pergi ke podium dan berbisik kepada Luqman.
"Kau minta maaf, kau cakap kau kurang sihat."
Luqman pun ikut apa yang dikatakan oleh Azlan, sebelum Azlan mengambil alih podium.
"Saya Azlan, jurucakap mewakili Gabenor Luqman, kalau ada apa-apa nak ditanya, boleh diajukan kepada saya."
"Encik Azlan, krisis bekalan air sekarang sedang meruncing. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Wijayapura dalam berdepan dengan krisis ini?" tanya wartawan dari Utusan Gelanggayu.
"Kita telah menghubungi sekurang-kurangnya tiga kerajaan negeri yang berhampiran dengan kita, iaitu Sepetang, Geri dan Ketil, dan membincangkan tentang kos untuk penghantaran bekalan air di kawasan yang terjejas di Wijayapura. Setakat ini pihak kerajaan Geri telah memberi respon, dan untuk sementara waktu, kita akan hantar lori-lori air kita ke sana untuk kita hantar ke sini."
"Encik Azlan, terdapat tuduhan bahawa bekalan air bersih ini dihantar ke Kota Warisan dan stadium Puncak Jaya untuk Sukan Komanwel. Adakah ini benar?" tanya wartawan dari akhbar Metro Wijaya.
"Kalau kita lihat dari sudut logik sains, hujan sudah tidak turun di sekitar kawasan di Wijayapura sejak tiga bulan yang lalu. Fenomena El Nino ini berlaku apabila suhu permukaan air laut di kawasan tengah dan timur Pasifik meningkat. Ruang udara meningkat suhu secara purata dari 1.5°C ke 2.7°C, menyebabkan cuaca kering dan kadar kerpasan hujan menurun. Jika kita alihkan air sungai ke Kota Warisan dan Kompleks Sukan Puncak Jaya sekalipun, ia cuma mewakili hanya 1.5% daripada penggunaan jumlah seharian iaitu 7,800 juta liter sehari."
"Encik Azlan, apakah pelan kontinjensi akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah bekalan air ini?" wartawan dari Angkasa Awani pula bertanya.
"Kita dah lancarkan pelan kontinjensi, antaranya mengadakan sistem giliran mengikut kawasan, tetapi dalam masa jangka panjang, kita akan berbincang dengan tiga negeri yang berhampiran dengan Wijayapura untuk membekalkan bekalan air sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat."
Natasha pandang Azlan dan tersenyum melihat gaya Azlan menjawab dengan penuh yakin, tanpa dilihat ada sebarang keraguan dan sentiasa ada data yang akan menyokong jawapannya.
"Macam tu la kalau nak jadi Gabenor, bukan macam you. Duduk depan podium tu melanguk tak tau jawab!" kata Natasha kepada Luqman.
--
Di dalam bilik pejabatnya, Luqman termenung panjang. Dia nampak reaksi Natasha setiap kali Azlan ada di sisinya. Dia amat marah sebab dia tahu, Azlan akan sentiasa memenangi hati Natasha.
Tetapi dia amat perlukan Natasha, dan dia lebih memerlukan Azlan, kerana Azlan memiliki jentera untuk menggerakkan kerja-kerja. Azlan juga mempunyai idea bagaimana untuk memenangi hati rakyat. Dia ada di sini pun sebab orang dah menyampah dengan Wak Brahim.
Ikutkan, dia sebenarnya tak tahu apa yang perlu dibuat. Dia berada di situ sebab ayahnya mahu dia luluskan projek-projek pembinaan lebuhraya, transit aliran massa dan stesen kereta api yang baru di Padang Bata.
Selain daripada itu, dia tak tahu apa yang dia perlu buat.
Kalau turun padang pun, nampak ramai pihak pun lebih gemar bercakap dengan Azlan berbanding dengan dia. Seolah-olah Azlan sebenarnya yang menjadi Gabenor, bukannya dia.
Walaupun Azlan dah berkahwin dengan Tengku Aminah, tapi dia tahu, Natasha masih lagi mencintai bekas teman lelakinya itu.
Dari segi penampilan, Azlan memang jauh lebih bergaya. Dari segi cara mengawal wartawan, Azlan mengawal soalan-soalan wartawan pun macam mereka ini dalam tapak tangan dia sahaja. Sentiasa kelihatan yakin, sentiasa ada jawapan dan sentiasa mampu membuatkan wartawan tidak membalas kembali soalan-soalan itu.
Setiap kali Azlan ada dalam pejabat, Luqman terus rasa rendah diri dan tidak yakin kepada kemampuan dirinya sendiri.
Dia capai jarum suntikan di dalam begnya, dan letakkan heroin untuk dia menenangkan fikiran dari pemikirannya yang sedang serabut memikirkan tentang betapa bimbangnya dia terhadap Azlan yang dia lihat semakin rapat dengan Natasha.
--
Kereta Natasha tiba di rumah Pengetua. Ada mesyuarat dari kalangan golongan pro-republikan dalam kumpulan yang digelar sebagai Jacobin Club.
Jacobin Club, yang nama ini berasal dari nama pergerakan Jacobin, iaitu gerakan menggulingkan Raja Louis XVI semasa Revolusi Perancis dahulu, diasaskan oleh Jeneral Yahya dalam usaha untuk menjayakan Revolusi Nasionalnya.
Datuk Rahizan, Shahrizal, Izham dan Datuk Mohd Nor sudah duduk di kerusi. Datuk Mohd Nor dah urut dahi bila dengar perangai anaknya yang suka datang lambat.
“Mana Ace?” tanya Pengetua.
“Masa I sampai rumah dia, dia baru nak mandi.”
Tangan Pengetua menggenggam marah.
“You told him today is an important meeting, didn’t you?”
“Yes, Pengetua. Tapi ketuk pintu office dia pun makan masa setengah jam.”
“Macam semua orang tahu, tahun 1998 ni adalah tahun paling penting. Kita ada pemilihan Parti Persekutuan yang dah dua kali tertangguh. Perlembagaan Parti mengatakan Presiden cuma mempunyai kuasa untuk menangguh dua kali. So, anything happened, I am happy to announce that we have a resourceful amount of money for National Revolution.”
“What about us?” tanya Shahrizal selaku presiden parti Jujur.
“Menurut Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang kembali bulan 10 selepas Sukan Komanwel. Therefore, you sokong dulu usul undi tak percaya, Rahizan jadi PM, then you jadi TPM.”
“Kenapa I jadi TPM? I ada 88 MPs, 2 MP ULAP sokong I. I ada 92 MPs yang sokong I. Kenapa Rahizan yang unproven ada 63 MPs yang jadi Perdana Menteri?” tanya Shahrizal.
“Sebab motion of no confidence, by practical, kalau dimulakan oleh ketua pembangkang, akan ditolak usulnya oleh Tuan Speaker. Sebab dalam conventional wisdom, kalau nak melancarkan undi tak percaya ke atas Perdana Menteri, perlu lancarkan dari parti sendiri. Kena tunjukkan yang pihak kerajaan sendiri tak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri. Are we clear here?” kata Pengetua.
“Loud and clear. Okay, I jadi Deputy.”
“And about Bukit Pagar by-election….sampai pun dia ni.”
Luqman terhegeh-hegeh masuk ke rumah Pengetua. Sudahlah terhegeh-hegeh, kakinya tersadung terlanggar kaki kerusi, dan dia terjatuh ke lantai.
Semua memandang Luqman yang terjelupuk jatuh. Natasha facepalm, Shahrizal pandang sinis, ayahnya Datuk Mohd Nor jeling tajam, kemudian memandang ke arah ayahnya, dan Izham cuma naik kening. Rahizan geleng kepala dan Pengetua sekadar melepaskan nafas yang panjang.
“Luqman akan bertanding di Bukit Pagar, and I hope all of us can give support to him. Ingat, kita perlu menang by-election ni untuk kita mulakan our grand move. Dan Luqman, please jangan lambat lagi,” kata Pengetua.
“Okay.”
“I don’t want you to say okay. I want you to show up early. Please, malu sikit dengan Nat. Kau tu Ace kami.”
Shahrizal dah ketawa bila Pengetua sebut ‘Ace kami’.
Pengetua menjeling.
“Apa yang lucu, Shah?”
“Oh, takde apa, Pengetua. Carry on.”
Berubah muka Shahrizal lepas kena sound dengan Pengetua.
“Our target untuk jatuhkan Datuk Seri Azmi, Belanjawan 1999.”
Semua mengangguk.
“Okay, that’s all for now.”
--
Haji Syaaban, Wan Radzi, Hafiz dan Adilah pula bermesyuarat di pejabat FizzyTech.
“Macam mana dengan percaturan kita, Hafiz?” tanya Wan Radzi.
“Setakat ini, Tengku Mahkota masih percaya pada Datuk Seri Azmi, tapi kesabarannya makin menipis,” kata Hafiz.
“Hmm, kita kena yakinkan Tengku Mahkota yang Luqman je pilihan yang dia ada. Kalau dia sebut nama-nama lain, cakap pada dia, jangan. Mereka takkan dapat pengaruh yang macam Luqman dapat, berdasarkan apa yang Adilah sedang buat,” kata Wan Radzi.
“Saya ada letakkan satu fake poll dalam portal saya, yang mengatakan siapakah calon Perdana Menteri idaman. Saya letak Datuk Seri Azmi 13 peratus, Datuk Rahizan 27 peratus, Shahrizal Hamdi 25 peratus, dan 35 peratus Luqman.”
“Orang percaya ke nanti, Adilah?” tanya Hafiz.
“Dalam fake poll tu, saya letak demografi 21-30 tahun. Ini tulisan dalam portal saya yang saya dah print,” Adilah menghulurkan kertas kepada semua ahli mesyuarat.
—
Luqman calon PM paling popular, menurut survey terkini
Gabenor Wijayapura, Luqman Mohd Nor muncul sebagai pendahulu calon Perdana Menteri paling popular, menurut survey terkini GelanggayuVotes.
Dalam 1,281 pungutan suara dari temu ramah dengan orang ramai, Gabenor Luqman nampaknya popular terutamanya dari kalangan pengundi muda dan pengundi wanita berusia 21-30 tahun.
Dalam undian survey tersebut, 35 peratus memilih Gabenor Luqman sebagai calon idaman Perdana Menteri, 27 peratus memilih Datuk Rahizan, 25 peratus memilih Shahrizal Hamdi sementara cuma 13 peratus sahaja yang kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim.
“Dasar beliau sebagai Gabenor dalam mengutamakan kebajikan wanita, seperti cuti bersalin enam bulan, cuti umum Hari Wanita serta melibatkan lebih ramai wanita dalam kerajaan adalah satu perubahan besar di dalam pentadbiran Wijayapura,” menurut Amira Suriati Abdul Rahim, 20, pelajar tahun akhir komunikasi massa Universiti Wijayapura.
Selain itu, faktor Gabenor mesra dengan orang muda menyebabkan orang muda lebih selesa dengan Luqman berbanding pemimpin lain yang dianggap “tua dan sudah ketinggalan zaman”.
Menurut Aizam Fazli, 19, dari Seksyen 16 Puncak Jaya, Gabenor Luqman merupakan pemimpin yang mesra bersama golongan belia, terutamanya mereka yang meminati permainan video.
“Ramai pemimpin tua melihat video games ni membuang masa, tapi kalau di Ryukyu, video games ni dah boleh dijadikan karier, macam atlet. Gabenor Luqman nampak peluang ini dan saya memang harap beliau jadi Perdana Menteri.”
Sementara itu, ada juga yang mengatakan sejak Luqman menjadi Gabenor, kenaikan tarif air amatlah tinggi dan membebankan akibat penswastaan Jabatan Bekalan Air.
Sementara cukai pintu dan cukai perniagaan turun, kenaikan harga utiliti ini membimbangkan pengundi.
“Saya harap harga air ni turunlah sikit, sebab ini keperluan orang ramai. Orang nak guna air di rumah, berniaga. Benda penting,” kata Salam Abdul Ghafur, 27, seorang peniaga cendol di Seksyen 14 Puncak Jaya.
—
“Laporan ni nampak legit, walaupun fake,” kata Wan Radzi.
“Kalau orang sekali baca ni, pakcik rasa orang percaya tak?” tanya Adilah.
“Hmm, sebab Dila sebut 21-30 tahun kan, nampak plausible. Tapi kalau keseluruhan, orang susah nak percaya,” kata Wan Radzi.
“Dila, saya tak tahulah kalau awak boleh pujuk Gabenor Luqman, tapi boleh tak dia kerap ke masjid untuk photo op?” kata Haji Syaaban pula.
“Saya akan cuba pujuk Natasha untuk berbuat macam tu. Walaupun akan nampak pelik,” kata Adilah.
“Sebab, kalau buat macam tu, barulah akar umbi Gagasan Ummah yakin sikit nak tumbangkan Datuk Seri Azmi, dan memberi sokongan kepada Luqman,” kata Haji Syaaban.
“Baiklah, saya akan ke pejabat Gabenor dan bertemu dengan Natasha untuk perkara ni,” kata Adilah.
--
Adilah
Sebenarnya aku yang cadangkan kepada mereka semua yang kita semua perlu naikkan Luqman. Pada mulanya ayah aku dan Hafiz membantah, tapi aku katakan pada mereka yang kita kena naikkan Luqman sebab dia lemah dan mudah untuk ditunggang.
Penunggangan kita terhadap Luqman ini akan mengisi kosong yang begitu banyak lepas old guard macam Rahizan dan Azmi ni ditumbangkan. Aku nampak perkara tu macam mana Azlan isi banyak kakitangan awam masa Luqman menang jawatan Gabenor Wijayapura.
Sudah pasti bila Luqman jadi Perdana Menteri, Azlan akan letak orang-orangnya juga, jadi aku pun yakinkan mereka untuk mereka juga menyokong Luqman.
Aku nampak Jeneral Yahya dah mula jatuhkan pemimpin-pemimpin di luar negara. Di Suvarnabhumi, Chavalit Yongchaiyudh dijatuhkan. Di Goryeo Selatan, Presiden Kim Yong-sam pun dijatuhkan. Dan nampak gayanya dengan ketidakstabilan politik di Majapahit serta kejatuhan nilai rupiah sampai lima kali ganda, aku tak nampak lama Sudarto ni.
Walaupun Sudarto ni dulu kroni dia lepas dia jatuhkan Soekarjo, dalam politik ni, nothing last forever. Dulu pun Azmi sayang Rahizan ni sebab jatuhkan Datuk Seri Imad yang cuba jatuhkan dia.
Siapapun yang jatuh terpongkeng, sama ada Azmi atau Rahizan, kita akan push Luqman jadi timbalan dia. Bukan Shahrizal. Sebab lepas Luqman dah jadi timbalan, kita akan naikkan dia jadi Perdana Menteri.
Kita tengok siapa yang pakar bermain catur politik ni.
--
17 Mei, 1998
Majapahit dalam keadaan huru-hara. Rusuhan dan pihak tentera sibuk bertempur dengan mahasiswa yang menyokong reformasi.
Pada masa ni, Ali dah angkat kaki keluar dari Sumatera. Ali sudah lepas ni Tok Aki dan Fauzan bersama dengan Republik Islam Melaut (RIM) dan kumpulan-kumpulan rangkaian Daulah Islammiyah Nusantara (DIN) Sumatera akan mengambil peluang untuk menumbangkan kerajaan Sumatera di Palembang.
Dalam keadaan huru-hara ini, Ali dan Joni angkat kaki dan kembali ke Gelanggayu.
Tapi sebelum tu, Ali masuk ke Temasik, dan bertemu dengan seseorang yang bernama Mas Selamat. Mas Selamat ni orang Tok Aki yang sedang buat kerja perisikan di Temasik ni.
Ali sudah mengetahui bahawa bila-bila masa sahaja Sumatera ini akan tercetus perang saudara, mengambil kesempatan dari keadaan huru-hara di Majapahit sekarang.
Ada pihak tentera Sumatera yang berpaling tadah dan mencuri senjata dan kenderaan tentera untuk Tok Aki. Dengan taktik yang dilakukan oleh Tok Aki, pihak al-Qaeda sudah mula bertapak di rantau Pentas Sunda.
Ali tahu jika dia berterusan berada lama kat sini, ia bakal menyusahkan diri sendiri. Yang penting semua orang-orang DIN dan RIM ini di bawah kawalannya jika apa-apa terjadi kepada Tok Aki dan Fauzan. Buat masa ni Ali cuma tunjuk muka sekali sekala sahaja, yang penting ahli-ahli sudah mengenali muka Ali.
--
21 Mei, 1998
Betawi, Majapahit
Presiden Sudarto letak jawatan pada waktu petang. Ali mengikut Merlina, katanya dia nak ‘window shopping’ untuk membeli syarikat-syarikat yang dalam keadaan kritikal di sana.
Dia cakap dengan Ali, business di Betawi ni sejak dulu dikuasai oleh kaum Kwantong kat sini. Jadi apabila terjadi rusuhan besar di Betawi, banyak kedai-kedai dan perniagaan orang Kwantong yang lari ke Temasik, Australia, Hong Kong atau Amerika Syarikat.
Kat sinilah Merlina menyambar business-business yang dijangka akan boleh naik semula selepas habis reformasi ni nanti.
“Fazrul dah sampai sini ke?” tanya Ali.
“Dia kat Makassar lagi. Dengar cerita dia tersangkut kat sana. Sana pun ada rusuhan.”
Keadaan kat Betawi macam baru lepas perang. Banyak kedai-kedai yang terbakar.
“Kau sure ke nak melabur kat tempat yang macam ni?” Ali tanya Merlina.
“Kau rilek je lah. Sekarang ni memang la kau nampak huru-hara, sana-sini pecah. Tapi sementara ni, proses perubahan kuasa tengah berlaku, banyak la projek yang nak diketengahkan. Kau rilek je.”
Kata Merlina kepada Ali, masa ni lah nak beli syarikat-syarikat yang dah jatuh. Merlina kata, Yahudi Amerika hari ini kaya sebab masa kerajaan Adolf jatuh dulu, Yahudi Amerika yang beli syarikat-syarikat Jerman ini siap-siap, kemudiannya pindahkan teknologi dan tenaga pakar ke Amerika Syarikat. Sebab tu mereka boleh jadi kaya raya.
"Kepala otak kau ni macam Yahudi jugak, Mer?"
"Atok aku belah mak aku, ada darah Yahudi. Dia keturunan Rothschild. Tapi kitorang low profile je lah, tak nak la kecoh-kecoh. Tapi bila meeting dengan dorang kat peringkat antarabangsa tu, aku cakap je lah aku ni keturunan Rothschild. Tu yang senang dapat business kat luar tu," kata Merlina.
"Kau sokong Zionis la macam tu?"
"Bukan semua Rothschild sokong pun Zionis ni. Eh, ada ahli keluarga yang tak sokong pun movement ni sebab menyusahkan Yahudi sebenarnya ada kat situ. Keliling negara-negara Arab, apa jadahnya? Baik buat duit kat Amerika. Duduk situ asyik berperang je. Apa manfaat pun tak dapat. Dah la hasil bumi pun bukannya banyak mana pun. Wujudnya Israel kat situ pun sebab ideologi je. Ah, tapi aku kalau kat sana aku malas nak argue dengan semua orang kat sana. Aku nak buat duit je."
"Ooo ingatkan kau sokong."
"Ada je ahli keluarga Rothschild yang taja gerakan anti Zionis ni. Neturei Karta misalnya, gerakan orang-orang Yahudi sendiri yang anti kepada Israel. Aku ada je bagi duit sikit kat dorang tu. Biasalah, mana-mana kaum pun akan ada konflik. Takdelah unite mana Yahudi ni macam kau semua sangkakan. Sedangkan orang-orang Melaut yang orang rasa assabiyah kuat tu pun, ada pro Tok Aki, ada pro Abang Alan," kata Merlina.
"Betul. Umur kau ni berapa sekarang?"
"Kau rasa?"
"Belas-belas?"
"Aku baru habis SPG. Tapi sementara waktu ni aku nak kumpulkan kekayaan aku dulu. Peluang macam kerajaan Majapahit jatuh ni bukan selalu dapat," kata Merlina.
Keluar dari bandaraya Betawi, menuju ke Bandung, Ali perhatikan Merlina ni cukup sibuk menghubungi bank untuk buat penilaian syarikat-syarikat Majapahit yang dah jatuh untuk dibeli.
Seperti burung hering yang memakan bangkai yang dah nak mati, Merlina memburu syarikat-syarikat yang hampir muflis, dan membeli dengan harga yang murah-murah.
“Kat sini kalau kau nak buat networking preman-preman, inilah masanya.”
“Preman?” aku tanya Merlina.
“Gangster. Kau tunggu Fazrul sampai Betawi dulu. Nanti kau deal dengan dia.”
“Habis tu kita pergi ke Bandung ni, buat apa?”
“Makan angin la. Jalan-jalan.”
Suhu di Bandung lebih dingin berbanding di Betawi kerana berada di kawasan gunung.
“Kat sini kau kena berjalan banyak mendaki sikit, Li.”
“Kau dah biasa datang ke sini?”
“Dulu la, mak ayah aku selalu bawak aku ke sini. Mak aku berniaga kain kat sini. Jadi kat sini aku ada la connection dengan peniaga kain kat sini. Aku nak beli kain borong ni, untuk raya tahun depan.”
“Berapa banyak sebenarnya business kau ni, Merlina?”
“Banyak. Tapi aku upah proksi tolong jagakan untuk aku. Aku collect duit je.”
“Kaya betul kau ni. Kau takkan tak pernah rugi?”
“Pernah la, gila. Mana ada business yang sentiasa je untung. Tapi kau kena pandai cari jalan la untuk cover rugi tu. Macam aku, aku tak harapkan satu perniagaan je.”
“Tapi macam mana kau nak handle business banyak-banyak ni? Pecah kepala kau karang.”
“Macam kau, masa kau pergi Sumatera ke, Hong Kong ke, siapa yang jaga business kau?”
“Kecik.”
“Kecik tu pun ada orang bawah dia tolong jaga. Orang bawah dia pun ada tolong jaga. Sama la aku dengan kau ni. Cuma aku above ground, kau underground."
Keesokan harinya, Ali dan Merlina kembali ke Betawi dan berjumpa dengan Fazrul yang baru tiba dari Makassar.
Dalam perjalanan tu Ali nampak Merlina senyum sambil tengok kad perniagaan dan portfolio baru yang dia pegang.
"Perempuan lain kumpul handbag, kumpul baju. Aku kumpul company," kata Merlina.
“Ni semua company yang kau nak beli ke?” tanya Ali.
“Bukan semua. Dalam banyak ni, entah-entah satu dua je aku akan beli. Atau kalau dorang dah desperate dan jual harga murah, aku akan beli borong, lepas tu aku gabungkan jadi satu company. Ramai business orang Kwantong kat Majapahit ni yang dorang tinggalkan lepas rusuhan tu hari. Lepas ni aku akan naikkan syarikat ni, lepas tu aku jual la balik syarikat ni untuk untung.”
“Jual balik?”
“Gini, Ali. Setiap benda dalam dunia ni ada kitaran dia. Contoh, aku beli company A, aku beli katakan RG1 juta, lepas aku beli company ni, suka hati aku la apa aku nak buat company ni, betul tak? Aku nak jual mesin dia ke, aku nak buang pekerja ke, aku nak buat apa-apa pun untuk pastikan, aku balik modal.”
“Betul.”
“Lepas tu katakan dalam masa lima tahun, company ni naik value dia sampai RG10 juta, lepas tu dia dah tak boleh go lebih dari tu, sebelum dia jatuh, baik aku jual. Aku dapat gain profit RG9 juta, plus keuntungan yang aku buat sepanjang aku jadi owner company tu.”
“Macam jual beli pemain bola pulak.”
“Semua benda macam tu, Ali. Aku nak pergi Temasik, lepas tu jumpa dengan cousin aku, Lydia. Mak dia kerja banker. Aku nak loan bank untuk beli syarikat-syarikat yang aku nak pilih ni.”
“Loan bank? Asal?”
“Sebab yang kena bayar, syarikat ni. Bukan aku. Kalau aku tak boleh bayar, aku jual je kat orang lain. Orang lain pulak sambung bayar.”
“Eh, boleh pulak macam tu?”
“Beb, semua billionaire dalam dunia ni, loan bank. The world is run by the bankers. Esok bila aku ada capital yang cukup besar, aku akan beli bank. Masa tu, aku boleh kuasai media, kuasai industri, kuasai perdagangan dan macam-macam lagi. Sekarang ni, rilek dulu. Aku baru nak build aku punya credentials.”
Ali geleng kepala melihat budak yang habis SPG macam Merlina ni.
"Kepala otak kau ni memang Yahudi betul!"
"Yahudi pun ramai je yang miskin. Aku keturunan Yahudi Rothschild. Lain species!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top