Episod 231 - 17 Mac, 1995

Sehari sebelum hari penamaan calon, Datuk Seri Rahizan telah menukar senarai pilihanraya yang telah diluluskan oleh Datuk Seri Azmi dengan memalsukan tandatangan Perdana Menteri.

Watikah pelantikan calon oleh Presiden Parti Persekutuan telah ditukar, dengan orang-orang pro-Azmi telah ditukar ke kawasan yang susah nak menang, dan orang-orang pro-Rahizan di kawasan yang menjadi kubu kuat.

Dengan bantuan dari Datuk Khamis dan orang-orangnya, Datuk Seri Rahizan menjangkakan Datuk Seri Azmi bakal goyang menjelang pemilihan Parti pada masa akan datang.

Rahizan juga berpakat dengan Izham, dengan membuat perjanjian antara Gagak Merah dan Zamrud Hijau agar tidak mengganggu sesama sendiri dan jatuhkan Wak Brahim sebagai Gabenor Wijayapura.

Maka pada hari penamaan calon keesokannya, berlaku perbalahan antara orang-orang pro-Azmi dan pro-Rahizan. Rahman, yang selama ini menjadi teman aktiviti songsang bersama Rahizan di Henderson Heights, mula marah kerana tindakannya mensabotaj ayahnya.

Dalam rakaman video yang disiarkan di televisyen, Rahman dilihat menjerit ke arah Rahizan yang sedang berarak menuju ke dewan untuk mendaftar namanya sebagai calon Parlimen Bukit Segar, berteriak: "Rahizan main bontot! Rahizan gay!"

Padahal dia pun dua kali lima juga.

Pergaduhan sesama sendiri dalam Parti Persekutuan antara Datuk Seri Azmi dan Datuk Seri Rahizan sangat jelas, tetapi di Parti Jujur lain pula ceritanya.

Shahrizal dan Daniel mengedarkan surat layang kepada semua ahli-ahli Parti Jujur agar tidak mengundi Wak Brahim dalam pilihanraya ini kerana skandal rasuah dan salah laku tadbir, serta undilah Luqman untuk perubahan.

--

"You tau tak you almost disqualified tadi sebab tak isi borang ni dengan betul? Kalau you disqualified tadi, memang sia-sia you kena maki dengan Pengetua! Yihhhhhh!" jerit Natasha ke muka Luqman.

"I mana tau, Nat. I ingat you dah isikan," jawab Luqman.

"Hello! Yang nak bertanding ni you ke I? You yang nak bertanding, you la kena isi, kena tandatangan, kena sediakan duit. Ini semuanya I yang kena uruskan, macam ni baik I je jadi calon!"
"Benda dah settle, kan? Relax la, membebel je you ni. I nak main game pun tak boleh," kata Luqman yang sedang bermain game Mortal Kombat.
"Game? Hey, Luq! You sedar tak yang you ni nak bertanding jadi Gabenor? Apa I nak jawab dengan daddy you kalau you malas macam ni? Tengok tu, orang cakap kat dia, dia buat tak tahu je. Yihhhhhh!"

Natasha jadi tertekan dengan sikap acuh tak acuh Luqman dalam menguruskan penamaan calonnya. Semua ini takkan terjadi kalau Azlan masih lagi Ace Pengetua. Tetapi sejak Pengetua memilih Luqman sebagai Ace barunya menggantikan Azlan, semuanya serba tak kena bagi Natasha.

--

Azlan

Pada hari penamaan calon yang sedang berlangsung di Gelanggayu, aku di Abingdon pada jam 3 pagi, sedang menunggu laporan dari Faiz tentang apa yang berlaku di ground.

Walaupun besok aku ada pertandingan polo dalam universiti Oxford jam 8 pagi esok, tapi aku gagahkan diri dan korbankan waktu tidur aku untuk memastikan apa yang aku susun mengikut apa yang diharapkan.

Faiz menghantar email pada aku pada jam 3:51 pagi, masa ni mata aku dah benar-benar rabak. Tapi aku tahan sahaja sambil menghabiskan masa menonton video tape VHS drama BBC House of Cards lakonan Ian Richardson.

Aku beritahu Faiz agar memberitahu kepada Datuk Khamis yang dia dan pasukannya telah lakukan perkara yang terbaik, dan aku akan hantar semua ahli parlimen di bawah Datuk Khamis akan dapat seorang RG2 juta, sementara ADUN akan dapat RG1 juta. Shah pula aku beri RG5 juta untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Parti Jujur.

Dah tahu apa yang berlaku tu semuanya tersusun cantik, aku dah boleh terus sambung tidur. Subuh jam lima pagi, jadi ada masa dua jam untuk lelap sebelum aku bersenam untuk menyiapkan diri dalam pertandingan polo nanti.

Di Oxford, aku menyertai pasukan polo dalam pertandingan peringkat varsiti menentang Imperial College London pada hari ini. Aku minta kawan-kawan dari kelab fotografi untuk mengambil gambar aku yang paling cantik. Aku sendiri pun setiausaha kelab, jadi setakat minta tolong tu, apa salahnya. Bayarlah sikit.

Aku perlukan gambar ini sebab aku nak scan gambar ni dan dihantar ke Faiz untuk dicetak di akhbar. Jadi takdelah aku senyap je selepas kejadian tangkap basah tu. Orang masih lagi ingat aku dan jadi politisyen ni, ini adalah perkara yang penting. Bila orang lupakan kau, maknanya lagi teruk daripada kau berdepan dengan kontroversi.

Lepas pertandingan ni, aku pergi ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Gelanggayu ke Britain untuk membuang undi pos.

Sanggup aku gagahkan diri untuk bawa kereta sejauh dua jam semata-mata nak undi ni. Bila dah dapat kertas undi, aku buat undi rosak untuk Parlimen dan DUN.

Mesti kau pembaca ni tanya, apa jadahnya aku drive jauh-jauh lepas tu buat undi rosak? Macam kerja sia-sia je kan.

Nope, setiap undi adalah suara rakyat dan aku adalah rakyat Gelanggayu, dan menjadi tanggungjawab aku untuk menyuarakan pandangan aku menerusi peti undi. Akan tetapi....

Aku merasakan sementara Uncle Daniel ni baik orangnya, tapi aku tak nak undi dia hanya sebab dia uncle aku. Dia boleh la buat kerja, tapi aku ni tak nak undi dia sebab aku tak percaya dengan sistem demokrasi ni.

Tapi kalau tak percaya, kenapa buang undi juga? Sebab setiap kali aku membuang undi rosak, itu adalah suara aku memprotes terhadap sistem ini. Tapi macam mana pun, aku tetap menyertai pengundian ini sebab ini sahajalah proses untuk suara aku sebagai rakyat Gelanggayu untuk didengar.

Mungkin kau rasa aku masih buat kerja sia-sia masih mengundi rosak walaupun undi pos. Tapi aku rasa aku masih berhak dan perlu menyatakan pandangan, walaupun aku menyampaikan undi rosak.

Kalau aku tak turun mengundi, karang nama aku kena guna untuk pengundi hantu pulak nanti. Macamlah aku tak tahu akal Datuk Seri Azmi ni macam mana.

--

Natasha balik ke pejabat, tengok Luqman sedang terbongkang tidur dengan TV dan video game masih tak tutup, kemudian dia order pizza dengan langsung tak kemas dan biarkan pizza di kotak terbuka, dengan sekeping pizza terjatuh di atas permaidani, serta sebotol Chivas yang dah tertumpah atas fail-fail atas meja.

“For fuck sake, Luq! Grow up lah! Eiiii!”

Luq mendengar suara Natasha, kemudian dengan mabuk dia cuma gelakkan reaksi Natasha.

Natasha marah, dan terus tinggalkan pejabat.

Di dalam kereta, Natasha menangis. Dia bukannya suka sangat pun pada Luqman ni, tetapi terpaksa ‘bercinta’ kerana sejak penggabungan syarikat ayahnya dengan syarikat Datuk Mohd Nor, dia dipaksa untuk bercinta dan bakal berkahwin dengan Luqman.

Hatinya sakit melihat perangai Luqman yang langsung tak ambil peduli tentang kempen. Sudahlah bangun lambat, satu input idea pun tak ada. Kemudian nak jadi calon Gabenor pun sebab ayah yang suruh.

Natasha mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ali. Dia pergi ke gerai tomyam Ali, kelihatan Ali sedang membantu pekerja-pekerjanya mengangkat barang dari lori.

“Eh, Nat. Kejap, supplier barang aku sampai. Kau duduk dulu, kejap lagi aku borak dengan kau.”

Natasha tengok walaupun Ali cuma belajar sampai darjah tiga, tapi semua pekerjanya ikut cakap dia, sebab dia sekali buat kerja, walaupun dia seorang bos.

Selepas selesai mengangkat barang, Ali ke meja Natasha.

“Kau kenapa nangis ni?”
“Luqman la! I sakit hati dengan dia! You tau, I balik office je, nampak dengan TV tak off, game terbuka, lepas tu Chivas tumpah kat fail, pizza jatuh atas karpet, siapa tak sakit hati? Ingat I ni nak kena babysit budak ke? Yihhhhh!”

Ali senyum.

“Dia tu jenis anak manja ke?”
“Exactly! Dia tak macam Azlan, langsung! Jauh beza!” Natasha tepuk meja.

Dari senyum, Ali gelak.

“Apasal you gelak?”
“Rindu ex lama ke?”
“Hey! No way! I just cakap je perbezaan perangai. Tu je.”
“Kau lapar ni, Nat. Bila kau lapar, kau cepat marah.”
“Macam mana la I tak lapar, Ali? I ni, nak tolong kempen dia jadi Gabenor Wijayapura, dari pagi sampai malam, setiap hari. Weekend pun I kerja, kumpul maklumat! Dia membongkang je tidur, main game, lepas tu bila orang suruh fokus, give him two minutes! Two minutes, lepas tu dia dah start boring. I ni, sepanjang hari, makan roti bun je tau!”

Ali angkat tangan dan pekerjanya datang.

“Kau nak makan apa?”
“Apa yang sedap?”
“Kau nak makan nasi lauk ke macam mana?”
“No, no. I tak boleh makan nasi. Nanti gemuk.”
“Poyolah, Nat. Ni, aku cadangkan kau makan tomyam udang.”
“Oh my God, sedapnya. Meleleh air liur I.”

Ali angkat tangan dan panggil pekerjanya.

“Mu masok tomye udey so, pahtu mu bagi nasik, samo telur dadar so. Air mu bagi fresh oren,” Ali memberi arahan.
“Bereh bro Ali.”

“How do you make your workers obey to your order?” tanya Natasha.
“Nat, dorang bukan pekerja aku. Kami sama-sama kerja. Aku ketua dalam kumpulan ni dan mereka semua bekerja sama-sama dengan aku. Aku bukannya retorik macam ahli politik, kerja sama saya, bukan untuk saya. Aku kerja memang sama-sama, sebab kita semua sama-sama cari makan.”
“You can be a far far better Governor than Luqman. Tapi kenapa Pengetua tak nak you je jadi Ace?”
“Sebab aku yang menolak. Mula-mula nama aku kena petik juga jadi Ace.”
“Kenapa you tolak?”
“Sebab cuma ada satu sahaja Ace,” kata Ali, merujuk kepada Azlan.
"Itulah, if only Alan tak terlibat dalam kes dengan Dila tu. Which is weird, Dila tu kawan dengan I, takkan dia sanggup buat macam ni. Ye lah, walaupun I ni ex Alan, tapi dia mestilah jaga hati I as her best friend."

Ali tersengih je pandang Natasha.

"Kenapa you tersengih macam tu, Ali?"
"Dari cara kau cakap ni, macam kau baru kenal Adilah ni semalam je."
"I kenal dengan dia since I kat university kot. Dia satu kolej kediaman dengan I. You kenal Dila ke?"
"Dia membesar kat rumah wakaf macam aku. Of course la aku kenal dia tu macam mana. Eh, aku ada kerja. Kau makanlah dulu," kata Ali.

--

Natasha

Oh my God, Luqman! Yang you pergi muntah sebab nak bersihkan sampah kat longkang tu, dah kenapa? You tau tak you dah damagekan campaign you?

Sabar je lah! Stress!

Today ada photo op kat Seksyen 16 punya shoplot tu. Orang newspaper dengan TV datang sebab dia bertanding calon Gabenor Wijayapura.

Lepas tu, dengan kutip sampah dengan muka geli, lepas tu buat muka loya kat longkang. You nak orang Wijayapura undi you, tapi you tengok longkang, you dah loya.

Macam mana you nak menang ni? Ingat dengan duit bapak you tu, you boleh rasuah seluruh Wijayapura untuk undi you ke?

Dah lah datang lambat, orang TV, press kata pukul 8 pagi, pukul 11 pagi baru sampai. Lepas tu pakai pulak kereta Ferrari you tu. Apasal tak pakai je kereta yang lagi marhein untuk posing untuk suruh rakyat nak undi you?

I harap orang Wijayapura cukup bodohlah untuk undi you ni, because kalau tak, the whole mission is dead.

--

Datuk Bakri sedang brief orang-orang dalam SPR berkenaan pilihanraya kali ini dari segi logistik dan perjalanan pilihanraya pada hari Ahad, 9 April 1995.

Tetapi beberapa orang dalam, sedang dalam proses untuk memanipulasi keadaan di beberapa kawasan yang dikatakan kawasan orang-orang Datuk Seri Azmi.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan juga menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya. Dia hanya akan memastikan orang-orangnya menang, dan tinggalkan mungkin dalam lima orang sahaja untuk penyokong Datuk Seri Azmi dalam Dewan Rakyat nanti.

Operation Downfall sedang dijalankan dengan giatnya oleh puak republikan yang dipimpin Pengetua. Di sebelah pengumpulan dana, Datuk Mohd Nor sedang mengumpul wang untuk membeli semua aset-aset yang bakal dijual Tengku Mahkota.

Di sebelah perang saraf, dilakukan oleh Shahrizal Hamdi di pihak Parti Jujur, dan Luqman di pihak Parti Persekutuan.

Operation Downfall ini adalah serangan pelbagai arah terhadap Datuk Seri Azmi, sekaligus melumpuhkan tongkat pertama pemerintahan keluarga diraja al-Daulah, iaitu bahagian legislatif.

Selepas puak republikan menguasai Parlimen nanti, Datuk Seri Azmi akan diasak sehingga meletak jawatan. Jika dia masih bertahan sehingga tahun 2000, undi tidak percaya akan dilancarkan.

Apabila menjatuhkan Datuk Seri Azmi, tongkat kedua iaitu bahagian eksekutif pula dijatuhkan. Bahagian ketiga yang akan dijatuhkan ialah dengan mendraf semula hak-hak raja seperti Perkara 3 dan Perkara 301 Perlembagaan Gelanggayu, berkenaan hak-hak istimewa Sultan dan keturunan Al-Daulah.

Ia seterusnya menjurus untuk perlantikan hakim-hakim yang pro-republikan, dan membuang semua hakim yang setia dengan Sultan, sekaligus membolehkan Sultan boleh didakwa.

Peringkat kelima ialah dengan bekerjasama dengan negara-negara jiran sekiranya berlaku perang saudara, maka dapat bantuan dari negara mereka. Begitu juga bantuan dari negara-negara EU dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

White House dah bagi lampu hijau untuk regime change. Lagi senang kalau Parti Demokrat yang suka busy body hal-hal negara orang lain ni. Bill Clinton (atau sebenarnya Hillary) kata okay.

Peringkat yang terakhir ialah menguasai bahagian tentera. Hal ini biarlah Pengetua yang handle, memandangkan dia mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam kem tentera.

Kalau pihak monarki tak dapat mencium semua ni, Republik Gelanggayu dapat diasaskan dalam sekitar tahun 1998-2000.

Pengetua sudah merancang ini sejak 1969 lagi. Perancangan selama 26 tahun ni nampaknya sudah boleh memulakan langkah pertamanya.

Pada Pengetua, inilah pilihanraya terakhir untuk Parti Persekutuan Nasional sebelum dia menuju kehancuran sebelum tahun 2000.

--

"Luq, you dah check ke belum speech you untuk kempen malam ni? I nak masukkan dalam teleprompter," tanya Natasha sambil cekak pinggang.

Luqman buat tak tahu, sebab dia sedang fokus main game Metal Slug.

Natasha jadi menyirap, dia capai air kopi yang berada di atas mejanya, kemudian dia simbah kopi itu ke muka Luqman.

“Apa masalah you ni? I lagi sikit je nak habiskan stage ni.”
“You know what? Staff semua campaign untuk you tau. Orang pasang poster, pasang bendera, buat iklan untuk you, hantar flyers. Yang I ni, fikirkan pasal campaign strategy you, fikir pasal rival attack ads. You buat apa?”
“I bayar korang apa.”
“You know what, Luq? Kalau macam ni attitude you, I quit.”
“Okay, okay. Sorry. You tolonglah I isikan borang tu. Tangan I sakit sebab pegang joystick ni. Tangan cramp nak pegang pen.”
"Yihhhhhh! Idiottttt!"

Natasha terus keluar dari pejabat dengan muka menyirap. Dia kemudian perlahan-lahan memandu ke arah rumah Azlan. Dia pandang dari keretanya, tingkap bilik Azlan.

“Alan, kenapa lah hari tu you buat perangai? You tau tak, kalaulah you tak buat perangai, you could be the youngest governor in Gelanggayuan history. Orang akan forever ingat you yang jauh lebih charismatic than Luqman. Alan, I wish I can help you.”

Natasha memendamkan perasaannya – demi harta ayahnya berada di tangan Datuk Mohd Nor.

--

31 Mac, 1995
Malam terakhir kempen

Tok Aki tiba di surau bersama Fauzan yang memandu dari jauh dengan lori kobisnya. Semua mahu mendengar ceramah pilihanraya Haji Syaaban, dalam kempen sebelum hari terakhir.

Hafiz hanya lepak belakang dan makan kuih ketayap yang dibuat oleh Ustazah Zabedah dan Hidayah, sambil pasang telinga.

“Assalamualaikum, boleh duduk sini?”
“Eh, Tok Aki, Fauzan. Boleh je. Silakan.”
“Kamu apa khabar?”
“Baik je, alhamdulilah.”

Tok Aki diam dan kemudian fokus dengan ceramah Haji Syaaban.

“Tok Aki tak bertanding ke?” tanya Hafiz.
“Ha, bertanding? Nak buat apa bertanding?”
“Hafiz memandang Tok Aki dengan pelik.
“Esok mengundi, hari ni kat sini. Tok Aki tak daftar mengundi pun.”
“Kenapa macam tu?”
“Kamu daftar mengundi?”
“Tak.”
“Kenapa kamu tak daftar?”
“Sebab saya tak percaya pada sistem pilihanraya ni. Tok Aki kenapa tak daftar mengundi?”

Tok Aki hanya ketawa.

“Malas,” jawab Tok Aki.
“Jawapan yang lebih jujur daripada saya,” kata Hafiz.
“Kemalasan datang dari kekecewaan. Kekecewaan datang dari pengharapan yang tidak kesampaian.”
“Pertama kali saya dengar orang cuba rasionalkan kemalasan dengan cara berfalsafah macam ni,” kata Hafiz.
“Malas tu sifat manusia biasa. Semua manusia pun akan sampai satu tahap, dia akan berasa malas.”
“Tapi kampung Tok Aki, di Melaut, jauh dari sini. Untuk bergerak jauh ke sini semata-mata kerana nak tengok ceramah, itu satu komitmen bukan datang dari orang yang malas?”
“Tok Aki bersahabat dengan Haji Syaaban. Dah dekat 30 tahun dah. Mengembara sama-sama, masuk penjara sama-sama, ternyata dia bukan sahabat yang mengecewakan. Jadi, takdelah timbul kemalasan tu.”

“Jadi, Tok Aki rasa siapa akan menang?”
“Pilihanraya ni? Puak republikan.”

Hafiz kelu, tak faham. Bukan ke Republikan tu parti kat Amerika? Ronald Reagan, George Bush.

“Kenapa?”
“Saya ingat Tok Aki cakap Persekutuan ke, Jujur ke?”
“Kalau kamu rasa pilihanraya ini pertarungan antara Persekutuan menentang Jujur, kamu silap. Pilihanraya kali ini ialah pertarungan antara pro istana, dan pro republikan.”
“Ada pro republikan ke dalam negara ni?”
“Ada, di semua parti.”
“Termasuk Gagasan Ummah?”
“Ya.”

Hafiz tergaru-garu kepala.

“Bila baca berita kat akhbar, tengok berita kat TV, jangan tengok satu lapis. Ada banyak lapisan. Contohnya, Fauzan, bak sini suratkhabar hari ni?”

Fauzan menghulurkan akhbar Warta Rakyat pada Hafiz.

“Cuba baca tajuk berita ni?”
“Pelabur lari kerana sistem ekonomi tidak terbuka, kata Shahrizal.”
“Okay, kau rasa ini ayat untuk orang pro mana?”
“Entah? Haa, republikan?”
“Sebab apa?”
“Bunyi macam menentang je?”
“Jawapan kau betul. Tapi huraian kau salah. Kegawatan ekonomi yang sedang kita berdepan ni, adalah dirancang. Ia untuk memastikan puak yang menyokong keluarga al-Daulah, akan dijatuhkan.”
“Tak faham?”
“Sebab keluarga al-Daulah menguasai separuh dari ekonomi Gelanggayu. Jadi macam ayat Shahrizal, pelabur lari sebab ekonomi tak bebas. Jadinya apa?”
“Dia nak keluarga al-Daulah kurangkan percent?”
“Bukan kurangkan. Hapuskan terus. Okay, baca ni,” Tok Aki selak satu lagi mukasurat.
“Masalah bekalan air akan selesai sekiranya saya menang, Luqman.”
“Republikan ke monarki?”

Hafiz angkat bahu.

“Dua parti berbeza, tapi statement sama.”
“Kenapa Tok Aki cakap macam tu?”
“Sebab pengurusan air di bawah pengurusan keluarga al-Daulah. Begitu juga elektrik dan lain-lain. Dan kamu dengar ceramah Haji Syaaban ni.”

Haji Syaaban bercerita tentang betapa perlunya umat Islam berganding bahu menentang korupsi dan penindasan.

“Republikan? Habis tu, siapa Gagasan Ummah yang monarki?”
"Masa tahun 1986, lepas Gagasan Ummah kalah, Tengku Mahkota nak ambil alih Gagasan Ummah untuk jadikan parti ni parti peribadi dia. Tapi Majlis Syura menentang. Jadi, apa Haji Syaaban buat, ialah berpura-pura bekerjasama dengan Tengku Mahkota, dan biarkan je dia kawal Parti.”

Hafiz terkejut bila nampak dalam Gagasan Ummah pun ada berlaku perpecahan.

“Tok Aki sokong republikan ke monarki?”
“Tok Aki? Tok Aki sokong Islam.”
“Yang mana satu sokong Islam?”
“Dua-dua tak, sebenarnya. Baik republikan mahupun monarki. Tapi permainan Gagasan Ummah ialah mahu menyelit dan menyokong agenda-agenda yang pro Islam dalam Dewan. Mereka tak nak menang banyak, cuma dalam 10-15 kerusi, sudah.”
“Macam mana nak jadi kerajaan?”
“Mereka tak nak jadi kerajaan, mereka nak jadi kingmaker. Penggal kali ni memang akan pening kepala penganalisis politik,” Tok Aki bangun dan terus menuju ke Haji Syaaban sebaik dia tamat membuat ucapan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top