Episod 203 - 27 Mac, 1990
Malam ini adalah malam tarawikh yang pertama. Sebagai seorang Penghulu Pelajar, sudah pastilah Azlan akan menguruskan kebajikan pelajar universiti semasa bulan Ramadan.
Ketika Azlan sedang memakai baju Melayu dan mengenakan butang di depan cermin, Hafiz sedang menyiapkan tugasannya.
"Hafiz, kau tak pergi solat tarawikh?" tanya Azlan.
"La, besok ke puasa?"
"Ya, Hafiz. Takkan kau kat Berita Kampus tak buat laporan pasal bulan puasa kot?"
"Aku buat report lain. Pasal makmal komputer yang baru siap tu."
Azlan gelengkan kepala.
"Kalau aku tanya ni, kau jangan marah tau," kata Azlan.
"Tanyalah."
"Kenapa kau liat betul nak solat? Bukan ke kau ni berasal dari Air Putih, negeri kau ramai golongan ulama? Ayah kau pun bekerja dengan Haji Syaaban, mestilah bab agama ni mereka akan ajar kau," tanya Azlan.
Hafiz keberatan nak cakap, cuma diam membisu dan tidak membalas apa-apa hujah dari Azlan.
"Solat ni pasak agama, Hafiz. Tak ada pasak, runtuhlah bangunan tu. Tanpa solat, runtuhlah agama kau tu."
"Nantilah aku pergi, aku banyak kerja ni," kata Hafiz.
"Dan kau rasa aku ni tak ada kerjalah?"
"Kau lain, Lan. Kau banyak duit untuk bayar orang siapkan kerja kau. Aku tak ada. Aku bukan darah keturunan kerabat ke siapa-siapa."
"Kerabat ke apa ke, kita semua akan diadili oleh Allah di hadapan Neraca Mizan nanti, Hafiz. Kita akan berkumpul di Padang Mahsyar juga. Kita akan lalui Titian Siratul Mustaqim juga."
"Kau takpelah, Alan. Kau lahir-lahir, ada rupa, keluarga pun keturunan kenamaan. Ayah aku, kalau tak kerana jadi penyanyi pop yeh-yeh, kerja warung nasi lemak je. Orang kampung," kata Hafiz.
Azlan malas nak berdebat panjang, memandangkan dia sudah terlewat untuk solat Maghrib.
"Suka hati kau lah, Hafiz. Aku pergi dulu, assalamualaikum," kata Azlan.
--
Azlan
Sebagai Penghulu Pelajar, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk membantu pelajar-pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan, untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
“Tuan Penghulu Pelajar, ni ada pelajar nak minta tolong,” kata Hafiz yang berada di pejabat kepada aku.
“Apa khabar?” aku hulurkan tangan untuk bersalam.
“Ayah dia meninggal semalam, dia nak balik kampung, tapi tak ada tambang.”
Aku tengok muka budak tu sedih je.
“Hafiz, Tabung Bantuan Pelajar limit boleh keluar berapa?”
“Dua ratus ringgit.”
“Kampung awak tu kat mana?” aku tanya budak lelaki tu.
“Sungai Kelubi, kat Sri Kencanapura.”
“Tambang berapa ke sana?”
“Tiga puluh ringgit.”
“Saya keluarkan seratus ringgit, cukup? Itu untuk tambang pergi balik, dan untuk keselesaan pulang hari raya nanti,” kata aku.
Budak tu mengangguk kepala setuju.
“Siapa nama ni?”
“Hamzah. Hamzah bin Abdul Malik.”
“Hafiz, kau bagi budak ni seratus ringgit dari Tabung Bantuan Pelajar.”
Selain pengiklanan di radio, sumber kewangan kami juga datang dari event management dan kelas komputer yang dikendalikan oleh Din. Jadi, radio universiti ni keuntungannya kami split dua, 50% kami bagi kepada pihak universiti, lagi 50% kami masukkan dalam akaun bank koperasi Pejabat Penghulu.
Ada dua akaun yang aku gunakan untuk uruskan Pejabat Penghulu Pelajar ni. Satu, akaun bank Penghulu Pelajar. Yang ini aku gunakan untuk projek dan program di universiti. Dana yang datang dari geran universiti, kementerian seperti Belia dan Sukan atau Pendidikan, atau kerajaan negeri atau pusat.
Yang ini aku akan tinggalkan kepada pentadbiran yang akan datang, aku harap Fazrul yang akan menang dalam pemilihan Penghulu Pelajar yang seterusnya sebab aku dah buat pemukiman untuk Fazrul dan bakal fasilitator untuk Minggu Orientasi 1990/91 yang akan berlangsung pada Jun nanti.
Akaun bank kedua ialah syarikat Hackers Media Sdn Bhd, selepas berlakunya penswastaan Kolej18FM semasa pentadbiran aku. Sebab lepas sahaja staf aku ni semua grad, aku akan pindahkan radio kolej ni untuk siaran yang lebih luas lagi, bukan sahaja kepada Universiti Wijayapura, tetapi universiti-universiti lain dan politeknik-politeknik di sekitar kawasan Wijayapura ini.
Hackers Media akan bekerjasama in tandem dengan Wijaya TV dan RTG dalam mengeluarkan program untuk golongan berusia 13-18 dan 19-24 tahun, kerana demografi Generasi X dan Generasi Y ini aku nak jadikan 'voting block' untuk aku pada masa depan.
Melalui pengiklanan dan acara-acara seperti penganjuran Pesta Buku Wijayapura yang aku rancang, dengan kerjasama dengan penerbit buku di seluruh Gelanggayu, atau Karnival Karier Gelanggayu untuk menyusun bakal graduan dengan bakal majikan, dan beberapa acara lagi, Hackers Media dapat memperoleh pendapatan yang kita akan salurkan untuk kebajikan pelajar universiti, sebagai 'top up' kepada bajet yang kita terima dari pihak atasan.
Selain itu juga, aku gunakan Yayasan Darul Mukminin untuk membantu pelajar-pelajar yang daif dan perlukan bantuan, sama ada dalam bentuk sumbangan atau pinjaman kewangan tanpa faedah, agar mereka merasa tenang dan selesa ketika mereka belajar tanpa risaukan soal perbelanjaan.
Aku akan pastikan Fazrul akan teruskan legasi ini, dan akan pastikan pengganti Fazrul dan seterusnya akan menyambung legasi ini sampailah bila-bila.
--
Balik dari office, aku terus ketuk bilik Faiz.
“Faiz, kau stay masa bulan 6 kat sini kan? Masa Minggu Orientasi?”
“Mestilah. Aku kan nak ulas World Cup kat Kolej18FM, kenapa?”
Aku capai kerusi dan duduk berdepan dengannya.
“Bulan 6 ni, Natasha ajak aku vacation. Jadi, aku tak ada kat sini.”
“Kau pergi mana?”
“Kalau aku sebut ni, kau jangan terkejut. Aku dengan dia nak pergi Itali.”
“Woi, pergi tengok World Cup ke? Fuyoo untunglah wei!”
“Kau nak apa-apa buah tangan dari sana ke?”
“Lan, kau pergi sana, belikan aku jersi Maradona, boleh?”
“Kau nak Argentina ke Napoli?”
“Mana-manalah. Janji ada nama Maradona.”
“Taksub betul kau dengan Maradona. Dah siap dah gambar Maradona yang kau lukis tu?”
“Dah!”
Faiz buka almarinya, dan tunjukkan lukisannya yang dah siap.
“Besok, kau pergi bookshop kat bawah ni, lepas tu kau frame. Lepas tu claim.”
Faiz tersenyum bangga.
“Ni kau lukis muka siapa pulak?”
“Adilah.”
“Aik, kau pun syok kat dia?”
“Bukanlah. Kau gila ke? Aku punya type mesti jenis Cindy Crawford. Tu, roommate kau tu, dia upah aku suruh lukis.”
Aku geleng kepala. Dah kronik dah si Hafiz ni punya angau.
“Yang sini aku risau sikit. Kau tolong tengok-tengokkan si Hafiz tu. Aku nak pergi bercuti ni pun, aku risau takut budak tu hanyut.”
“Kau jangan risau, Lan. Kau pergi sana, aku handle organisasi ni. Yang penting, kau beli jersi Maradona.”
“Kalau jersi kosong je? Mana la tau aku kat sana macam mana. Kau print la nombor tu sendiri, ok?”
Aku dan Faiz bersalaman sebelum gerak ke bilik.
Hafiz sedang berbaring dengan berlatarbelakangkan lagu Search, Fantasia Bulan Madu. Dia menyanyi seorang diri tanpa mempedulikan kehadiran aku ke dalam bilik ni.
Demi cintaku padamu
Ke mana pun kau kan kubawa
Ke hujung dunia ke bintang kejora
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biarpun harus kutelan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi
Andai dipisah laut dan pantai
Musnahlah ilham, hilang pedoman
Andai dipisah cahya dan bulan
Gelap gelita, punah asmara
“Assalamualaikum,” kata aku, tapi tak menyahut. Budak ni teruk betul angaunya. Sampai aku kena tutup radio.
“Weh!” Hafiz terkejut.
“Aku bagi salam, kau tak menyahut. Kau ni Islam ke tak?”
“Waalaikumsalam,” barulah Hafiz menjawab. Dia buka kembali radio.
“Sedap betul lagu pilihan Saiful ni,” kata Hafiz.
“Kau kalau dah angau, lagu apa pun kau cakap sedap.”
Oh ya, Saiful ni pekerja baru Kolej18FM. Dia ni teman lelaki kepada kakak Adilah, Nurjihan. Aku sebenarnya keliru pada awalnya, sebab pada awalnya, Adilah guna nama Nurjihan untuk masuk ke Har Hatzofim dulu.
“Kau tau, cinta ni kuasa yang paling terkuat dalam dunia,” kata Hafiz, tersengih.
“Salah, dalam dunia ni ada dua benda paling berkuasa.”
“Kalau kau cakap duit, maknanya jawapan kau cliche,” kata Hafiz.
“Graviti, dan realiti. Dan realitinya, duit dan kuasa benda paling berkuasa dalam dunia. Graviti, kau kaya macam mana sekalipun, duduk dalam kapal terbang, kena tembak dengan Soviet, jatuh juga. Jadi kalau kau tanya aku, benda paling berkuasa dalam dunia, graviti. Lepas tu realiti.”
Hafiz tarik kerusi dan berpaling pada aku.
“Kau tak percaya pada cinta ke, Lan?”
“Percaya, tapi jangan sampai benda tu mengaburi realiti hidup.”
“Kau dengan Nat, macam mana?”
“Gitu je lah. Sekali sekala bertengkar, lepas tu dia nangis, aku pujuk. Berbaik balik. Same old same old.”
“Kau dah couple dengan Nat berapa tahun?”
“Empat.”
“Sebelum Nat, siapa girlfriend kau?”
“Aku sebenarnya tak berminat sangat topik ni. Ye lah, aku pernah la jatuh cinta, tapi aku tak suka cakap dengan orang.”
“Kenapa?”
“Sebab cinta ni macam dadah. Kau boleh khayal bila dilamun cinta. Bila kau hisap dadah, kau tunjuk kat orang, orang pandang hina pada kau.”
“Kau rasa hina ke jatuh cinta?”
“Takdelah macam tu. Cuma kalau kau terlalu menunjuk yang kau kejar perempuan tu, menampakkan kau ni sebagai lelaki yang lemah. Dan perempuan tak suka lelaki yang lemah.”
Hafiz bangun dari katilnya, dan capai tuala. Baru nak mandi la tu.
“Aku bulan 6 ni, aku pergi Itali dengan Nat. Aku tak nak sebab angau kau ni, kau sampai lupa kerja, lupa pelajaran, lupa tujuan kau kat sini.”
“Ah, kau ni. Macam bapak-bapak pulak,” Hafiz menempelak.
“Jangan jatuh cinta kalau kau tak pasti apa jawapan balasnya. Sebab jatuh cinta ni, bila kau terbang, kau lupa graviti yang bernama realiti kehidupan. Kalau kau jatuh, sakit. Tapi kalau pasti dengan jawapannya, kau pasti mendarat dengan aman.”
“Tapi bila aku tanya kau dengan Nat, kau pun tak pasti. Sebab tu kau pergi ke Hanis, kan?”
Aku hanya menjeling pada Hafiz. Malas betul aku bila bercakap dengan orang angau.
“Azlan, kau rasa, Adilah tu dah ada pakwe ke?”
“Entah, kau tanyalah dia.”
“Ish, mana boleh aku tanya soalan macam tu.”
“Kau kalau suka dia, kau yang tanya. Kalau dia tak nak jawab, tu hak dia. Kalau dia bagi jawapan yang kau tak nak dengar, kau kena terima lah.”
“Tapi, macam mana aku nak tarik perhatian dia?”
“Kau perform kerja kau, lepas tu kau berjaya. Lepas tu dia akan pandang kau. Kalau dalam keadaan sekarang ni, banyak lagi lelaki yang lebih baik untuk dia pilih. Kenapa dia perlu pilih kau, kalau kau sendiri pun tak bagi jaminan untuk dia?”
“Kau tolong aku ya, Azlan. Kau idola aku.”
“Sejak bila pulak aku diidolakan ni?”
“Serius. Aku rasa semua orang kat sini pandang tinggi kat kau.”
Aku terus capai kain pelekat.
“Pandang pada Tuhan. Dia yang menciptakan segala-galanya. Pandang aku, buat apa. Dah, solat dulu. Ingat pesan aku, Hafiz. Solat tu pasak agama.”
Macam biasa, Hafiz pun mengabaikan syarahan aku. Aku biarkan sahaja, dan teruskan hidup aku seperti biasa.
--
Malam tu, aku berjumpa dengan Adilah kat tempat biasa, kat Burn Burger, depan public phone depan pintu gate universiti tu.
"Betul ke kau nak pergi vacation kat Itali dengan Natasha nanti?" tanya Adilah.
"Vacation la sangat," kata aku.
"Habis tu, ada job dari Langley ke?" tanya Adilah.
Langley adalah metonym kepada CIA, merujuk kepada ibu pejabat agensi perisikan Amerika Syarikat itu terletak di Langley, Virginia.
"Post-Cold War ni Amerika mestilah boring jadi superpower sorang-sorang, Dila. Lepas dah kalahkan fascism masa World War 2, dan sekarang ni dah kalahkan komunis, mestilah nak cari boogeyman yang baru untuk dilawan."
"Golongan Islamis, macam Tok Aki?"
"Lebih kurang macam tu la."
"Aku nak tanya kau soalan, boleh tak, Alan?"
"Silakan."
"Masa kat Nagorno-Karabakh hari tu, aku jumpa Tok Aki, tolong operasi dia kat sana, bantu Mujahideen kat sana lawan orang Armenia dan Soviet kat sana. Tapi bila aku tanya kat dia pasal kau, dia macam tarik muka. Kau dengan dia gaduh ke?"
Aku kena susun ayat sikit bila nak bercakap dengan Adilah ni. Sebab dia ni walaupun selalu lepak dengan aku, dia ni rival. Aku tak boleh nak bocorkan semua perkara yang berlaku dalam GMM.
"Kat Sayap Kuning, macam mana kau uruskan perbezaan pendapat?"
"Peranglah, hapuskan semua. Kita kena ada satu suara yang kuat untuk organisasi kita bergerak. Kalau terlalu banyak bantahan, susah kita nak bergerak," kata Adilah.
"Takkan perbezaan pendapat sikit dah nak gaduh, Dila? Tak stabil lah macam tu. Lagipun sebagai pemimpin, kita perlukan kritikan yang membina untuk jadikan kepimpinan kita lebih baik."
"Ah kau. Yang kau bakar Kolej 6 sebab Kamaruzzaman bangkit isu kau bawak Scorpions tu, macam mana?"
"Dalam politik ni, kau kena tahu bila masa kita gaduh, bila masa kita kena bersekutu. Macam kita sekarang. Kita tak tahu lagi masa depan kita nanti, kita akan gaduh macam mana nanti. Dan kita pun tak tahu apakah satu hari nanti kita akan bersatu semula dalam erti yang sebenar. Apa yang aku buat pada Kamaruzzaman tu cuma taktik aku untuk dia 'toe the line'."
"Macam mana kau uruskan perbezaan pendapat kau dengan Tok Aki pulak?"
"Aku hormat Tok Aki. Pada aku, dengan pengalamannya yang luas, dah berjuang sejak zaman Perang Ryukyu lagi, dah banyak tempat dia pergi. Palestin, Syria, Lebanon, Kashmir, Pakistan, Afghanistan, Dai Viet, Khmer, sekarang ni Nagorno-Karabakh pulak, dia ada pengalaman yang cukup hebat, aku tak nafikan. Cuma ada sesetengah pendapat aku berbeza dengan dia."
"Contoh?"
"Senang cerita aku lebih nak menumpukan pembangunan ekonomi di Melaut. Melaut ni ada potensi yang besar. Masyarakatnya kebanyakannya dah celik huruf sebelum masuk sekolah lagi. Budaya ilmu dalam masyarakat Melaut tu kuat, tapi dimusnahkan dek kerana konflik ni. Aku tak setuju kalau Melaut berterusan nak libatkan diri dalam konflik ni, ia merugikan orang Melaut sendiri dalam jangka panjang."
"Samalah macam kat Sepetang, Alan. Aku nak tengok ekonomi negeri aku membangun. Tapi itulah, kerajaan negeri baru nak buat loan je, ibu kau dah halang awal-awal. Kadang-kadang aku letih nak fikir, mana nak dapat duit untuk operasi Sayap Kuning, dalam dan luar negara, mana nak bantu rakyat Sepetang. Keadaan kat sana daif. Lebih daif dari Melaut kau tu. Mujurlah sekarang ni ada kau, dan kau salurkan duit tu dari Uncle Daniel kau tu. Kalau tak, aku buntu nak tolong rakyat aku sendiri," kata Adilah, meluahkan perasaan kecewanya terhadap sistem perbankan negara yang dikuasai oleh ibu.
"Soal ibu tu, aku tak boleh buat apalah, Dila. Tapi aku akan cuba bantu rakyat Sepetang selagi aku mampu. Cuma itulah, aku tak berani lagi ke sana. Aku kan keturunan Yom Puteh, tak boleh pergi situ kecuali ada keizinan."
"Kau sebenarnya dah boleh masuk dah pun, sebab kau ada keizinan aku. Aku yang kuasai Sepetang sekarang, bukan ayah aku," kata Adilah.
"Selagi ayah kau masih hidup, selagi tu aku tak berani nak masuk. Tapi aku akan cuba bantu, melalui Uncle Daniel. Aku ikhtiarkan agar dapat redakan keperitan rakyat Sepetang dengan kemiskinan yang berlaku. Cuma cadangan aku, keluarga Wan Demang kena open sikit la, janganlah control sangat politik negeri tu."
"Susah nak buat tu, Alan. Kau tengok apa jadi bila Gorbachev lancarkan 'perestroika'? Jadi hancur lebur. Geopolitik Sepetang tu memerlukan 'strongman' atau kes aku, 'strongwoman'."
"Melaut pun sama, perlukan 'strongman'. Terbuka maksud aku tu, takdelah satu keluarga bolot semua. Macam kat Melaut, selain keluarga Tengku Ishak, ada je keluarga lain yang jadi kaya kat Wijayapura ni. Social mobility tu ada. Maksudnya orang di bawah masih ada peluang untuk naik ke atas. Tapi kes Sepetang ni, keluarga Wan Demang ni control kuat sangat," kata aku menerangkan perbezaan antara di Melaut dan di Sepetang.
"Dalam politik Melaut, assabiyah korang masih lagi kuat. Walaupun kau dan Tok Aki ada perbezaan, tapi korang berdua masih mengutamakan Melaut berbanding kepentingan sendiri. Tapi Sepetang ni, terlalu ramai warlord, terlalu banyak faction. Faction Kuala Kemuning, faction Bukit Seguntur, ada banyak clan dalam keluarga kami sendiri."
"Yang itu tugas kau la yang akan selesaikan, Dila. Kau sekarang pimpin sebuah organisasi yang sejarahnya cukup besar dalam peradaban negara kita ni. Kau memimpin sebuah organisasi yang dah berdepan dengan Alfonso D'Albuerqueque, Magellan, VOC, Napoleon Bornaparte, British Empire, Ryukyu, Lenin, Stalin...besar sejarah Sayap Kuning ni."
"Sebab tu aku nak jadi kekasih kau, Alan. Supaya aku boleh bantu kau, dan kau bantu aku. Kita berdua akan jadi macam Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Penyatuan kita bakal menyaksikan kebangkitan Gelanggayu. Bagai gabungan Aragon dan Castille, macam itulah bila keluarga Tengku Ishak dari Melaut dan Wan Demang dari Sepetang bila ia berlaku. Aku percaya kalau kita bergabung, kita akan menemui dominasi yang hebat."
"Nah, it doesn't work that way. Dalam hal ni kita kena professional. Kalau pun aku dan kau jadi kekasih, ada banyak lagi masalah yang akan timbul. Lagipun kau takkan tahu pun, kalau kita ni ada hubungan intim, apakah akan bertahan sampai bila-bila. Lagipun, bukan ke aku dah letakkan syarat, kalau kau nak cinta aku untuk kau, kau kena dapatkan Amerika untuk aku? Kau lupa ke?"
Adilah melepaskan nafas yang panjang, seperti mengeluh.
"Baiklah, Putera Gunung Ledang! Hamba akan turuti kehendak Tuanku dapatkan Amerika. Jauh lagi susah daripada nak cari tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman!"
"Dan kau jangan rasa ibu aku akan biarkan sahaja kau dapatkan aku. Dia akan pastikan kau gagal. Aku dah berikan amaran ni, Dila."
"Aku tak pernah takutkan dia, Alan. Kalau kau Mat Danger, aku ni Minah Danger. Aku akan dapat capai matlamat aku, Alan. Masa tu, kau akan terima juga cinta aku," kata Adilah.
"Selagi kau belum dapatkan Amerika untuk aku, selagi tu aku anggap kau cuma sembang je dengan aku."
"Masing-masing akan susun strategi, kau dengan strategi kau, aku dengan strategi aku," kata Adilah.
"Cheers," kata aku sambil melagakan burger aku dan burger Adilah sebelum kami berdua makan di tepi tembok seperti biasa.
--
Sejak Tembok Berlin diruntuhkan, penduduk Jerman Barat dan Jerman Timur boleh berulang alik tanpa halangan.
Mereka merancang pada bulan Oktober ini, untuk menyatukan dua Jerman itu menjadi sebuah negara.
Yahya tiba di Dresden, tetapi dia menuju ke sebuah tanah perkuburan belakang pejabat Stasi, tempat di mana kawan baiknya, Vyacheslav ditembak mati.
Vyacheslav merupakan agen KGB yang kemudiannya belot dan meminta bantuannya untuk menamatkan Perang Dingin.
Tetapi dalam satu misi itu, dia ditembak mati oleh Stasi, iaitu rejim Jerman Timur.
Yahya memandang batu nesan itu, kemudiannya dia meletakkan papan catur di sebelah kuburnya.
“Aku harap kau jumpa partner main catur kat sana, sebelum giliran aku tiba, Vya.”
Selepas ke Berlin, Yahya bertemu sekali lagi dengan Presiden Bush, kawan baiknya, Henry Kissinger, dan rakan baiknya Robert Faulkner, yang merupakan pemimpin Freemason di Washington, berbincang tentang New World Order.
New World Order adalah satu projek dunia tanpa sempadan, dengan bertunjangkan idea liberal demokrasi untuk seluruh dunia.
Ini kerana jangka hayat musuh Amerika Syarikat, Soviet Union sudah tidak lama lagi akan tamat.
Satu demi satu blok Timur, dari Jerman Timur, Czechoslovakia, Romania, Bulgaria, Poland, Hungary sudah mulai jatuh.
Freemason, Illuminati, dan kelompok Skull and Bones bermesyuarat untuk menetapkan orde baru dunia selepas tamatnya Perang Dingin, dan menunggu blok komunis runtuh.
Yahya meminta agar Gelanggayu dibenarkan memiliki senjata nuklear, seperti Israel. Sebagai balasannya, tentera Amerika dibenarkan untuk menduduki kem X, di Bandar Tun Zairi Abu Bakar untuk menjaga zon kawasan itu dari diketahui oleh orang lain.
Walaupun Gelanggayu sudah menandatangani perjanjian bersama negara-negara Pentas Sunda untuk menjadikan kawasan itu bebas nuklear, tetapi Yahya merasakan Gelanggayu mempunyai keperluan strategik, seperti Israel yang dikelilingi negara-negara Arab yang jauh lebih besar dan ramai penduduknya, Gelanggayu pula memiliki kawasan yang luas tetapi mempunyai penduduk tidak seramai jiran-jirannya seperti Suvarnabhumi, Arroyo atau Majapahit.
Kalau tidak ada senjata nuklear, maka Gelanggayu mudah untuk ditewaskan dan dijatuhkan. Dan Yahya tidak mahu itu berlaku.
Turut sama ialah bekas Perdana Menteri Temasik, Lim Kuan Yau. Selepas ini Presiden Bush akan ke Temasik untuk sidang APEC, dan mereka akan berbincang tentang perkara ini.
Sekiranya menjadi republik, Gelanggayu akan perlahan-lahan disatukan semula dengan Temasik, dengan ekonomi dan teknologi paling kaya di seluruh Pentas Sunda.
Lagipun, di Temasik, Jeneral Yahya sudah mendapat pangkat jeneral terhormat, maknanya jika berlakunya perang saudara di Gelanggayu, Jeneral Yahya boleh minta askar Temasik untuk membantu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top