Episod 209 - 5 April, 1991
Hafiz, Faiz dan Din semua bergembira kerana hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan dalam semester akhir mereka sebagai pelajar Universiti Wijayapura, Diploma Jurusan Sains Komputer 1988-91.
Azlan dah tamat pada Mac lalu, sebab dia ambil kertas soalan dari Oxford, sementara Adilah pula dah tamat minggu lepas. Azlan mengambil peperiksaan di British Council, dan bukan di Dewan Peperiksaan Universiti Wijayapura seperti semua orang.
Selepas ini Azlan akan menyambung pelajaran dalam bidang antropologi dan sosiologi pada ijazah sarjana muda, dengan kerjasama Oxford juga, menerusi program LDL (long distance learning), dan Adilah juga mengambil bidang antropologi dan sosiologi, tetapi ijazah dari Universiti Wijayapura.
Maknanya Azlan dan Adilah akan berada dalam satu batch yang sama dari tahun 1991 hingga 1994. Faiz bercadang untuk terus bekerja sebagai DJ di Radio Universiti bersama-sama dengan Saiful, Din dapat tawaran kerja tech support di Wijaya TV.
Hafiz? Dia di dalam persimpangan dilema antara sambung belajar atau kerja. Dia mahu bekerja untuk dapatkan wang, dan mahu membantu keluarga, dalam masa sama dia mahu belajar, kerana dia mahu bersama-sama dengan Adilah.
Mereka berlima berbuka puasa di medan ikan bakar Teluk Gong, walaupun tempat itu diperkenalkan oleh Allahyarhamah Hanis, namun mereka masih lagi melepak di situ.
"Tak sangka kita akhirnya habis jugak belajar," kata Faiz.
"Tu lah, aku dah dapat kerja dah kat Wijaya TV," kata Din.
"Permanent?" tanya Azlan.
"Haah," kata Din, tersenyum.
"Alhamdulillah. Kau Faiz, nak kekal jadi DJ kat RU kan?" tanya Azlan.
"Mestilah. Aku nak pastikan alternative rock menguasai muzik Gelanggayu. Boring betul aku scene geng rock kangkang, rock mat rambut gerbang ni. Aku nak jadi founder muzik grunge kat negara ni!" kata Faiz, sambil tepuk meja.
"Awak, Dila?" tanya Azlan.
Dila pandang Azlan, kemudiannya tersenyum.
"Saya sambung belajar, ijazah sarjana muda dalam bidang antropologi dan sosiologi, minor psikologi," kata Adilah.
"Poyo la, Dila. Tiru saya. Saya ambik degree antropologi dan sosiologi, minor sains politik."
"Biarlah saya nak tiru awak!" kata Adilah sambil tersenyum memandang Azlan, kemudian dia menjelir lidah gaya manja. Hafiz perhatikan sahaja reaksi Adilah setiap kali dia dengan Azlan.
"Kau pulak, Hafiz?" tanya Azlan.
"Nantilah aku fikir dulu," kata Hafiz, hanya tunduk memandang ke arah nasi sementara menunggu azan maghrib berkumandang.
--
Dalam kereta, Azlan pasang radio, dan Saiful sedang memasang lagu Hunger Strike dari Temple of the Dog.
I don't mind stealin' bread from the mouths of decadents
But I can't feed on the powerless when my cup's already overfilled, uh huh
But it's on the table, the fire's cookin'
And they're farmin' babies, while the slaves are all workin'
And it's on the table, their mouths are chokin'
But I'm goin' hungry (goin' hungry)
I'm goin' hungry (goin' hungry)
I'm goin' hungry (goin' hungry)
I'm goin' hungry (goin' hungry)
Mata Azlan walaupun fokus memandu, dia memerhatikan reaksi Hafiz dari tadi. Dia nampak Hafiz ni macam koyak bila dapat tahu yang Adilah akan ambik subjek yang sama macam Azlan masa degree nanti.
"Kenapa ni?" tanya Azlan.
"Takde apa," jawab Hafiz.
"Kau marah Dila ke sebab dia ambik course yang sama macam aku?"
"Bukan hak aku pun nak marah dia," kata Hafiz.
"Hafiz, aku tanya soalan tadi tu, sebab aku nak tolong kau. Kau nak sambung belajar ke, kerja ke, business ke. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong kau," kata Azlan.
"Tak apalah, Alan. Kau dah banyak tolong aku. Masa depan aku, biar aku sendiri yang fikir."
"Kau nak sambung belajar?" tanya Azlan.
"Aku mana ada duit sambung belajar."
"Mintak la biasiswa. Yayasan Darul Mukminin akan tolong," kata Azlan.
"Entahlah, aku fikir aku nak kerja je lah. Malas la belajar."
"Kau nak kerja apa?"
"Apa-apa je lah. Aku malas nak fikir serabut. Aku kerja je lah 7-Eleven ke, McDonald's ke. Aku berusaha tinggi-tinggi macam mana pun, Dila bukannya pandang aku pun," kata Hafiz.
"Cuba kau jangan fikir macam tu, boleh tak? Macam ni lah. Anak jiran aku, si Merlina tu, dia teringin nak belajar komputer. Dia tu selalu je ada kat kedai fotostat ibu aku kat Seksyen 12 Puncak Jaya. Aku bagi gaji kau 1,200 ringgit sebulan. Kau nak?" tanya Azlan.
Hafiz diam. Dia tak memberikan sebarang respon.
"Kalau kau tak nak, aku bagi je kat Din. Biar dia dapat duit lebih. Ajar Sabtu Ahad je pun. Time hari sekolah cuti."
"Kalau aku kerja sambil belajar, kau rasa okay?" tanya Hafiz.
"Apa jua yang memajukan diri kau, aku akan sokong sebagai seorang sahabat, Hafiz. Cadangan aku, kau belajar bawa kereta, lepas tu kau beli kereta. Selamat sikit kau nak ulang alik dari universiti ke kedai ibu aku tu. Lagipun kalau kau nak date dengan perempuan macam Adilah, takkan la kau nak naik bas atau naik motor? Adilah sendiri pun bawak kereta Honda Accord."
"Hina ke orang yang tak ada kereta macam aku ni, Lan?"
"Tak ada siapa yang hina kau pun bila kau tak ada kereta. Tapi, kau kena realistik la sikit. Kalau kau ada kereta, Dila pun okay kalau nak ajak kau keluar. Ni kalau kau tak ada kereta, mestilah mak ayah dia tak bagi dating dengan kau. Ni bukan soal aku hina tak hina. Ini soal realiti," kata Azlan.
"Realiti ni, siapa yang catatkan? Tuhan kan?"
"Hafiz...."
"Sebab tu lah aku tak peduli pun dengan Tuhan ni, sebab dia pun tak pernah pedulikan aku."
Azlan dah dapat agak dah, Hafiz mesti meluahkan pendapat agnostiknya setiap kali isu ini berbangkit.
"Siapa cakap macam tu, Hafiz? Hafiz, sekarang ni, masa kita sedang bercakap ni, tentera Serbia sedang mengepung bandar Saravejo. Di Palestin, tentera Israel menembak mati kanak-kanak di Hebron, di Ramallah, di Gaza. Di Sudan, berjuta manusia berdepan dengan kebuluran. Di Nagorno-Karabakh, ramai orang Islam dikepung oleh tentera Armenia dan Soviet. Kau ni, baru makan ikan siakap bakar, ada rumah, ada makanan, ada bekalan air bersih, negara pun aman, kau tak rasa ke apa yang kau cakap ni, seperti mendustakan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kau?" tanya Azlan.
"Memang la aku cukup makan, ada rumah apa semua. Tapi kenapa ada orang, Allah jadikan dia kaya, handsome, bijak, lepas tu ada yang hodoh, lepas tu miskin macam aku?"
"Hafiz, Allah uji kita ni dalam pelbagai cara. Aku ni, walaupun ada banyak duit hasil apa yang arwah ayah aku turunkan kepada aku, dan ibu aku seorang billionaire pun, besok kat Padang Mahsyar, aku kena soal dengan Allah, apakah segala kekayaan yang diberikan tu aku dah bantu umat Islam atau tak. Kalau aku fikirkan tembolok aku sendiri, dan tak peduli orang miskin, tak peduli anak yatim, tak peduli golongan gelandangan, golongan yang tinggal di setinggan, apa aku nak jawab dengan Allah kat Padang Mahsyar nanti?"
"Ini semua retorik kau je, Alan. Kau dah dilatih jadi ahli politik. Aku? Aku bukan siapa-siapa. Dah takdir aku dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa. Bapak pun jadi penyanyi pop yeh-yeh 60an, tapi royalti kena tipu dengan produser. Aku bukan orang senang macam kau."
"Kalau kau berterusan nak menjadikan aku sebagai antagonis dalam hidup kau, susahlah aku nak tolong kau, kawan," kata Azlan.
"Aku cuma nak perhatian dari dia, Alan! Susah sangat ke? Aku dah buat semua yang kau suruh. Kau suruh aku diet, aku dah diet. Kau suruh aku workout, aku jogging, sit ups, semua tu aku dah buat. Kau suruh aku pakai kemas-kemas, aku dah cuba buat. Tapi tak pernahnya good enough!"
Azlan pandang sahaja lampu merah di persimpangan jalan. Dia diam, dan tidak mahu membalas apa-apa yang diperkatakan oleh Hafiz.
"Kenapa kau diam?" tanya Hafiz.
"Susah aku nak berdebat dengan orang yang sentiasa pesimis ni. Maaflah, aku bukan jenis yang macam tu," kata Azlan.
"Kalau kau kat tempat aku, kau akan rasa bahagia ke?" tanya Hafiz.
"Ya. Sebab aku tak perlu pergi ke banyak tempat, jumpa dengan orang-orang besar, kena berpura-pura depan ramai orang, kena fikirkan masalah ramai orang bila berlaku krisis macam kemarau atau banjir. Aku cuma belajar, dan dapat ijazah. Dapat kerja, dapat gaji, bayar hutang, tak perlu fikir banyak benda lain. Tapi soalan aku pulak, kau rasa kalau kau berada di tempat aku, kau boleh ke push diri kau mengikut expectations yang tinggi dari ramai orang?" tanya Azlan.
"Kau hebat, Lan. Aku bukan macam kau..."
Lagu Fikirkan Boleh dari kumpulan Metropolitan dimainkan oleh Radio Universiti.
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
"Sekarang kau faham apa maksud aku kenapa aku rasa pemikiran kau ni ada problem? Ha, inilah lirik lagu dia," kata Azlan.
--
Keesokan harinya, Azlan bawa Hafiz pergi ke Merlin Printing dan dia nampak Merlina dan kawan baiknya Kamariah sedang mencetak kad nama, alamat dan nombor telefon gambar Sailormoon, Doraemon, Slamdunk, Mickey Mouse, Power Rangers dan Dragonball.
"Laaaa, kawan Abang Alan tu rupanya Abang Hafiz! Orang dah kenal lama dah!" kata Merlina kepada Azlan.
"Macam mana kau kenal Hafiz?" tanya Azlan.
"Bapak dia penyanyi pop yeh yeh kan? Dia kawan dengan mak Mer. Ala, mak Mer dulu kan bintang pelem zaman 50an 60an dulu..." kata Merlina.
"Kalau dah kenal, baguslah. Okay, Hafiz, kau nak discuss dengan Merlina ke apa-apa? Pasal jadual kau ke?" tanya Azlan kepada Hafiz.
"Kalau Sabtu Ahad, bolehlah aku mengajar dorang ni ilmu komputer," kata Hafiz.
"Okay, Hafiz. Aku gerak dulu. Kau boleh je tolong-tolong Mer dengan Kamariah kat sini sementara aku belum sampai. Aku kena pergi jumpa pakcik aku dulu. Korang lepak-lepak la dulu," kata Azlan.
"Abang Alan!" jerit Mer.
"Ya!"
"Ni, Jessica punya kad nama dia tempah hari tu dah siap!" kata Merlina sambil berkejar dan menghulurkan kad nama Jessica kepada Azlan.
"Kecik-kecik dah ada namecard?" tanya Azlan.
"Memang la, ni trend budak sekolah rendah sekarang," kata Merlina.
"Ooohhh, okay!" kata Azlan sambil turun tangga.
Merlina naik atas, dan pandang semula ke arah Hafiz yang sedang berdiri melihat mesin cetak yang sedang mencetak.
"Kenapa abang pakai coat dengan necktie?" tanya Kamariah kepada Hafiz.
"Hah? Sebab Alan cakap nampak kemas, nampak presentable, sebab tu abang pakai coat dengan necktie," kata Hafiz.
"Masalahnya, Abang Alan pakai coat dengan necktie nampak macam James Bond, abang pakai nampak macam Mr Bean," kata Kamariah.
"Wei, lek la..." kata Merlina berbisik kepada Kamariah.
Hafiz jadi tak berpuas hati dengan Kamariah bila dia kata macam tu.
"Jujurnya, abang bukak jelah coat dengan necktie abang tu. Coat abang pakai tu tak kena dengan abang," kata Merlina.
"Beli kat mana coat tu?" tanya Kamariah.
"Kedai jual jaket second hand," kata Hafiz.
"Patutlah. Dah la tak kena saiz, warna pun tak kena. Sorry, mulut kitorang ni laser sikit. Tapi kalau nak jadi businessman, kena jujur. Baju ni langsung tak sesuai dengan abang," kata Merlina.
Hafiz terdiam, terkebil-kebil.
"Aku bukannya orang senang pun. Ni je yang aku mampu," kata Hafiz.
"Sekarang abang free ke ada kerja?" tanya Merlina.
"Alan cakap dia suruh aku ajar korang komputer," kata Hafiz.
"Tak yah. Minggu ni tak payah ajar kami dulu. Minggu ni abang ikut kitorang buat makeover. Pertama, kitorang akan belikan baju untuk abang Hafiz yang sesuai dengan jiwa abang Hafiz! Kedua, kitorang akan belikan baju abang Hafiz untuk nampak handsome dan presentable!" kata Merlina.
"Betul! Dengan cara ini, barulah Abang Hafiz boleh confident depan makwe!" kata Kamariah.
"Anggaplah kitorang belanja Abang Hafiz baju waya, eh, tersasul pulak. Baju raya!" kata Merlina.
Merlina dan Kamariah bawa Hafiz pergi ke saloon rambut, dan gunting rambut, buat manicure, kemudian cabut blackhead.
Melolong-lolong Hafiz dibuatnya. Tetapi jika itulah harga yang perlu dibayar untuk nampak kacak, Hafiz buat sahaja.
Kemudiannya Merlina dan Kamariah bawa Hafiz pergi ke Spark Manshop, untuk menempah suit yang sesuai dengan bentuk badan Hafiz.
"Yang ini, untuk Abang nampak smart bila kat office ke, atau pergi kuliah ke. Tapi kalau nak jalan-jalan, atau nak nampak macam rock star, mari ikut kitorang!"
Merlina belikan Hafiz seluar jeans, kasut Timberland, baju yang nampak lebih bergaya untuk Hafiz.
"Pehhhh, macam ni barulah mengancam! Macam A...wieeeee!" kata Kamariah.
"Kalau Abang Hafiz dress up macam ni kat Hard Rock, wa cakap lu...bohsia datang mari lahhh!" kata Merlina.
"Bohsia tu apa?" tanya Hafiz.
"Perempuan la!" kata Merlina.
Seterusnya, Merlina bawa Hafiz pergi ke kedai Boy London untuk membeli baju-baju lagi. Bukan Boy London sahaja, tetapi Tommy Hilfiger dan Guess juga.
"Korang, abang tak mampu nak bayar duit semua ni."
"Takpe, Mer belanja," kata Merlina.
"Banyaknya duit korang?"
"Banyak? Semua ni tak sampai 1k je pun."
"Serius la, duit korang ada berapa?" tanya Hafiz.
"Saya ada 60k, Mer dah ada 200k," kata Kamariah.
Terbeliak mata Hafiz.
"Kayanya korang!"
"Abang Hafiz nak kaya? Serius?" tanya Merlina.
Hafiz mengangguk.
"Jom, kita main saham. Cari portfolio sedap-sedap. Sekarang ni banyak syarikat tech tengah jatuh ni. Masa ni la abang beli saham IBM, Microsoft, Apple..." kata Kamariah.
"Mana nak ada duit?"
"Ala, loan la dulu. Benda ni Robert Kiyosaki dah ada ajar," kata Merlina.
"Ishhhh...tak berani la buat loan bank!" kata Hafiz.
"Abang dah ada perempuan idaman?" tanya Kamariah.
"Ada la, tapi tak tau la dia suka kat Abang Hafiz ke tak..." kata Hafiz.
"Nak makwe, kena berani bang. Nak main saham pun kena berani. Kalau penakut, selamanyalah abang tak kaya, selamanyalah abang tak ada makwe!" kata Merlina.
"Macam saya, hujung tahun ni, saya target nak capai 100k. Merlina pulak target nak capai 300k. Kalau abang ikut kitorang sekarang, paling busuk pun 50k dah ada dalam tangan. Gerenti!" kata Kamariah.
"Benda korang buat ni, legal ke tak?" tanya Hafiz.
"Legal la! Amende la Abang Hafiz ni. Ingat kitorang ni main Pak Man Telo dengan Labu Peram ke?" kata Merlina.
"Korang sembang kencang je kan ni?"
"Sembang kencang mendenya! Yang kitorang beli baju abang ni beli pakai apa? Pakai daun ke?" kata Kamariah.
"Entah!" Merlina cekak pinggang.
Hafiz tergamam. Dua budak darjah lima mengajarnya untuk jadi kaya.
"Eh, kalau betul, abang nak la!"
"Dah ada kerja ke belum?" tanya Merlina.
Hafiz geleng kepala.
"Okay, kerja dengan kitorang. Gaji 1,200 tu gaji ajar kitorang komputer tu. On top of that, kerja abang, tiap hari jam 9 pagi, abang pergi ke bangunan Bursa Saham Wijayapura tu, tengok harga saham. Tengok saham yang mana murah, yang mana mahal. Kitorang bagi handphone, abang call kitorang. Lepas tu abang tolong beli saham atas akaun nama Merlin Printing. Nanti duit masuk ke situ. Saham yang murah kalau menarik, tolong belikan. Saham yang kita ada kalau harga tinggi, tolong jualkan. Untung tu, saya bagi 10% kat abang," kata Merlina.
"Abang dapat komisen, bukan gaji. Tapi kalau abang malas, sikit la komisen abang dapat," kata Kamariah.
"Kalau abang nak main saham sekali, boleh?" tanya Hafiz.
"Boleh aje! Abang target kahwin bila?" tanya Merlina.
"1994, 95 macam tu..."
"Sampai 1995, paling busuk pun, 2 juta ringgit dalam tangan kalau tak ada krisis ekonomi," kata Merlina.
"Serius?"
"Serius la! Tapi dalam saham ni, hati kena kental. Jangan cepat morale down. Kadang-kadang rugi teruk sampai berpuluh ribu ringgit tau. Aunty Idah hari tu, rugi billion! Main ni memang jiwa kena kental la," kata Kamariah.
Hafiz rasa mungkin ini jalannya untuk membuka mata Adilah, maka Hafiz terus bersetuju.
--
"Kau nak aku sokong Datuk Hamdi? Payah la, Alan! Sejak 1970 Datuk Syed Alwi jadi Presiden Parti Jujur, tapi tak pernahnya kita menang Federal. Semua yakin Wak Brahim boleh menang kali ni," kata Daniel yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Jujur.
"Saya ada strategi untuk menangkan Datuk Syed Hamdi jadi Presiden Parti Jujur."
"Kenapa? Kau tak suka Wak Brahim ke? Dia okay la jadi Gabenor Wijayapura," kata Daniel.
"Bukan, tapi ini adalah kepentingan strategik. Saya akan keluarkan titah kepada semua orang dagang Melaut, agar keluar duit sikit untuk jatuhkan Wak Brahim. Now it's time for him to go," kata Azlan.
"Kenapa?" tanya Daniel.
"Kalau Wak Brahim jadi Presiden Parti Jujur, susahlah saya nak jadi Gabenor Wijayapura."
"Kau nak jadi Gabenor Wijayapura?"
"Pengetua kata, yes. It's the right time."
Daniel terdiam seketika. Dia cuba bayangkan yang Azlan jadi Gabenor Wijayapura pada tahun 1995. Jika bidaan Wijayapura dalam menjadi tuan rumah Sukan Komanwel itu berjaya, sudah pasti nama Azlan akan segar dalam ingatan.
Dalam mesyuarat CHOGM yang berlangsung di Wijayapura tahun 1989, Gelanggayu secara rasminya memohon untuk menjadi tuan rumah acara Sukan Komanwel 1998. Pesaing utama Wijayapura ialah Brisbane, Australia. Keputusan hanya akan diketahui pada tahun hadapan.
"Tapi kau nak bertanding dalam Parti apa? Jujur ke Persekutuan?" tanya Daniel.
"I don't care whether the cat is white or black or orange. All I ever care is the cat is catching the mice. Kalau jalan saya ialah Parti Gagasan Ummah, why not?" kata Azlan.
Mengetahui bahawa Azlan ada pengaruh yang cukup besar, kerana mengawal golongan 'orang dagang' Melaut, maka Daniel pun bersetuju untuk mengalihkan sokongannya daripada menyokong Datuk Ibrahim Abu Samah, kepada Datuk Syed Hamdi.
Azlan menghulurkan cheque sebanyak 2 juta ringgit kepada Daniel untuk tukar kem. Tak banyak cakap, Uncle Daniel terus menyokong Datuk Syed Hamdi.
Inilah pertarungan antara Azlan dan Adilah dalam kempen pemilihan Parti Jujur yang akan berlangsung pada Jun nanti.
--
Apabila Azlan ke kedai fotostat ibunya untuk menjemput Hafiz, Azlan terkejut melihat imej Hafiz.
"Wow! Bila korang makeover dia ni?" tanya Azlan kepada Merlina dan Kamariah.
"Tadi! Daripada tadi, dia pakai coat macam Mr Bean tadi," kata Kamariah.
"Handsome tak Abang Hafiz sekarang, Abang Alan?" tanya Merlina.
Azlan tengok Hafiz dekat-dekat.
"Korang hantar dia ke mana tadi?" tanya Azlan.
"Kitorang shopping la! Pastu ajak dia pergi saloon, gunting rambut, buat manicure, cabut blackhead kat hidung..." kata Merlina.
Azlan pandang Hafiz, kemudiannya tersenyum.
"Hmm, memang tak lama lagi, kau dah tak lagi single, Hafiz. Kalau beginilah gaya kau, kau akan mampu mengorat Adilah!" kata Azlan.
"Hah? Adilah? Adilah sekolah Ramai Pundamauneh tu ke?" tanya Kamariah, merujuk kepada RPM, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Mariam, sekolah yang terkenal dengan ramai budak-budak perempuan alpha female.
"Tak beragak Abang Hafiz ni. Target yang sederhana je dah la. Lawa kot akak tu," kata Merlina.
"Aku syak dia pakai susuk tu, Mer," kata Kamariah.
Hafiz seperti terkejut kenapa semua orang boleh kenal dengan Adilah.
"Macam mana korang berdua kenal Adilah?" tanya Hafiz.
"Alaaahhh, dia tu sepupu si Kimi lah!" kata Kamariah.
"Haah! Sepupu kawan kitorang. Tapi dia dah Form One la," kata Merlina.
Hafiz melihat hubungan Merlina yang rapat dengan saudara-mara Adilah, nampak semua ini sebagai peluang untuk mengenali lebih rapat dengan pujaan hatinya itu.
"Okaylah, korang dah beli makanan buka puasa ke belum? Ha tu dia! Kemain beli baju raya!" kata Azlan.
Nampak Hafiz menjinjing banyak baju raya. Nampak lambang paperbag Isetan, syarikat departmental store Ryukyu yang kini membuka shopping mall baru bersebelahan Paragon Mall, iaitu Lot 12.
"Korang pergi shopping mall baru tu ke?" tanya Azlan.
"Haah! Best, first time masuk shopping mall kat Wijayapura ni, aircond dia terasa. Kalau aircond kat Temasik tu lain cerita, memang padu!" kata Merlina.
Semasa Azlan dan Hafiz turun ke bawah tangga, Kamariah dan Merlina berpandangan sesama sendiri.
"Apahal la Abang Hafiz ni boleh tersangkut dengan bitch tu," kata Kamariah.
"Entahlah, dia tu macam cerita The Witches yang ada Mr Bean berlakon jadi supervisor hotel tu!" kata Merlina.
"Rowan Atkinson la nama dia. Mr Bean tu watak dia berlakon..." kata Kamariah.
"Ye lah, aku mana hafal nama betul dia. Aku tengok muka dia, aku ingat Mr Bean terus!" kata Merlina.
--
Azlan belanja Hafiz, Merlina dan Kamariah berbuka puasa di medan ikan bakar Teluk Gong.
Selepas makan, Azlan panggil Merlina ke tepi sebelum nak pergi ke surau untuk solat maghrib.
"Berapa belanja baju duit dia?" tanya Azlan.
"Dalam 850 ringgit, macam tu lah," kata Merlina.
Azlan kira duit seratus dalam dua belas keping.
"Lebih tu, cutting dua dengan Kamariah," kata Azlan.
"Yaaayyy!"
"Shhh!" kata Azlan sambil letakkan jari telunjuk di bibirnya.
Merlina terdiam.
"Jangan beritahu dia yang ni Abang Alan belanja dia tau. Yang ni cakap je Mer dengan Kamariah belanja," kata Azlan.
"Okay, Abang Alan."
"Thank you tau sebab tolong Abang Alan improvekan imej dia. Okaylah, Abang Alan nak solat maghrib dulu. Pergi dulu!"
Tanpa pengetahuan Hafiz, rupanya memang Azlan bagi assignment kepada Merlina dan Kamariah untuk tingkatkan imej Hafiz untuk meningkatkan keyakinannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top