Episod 208 - 17 Januari, 1991
Faridah
Leningrad, Soviet Union
Beberapa kumpulan orang dalam KGB sedang berbincang dengan aku untuk mereka menggulingkan Gorbachev. Pada aku, Gorbachev dah tak ada gunanya lagi. Sejak runtuhnya Tembok Berlin pada dua tahun lepas, dua Jerman dah bergabung, serta banyak negara-negara Eropah Timur dah mengabaikan komunis, pengaruh Soviet Union sudah menjadi terlalu lemah.
Perang Nagorno-Karabakh di Azerbaijan, perang Ossetia di Georgia, perang Dagestan dan Chechnya. Estonia, Latvia dan Lithuania sudah mula isytihar mereka merdeka dari Soviet Union.
Di Yugoslavia, ketegangan antara kaum sedang berlaku. Puak Croat sedang bertempur dengan puak Serb, puak Bosnia bertempur dengan orang Serbia di Republik Srpska. Demonstrasi besar-besaran di Sarajevo dan Belgrade. Masing-masing mula nak mempersiapkan senjata.
Apabila aku melaporkan apa yang berlaku di Eropah Timur kepada orang tua tu, orang tua tu punyalah suka. Dia kata serangan ekonomi yang aku buat sejak 80an tu cukup berkesan meruntuhkan ekonomi blok Soviet ini.
Salah seorang daripada kelompok ini ialah Leftenan Kolonel Vladimir Putin. Dia beritahu aku yang dia kenal Azlan atau aliasnya Adrian Antonescu, yang telah selamatkannya masa Putin terjatuh dalam perigi di Jerman.
Dia kata KGB ada maklumat tentang anak aku, tapi dia ucapkan terima kasih atas apa yang anak aku buat pada dia. Disebabkan itu, aku nampak peluang untuk naikkan dia dalam politik.
Putin berkata kepada aku, dalam KGB ini ada dua kumpulan, satu yang nak kekalkan Soviet Union, satu lagi yang nak terus Rusia mengambil alih kuasa Soviet Union.
Putin berkata, kalau boleh dia nak Soviet terus kekal, sebab Soviet Union mampu berikan 'sphere of influence' di Eropah Timur untuk melindungi Moscow daripada diserang dari Eropah.
Okay, sedikit pelajaran tentang geografi Eropah. Di sebelah pantai utara Eropah, dari Perancis sampai ke Rusia, ada satu kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan banyak sungai yang lebar-lebar yang dipanggil sebagai Great European Plain.
Di sinilah pusat pertanian, pusat perindustrian, kewangan dan perkhidmatan Eropah. Disebabkan Rusia ini negaranya luas, maka mereka tak cukup tentera untuk jaga sempadannya.
Kalau zaman Soviet, mereka ada Pakatan Warsaw, iaitu pakatan ketenteraan untuk mengimbangi NATO, yang ideanya dicetuskan oleh idola si orang tua tu, Sir Douglas Shipway dalam berdepan dengan Soviet Union pada ketika itu.
Tapi lepas Soviet Union dah jatuh macam ni, kau rasa mereka akan bubarkan NATO ke? Memang tak la. Berbillion, trillion dolar jual beli senjata antara negara-negara ni. Si tua Yahya tu buat profit banyak dari NATO ni dengan jual beli senjata.
Mereka di Eropah Barat nak menjarah sumber alam negara-negara Eropah Timur macam Rusia yang kaya dengan pelbagai galian dan ada minyak dan gas asli yang cukup banyak.
Aku nak naikkan Putin ni, dan jadikan dia orang yang berkuasa kat Leningrad ni. Kemudian bila ada masa nanti, aku bawalah Azlan untuk berkenalan dengan dia ni. Kalau dulu dia berkawan dengan Vyacheslav, sekarang dia dah ada kawan Rusia yang baru.
Masa tengah huru-hara ni lah, aku kena buat kerja, susun untuk kepentingan Azlan.
--
Presiden George Bush baru umum Operation Desert Storm pada hari ini untuk menghalau tentera Saddam Hussein dari Kuwait. Jeneral Norman Schwarzkopf memimpin coalition dari 42 buah negara dalam operasi ini.
Kempen pengeboman telah bermula. Bandaraya-bandaraya utama Iraq seperti Baghdad, Basra, Najaf dan Mosul mula diserang oleh Tentera Berikat.
Di Kuwait, kumpulan Navy Seals mula mendarat dan menembak tentera Iraq di pengkalan tentera udara Kuwait yang ditawan oleh tentera Iraq.
Yahya teruja kerana ini adalah perang pertama yang disiarkan secara langsung melalui CNN. Buat pertama kali, perang ini dilaporkan in real time - dan mahu menguji ketenteraan Amerika Syarikat selepas Ronald Reagan melancarkan program ketenteraan paling besar dalam sejarah sejak tamat Perang Dunia Kedua.
Ternyata walaupun tentera Iraq mempunyai tentera keempat paling ramai di dunia, namun teknologi yang dimiliki oleh Amerika Syarikat tidak mampu ditandingi.
Kapal terbang hipersonik F-117 Nighthawk yang kalis radar yang dibina oleh Lockheed Martin telah membedil kubu tentera Iraq di sekitar bandaraya Kuwait. Ramai tentera Iraq awal-awal angkat bendera putih.
Perang ini berakhir dalam masa 5 minggu, dengan serangan udara begitu intensif dalam masa 4 minggu. Hanya pada minggu terakhir, barulah Tentera Berikat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat memasuki Kuwait melalui Arab Saudi.
Doktrin perang ini cukup mengagumkan Yahya. Yahya teruja melihat begitu mudah sekali Tentera Berikat menumpaskan Iraq, dengan operasi cuma lima minggu.
Maka Yahya merasakan benarlah kata-kata Francis Fukuyama, 'the end of history is here'. Semua negara pada akhirnya akan jadi liberal demokrasi, seperti Amerika Syarikat, sama ada mereka suka atau tidak.
--
Pengalaman internship di Wijaya TV merapatkan hubungan antara kumpulan Hackers. Hafiz, Faiz dan Din kini tinggal bersama-sama di rumah yang dimiliki oleh Azlan di Bandar Perdana, berhampiran dengan Bangunan Pentas Sari, bangunan pejabat utama Wijaya TV.
Faiz bersama-sama dengan Saiful menjaga konti di Radio Universiti, salah satu anak syarikat Wijaya TV yang dikawal oleh Azlan dan Tengku Ariffin.
Maka inilah peluang Faiz mengeluarkan lagu-lagu rock alternatif yang kini menjadi trend remaja yang terkini.
Umpamanya sekarang ni, Faiz sedang memasang lagu The Concept dari kumpulan Teenage Fanclub, sebuah kumpulan yang popular dari Scotland.
She wears denim wherever she goes
Says she's gonna get some records by the Status Quo
Oh yeah Oh yeah
Still she won't be forced against her will
Says she don't do drugs but she does the pill
Oh yeah Oh yeah
I didn't want to hurt you oh yeah
I didn't want to hurt you oh yeah
Azlan masuk konti, terus senyum ke arah Faiz dan Saiful yang pasang lagu sedap.
"Lagu macam ni la baru masuk," kata Azlan sambil menunjukkan ibu jarinya.
Azlan telah menaikkan gaji semua stafnya sebanyak 15% selepas tahun lepas Faiz bising tentang kenaikan harga barang, lebih 5% dari apa yang Faiz ditawarkan pada awalnya.
"Faiz, Epul...Hafiz mana?" tanya Azlan.
"Dia sibuk..." jawab Faiz.
"Sibuk? Sibuk buat apa?"
"Sibuk melepak kat Unit Berita, hahaha!" Saiful dan Faiz bertepuk tangan.
"Dia buat apa?"
"Apa lagi Lan, usha adik girlfriend aku la!" kata Saiful.
"Alamak, aku nak pergi Unit Berita tu dah kat hujung bangunan belah sana pulak. Kita dah la belah sini."
"Kenapa, bro?" tanya Faiz.
"Kejap lagi, gerobok baru aku beli hari tu dah sampai. Lepas tu gerobok lama tu kita nak keluarkan. Aku nak minta tolong kita ramai-ramai tolong angkat ni," kata Azlan.
"Kita tiga orang takleh ke?" tanya Saiful.
"Entah, budak Hafiz tu bukannya function pun angkat-angkat barang," kata Faiz.
"Berat tu, Epul, Faiz. Kita tiga orang tak cukup ni," kata Azlan.
Azlan terus capai telefon pejabat, dan telefon Abang Azham.
"Bang Az, mintak tolong sikit boleh tak? Nak mintak tolong angkat barang. Ni, kat syarikat saya ni, saya baru beli almari baru," kata Azlan.
"Kat mana office kau tu? Nanti aku hantar budak aku."
"Ni, office Wijaya TV ni. Kat Pentas Sari, Bandar Perdana," kata Azlan.
"Ha, kau tunggu je. Kau nak berapa orang?"
Azlan pandang kawan-kawannya, dia tahu mereka ni pun tak larat nak angkat juga ni.
"Lima orang!"
"Mak aii! Kau pindah rumah ke apa?"
"Beli almari baru, untuk office."
"Okay, pukul 11 pagi kitorang sampai."
Azham, Kecik, Joni, Lias dan Wak Am sampai ke pejabat, dan Azlan bersama-sama Faiz, Saiful dan Din mengangkat almari lama keluar dari pejabat, kemudiannya mengangkat almari baru yang baru tiba bersama-sama dengan kelendan lori itu.
Hampir dua jam juga proses nak selesaikan mengangkat almari tu, kerana lif tidak muat dan studio Radio Universiti terletak di tingkat lima bangunan itu.
Tercungap-cungap juga semua orang lepas memunggah almari tadi.
Azlan datang pada mereka semua termasuk kelendan lori tu.
"Korang makan kari kepala ikan tak?" tanya Azlan.
"Huish! Mewah tuuuu!" kata Azham.
"Jom, kita ramai-ramai, pergi kat D'Tandoor. Kat situ mereka dah sediakan makanan untuk kita semua," kata Azlan.
D'Tandoor cawangan Bandar Perdana ini dekat sahaja dengan pejabat Wijaya TV ni.
Azlan telefon Unit Berita.
"Dila, ada assignment ke?"
"Tak ada. Kenapa?"
"Hafiz ada kat situ?"
"Ada ni, dia duduk sebelah saya."
"Ajak dia pergi makan di D'Tandoor."
"Ibu awak ada kat situ?"
"Dia di Leningrad, ada mesyuarat kat sana."
"Okay baik, saya datang dengan Hafiz."
Adilah letak telefon. Dia tanya tentang Faridah sebab dia tahu D'Tandoor tu tempat selalu Faridah melepak atau buat urusniaga.
"Siapa tu?"
"Alan. Dia ajak kita semua makan di Restoran D'Tandoor. Mari, dah masuk lunch hour ni," kata Adilah yang tengok jam tangannya.
Hafiz menaiki kereta Adilah, dan dia memandu sampai ke D'Tandoor tu. Sampai situ, dia nampak ada ramai orang, tapi cuma Din dan Saiful sahaja yang dia kenal.
"Alan dengan Faiz mana?"
"Solat Zuhur, jap lagi dia datang," kata Din.
"Apasal korang berpeluh-peluh ni?" tanya Hafiz lagi.
"Buat kerja la! Lagi mau tanya ke?" kata Din.
Azlan dan Faiz kembali ke restoran selepas bersolat. Nasi putih, bersama kari kepala ikan merah, ayam varuval, acar timun dan dihidangkan berserta air Sunquick balang disediakan.
Azlan kemudiannya memberi seorang seratus ringgit kepada mereka yang mengangkat almari tadi.
"Eh, kau dah belanja, bagi duit lagi?" tanya Azham.
"Ala, ada rezeki kita kongsi la. Ambik ni, bagi semua," kata Azlan.
Hafiz pandang Faiz yang duduk disebelahnya.
"Duit apa tu?" tanya Hafiz.
"Ha, kau tadi memonteng je kan kat bilik Unit Berita tu? Bukannya nak buat kerja. Kitorang tadi angkat gerobok lama tu, Alan beli gerobok baru," kata Faiz, yang memasukkan duitnya dalam dompet.
"Aku ada repair teleprompter wartawan tu la," jawab Hafiz.
"Repair tu kejap pun boleh siap, Fiz. Tapi disebabkan kau bersidai kat situ sebab nak tengok Dila buat kerja, kau pun tak tau yang kitorang ada kerja. Ini kira okay la Azlan panggil kau jugak belanja makan."
"Alan marah aku ke?"
"Mana aku tau. Kau tanya la dia masa kat rumah nanti," kata Faiz.
--
Selepas selesai kerja, Azlan tumpangkan Hafiz untuk ke rumah seperti biasa.
"Lagu sedap-sedap betul si Faiz pasang," kata Azlan sambil kuatkan volume apabila lagu Two Prince dari Spin Doctors berkumandang.
Yeah
One, two princes kneel before you
That's what I said, now
Princes, princes who adore you
Just go ahead, now
One has diamonds in his pockets
And that's some bread, now
This one, said he wants to buy you rockets
Ain't in his head, now
This one, he got a princely racket
That's what I said, now
Got some big seal upon his jacket
Ain't in his head, now
You marry him, your father will condone you
How 'bout that, now
You marry me, your father will disown you
He'll eat his hat, now
Marry him or marry me
I'm the one that loves you baby can't you see?
I ain't got no future or a family tree
But I know what a prince and lover ought to be
I know what a prince and lover ought to be
Lirik lagu ini yang mengisahkan dua orang lelaki sedang memikat hati seorang gadis, seorang yang kaya, dan lagi seorang yang miskin, membuatkan Hafiz ada sedikit tersentap. Memahami lirik lagu ini, seperti apa yang dia sedang rasakan sekarang.
Mana taknya, tadi masa lepak dengan Adilah pun, Adilah asyik bercakap tentang Azlan hampir 90% dalam perbualan. Sikit-sikit Azlan. Tetapi Hafiz tahu yang Azlan ni dikatakan bakal ditunangkan dengan Tengku Aminah, cuma dia rasa susah kalau asyik nak dibandingkan dengan Azlan.
Bukannya Hafiz tak perasan cara Adilah memandang Azlan, tetapi dia masih rasa lega kerana Azlan seperti menunjukkan reaksi yang dia tidak berminat kepada Adilah.
"Radio Universiti bersama saya, DJ Faiz! Topik untuk petang ni, untuk kita bincangkan. Pernah tak kita dalam group untuk buat assignment, atau group dalam satu kumpulan, dia kerjanya tidur sahaja? Jadi penumpang sahaja? Kami di Radio Universiti akan membincangkan tentang topik ini. Sila hubungi kami di 08-3832020 untuk memberikan pendapat anda ke udara. Radio Universiti, radio untuk anak muda!"
Hafiz tahu yang Faiz di konti tu sedang memerlinya.
"Faiz ni, jenis tak reti jaga hati kawan-kawan betul la," kata Azlan.
"Alan, aku minta maaf. Tadi aku kat Unit Berita, aku repair teleprompter tu. Rosak."
"Takpelah, Hafiz. Benda dah lepas. Dah selesai dah pun," kata Azlan.
"Tapi aku rasa Faiz macam tak puas hati pulak dengan aku. Lepas tu sengaja je pasang lagu Two Princes tu. Macam perli aku je."
"Perli kau? Come on, lagu tu memang tengah popular kat radio sekarang. Rilek la," kata Azlan sambil light rokok Lucky Strike.
"Adilah tu asyik-asyik cakap pasal kau je. Macam aku tak ada peluang langsung," kata Hafiz.
"Peluang tu sentiasa ada, Hafiz. Kalau betul kau memang cintakan Adilah, kau berdoalah pada Allah, yang kau nak halalkan dia," kata Azlan.
"Aku rasa Tuhan ni tak adil untuk aku," kata Hafiz, mengeluh.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Aku mengaku la terus terang dengan kau, Alan. Aku cemburu dengan kau."
"Apa yang kau cemburu?"
"Kau muka handsome, ada banyak bakat, makwe pun semua berkerumun kat kau. Kaya pulak tu. Aku ni, duduk kampung, ayah aku kerja dengan Haji Syaaban tu berapa je gajinya."
"Sebab tu kau cakap Tuhan tak adil?"
"Ye lah. Kalau la aku handsome macam kau, tak ada la aku sentiasa rasa inferior complex je bila aku dengan kau."
"Jadi kau nak buat macam mana untuk hilangkan inferior complex tu? Ghaibkan aku?"
"Takdelah macam tu..."
"Hafiz, belajarlah bersyukur. Kita hidup ni, jangan kufur nikmat. Allah dah berikan kita oksigen untuk bernafas, air untuk minum, makanan untuk makan, itu pun dah rahmat Allah kurniakan."
"Kau tak faham, Lan. Kau tak ada kat bawah macam aku."
"Hafiz, kau kata kau orang kampung, miskin. Aku pulak anak orang kaya. Kalau betullah hujah kau tu, cuba aku bagi kau dua biji batu, dengan seutas tali. Survive dalam hutan dua hari, aku cabar kau. Aku boleh survive keadaan macam tu. Kalau kau boleh survive dalam keadaan macam tu, then kau boleh kata macam tu."
Hafiz diam sahaja sepanjang perjalanan tu, sambil mendengar celoteh dari Faiz tentang isu pelajar yang jadi 'penumpang' dalam projek berkumpulan. Dia benar-benar terasa dari apa yang dikatakan oleh Faiz dalam radio.
Disebabkan tak boleh tahan, dia terus tutup radio.
"Aik, apahal kau tutup radio?" tanya Azlan.
"Malas aku nak dengar. Faiz ni perli-perli aku pulak," kata Hafiz.
Azlan hanya diam sahaja. Dia kemudiannya pandang jam tangannya, sudah hampir masuk waktu maghrib. Azlan lekas-lekas ke masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat maghrib.
"Tak nak ikut aku solat?" tanya Azlan.
"Kau pergi je lah, aku duduk dalam kereta," kata Hafiz.
Azlan pun terus sarung selipar, dan berjalan menuju ke tempat mengambil wuduk untuk solat maghrib.
--
Malam itu, Azlan bertemu dengan Adilah di tempat biasa mereka berjumpa.
"Tadi Hafiz buat apa je kat office kau?" tanya Azlan.
"Dia repair teleprompter untuk wartawan baca berita tu, dah rosak."
"Dia dengan kau, macam mana?"
"Kau nak aku jujur ke, Alan?"
"Jujurlah, aku nak tahu."
"Entahlah, aku rasa dia ni macam merimaskan. Aku tahu dia sukakan aku, tapi aku tak ada hati dengan dia. Aku anggap dia macam kawan lah."
"Aku risau supervisor dia mengadu benda ni kat Tengku Ariffin, lepas tu Tengku Ariffin bising pada aku nanti."
"Kau hari tu tak masuk office nak dekat tiga minggu, kenapa?" tanya Adilah.
Azlan terkejut. Isu yang dia lari ke Temasik tu dah lama berlalu, baru hari ni dia nak tanya.
"Kan aku dah cakap aku kat Temasik, masuk hospital."
"Kau sakit apa? Kat Wijayapura tak ada pakar sakit kau tu ke?"
"Doktor tu kenalan ibu, pergi dengan dia je lah. Aku check aku punya tulang kaki, aku jatuh masa hiking," kata Azlan.
"Ooo patutlah. Hairan aku mana kau menghilang masa tu."
Azlan rasa pelik, adakah ketua Sayap Kuning macam Adilah ni langsung tak siasat kes kebakaran stadium tahun lepas? Kenapa tiba-tiba dia tanya soalan itu? Sama ada dia tak tahu apa yang berlaku, atau dia nak menguji Azlan.
"Kenapa kau tanya soalan tu?" tanya Azlan.
"Tak ada lah. Masa kau menghilang tu, Hafiz ada mempertikaikan tentang kau."
Azlan nampak permainan Adilah sekarang. Dia cuba menjadi batu api antara dia dengan rakan roommatenya itu.
"Dia kata apa?" tanya Azlan.
"Dia kata, kalau Azlan, tak datang tiga minggu tanpa notis pun, orang tak kisah. Lagi satu, kau ingat masa kau ada misi di Jerman Timur dulu? Dulu la, sekarang mana ada Jerman Timur lagi," kata Adilah.
"Kenapa dengan tu?"
"Yang itu pun dia pertikai juga tu. Kau hilang tanpa sebarang khabar. Macam aku, aku tau la kau kat luar ada misi. Macam aku jugak. Tapi orang macam dia mana faham kerja kita," kata Adilah.
"Dia pertikai kenapa aku kejap ada, kejap tak ada dalam pejabat Penghulu Pelajar, dan internship ni?"
"Ya, dan dia cakap dia bukannya ponteng pun. Dia tolong baiki teleprompter kat Unit Berita."
"Kau jawab apa?"
"Aku malas nak layan rambling dia. Dia cuba nak ajak aku borak, tapi aku ada banyak kerja lain lah. Aku kan intern kat Unit Berita. Kau tengok, hari ni Muktamar Gagasan Ummah, parti tu sekarang bergaduh antara pro-Tengku Razak dengan pro-ulama. Dah ada desas-desus yang kata ada gerakan republikanisme Islam gaya Iran menyusup dalam Gagasan Ummah. Aku kena siapkan analisis untuk pemberita baca nanti. Dia sibuk ajak aku berborak."
Azlan tersenyum sekejap. Dia tahu itu adalah rancangannya untuk memecahbelahkan Gagasan Ummah. Buktinya dalam PRU10 tahun lalu, Gagasan Ummah kalah teruk sampai hanya tinggal satu kerusi dalam Parlimen.
"Dia kata kau banyak bercakap dengan dia pasal aku," kata Azlan.
"Betul, aku memang banyak bercakap tentang kau depan dia. Aku cakap kau handsome, aku cakap kau bijak, aku cakap kau berkarisma, aku cakap kau pandai main gitar."
"Kenapa kau cakap macam tu pada dia? Sekarang morale dia dah down," kata Azlan.
Adilah senyum sambil memandang Azlan.
"Aku peduli apa morale Hafiz down atau tak. Apa yang aku cakap, memang betul pun. Kau memang kacak, bergaya, berkarisma, bijak, segak, pandai main gitar. Secara tak langsung aku beritahu pada dia, 'back off Hafiz, you are not my type. Azlan is my type'."
"Kau ni mengeruhkan keadaan la, Dila."
"Habis tu kau nak aku buat apa? Kau nak aku terus bagi harapan palsu kepada dia supaya dia terus dibuai mimpi dia yang tak sudah tu?"
Azlan diam, dan tak tahu apa nak cakap lagi.
"Lagi satu, Azlan. Pemilihan Parti Jujur dalam bulan Jun ni lepas Datuk Syed Alwi umum letak jawatan hari tu. Kau masih ingat janji kau pada aku dulu?" tanya Adilah.
"Aku ingat je, dan aku akan pastikan anaknya Datuk Syed Hamdi akan menang."
"Jangan ingat aku tak tolong Wak Brahim. Ingat, kalau Wak Brahim menang pemilihan nanti, kau kena jadi boyfriend aku."
"Dan kalau Wak Brahim kalah, kau kena jadi girlfriend Hafiz."
Adilah senyum.
"Aku akan pastikan Ibrahim Abu Samah akan jadi next Parti Jujur leader," kata Adilah.
"We'll see."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top