Episod 241 - 3 Februari, 1997

"Bukan apa, Nat, Alan. Kos barang meningkat sejak dua menjak ni. Ringgit ni walaupun dah stabil berbanding dua tahun lepas, tapi nampak gayanya macam nak jatuh balik ni. Memang tak sempat bernafas. Margin profit makin kecik, aku terpaksa buat job seludup aku balik untuk cover rugi," kata Ali.

"Bab duit tu aku akan ikhtiarkan, Ali. Kau kena siapkan stadium ni sebelum tahun depan. Sukan Komanwel ni acara yang besar. Airport kat Kota Warisan tu pun kena siapkan juga. Kita kena jaga maruah negara kita di persada antarabangsa. Ni la masalah Datuk Seri Azmi ni. Dia tahu dia nak blah hujung dekad ni, dia pergi buat banyak projek pulak. Lepas tu bila ada krisis ekonomi, tinggal taik," kata Azlan.

"Bukan Datuk Seri Azmi, Alan. Ni semua projek Tengku Norman. He is afraid to the republican movement, so he is trying to prove to the public, that his family is still relevant to this country," kata Natasha.

"Betul, tapi Datuk Seri Azmi boleh je pilih projek yang betul-betul memberi manfaat kepada rakyat terbawah. Bertindak tu atas kemampuan la. Ni nak buat Sukan Komanwel serupa macam Sukan Olimpik belanjanya. Sukan Komanwel tahun 1994 dulu, buat kat stadium majlis perbandaran je. Dengan kita berdepan dengan krisis ringgit lagi. Tapi, macam mana sekalipun, kena siapkan semua projek ni. Tak boleh ada projek terbengkalai. Aku tak nak Gelanggayu ni malu," kata Azlan.

"Macam mana? Barang kita banyak import tau. Besi keluli dari US, jentera dari Jerman dan Ryukyu. Sakit belanja bila USD naik ni," tanya Ali.

"Next week aku nak pergi Kwantong. Besi keluli tu aku boleh dapatkan harga sepuluh kali ganda lebih murah dari sana."
"Kwantong? Alan, bahaya la pakai steel dari sana! Dorang punya tak ada kualiti! Nanti kalau rosak, siapa yang nak kena jawab?" kata Natasha.
"Jangan pandang Kwantong tak ada mata, Nat. They're catching up on technology. You mesti ingat Kwantong macam kat zaman Mao lagi kan? Dorang dah berubah banyak dah," kata Azlan.
"How do you know?"
"How about you ikut je I masa I nak pergi Beijing next week. I nak lawat datuk angkat I. Dia tengah sakit tenat kat sana."
"Siapa? You tak pernah cerita pada I pun yang you ada datuk angkat?"
"Yes. Deng Xiaopeng. Sebab dia anggap arwah ayah I macam anak dia sendiri."

--

19 Februari, 1997

Azlan dan Faridah melawat Deng Xiaopeng yang kini sedang sakit tenat di kediamannya. Bapa Pemodenan Kwantong ini sedang dalam keadaan koma.

Natasha yang tak ada hubungan yang rapat dengan Deng, duduk di luar rumah sambil menanti Azlan dan Faridah yang berada di dalam rumah.

Natasha perasan ada ramai pegawai-pegawai KCP yang pakai uniform tentera Kwantong semuanya bersalaman dengan Azlan dan Faridah seperti mereka ini orang yang penting.

Deng kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan rapi. Dalam keramaian hospital itu, Natasha nampak Azlan dan Faridah berbual dalam bahasa Mandarin dengan beberapa orang pegawai-pegawai dari Kwantong.

"Nat, sini jap," kata Azlan. Natasha terkebil-kebil dengar Azlan bercakap dalam bahasa Mandarin kepada pegawai itu.

Azlan memperkenalkan Natasha dengan Datuk Bandar Shenzhen Li Zibin, Datuk Bandar Tianjin Zhang Lichang, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Beijing, Datuk Bandar Chongqing, Pu Haiqing dan ramai lagi. Azlan merancang untuk hubungkan semua bandaraya Kwantong ini dengan Wijayapura dari segi pelancongan, perdagangan dan industri.

Natasha baru tahu yang Faridah ada kilang-kilangnya di lebih 100 buah bandaraya di seluruh Kwantong. Faridah ambil teknologi dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, seludup ke Kwantong dan buat produk itu dengan lebih murah, sama seperti apa yang dibuat oleh arwah Mamat dulu.

Kerana itu Azlan dan Faridah dilayan seperti tetamu yang penting oleh kerajaan mereka. Beberapa minit kemudian, Setiausaha Agung Parti Komunis Kwantong, Jiang Zemin pula datang untuk melawat Deng, dan berjumpa dengan Faridah dan Azlan.

Natasha terkejut sebab mereka ni bukanlah orang yang sebarangan. Dan Azlan berkata bahawa mereka akan mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat sebanyak $32 billion, ke Jerman sebanyak $6 billion dan ke Gelanggayu dengan $27 billion.

"Semua kapal-kapal dari beberapa buah bandaraya Kwantong ni akan berhenti kat Wijayapura dulu sebelum pergi ke tempat lain. Kita jadi hub sebab Kwantong masih belum jadi anggota WTO. Kita dah deal dengan dorang dah," kata Azlan.
"Oh my God, are you serious about this?"
"Mestilah. Kalau tak, buat apa I ajak you datang sini?"

Azlan berjalan keluar dari hospital untuk mengelakkan dari media yang berkerumun datang ke hospital. Natasha mengejar dari belakang.

"Alan, Alan, Alan! Sejak bila you rapat dengan dorang ni?"
"Since the 70s, masa father I masih ada lagi. Dulu masa, Deng jadi buruan politik, my father yang selamatkan dia. Dia menyorok kat Melaut. Kat Beijing ni je ibu ada 28 kilang. Ada merata lagi."
"Dan semua produk ni kena singgah ke Wijayapura dulu?"
"Yup, sebab ada nak kena repackaging, sebelum eksport ke merata tempat seluruh dunia. Peluang pekerjaan, ekonomi kita mungkin boleh tahan untuk second currency attack ni nanti. Napoleon pernah kata, 'jangan kejutan Kwantong tidur, kerana bila ia bangun, ia akan jadi gergasi dunia. Tapi jadi gergasi ni tak penting, tapi siapa yang kawal gergasi tu, yang itu lebih penting," kata Azlan.
"Your mom control US politics, and now Kwantong juga?"
"On both side of Pacific, yes."

Deng Xiaopeng diumumkan sudah meninggal dunia pada usia 92 tahun. Rakyat Kwantong merasa sedih dengan pemergian Bapa Pemodenan Kwantong itu membangunkan negaranya, dari berdepan dengan kebuluran sampai kematian 50 juta orang, kepada ekonomi $1 trillion pada tahun ini.

Azlan dan Faridah memberikan penghormatan terakhir kepada seorang tokoh yang bersama-sama dengan Mamat ketika era 70an dahulu.

Walaupun bersedih dengan pemergian Deng, Azlan berjaya membawa pelaburan baru ke Wijayapura yang bernilai $3 billion. Sudah tentulah perkara seperti ini membuatkan Natasha melihat ini peluang untuk menjadikan ekonomi Wijayapura semakin rancak dan mengharumkan nama Luqman sebagai Gabenor.

Walaupun yang buat kerja itu semuanya kerja Azlan.

--

Di Wijayapura, walaupun berdepan dengan kelembapan ekonomi sejak 1995, walaupun 1996 pulih sekejap, tetapi menjadi perlahan semula pada tahun 1997, tetapi pembangunan tetap rancak berjalan. Pembinaan stadium baru untuk acara Sukan Komanwel 1998 kembali rancak apabila Azlan berjaya mendapatkan pembekal baru yang lebih murah untuk Ali.

Walaupun Luqman jadi Gabenor, tetapi hakikatnya kuasa di Wijayapura ini dikawal sepenuhnya oleh Azlan. Semua orang di dalam pejabat Gabenor ini mengetahui hakikat ini, semua orang dalam kerajaan negeri Wijayapura tahu tentang ini, dan orang yang paling mengetahui tentang hakikat itu ialah Natasha yang rasa 90% beban kerjanya hilang sejak Azlan ada membantunya.

Sejak kembali ke Wijayapura, Azlan kerap menjadi pengerusi mesyuarat sampai ramai yang memanggilnya sebagai Pengerusi, atau Tuan Pengerusi.

Mesyuarat Yayasan Darul Mukminin, mesyuarat setiausaha-setiausaha exco Wijayapura, mesyuarat Persatuan Media, mesyuarat Ahli Majlis-Majlis Perbandaran Negeri Wijayapura. Semua mesyuarat, Azlan akan jadi pengerusi mesyuarat.

Pun begitu, Azlan tidaklah kerap berada di pejabat Gabenor kerana Azlan sedar yang Tengku Aminah tidak akan suka Azlan kerap berada berhampiran dengan Natasha. Azlan pun tak boleh berada di satu tempat dan hanya statik di pejabat sahaja. Dia bukannya kerja admin macam Natasha.

Setiap hari Azlan ada tiga empat tempat yang dia kena jumpa, dan entah berapa ramai orang yang dia kena jumpa. Dia kena jumpa dan dengar keluhan rakyat, dan memikirkan apa yang diperlukan dalam memastikan Wijayapura sebagai bandaraya yang sejahtera dan makmur, sejajar dengan cogankata negeri itu.

Maka Azlan ada banyak pejabat di seluruh Wijayapura ni. Kadang-kadang dia berada di Dewan Rakyat dan duduk di pejabat Datuk Khamis. Kadang-kadang dia di pejabat Gabenor Geri dan membantu kerajaan negeri Geri. Kadang-kadang dia berada di pejabat ibunya, kadang-kadang dia ada di pejabat Yayasan Darul Mukminin.

Tetapi selalunya, dia dengan Ali dan kawan-kawan Ayam Hitam di gudang miliknya di Puncak Tropika, pinggir Puncak Jaya.

Bercakap tentang pejabat di gudang yang dimiliki oleh Ali ni, Ali memang minta reka bentuk pejabatnya macam mana dia tengok pada video wrestling. Kerusi pun kerusi lipat yang macam selalu dilihat dalam video WWF tu.

Azlan lebih gemar ke pejabat Ali sebab ia lebih santai. Boleh minum teh o ais bungkus ikat tepi letak di mangkuk sambil bermesyuarat. 

Ada masanya, Azlan akan memantau sendiri projek-projek yang dalam pembinaan. Projek Kompleks Sukan Negara di Puncak Jaya sebagai persiapan untuk Sukan Komanwel 1998 bergerak lancar, begitu juga projek pembinaan ibu negara baru di Kota Warisan, serta pembinaan lapangan terbang yang hampir siap.

Kadang-kadang Azlan membantu Natasha dengan memantau projek di Teknojaya, yang jaraknya 1,000 kilometer dari Wijayapura. Azlan mengilhamkan projek itu sebagai 'city in the forest, forest in the city' dengan memastikan 50% kawasan bandaraya itu dipenuhi dengan pokok dan kawasan hijau.

Kadang-kadang Azlan bila ada masa lapang, dia akan menjadi model dan memperagakan pakaian. Atau kadang-kadang menjadi cameo dalam rancangan sitcom di Wijaya TV, Senario.

Azlan juga mempunyai rancangan televisyennya sendiri, setiap hari Ahad sebelum rancangan Irama jam 12 tengah hari, tentang muzik, filem dan fesyen terbaru. Jadi Azlan ni muka yang sentiasa dilihat dalam televisyen, dalam majalah dan di dada akhbar.

Tetapi dari semua kerja-kerja yang Azlan buat, kerjanya yang paling utama ialah menyusun orang-orangnya dan membina daulah terpendam (deep state) yang menyusun politik di Gelanggayu.

Semua ini dirancang oleh Faridah yang memang mahu imej Azlan dilihat di mana-mana, untuk orang ramai kenal dia sebelum dia masuk bertanding lagi.

Memang jadual hidupnya padat, tetapi dia perlu lakukan semua ini untuk dia jadi seorang pemimpin yang popular dan dikenali ramai, serta berjaya dalam karier politiknya nanti.

--

"Tak guna! Asal bukak TV je, asyik muka dia je! Dah macam tak ada model lain dalam Gelanggayu ni agaknya!" kata Hafiz yang rasa menyampah bila dia menonton televisyen. Iklan deodorant Dashing, iklan kereta Mercedes-Benz, iklan telefon bimbit Siemens dan banyak lagi iklan yang ada wajah Azlan.

"Dah kau buka Wijaya TV, memang la sentiasa nampak muka dia. Apa kata kau beli Angkasa TV dan berikan Wijaya TV saingan?" kata Azizan.

Hafiz terus bersetuju dengan idea Azizan, dan terus menelefon broker sahamnya untuk membeli saham Angkasa TV. Tetapi Angkasa TV ni biasanya orang bayar subscription pun sebab nak tengok EPL, bukannya nak tengok rancangan lain.

Tetapi disebabkan Hafiz mahu dengki Azlan, dia beli juga sebab dia mahu bersaing dengan Wijaya TV yang sudah bertapak sejak 13 tahun yang lalu sebagai sebuah syarikat televisyen yang mendominasi pasaran Gelanggayu.

Apa yang Hafiz dan Azizan tak tahu, Angkasa TV itu sebahagian dari projek Gelsat Toh Puan Faridah. Kalau Hafiz beli pun kena pinjam duit dari bank Faridah juga. Bongok mereka berdua ni, mereka ingat Toh Puan Faridah tak fikir semua ni?

Sejak menggodam semua kewangan Sayap Kuning, kuasa Adilah dalam kumpulan itu terus hilang. Ini kerana Hafiz tidak membenarkan Adilah untuk mendapatkan akses kewangan Sayap Kuning selagi dia tidak berkahwin dengan Hafiz, dan dia terpaksa bersetuju untuk menerima Hafiz sebagai suaminya.

Dalam diam, Adilah menghubungi Natasha untuk meminta bantuan untuk mendapatkan hubungan dengan Ali. Natasha memberikan nombor telefon Ali dan Ali bersetuju untuk berjumpa dengan Adilah untuk bersarapan pagi di gerai lontong Pak Wahab Kening.

--

"Ali, macam mana ni? Hafiz dah control semua duit Sayap Kuning. Dah la lepas kes aku dengan Alan tu, Alan dah tak nak tolong aku lagi dah. Rakyat Sepetang ramai yang melarat nanti. Tolonglah aku," kata Adilah kepada Ali.

"Bab duit tu, aku tak boleh nak tolong kau, Dila. Hal kau dengan Alan pun aku tak boleh nak tolong. Tapi si Hafiz ni tau tak yang aku ni rapat dengan Alan?"
"Entah, aku tak tahu pulak pasal tu."
"Kau ni, jadi ketua Sayap Kuning pun tak tahu."
"Hafiz kenal kau kan?"
"Kenal gitu je, Dila. Dulu masa zaman dia kerja dengan Merlina tu, aku selalu juga jumpa dia. Dia budak komputer tu kan? Aku bab komputer ni aku tak reti, Dila. Aku ni kalau lawan gaduh aku reti. Gaduh bab hacking macam tu aku mana reti."
"Kalau aku bagi kau akses masuk dalam Sayap Kuning, kau join tak?"
"Fuhhh...tapi bukan ke ayah kau yang kawal lagi?"
"Memang la sebab si Hafiz tu side ayah aku! Kalau kau join, kau boleh minta tolong Azlan. Please, tolong aku, Ali. Ada ramai orang kampung, hidup dalam kemiskinan. Dalam masa 11 tahun aku jadi ketua Sayap Kuning, Alan banyak tolong aku walaupun dia tak pernah pun jejak kaki dia kat Sepetang. Tapi sejak kejadian tu..." Adilah nampak resah bila bercakap tentang orang-orang kampung di Sepetang.

"Yang kau pergi buat macam tu, dah kenapa?"
"Kau tak faham, Ali. Kau tak faham apa yang aku rasa."
"Apa yang kau rasa?"
"Kau tau kan, dari zaman aku kat rumah wakaf lagi pun, aku cintakan Alan? Tapi Toh Puan Faridah halang aku."
"Bab tu yang aku tak faham dengan kau ni, Dila. Macam ni lah, kau bagi aku control Sayap Kuning Seguntur, aku akan gunakan finance aku. Dalam masa sama aku akan cuba rapat dengan Hafiz ni. Tapi aku hanya akan buat kalau Azlan setuju. Dia yang ada kata putus. Aku tak boleh buat keputusan kalau dia tak setuju."
"Lagi satu, boleh tak aku jumpa Alan? Aku rindu dia."
"Mana boleh lagi dah. Aunty Idah memang ban kau dekat dengan dia."

Adilah kelihatan kecewa apabila Ali berkata begitu.

Aku akan cuba tolong kau tapi aku tak boleh nak tolong kau semuanya. Okay?"
"Thanks tau, Ali."

--

Ali berjumpa dengan Azlan dan memberitahu hasrat Adilah kepadanya.

"Susahlah nak deal dengan Dila ni, Ali. Sejak kes itu hari, aku dah menyesal nak tolong dia. Menyusahkan kita je," kata Azlan.
"Dia kata dia nak bagi aku akses untuk Sayap Kuning."
"Kau tau kan konflik kat dalam keluarga Wan Demang ni sejak Perang Dunia Kedua belum settle? Puak Bukit Seguntur dan puak Kuala Kemuning ni dah bergaduh sejak dulu lagi. Hal ni bukan hal kita, Ali. Lagipun, ibu tak suka aku rapat dengan dia ni. Aku dah terkena getahnya dengan dia ni. Tapi atas dasar kemanusiaan, aku cuma boleh tolong rakyat Sepetang yang kemiskinan. Itu sahaja, Ali. Dia tak boleh minta lebih daripada tu. Kalau dia tak buat apa yang dia buat pada aku tu, aku takkan hilang tanah air aku sendiri ke tangan Tok Aki."

Ali akur dengan pendirian Azlan.

"Baiklah, aku akan beritahu dia pasal tu."

--

Azlan

Pada aku, she deserves it. Memang patut pun dia dalam keadaan tersepit macam tu. Apa yang dia kena sekarang apabila dia mengalami nasib ini. Aku tak boleh dipersalahkan atas keputusan yang dia pilih.

Apa yang Adilah buat pada aku, bukanlah tentang hal tangkap khalwat itu sangat yang aku marahkan. Aku tahu dari dulu lagi dia crush pada aku, tapi apa yang aku marah, disebabkan itulah Tok Aki bertindak merampas kuasa dan menjatuhkan aku di Melaut.

Dia berkomplot dengan Tok Aki untuk jatuhkan aku. Aku tahu ni sebab Pakcik Jamal yang beritahu pada aku yang Tok Aki minta pokok azimat berduri kepadanya. Rupanya Tok Aki yang bagi pokok tu kepada Adilah untuk memerangkap aku.

Adilah ingat dia jadi pemimpin Sayap Kuning tu, dia dah cukup hebat. Itulah masalah yang dia ada yang membuatkan aku jadi turn off kepada dia. Bukannya aku benci dia secara tidak rasional macam ibu benci kepada dia, aku tak benci pun Adilah ni. Tapi aku marah dan terlalu pahit untuk aku telan, apabila kepercayaan aku kepadanya dibalas dengan pengkhianatan semata-mata nak memuaskan nafsunya terhadap aku.

Dalam hidup aku, aku sebenarnya dah beberapa kali kena sexual harassment. Pertama, dengan Cleo, although Cleo minta maaf kepada aku. Walaupun memori tu agak menyeksakan aku, tapi aku maafkan dia, sebab Rasulullah mengajar kita untuk maafkan orang.

Kedua, Cindy. Dia tak pernah minta maaf kepada aku. Sebab tu aku benci kepada dia. Ketiga, Mastura. Walaupun dia bertelanjang dalam bilik hotel dan cuba untuk terjah bilik air itu tak menjejaskan fizikal aku, tapi ia masih memberi memori yang cukup pahit untuk aku. Dan dia pun sempat minta maaf sebelum dia meninggal dunia masa tragedi Tower Heights tu, aku maafkanlah.

Keempat, Adilah. Yang ini adalah antara yang paling pahit antara semua. Sekurang-kurangnya yang lain tu, aku tak hilang kerajaan. Yang Adilah ni, aku hilang kerajaan. Ini satu pengkhianatan yang besar.

Ada enam juta rakyat Melaut, dengan hampir 650,000 'orang dagang' diaspora Melaut di seluruh Gelanggayu dan seluruh dunia, yang merantau dan buat perniagaan di luar, yang baya ayah ikut ibu dan Tok Ismail, yang muda ikut Merlina dan Kamariah, mencari pelaburan dan perniagaan di serata dunia. Mereka ini adalah tanggungjawab aku yang arwah ayah tinggalkan kepada aku.

Bila aku dijatuhkan dengan cara macam tu, aku tak boleh balik Melaut kecuali bila aku dihukum sebat 100 kali, sebab ini dah masuk hukum kanun tubuh kerajaan negeri Melaut. Aku boleh sahaja balik ke Melaut, tadah sahaja hukuman dan teruskan hidup macam biasa. Aku dah pernah duduk hospital dua bulan sebab aku terkena bom di Manchester, takkan rotan 100 kali pun aku takut?

Aku lebih takut hukuman Allah di akhirat daripada rotan 100 kali. Tapi persoalannya sekarang, adakah aku ni patut dihukum? Kalau aku kata aku dianiaya Adilah, siapa yang nak percaya cakap aku? Aku, Azlan - yang merupakan anak billionaire Toh Puan Faridah, cucu Gabenor Bank Negara, cucu saudara bekas Perdana Menteri, dan anak kepada Muhammad Niat Kassim, dan keturunan Tengku Ishak - takkan lepas punya persepsi orang ramai kalau aku katakan aku ni dianiaya.

Atas sebab itu aku tak nak jumpa dia, aku tak nak tolong dia dan aku tak nak ada kait-mengait dengan dia lagi. Tapi dia minta tolong untuk bantu rakyat Sepetang tu, aku akan tolong. Walaupun aku tarik bantuan tu lepas peristiwa tu sebab aku marah, tapi lepas tu aku risau yang kalau aku tarik balik semua tu, ramai orang di sana jadi susah. Jadi aku sebenarnya jumpa Haji Abdillah, seorang tokoh ulama dari Sepetang, aku minta dia agihkan bantuan kepada orang-orang kampung di Sepetang, sebab aku tak boleh masuk negeri tu. Bantuan tetap dihantar, tapi bukan melalui Adilah dan Sayap Kuning.

Aku faham Adilah susah hati sebab mereka tak dapat bantuan kepada orang miskin di sana, tapi aku masih menyambung bantuan kepada mereka, cuma aku tukar saluran sahaja.

Masa aku termenung sambil merokok tu, tiba-tiba datang tauke kedai photostat si Merlina ni dengan bawa buku nota SPG dia. Macam baru balik tuisyen je. Dia duduk sebelah aku, kemudian masukkan buku dalam beg, dia keluarkan kerepek Jack and Jill perisa sour cream and onion.

Dia ni aku perhatikan memang suka makan perisa ni. Sampai satu tahap dia borong satu kedai runcit depan tu sebab dia suka sangat makan kerepek ni.

"Mer, kurangkan la makan makanan yang tak sihat ni. Kerepek ni banyak sodium," kata aku.

"Kata seorang perokok?" tanya Merlina. Aku terdiam terus. Pulang paku buah keras dia bagi aku.

"Bang, kita 'kau aku' je lah ek? Senang. Kalau kau sendiri hisap rokok, kau dah hilang lesen untuk nasihatkan pasal makanan sihat pada aku. At least aku tak merokok," kata Merlina.

Wow, defiant betul dia ni. Dah la pakai baju Korn. Garang betul dia ni. Jadi aku kena la ubah topik untuk kendurkan keadaan.

"Lawa baju Korn kau ni. Kau kenal ke band ni?"
"Asal? Kau ingat aku poseur ke? Sebelum kau nak tanya aku namakan tiga lagu macam 'abang knowledge' kat tepi bus stop, aku namakan je terus. Blind, Shoot and Ladders, Adidas. Kau tak payahlah test knowledge aku," kata Merlina.

Aku suka la perempuan macam ni. Cool habis! Dia macam bagi aku satu refreshment terhadap perempuan yang aku kenal. Nat suka berdebat, tapi bukan jenis pulang paku keras. Dila suka ikut aku, yang tu aku tak suka juga. Hanis suka berdebat, tapi dia lembut sikit.

Merlina ni macam Hanis cuma jenis Generasi Y. Jenis Attitude Era punya perangai. Lebih selamba dan lebih tough SOB, macam Stone Cold Steve Austin. Sebab tu aku tak kisah dia 'kau aku' dengan aku.

"Mer, kau tahun ni, SPG kan?"
"Haah, kenapa?"
"Takdelah. Sejak Faiz kerja dengan Shah, Din pulak macam dah busy, Radio Universiti tu dah macam hambar la. Aku ingat nak rebranding la."
"Bab rebranding ni, kau serahkan pada aku. Pandailah aku marketkan benda ni," kata Merlina.
"Kau ada idea?"
"Yes. Radio Universiti ni nama dia, skema. Boring. Tak menarik remaja macam aku langsung! Aku cadangkan kau tukarkan nama radio kau, jadi Radio Millennium. Sebab kami generasi muda ni, membesar di era menuju ke alaf baru. We are the millennials," kata Merlina.
"Wow, macam cool je. Kau boleh jadi DJ?"
"Aku mana ada masa, Alan! Aku dah la SPG, lepas tu nak handle business aku lagi, mesyuarat Rakan Niaga Rakan Muda kau tu lagi. Tapi aku tau siapa yang boleh handle ni."
"Siapa?"
"Lil Faysh sebab dia budak hiphop, Din Tapa sebab dia budak layan alternative rock, Kimi pun boleh juga alternative rock, ada dua tiga kawan perempuan aku yang boleh handle lagu pop macam Britney Spears, Spice Girls, Backstreet Boys tu semua. Boleh cater semua jenis crowd."
"Generasi korang ni ada banyak jenis genre jugak ya?" tanya aku.
"Mestilah. Bukan macam Gen X. Kalau dengar rock kapak, sampai ke tua la jadi kutu rock kapak. Kalau punk macam Bro Ali tu, sampai ke tua la lagu punk. Bosan beb kalau jenis suka satu type muzik ni," kata Merlina.
"Kau layan pop?"
"Apa pulak tak layan? Aku lagu Tamil pun aku layan."
"Alamak! Rare la kau ni..."

Seronok pulak aku borak dengan Merlina ni.

"Lan..."
"Ya?"
"Kau okay kan kalau kita 'kau aku' macam ni? Aku suka lepak dengan kau, tapi kalau aku panggil kau Abang Alan, macam ada gap umur pulak. Kau ni jenis chill, tak kisah lepak dengan golongan muda."
"Okay je. Aku dengan budak-budak Ali pun macam tu."
"Aku dengan Ali pun kau aku juga. Aku harap kau okay je lah ya?"
"Ya, okay lah. Kau nak tak makan cendol? Aku belanja."
"Yes! Ni belanja sebab Liverpool kalah dengan Manchester United! Hahaha Loserpool!"
"Diamlah! Eksyen betul budak MU ni menang semalam..."
"Glory glory Man Uniiiitedddd!"

Kau berlagak la sekarang, Merlina. Satu hari nanti bila Alex Ferguson bersara nanti, bila Man United jatuh, aku akan gelakkan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top