Episod 230 - 1 Mac, 1995

Suruhanjaya Pilihan Raya Gelanggayu (SPRG) mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 18 Mac, hari pengundian awal pada 28 Mac sementara hari mengundi jatuh pada 1 April, 1995.

Tarikh itu diminta oleh Azlan ketika menghubungi Datuk Khamis, yang mempunyai hubungan yang kuat dengan ketua-ketua jabatan yang dia sendiri pilih.

Kenapa 1 April? Kerana hari itu adalah hari Sabtu, tetapi sebagai seorang yang sinikal terhadap demokrasi, Azlan sengaja memilih hari April Fool sebagai hari di mana inilah pertama kali dia campurtangan secara langsung terhadap proses pilihanraya ini.

Dengan menggunakan internet, Azlan menghantar e-mail untuk berkomunikasi dengan Datuk Khamis, Fazrul dan ibunya, Faridah.

Kabilah-kabilah lain tidak mempunyai kelebihan ini, dan mereka tidak nampak apa yang dirancang oleh Azlan, dengan menggunakan rangkaian 'orang dagang' Melaut untuk menguasai politik di Wijayapura.

Krisis matawang ringgit Gelanggayu akibat diserang spekulator, George Soros dengan arahan dari Jeneral Yahya, adalah sebahagian daripada perancangan awal dia untuk melancarkan Revolusi Nasional, untuk menggulingkan kerajaan al-Daulah.

Banyak perniagaan yang gulung tikar, tapi Merlina dan kawan-kawannya masih lagi boleh bertahan kerana mendapat bantuan dari Faridah. Begitu juga dengan perniagaan Ali.

Harga barang melambung naik, orang ramai kehilangan kerja. Amat malang sekali nasib Datuk Seri Azmi terpaksa bubarkan Parlimen dalam keadaan ekonomi yang begitu buruk.

Dalam masa sama, Datuk Seri Rahizan pula sedang menyusun catur untuk memancung bosnya, Datuk Seri Azmi. Dia mahu Parti Persekutuan tidaklah kalah, tapi banyak kerusi yang hilang.

Sementara itu, Parti Jujur pimpinan Shahrizal Hamdi mahu menumbangkan Parti Persekutuan, dan mengakhiri 23 tahun pemerintahan parti itu.

Dalam masa sama juga, Luqman bertanding menentang Ibrahim Abu Samah dalam pilihanraya Gabenor Wijayapura, jadi Azlan memberitahu Faiz untuk membuat propaganda untuk penduduk Wijayapura membuat 'split voting'.

Untuk Parlimen undi Jujur, untuk DUN Wijayapura undi Persekutuan. Slogan yang digunakan ialah 'Undilah Perubahan'.

Maknanya apa yang Azlan mahu ialah untuk mewujudkan sentimen anti-penyandang (anti-incumbency) dan menyuruh Luqman dan Shahrizal menggunakan retorik menyerang establishment (kalau Parlimen serang Azmi, kalau DUN serang Ibrahim) bagi mewujudkan efek orang ramai undi Jujur untuk Parlimen, undi Persekutuan untuk DUN Wijayapura.

Untuk Parti Jujur dalam kerusi Parlimen, semua calon yang disenaraikan ialah calon yang dipilih sendiri oleh Azlan berlandaskan konsensus dari Shahrizal dan Daniel, sementara Parti Persekutuan untuk DUN pula, Azlan meminta Izham untuk mengawal Luqman, dan kebetulan, Natasha yang menjadi teman wanita Luqman, rapat dengan isteri Izham.

Untuk Gagasan Ummah, Azlan mahu jumlah mereka cukup signifikan untuk jadi 'kingmaker', untuk cetus ketidaksenangan hati Tengku Norman. Bila Tengku Norman tidak tenteram, Datuk Seri Azmi akan menerima tekanan.

Dalam masa sama Datuk Seri Rahizan akan cuba jatuhkan Datuk Seri Azmi, dan Parti Persekutuan akan terbelah dua. Begitu juga dengan Parti Jujur.

Ketika Azlan sedang berbalas dengan menggunakan Internet Relay Chat (IRC) untuk menyusun perancangan, kawan-kawannya iaitu Thom, Jonny, Phil, Ed dan Colin dah sampai untuk berjamming untuk berlatih lagu album terbaru mereka, The Bends sebelum sesi recording.

"Okay, computer," kata Thom bila nampak Azlan asyik memandang ke arah komputer.

"That'll be your new album title," kata Azlan, sebelum dia bangun dan 'shut down' komputer selepas dia selesai memberi arahan.

--

Azlan

Apa yang aku sedang buat ni ialah 'hack the political system'. Dengan letak orang ini kat situ, orang ini kat sini, apa yang aku buat hari ini akan sampai kesannya hingga 20-30 tahun akan datang.

Secara kasarnya, yang orang nampak ialah Persekutuan lawan Jujur, Gagasan Ummah selit mencelah, dengan United Lamas Association Party jaga hak minoriti peribumi mereka.

Tapi apa yang orang tak nampak ialah Shahrizal lawan Wak Brahim dalam Parti Jujur, Shahrizal lawan Azmi rebut Perdana Menteri, Rahizan lawan Azmi rebut jawatan Presiden Parti Persekutuan, Izham menunggang Luqman untuk lawan Wak Brahim untuk Gabenor Wijayapura, Izham lawan Rahizan dalam pertarungan 'underground' antara Gagak Merah dan Zamrud Hijau, dan persaingan utama ialah antara Pengetua yang nak lancarkan Revolusi Nasional lawan Tengku Norman sebagai pemegang taruh kepada kumpulan establishment di negara ini.

Tetapi disebabkan pertarungan yang penuh kompleks ini, aku telah merangka strategi bagaimana nak jadi 'kancil' yang mengelak-elak daripada dirempuh 'gajah'.

Aku berani jamin, semua orang pada malam pilihanraya akan tergamam dan tak tahu macam mana keputusan yang macam ni boleh berlaku.

Tapi apa-apa pun keputusan, keputusan ini akan berpihak sepenuhnya kepada aku. Dan lepas ni, aku dah boleh kawal ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat, dan ADUN-ADUN di DUN Wijayapura.

--

Adli dan Amin Kob Noblurs mengayuh basikal BMX menuju ke Merlin Skatepark, bersebelahan projek Stadium Nasional Puncak Jaya.

"Weh, macam kurang orang je, tak macam biasa," kata Adli sambil main skate di half pipe.
"Entahlah, aku rasa orang dah main tempat lain kot," kata Amin Kob Noblurs.

Sekali nampak riuh-riuh di hujung sana, kerana lagenda skateboard negara, yang kini menetap di Munich, Jerman, Nizaruddin Mustapha atau dikenali sebagai Din Tapa sedang 'grind' di tepi tangga.

"Weh, Din Tapa laaahhh!" kata Adli.
"Patutlah! Weh, jom jom jom!" Amin Kob Noblurs terus berjalan ke arah orang ramai.

Lagu Come Out And Play dari Offspring berkumandang ketika Din Tapa sedang buat Japan Air.

Amin Kob Noblurs terpandang Jessica yang sedang bersama-sama kawan-kawannya, dan hatinya terus berdebar-debar bertemu dengan crushnya.

Adli pula sedang memerhatikan budak-budak Lil Faysh sedang battle b-boyz sambil pasang lagu DJ.

"Hai, Jessica?"
"Oh hai, Amin kan nama you?"
"Yes, yes."
"Hey, thanks tau sebab ajar I macam mana nak save images kat floppy disc. Pandai la you main komputer," kata Jessica.
"Takdelah, apa yang Kak Mer ajar, saya buat je."
"Kak Mer tu rapat dengan saya kot, tapi dia ajar, saya langsung tak faham. Laju sangat dia ajar."
"Jessie, you main mIRC?"
"Yup, nickname I jessica_daniel84. I selalu main channel #wijayapura, #wijayaskate #wijayamusic."
"I see. I punya..."
"Kawan I panggil, sorry. Got to go!"

Amin Kob Noblurs belum sempat memperkenalkan diri, Jessica dah pergi.

"Kau toksah berangan la nakkan Jessica Daniel tu. Bapak dia ahli parlimen, sepupu dia tu...hmmm, Bro Alan! Jangan target tinggi sangat, Amin. Nanti kau jugak sakit," kata Adli.

--

Ali

Aku berjumpa dengan Abang Fauzan dan berbincang untuk membantu Tok Aki.

"Dah lama Tok Aki harapkan pertolongan kau, Ali. Aku harap kau boleh tolong Tok Aki dalam nak mengembangkan Daulah Islammiyah di seluruh dunia. Kita nak dirikan kerajaan Khilafah Global yang akan diperintah oleh kita orang Melayu. Aku akan terangkan pada kau apa grand strategy ayah aku," kata Fauzan.

Aku berkerut dahi. Apa benda pulak grand strategy ni? Tapi aku ikut jelah masuk.

“Ini adalah sebahagian dari grand strategy Tok Aki untuk mendirikan khilafah dan menegakkan pemerintahan Islam secara global.”

Abang Fauzan kata begitu dengan begitu rileks. Muka tenang je, seolah-olah macam benda yang dia cakap tu, kacang goreng.

Abang Fauzan cerita, tentang macam mana Tok Aki nak pastikan semua ini terjadi. Dia mulakan cerita Afghanistan selepas pengunduran tentera Soviet Union pada tahun 1989.

Sebaik sahaja Soviet mengundurkan diri, puak-puak Mujahideen ini berperang dengan tali barut Soviet yang bernama Najibullah. Selepas Soviet Union lenyap pada tahun 1991, setahun kemudian Najibullah ni pun cuba larikan diri ke Bharat, tapi orang kanannya, Abdul Rashid Dostum membelot dan bekerjasama dengan puak Mujahideen yang diketuai oleh Ahmad Shah Massoud.

Selepas Najibullah jatuh, Burhanuddin Rabbani menjadi Presiden Afghanistan, tapi puak Hezbi Islami yang diketuai oleh Gulbuddin Hekmatyar telah memberontak.

Pada tahun 1994, Abang Fauzan, yang mewakili Tok Aki, telah ke Arab Saudi bagi bertemu dengan Osama bin Laden. Mereka kemudiannya duduk di Kandahar di sebuah madrasah, sebelum menubuhkan sebuah pertubuhan yang dipanggil sebagai Taliban.

Tok Aki, yang sekarang ni rakan baik Pengetua yang ada ramai kawan dalam kalangan jeneral tentera Pakistan, yang dalam usaha nak menjatuhkan keluarga al-Daulah, menggunakan kabel Pengetua untuk menyalurkan bantuan kewangan dan senjata untuk puak Taliban ni.

Cuma bila dengar cerita Abang Fauzan ni, aku tak tahu la siapa gunakan siapa. Tok Aki gunakan si tua wiski tu ke, atau si tua wiski tu gunakan Tok Aki?

Sebab walaupun matlamat mereka ni sama, untuk jatuhkan keluarga al-Daulah, tapi dorang ni banyak perkara yang bercanggah. Dan kena ingat, Tok Aki ni rapat dengan Pak Wan Radzi. Maknanya Pak Wan Radzi pun ada game dia tersendiri.

Hazrat ajak aku untuk ke Afghanistan tahun depan bersama Fauzan. Katanya, Taliban sekarang dalam momentum untuk menang dan tewaskan kerajaan Burhanuddin Rabbani dan Gulbuddin Hekmatyar serentak.

Aku tanya, macam mana dalam masa dua tahun je, Taliban boleh jadi besar macam tu?

“Itulah dia grand strategy Tok Aki,” kata Fauzan.

Aku rasa menarik jugak ikut dorang ni untuk membina networking ni. Cumanya, aku rasa Tok Aki ni mesti ada rancangan kilas dia, kalau Pengetua sangkut dengan rancangan dia pada tahun 1998 nanti.

Hari Ahad. Entah apa mereng pagi-pagi cuti ni, si tua wiski tu call nombor aku.

Sementara aku belum kuat lagi ni, aku kena buat baik dulu dengan dia ni. Tapi apasal ajak jumpa pagi buta ni!

Aku nampak pagi-pagi lagi, Kecik sedang menyiram pokok bunga. Dia ni dari aku mula-mula kenal dia masa aku lari dari rumah dulu, dia punya semangat cintakan alam sekitar ni menebal.

Walaupun bab gaduh ni dia memang paling berani, tapi bab jaga pokok, jaga bunga, dia ni memang aku nampak memang dia suka bab macam tu.

“Awal bangun, bro Ali?”
“Kau tu yang awal bangun.”
“Biasa je ni, bro. Udara pagi, segar.”
“Jom, sarapan kat pasar Layarjaya?”
“Kejap, bagi saya habis siram pokok ni dulu.”
“Aku mandi dulu.”

Mentari keemasan
Indah menyinar bumi
Burung bersiulan
Meniti pelangi

Ombak berlari lari
Menyusur pantai impian
Membawa bersama
Misteri seribunya cinta

Engkau dan aku
Ada punya persamaan
Bagai alam diciptakan
Saling bergandingan
Berputik cinta asmara
Mekarnya berbunga
Menghiasi ruang taman hati ini

Sedap pulak pagi-pagi ni dengar suara Ning Baizura sambil bawak kereta. Hari ni jalan lengang, tak sibuk. Cuaca pun baik, dan Kecik pulak ikut aku hari ni.

Sebab aku rasa aku memang kena pergi juga Afghanistan ni untuk bina networking kat sana. Tujuan aku bawa dia sarapan ni, sebab aku nak serahkan kuasa pada dia untuk jaga Ayam Hitam sepanjang aku ada di Afghanistan.

Tapi sebelum bincang benda serius, aku nak bercerita sikit tentang Lontong Pak Wahab Kening. Pak Wahab Kening ni orang panggil dia macam tu, sebab kening dia tebal macam komik Ryukyu, Shin Chan.

Azlan cakap macam pemimpin Soviet, Leonid Brehznev. Aku pulak cakap macam pemain gitar Oasis, Noel Gallagher. Tapi kau dapatlah point aku ni.

Aku suka lontong Pak Wahab Kening ni sebab kuah lontong dia pekat, dia tak pakai santan kotak macam kebanyakan orang niaga lontong kat Wijayapura ni. Menurut cerita orang pasar, Pak Wahab ni jam 3 pagi ni lagi dia dah bukak kedai dia. Subuh dia rehat jap, lepas tu pukul 6 dia bukak balik.

Biasanya memang ramai orang nak makan kat kedai dia ni, kena cepat untuk dapatkan tempat duduk. Tapi disebabkan aku ni abang kawasan, tempat aku akan sentiasa ada kat sini.

Lontong dia, kuah warna kuning dengan sambal di atas. Ada suhun, fucuk, kacang buncis, lobak merah dan telur dia bagi satu biji. Harganya cuma RG2. Dia punya nikmat, Masya-Allah! Menyandar aku dengan Kecik.

Air pulak, aku pesan teh sarbat, sebab perut aku ni kembung angin. Perkena teh sarbat ni boleh buang angin. Kecik minum air kopi.

“Kecik, aku amanahkan kau, jaga budak-budak kita ni. Kau pandai-pandailah uruskan, ya?”
“Bro Ali nak pergi mana?”
“Aku ada hal kena settle. Tapi kalau kita berjaya settle ni, geng kita ni akan ada banyak duit dan senjata.”
“Bro nak pergi mana?”
“Afghanistan.”

Muka Kecik berubah, mukanya agak murung.

“Kenapa, Cik?”
“Susah hati la kalau bro pergi tempat macam tu.”
“Rilek la! Kalau aku tak pergi, rugi. Ini untuk Ayam Hitam jugak.”
“Bro jaga diri elok-elok la kat sana ya?”

Aku tepuk bahu Kecik.

“Kau ni dah macam perempuan pulak. Rilek la!”
“Bila bro nak pergi?”
“Aku tunggu apa kata Abang Fauzan nanti.”

Lepas aku hantar Kecik balik, aku terus ke rumah si tua wiski tu. Dia sedang bersarapan roti bakar dan kopi.

“Kau dah sarapan?”
“Dah, Pengetua.”
“Sarapan apa?”
“Lontong.”

Dia geleng kepala.

“Pagi-pagi sarapan benda berat macam tu. Lemak bersantan, kolesterol tinggi. Patut la produktiviti Melayu ni lemah,” kata si tua ni.

Eiiii, ada je yang tak kena asal aku datang jumpa orang tua ni. Asal jumpa je, kutuk Melayu. Panas betul aku tengok muka orang tua ni. Tapi takpe, belum tiba masanya lagi.

“Ada apa, Pengetua?”
“Kau ikuti perkembangan politik yang terkini?”
“Saya ikut.”
“Apa yang kau faham situasi sekarang?”
“Kuasa untuk tentukan kerajaan kat tangan Haji Syaaban dan Gagasan Ummah?”
“Aku tau gameplay Tok Aki ni. Ia dipanggil sebagai Kingmaker’s Plan. Taktik ni mengeksploitasi kelemahan sistem parlimen Westminster. Dia angka paling kecik, tapi sebab dua parti terbesar tak cukup nombor, maka dia sebagai parti yang kecik akan bagi term untuk menentukan hala tuju negara.”

Pengetua tuangkan air kopi ke cawan aku.

“Tok Aki ni dari tahun 1979 sampai sekarang, dia masih percaya dia punca Revolusi Iran. Dia tak tau yang benda tu CIA yang buat. Aku dengan Kissinger yang rancang benda tu, sebab Shah Iran dok syok tekan harga minyak masa tu. Arab Saudi pun pandai kawtim tepi masa tu dengan deal pakai US dollar. Sekarang, dia tengah sibuk nak buat geng Taliban tu, untuk dirikan khilafah katanya. Kahkahkah! Dia tak tahu ke dulu, masa zaman Ron jadi Presiden dulu, aku yang tolong CIA deal dengan Osama bin Laden dengan kawtim dengan Pakistan masa perang Soviet dulu?”
“Kalau camtu, kenapa Pengetua bekerjasama dengan Tok Aki?”
“Sebab dua-dua pun nak jatuhkan keluarga al-Daulah sebelum Tengku Norman naik takhta. Jadi, boleh tak, kau tolong tengok apa plan si Tok Aki dengan Fauzan ni untuk aku?”

Aku mengangguk. Aku sedar, aku kena main banyak kolam dalam usaha membina apa kelenting yang Pak Engku cakap dulu?

Ya, clandestine networking. Sorrylah, aku belajar takat darjah tiga je. Ayam Hitam ni bukan sekadar gangster kutip wang perlindungan kat pasar je, tapi jaringan antarabangsa untuk memastikan matlamat menjadikan Azlan sebagai pemimpin dunia.

Tu je matlamat aku.

Lepas tu, aku jumpa Aunty Idah dan dia bawak aku dan jumpa dengan Merlina ni. Merlina ni menghadap komputer sambil dengar rancangan TV Wijaya, Money Matters.

Tapi mata aku perhatikan je apa yang dia tengah buat. Aku nampak dia pergi ke akaun bank orang, lepas tu kan kat belakang tu ada sen-sen. Contoh, RG256.32 dalam akaun kau. Yang dua sen tu, dia pindahkan ke sebuah akaun.

“Kau buat apa ni?”
“Curi duit satu sen.”
“Hah?”
“Aku pergi kat akaun bank orang, lepas tu aku ambik la sen-sen ni. Customer bukan perasan pun.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu, kaya lah. Bayangkan, ada berjuta-juta akaun bank. Kalau ambik sesen dua, tak ke kaya?”

Kimak betul dia ni. Tapi dia buat ni tak kantoi ke?

“Tak kantoi ke?”
“La, Aunty Idah kerja Bank Negara. Tak kantoi la. Janji duit ni jangan ditayang-tayang. Kita ni jangan jadi hamba duit, biar duit yang jadi hamba kita.”

Budak Merlina ni ketawa terkekeh-kekek. Aku faham maksud dia ni.

"Siapa ajar kau buat macam ni?" aku cekak pinggang.
"Abang kenal tak owner FizzyTech?"
"Siapa? Mana aku kenal siapa?"
"Hafiz Samsudin. Syarikat dia pasang internet."
"Internet tu apa?" tanya aku.
"Ni la. Kita dapat tengok website, macam ni."
"Aku tengok tulisan je. Nombor-nombor. Takde gambar ke?"

Tak faham aku tulisan apa benda entah kat komputer si budak Merlina ni.

"Saya nak explain panjang pun tak guna bang, kalau abang tak tahu apa itu internet," kata Merlina.
"Eh budak ni. Aku makan garam dulu sebelum kau," kata aku.
"Kalau saya cakap ni, abang jangan kecik hati tau. Abang makan garam banyak-banyak, nanti blood pressure tinggi. Daripada abang sembang makan garam dulu, baik abang masuk kelas komputer saya. Mur mur je. Setiap hari Khamis jam 3-5 petang. Yuran RG10 je sebulan. Penting ni teknologi ni. Akan datang, semua benda kat internet ni."
"Akan datang semua benda kat internet? Kalau aku lapar, nak masak nasi goreng, internet ni boleh masakkan aku nasi tak?"
"Takdelah boleh masak nasi goreng, tapi boleh order nasi goreng dari internet. Lepas tu ada la orang akan hantar abang nasi goreng bungkus. Abang tak payahlah pergi kedai, dah ada orang tolong hantarkan," kata Merlina.
"Tapi tulisan je aku tengok ni..."
"Rilek la, teknologi ni baru bermula, Bro Ali. Akan datang, teknologi akan macam-macam ada. Nak tengok TV, boleh. Dengar radio, boleh. Nak urusniaga boleh. Nak berborak dengan kawan kat Amerika pun boleh. Eh, Abang Alan online! Ping dia kejap lah!"

*Ping adalah fungsi chat di era mIRC, untuk mengejutkan orang yang dalam chat.

“Duit satu sen ni kau nak buat apa?”
“Buat bayar cukai.”

Budak ni, masa kecik minum susu Dumex ke?

“Kejap, aku nak tanya kau kejap.”

Merlina pusing kerusi dan pandang ke arah aku.

“Apa dia?”

"Kau sedar tak yang kau ni mencuri?"
"Ya, saya curi. Tapi duit curi ni saya salurkan kat pembayaran cukai."
"Kenapa kau bayar cukai dengan curi duit orang?"
"Sebab saya tak nak bayar cukai, terutamanya kerajaan yang langsung tak kompeten dan korup macam Gabenor Wak Brahim ni. Tapi disebabkan saya ada banyak company, tetap kena bayar juga. Jadi saya curi duit ni untuk offset la kerugian saya bayar cukai kat kerajaan tak berguna ni."

Peh, radikal betul budak perempuan ni. Curi duit sebab nak bayar cukai. Melanggar undang-undang untuk mengikut undang-undang. Lain macam budak ni.

“Kau boleh tak ajar aku macam mana nak buat semua ni?”
“Boleh ajar, tapi saya makan 5% keuntungan bro Ali. Amacam?”
“Ish kau ni. Belum apa-apa dah mintak percent?”
“Mana boleh bagi free je, bro Ali. Kalau kita bagi free, ia jadi tak bernilai. Tapi kalau bayar, bro akan bekerja keras untuk terus dapat untung.”
“Tapi kau cakap kita jangan jadi hamba duit?”
“Betul. Kita yang buat duit tu kerja untuk kita, bukan kita kerja untuk dapatkan duit. Camni, cuba bro tengok TV tu. Dia cakap pasal apa?”
“Krisis matawang ringgit Gelanggayu, banyak syarikat melingkup.”
“Kan? Syarikat melingkup ni, kita boleh selamatkan yang mana boleh buat untung balik. Dalam saham ni, kita kena baca sentimen. Macam tu la Soros jatuhkan ekonomi Gelanggayu, macam tu jugak la orang macam saya ni akan jadi kaya.”
“Kira kau jadi macam Soros lah?”
“Lebih kurang. Tapi tak akan orang sangka perempuan muda macam saya ni pun mampu buat. Lagi pulak zaman sekarang ni ada teknologi internet.”
“Okay, set! 5 percent!”

Aku bersalaman dengan Merlina ni.

“Berapa modal yang bro ada?” tanya Merlina.
"RG200 juta."
“Fuh, kaya. Boleh jadi partner ni.”
"Kau ada berapa syarikat? Berapa value aset kau?"
"Saya ada 25 syarikat, semua sekali takdelah banyak macam Bro Ali. Ada la dalam RG27 juta. Tapi banyak dah transfer ke USD. Ringgit value tengah jatuh ni. Simpan, rugi."

Budak ni memang otak Soros! Walaupun budak sekolah, tapi cara sembang macam geng broker saham. Gila betul, mana la Aunty Idah jumpa budak genius macam dia ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top