Episod 233 - 3 April, 1995

Dua hari selepas pilihan raya umum tamat, Dewan Undangan Negeri Wijayapura bersidang dan memilih Luqman Mohd Nor, ADUN Bukit Saga, sebagai Gabenor Wijayapura yang baru.

Luqman, yang baru berusia 26 tahun dan langsung tidak ada pengalaman mahupun rangkaian kecuali ayahnya yang merupakan kroni Jeneral Yahya, dengan memakai baju butang sebelah senget kerana terlewat bangun, mengangkat sumpah.

Di Bukit Istana, Tengku Ariffin bermesyuarat dengan Tengku Norman bagi menyusun strategi terbaru melawan gerakan Jeneral Yahya ni.

"Mujurlah bukan Azlan. Kalau dia tu, susah kita nak rancang ni. Budak tu otak dia macam ada Pentium processor microchip dalam otak dia," kata Tengku Norman.
"Kat sini je dah menunjukkan kelemahan Yahya yang nyata, kekanda. Kita boleh eksploitasi dari mangkuk ni," kata Tengku Ariffin.
"Ada hikmahnya juga peristiwa tu. Jadi Azlan bukan dalam team dia. Tapi, apa buah fikiran dinda?" tanya Tengku Norman.
"Faridah benci dengan Mat Nor, jadi kita boleh minta dia tarik semua investor keluar dari Wijayapura."
"Tapi dia tak boleh tunjuk favor. Dia tu businesswoman yang berpengaruh. Banyak share company blue chips yang dia pegang tu. Lagipun, janganlah sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Apa kata kita suruh sahaja Izham yang control dia?" tanya Tengku Norman.
"Memang itu pun yang dinda nak cadangkan pada kanda. Dengan cara tu, Izham boleh pastikan Wijayapura tak hangus terbakar dengan si badut ni," kata Tengku Ariffin.

Di Dewan Undangan Negeri Wijayapura, yang ada 88 ADUN, Luqman duduk seorang diri dan terkebil-kebil tak tahu apa yang perlu dibuat. Baru dia tahu, bukan senang untuk jadi seorang ADUN, apatah lagi seorang Gabenor.

Hari pertama masuk Dewan Undangan Negeri, macam-macam soalan diajukan kepada Gabenor Luqman.

Panik dengan keadaan itu, Gabenor Luqman terus meninggalkan dewan dan terus pergi ke pejabat Gabenor.

"Luq, you tak boleh tinggalkan dewan macam tu je!" kata Natasha.
"Dorang tanya macam-macam, apa I nak jawab? Hari ni baru hari pertama I jadi Gabenor!" kata Luqman, sambil tekan butang on pada Nintendo.

"Asyik main game je you ni. Luq, you are a governor now. Your job is to govern!" kata Natasha.
"You buatlah apa-apa. I tak tahu nak buat apa dah."
"Yihhhhhh!"

--

Datuk Khamis berjumpa dengan Izham, dan menghulurkan sejumlah wang dari Azlan untuk menyokong beberapa enakmen yang dimahukan olehnya.

"Ni...'biskut' dari siapa ni, Datuk Khamis?" tanya Izham.
"Tengku Ipin," Datuk Khamis gunakan nama Tengku Ariffin untuk mendapatkan sokongan dari ADUN-ADUN.

Antara projek yang Azlan minta ialah untuk mempercepatkan proses untuk memasang internet di bangunan-bangunan kerajaan, dengan memberi kontrak kepada FizzyTech untuk melaksanakannya.

Walaupun Hafiz sudah isytihar bahawa Azlan adalah musuhnya dan mula rapat dengan Tengku Ahmad, tetapi Azlan tetap membantu syarikatnya untuk mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan negeri.

Azlan tahu yang Luqman takkan mampu mentadbir Wijayapura dengan baik, jadi dia perlu menggerakkan orang-orangnya seperti Datuk Khamis untuk memastikan pentadbiran Wijayapura tidak menjadi teruk di bawah pentadbiran Luqman.

--

Faridah

Aku tak berkenan betul la dengan pemilihan si Luqman ni jadi Ace orang tua ni. Pakkal je Alan dulu ada kes dengan si betina sundal tu. Kalau tak, sepatutnya Alan yang jadi Gabenor.

Yang si Alan ni, dia nak juga tolong si Luqman ni walaupun memang teruk betul budak ni. Macam mana orang macam ni kau lantik dia jadi Gabenor?

Nasib baiklah aku dah banyak jual banyak aset aku kat Wijayapura ni, aku pindahkan ke Temasik. Bakal rosaklah bandar ni.

Aku tak suka anak si Mat Nor ni dapat nama dari usaha anak aku. Memang tak guna dia ni. He didn't deserve to be a governor! Sepatutnya Alan yang kena jadi Gabenor, bukan dia! Ni semua sebab si betina sundal tu. Menyusahkan aku betul!

Seingat aku, dulu arwah Bedol tu ada tanah kat hujung peta sana kat Kenidiri tu kan? Aku kena jumpa juga dengan Natasha kat office tu. Walaupun dia tu dah tak ada apa-apa dengan anak aku lagi, tapi dia tu anak Bedol. Aku kena tengok-tengok juga dia tu.

Aku sampai ke pejabat Gabenor, aku nampak Natasha duduk kat meja tengah pening kepala baca dokumen, dan si malaon ni sibuk main game.

"Kau ni nak kerja ke, nak main game? Kalau nak main game, balik rumah lah!" aku tengking anak si Mat Nor ni. Terus terkial-kial budak ni tutup game dia.

"Aunty Idah...apa khabar..." Natasha terus bangun dan salam cium tangan aku.

"Baik. Ni apa benda pejabat bersepah macam ni? Kau ingat ni rumah bujang ke kau nak bersepah macam ni?"
"Maafkan saya, Aunty..." kata Natasha.
"Bukan kau yang aku marah. Aku marah dia ni. Nak jadi Gabenor, tapi haprak! Pemalas pulak tu! Bapak borek anak rintik!"

Aku memang betul-betul lepaskan geram kat budak ni. Ikutkan hati aku memang nak pijak muka budak ni, tapi yang berdosa dengan aku ni bapak dia, bukannya dia.

"Aunty, boleh kita bincang kat luar kejap?" tanya Natasha.
"Aku datang ni memang aku nak berbincang dengan kau."

Natasha bawa aku pergi ke kantin Pejabat Gabenor, dan aku nampak muka dia macam rasa bersalah.

"Aunty, pertama sekali, saya nak minta maaf pada Alan..."
"Aku pun tak boleh buat apa. Aku tak nak masuk campur dengan hubungan korang ni."
"I terpaksa, I nak selamatkan company daddy..."
"Dah ayah kau pun dari dulu aku dah pesan, tapi dia tu lurus bendul sangat sampai ikut je cakap Mat Nor tu."
"Lagipun, Tengku Mina ugut I, kalau I terus kacau Alan, dia akan buat sesuatu. Every day I'm thinking about Alan. Aunty, tolonglah. Only Alan can do this. I don't think Luq can survive one week pun. Kalau macam ni, those seasoned politicians will eat him for lunch je."
"Alan tu memang dah dijodohkan dengan Mina pun, nak buat macam mana. Cuma masa dia bercinta dengan kau tu, Tengku Mina muda sangat. Jadi aku pun benarkan dia bercinta dengan kau kejap. Sebenarnya ikutkan, Tengku Ipin marah dengan aku pasal hal kau ni. Gini, aku takde masa sangat ni. Aku nak tanya, tanah arwah ayah kau kat Teluk Chendana tu macam mana?"
"Sekarang ni jadi projek terbengkalai, Aunty. Macam tak ada apa pun."
"Buat naya orang kampung tu je. Dah pindahkan orang kat situ, tapi projek tak jalan."
"Nak buat macam mana, dah PM pilih projek kat Kota Warisan tu jadi ibu negara baru. Dah tengah bina dah pun," kata Natasha.
"Aku ni nak tolong kau, tapi ringgit tengah teruk ni. Kos aku naik sejak krisis ekonomi ni. Tanah kau tu, tepi Laut Celebes tu kan?"
"Ya, Aunty."
"Aku nak develop kawasan tu, dan aku akan tolong kau selamatkan syarikat ayah kau. Dengan syarat..."

Mata Natasha macam dah penuh berharap.

"Ada dua syarat. Pertama, kau kena lantik semua kontraktor dan bagi semua projek-projek kerajaan negeri kepada Ali."
"Tapi Bang Iz pun nak jugak..."
"Ali tu bawah Izham la tu. Lagipun Izham dah kenyang pun, dia dah jadi menteri."
"Baiklah, yang kedua?"
"Kau perhatikan si Adilah tu. Kalau dia ada tindakan yang mencurigakan, kau beritahu aku. Terutamanya benda yang melibatkan anak aku."
"Aunty, can you tell Alan that I'm sorry?" tanya Natasha.
"Tak tahulah. Dia tengah sibuk study kat Oxford tu. Aku malas nak kacau sangat anak aku tengah belajar tu. Nanti kalau aku jumpa, aku beritahu. Aku pergi dulu."

--

Perkara pertama yang Natasha kena serabutkan ialah perarakan hari kebangsaan yang ke-46 yang akan berlangsung di Wijayapura. Natasha panggil Ali untuk uruskan kontraktor membina pentas untuk upacara perarakan itu nanti.

Natasha pandang banner Hari Kebangsaan yang bertemakan "Kecemerlangan Mencapai Wawasan" sambil memerhatikan orang-orang Ali sedang bekerja.

“Cantik logo Hari Kebangsaan tu. Siapa yang design?”
“Budak dia. Kau percaya tak, yang design ni umur dia 15 tahun? Dia design pakai komputer epal.”
“Wow, ye ke? Form Three dah celik IT. Hebat!”

Ali dan Natasha pandang ke arah TV.

“What does Haji Syaaban wants? It seems like he hold ransom to both sides, for his Islamization ideology.”
“Macam aku cakap, ini semua Tok Aki yang susun.”

Natasha pandang Ali.

“You mean, Tok Aki Melaut? Yang dulu I kena pergi jauh kedaung pergi rumah dia sebab nak pujuk Azlan balik sini tu?”
"Kau bila sebut nama Azlan je, mula merah pipi kau," kata Ali.

“Shut up…” Natasha ketawa, pipinya kemerahan bila dia sebut nama Azlan.
“Kenapa? Kau rindu dia ke?”
“Azlan? Pleaseee….lagipun kan dia dengan tuan puteri tu. I ni siapa la kan?”
“Dia selalu gak cakap pasal kau.”
“Tu lah tu. Nak buat macam mana, I bukan keturunan old money macam dorang tu."

Sejak Luqman jadi Gabenor ni, Ali mendapat banyak kontrak dengan Natasha. Kontrak seperti cuci longkang, potong dahan pokok, atau macam pasang bendera kat Dataran Pahlawan ni.

Walaupun Luqman ni jadi Gabenor, tapi hakikatnya Natasha yang buat kerja. Banyak persiapan yang perlu dibuat dalam perancangan Wijayapura untuk menganjurkan Sukan Komanwel, tetapi dalam keadaan krisis ekonomi yang begitu buruk ini, keadaan tidak begitu mengizinkan.

--

Pada bulan Februari lalu ketika matawang ringgit Gelanggayu diserang oleh spekulator, turut mengalami masalah ialah Barings Bank, sebuah bank saudagar Britain yang sudah lama bertapak di Temasik.

Barings Banks ialah sebuah bank saudagar Britain yang runtuh pada tahun 1995 selepas seorang peniaga di pejabatnya di Temasik, Nick Leeson, 28 tahun, kerugian kira-kira $1.3 bilion melakukan perdagangan tanpa kebenaran.

Ditubuhkan pada 1762, Barings ialah salah satu bank saudagar tertua di England dan pada satu ketika, malah Ratu Elizabeth II mempunyai akaun dengannya.

Bank Barings telah diasaskan pada tahun 1762 sebagai Syarikat John dan Francis Baring oleh Sir Francis Baring, Baronet Pertama, dengan abangnya John Baring.

Mereka adalah anak kepada John (né Johann) Baring, pedagang bulu Exeter, dilahirkan di Bremen, Jerman. Syarikat itu memulakan perniagaan di pejabat-pejabat di luar Cheapside di London, dan dalam beberapa tahun berpindah ke kuarters yang lebih besar di Mincing Lane.

Barings secara beransur-ansur mempelbagaikan perniagaannya, bermula dengan berniaga bulu kambing biri-biri kepada banyak komoditi lain, menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pertumbuhan pesat perdagangan antarabangsa, termasuk perdagangan hamba yang menguntungkan yang memperkayakan keluarga dan perniagaan dengan ketara dan membenarkan pengembangan ketara aktiviti dan prestij bank.

Kejayaan Baring banyak dipengaruhi oleh penubuhan rangkaian rumah yang sepadan. Salah satu hubungan yang paling berharga ialah Hope & Co., bank saudagar paling berkuasa di Amsterdam, pada masa itu pusat kewangan terkemuka di Eropah.

Hope & Co memainkan peranan besar dalam kewangan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan semasa Perang Tujuh Tahun (1756–1763) Thomas Hope dan abangnya Adria mendapat keuntungan daripada kedudukan neutral Belanda.

Pada tahun 1774, Barings memulakan perniagaan di Amerika Utara.

Menjelang 1790, Barings telah meluaskan sumbernya, baik melalui usaha Francis di London dan dengan persatuan dengan Hope & Co. Pada 1793, peningkatan perniagaan memerlukan perpindahan ke kawasan yang lebih besar di Devonshire Square.

Pada tahun 1796, bank itu membantu membiayai pembelian kira-kira 1 juta ekar (4,000 km²) tanah terpencil yang menjadi sebahagian daripada negeri Maine di Amerika Syarikat.

Bank itu telah terlibat dalam langkah geopolitik penting lain juga, membiayai Pembelian Louisiana pada tahun 1803 dan menyokong Amerika Syarikat semasa Perang 1812.

Barings juga membantu membiayai Napoleon dalam perang di Eropah, menjadikan bank ini sebagai bank yang berpengaruh.

Dengan hanya bermodalkan £1, pemilik Bank Oriental, Jacob Chong membeli bank tersebut serta melangsaikan hutang-hutang syarikat tersebut.

Barings Oriental kemudiannya diwujudkan, dengan Merlin Inc bersama-sama dengan syarikat insurans Belanda ING selain Bank Oriental mempunyai syer dalam syarikat tersebut, dijadikan sebuah lagi syarikat pengurusan aset (asset management) yang diuruskan oleh Faridah.

Sejak Tun Ismail menguruskan Serangan Subuh pada tahun 1980 ke atas Britain, ekonomi Britain berada dalam bayangannya. Hampir semua jaringan imperial Britain abad ke-19 dahulu semuanya jatuh ke tangan Faridah.

Faridah ni punyalah digeruni, sampai semua pemilik bank antarabangsa pun menggelarkannya sebagai 'The Diamond Lady', iaitu lebih berkuasa dan bernilai dari gelaran 'Iron Lady' yang dimiliki Margaret Thatcher.

Faridah kemudiannya menghubungkan Presiden Bill Clinton dengan Presiden Kwantong, Jiang Zemin, dan membincangkan tentang kemasukan Kwantong di dalam Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).

Jika Kwantong berjaya masuk ke dalam pertubuhan ini, maka barangan Kwantong dapat dijual di Amerika Syarikat dan Faridah, yang memiliki banyak kilang di Kwantong akan memperoleh keuntungan yang tinggi.

Faridah yang sudah bertapak di Kwantong sejak era awal Deng Xiaopeng membuat kekayaan yang besar di sana, dengan keuntungan itu kemudiannya disalurkan sebagai zakat dan disumbangkan dalam Yayasan Darul Mukminin, yang diasaskan oleh arwah suaminya untuk membantu orang-orang Melayu-Islam yang miskin di seluruh Gelanggayu.

Sekarang ia diuruskan oleh Azlan, maka setiap kali orang miskin mendapat bantuan dari Yayasan Darul Mukminin, nama Azlan akan ditulis dalam surat itu.

Maka ramai orang-orang Melayu dan Islam di Gelanggayu menerima manfaat dan mendoakan kesejahteraan ke atas Azlan, secara tidak langsung.

--

Melalui program Rakan Niaga dalam Rakan Muda yang diuruskan oleh Azlan, Merlina dapat membina rangkaiannya sendiri. Seramai 45,000 usahawan muda, kebanyakannya dari orang Melaut atau keturunan 'orang dagang' mula membina kekayaan.

Sementara situasi di Melaut kini dalam keadaan kritikal akibat Tok Aki dengan Republik Islam Melautnya, ramai orang-orang Melaut yang berpindah ke Wijayapura dan Temasik menjadi usahawan yang berjaya melalui program ini.

Ramai juga orang-orang Ayam Hitam menyertai program ini, dengan Ali juga mendapat keuntungan dari program ini. Ali yang mendapat kepercayaan dari Tok Aki dan Fauzan, menggunakan rangkaian ini, dan kini Tok Aki dan Fauzan terpaksa bergantung kepada Ali dari segi kewangan.

Perlahan-lahan, kesetiaan kumpulan dalam Tok Aki pun mula berpindah kepada Ali, kerana mendapat habuan.

--

Adilah

Tok Aki ni bodoh betul lah. Dia takut dengan pengaruh Azlan, tapi dia ambik juga Ali. Dah tentulah kalau kau ambik Ali, serupa kau ambik juga Azlan.

Tok Aki ni tak perasan agaknya ramai orang-orangnya dah perlahan-lahan berpindah ke Wijayapura dan jadi pengikut Ali, dan tak berminat untuk meneruskan perjuangan Tok Aki ni.

Ini membuktikan bahawa seorang yang berjanggut panjang dan pakai serban macam Tok Aki ni takdelah bijak mana pun.

Aku dapat tahu dari orang-orang aku di Peshawar, yang Ali sudah mula bergerak dan menyalurkan senjata dan peralatan lain untuk Taliban merampas kuasa dari Presiden Burhanuddin Rabbani di Afghanistan.

Nampak sangat Tok Aki ni dah mula hilang kawalan dalam organisasi dia sendiri. Fauzan pulak tidaklah bijak mana kalau nak bandingkan dengan Tok Aki.

Percayalah kalau Tok Aki mati, Fauzan takkan mampu kawal semua organisasi ini, dan Ali akan kawal semuanya dan akan serapkan ke dalam Ayam Hitam. Ini apa yang aku nampak berdasarkan situasi semasa.

Aku tahu semua ni tapi aku ada tiga sebab utama kenapa aku tak nak beritahu ini kepada Tok Aki. Pertama, aku nak tengok Tok Aki sendiri sedar atau tidak tentang perbuatan Ali yang perlahan-lahan 'makan' dia, kedua pula aku kenang jasa Ali lepas aku merempat, dia yang banyak bantu aku ketika di rumah wakaf, dan ketiga dan paling penting, cinta aku terhadap Azlan yang aku nak tengok dia bangkit kembali selepas aku jatuhkan dia dulu.

--

Ali

September 1995-Februari 1996

Selama lima bulan, aku mengikuti Fauzan dan Hazrat di Afghanistan dan masuk ke sana melalui daerah Herat yang bersempadan dengan Iran. Fazrul tak ikut sebab ada final exam.

Iran ni sebab Tok Aki dan Fauzan ada kabel banyak dengan dorang ni, sebab Tok Aki ada membantu dalam menjayakan revolusi Iran pada tahun 1979 dulu.

Tok Aki sedar yang Iran ni Syiah, dan selalu orang yang tak faham tentang pergerakannya akan melabelnya sebagai Syiah. Tapi Tok Aki ni, menurut apa yang aku faham, menolak label Syiah-Aswaja ni. Bagi Tok Aki, yang ada cuma satu Islam, Syiah dan Aswaja ni tak lebih dari sekadar label politik.

Apa sahaja pergerakan untuk Islam, Tok Aki akan sokong. Aku pernah dengar dulu dalam satu tazkirah, dia ada cakap, ‘di Barat, Katolik dan Protestan bekerjasama tanpa peduli hal mazhab atau perbezaan pendapat dalam agama untuk dominasi Barat selama ni. Walaupun ada pun perselisihan, yang penting adalah dominasi dari segi ekonomi dan geopolitik’.

Sejak berundurnya Soviet Union dan jatuhnya kerajaan komunis Najibullah, persaingan kuasa antara Presiden Burhanuddin Rabbani dengan Gulbuddin Hekmatyar, walaupun tahun lepas mereka ada buat perjanjian damai.

Kemudian ada gerakan Hezbi Wehdat yang disokong oleh Iran, yang memperjuangkan etnik Hazara. Kemudian ada Abdul Rashid Dostum, yang dulunya komander polis rahsia KHAD (macam Sayap Kuning di Gelanggayu) untuk kerajaan komunis boneka Soviet, Republik Rakyat Afghanistan dari 1978 hinggalah dia membelot kepada Najibullah pada tahun 1992.

Kemudian ada Ahmad Shah Massoud, seorang lagi warlord yang memimpin pergerakan Mujahideen melawan Soviet Union pada tahun 80an.

Semua ini berperang sesama sendiri sehinggalah CIA, menerusi Pengetua dan kabel-kabel dia di Pakistan tu menyediakan senjata untuk gerakan Taliban. Dan Tok Aki asalnya membantu dalam penubuhan Taliban, aku tak rasa dia sedar yang Pengetua sedang game dia. Dalam masa sama aku rasa Pengetua pun tak sedar yang Tok Aki sedang game dia bila dia suruh Haji Syaaban hold lama masa PRU tahun lepas.

Disebalik Pengetua dan Tok Aki bekerjasama untuk jatuhkan keluarga al-Daulah terutamanya Tengku Mahkota, Tengku Norman, mereka berdua ni sebenarnya bersaing sesama sendiri.

Si tua wiski tu berkiblatkan Amerika dan liberal demokrasi, Tok Aki pulak memperjuangkan gerakan khilafah Islam yang menguasai dunia.

Sepanjang aku di Afghanistan ni, kami berempat bergerak ke beberapa buah bandar di negara ni, dengan menaiki lori Toyota dari kawan Hazrat yang bernama Ghulam, seorang pejuang Taliban.

Ada masanya, macam di Chabar Shamba, ada pertempuran sengit antara puak Rashid Dostum yang kebanyakan dari bangsa Uzbek dengan Taliban yang Pashtun. Jadi berminggu-minggu juga aku terperangkap kat kampung tu.

Bercakap tentang masyarakat Afghan ni, walaupun mereka ni miskin, tapi mereka ni pemurah. Satu perkara yang aku nak ceritakan ni, masa kami semua berada di sebuah kampung bernama Bala Morgab, aku disambut oleh ramai orang kampung di situ.

Ada yang nak jamu aku dengan makanan iaitu landi palaw, sejenis nasi yang dimasak dengan kambing. Dia punya sedap, masya Allah! Aku pun memang duduk menyandar lepas makan. Ada pulak roti naan bakar yang dimakan bersama gulai qormah e sabzi, iaitu sejenis kurma yang warnanya hijau, berbanding kurma kat Gelanggayu yang warna kelabu.

Orang perempuan tak ada kat ruang tamu, semua duduk di dapur. Aku berjumpa dengan ketua kampung, yang merupakan penyokong Taliban. Dia kata dia ni asalnya sokong Burhanuddin Rabbani yang menyatukan semua Mujahideen masa berperang dengan Soviet, tapi lepas Soviet balik tu, Burhanuddin ni hilang pengaruh dia kat kawasan macam ni. Dia hanya berada di Kabul sahaja, tapi kawasan lain dikuasai oleh ketua kabilah lain.

Jadi Taliban ni dia cakap, kebanyakannya dari orang Pashtun. Dia pun orang Pashtun, tapi ada juga orang dari kaum lain macam Dari atau Aimaq.

Taliban ni dia tahu yang Afghanistan ni ada banyak kaum, dan disebabkan itu, yang mengikat hubungan antara semua ialah Islam dengan aliran Deobandi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top