Bab 30

Hayden yang melihat Aqilah yang senyap itu pun menegurnya.

" Aqilah kau okey ke tak ni ? Kalau kau malu pasal tadi aku mintak maaf tapi jangan lah  macam ni, kau buat aku takut lah"

Hayden sedaya upaya memujuk Aqilah dengan harapan Aqilah akan bercakap dengannya.

" Hah apa dia ? Ouh haah aku okey je janganlah risau" kata Aqilah dengan senyuman yang kecil

"Kau kenal lelaki tu ke ? " Tanya Hayden

Aqilah yang mendengar itu pun menggelengkan kepalanya menandakan ia tidak kenal.

"Aqilah kau tahu kan yang kau tak pandai menipu ? Aku bukan kenal kau semalam Aqilah " pujuk Hayden

" Wait jangan cakap yang mamat tu lelaki jahanam yang kau cerita kat aku "

tiada balasan yang keluar dari mulut Aqilah membuatkan Hayden faham bahawa lelaki tadilah yang telah menyakitkan hati sepupunya ini .

" Aqilah aku tahu susah kau nak lupakan apa yang dia buat tapi tolong lah jangan camni okey ? Nanti ibu nampak ibu ingat aku buat kau tau hm"

Hayden berkata dengan nada yang lembut. Aqilah yang mendengar terus anggukkan kepalanya.

" Tapi apa Salahnya kalau ibu ingat kau yang buat aku. Lagipun aku nak sangat ibu pukul kepala kau ni biar lurus terus"

Hayden memegang kepalanya Dan berkata " kepala aku bengkok ke weh ? "

Kebodohan Hayden membuat kan Aqilah ingin menghentakkan kepalanya di cermin.

"Bodoh kau tu simpan untuk anak cucu lah kambing"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top