Bab 17
Sorry kalau tak best , idea dah berkurang 🤧
.
.
.
"Adik okay ke tak ni ?" Sambil melihat muka ku yang agak Lesu itu.
"Aba..ng adikk mema..ng tak la..yak baha..gia ke? Kenapa semua benci kat adik ?" Suara yang halus itu menjadi serak dan gugup menahan sakit yang dipendam sekian lamanya.
"Siapa kata semua ? Abang , ibu, kawan adik yang tengah berdating tu semua sayang kat adik tau. "
Ammar mengusap air mata yang mengalir di pipiku dengan mengunakan ibu jarinya. Kepalaku menjadi pinar yang bermaksud aku akan pengsan tidak lama lagi.
" Ya Allah adik !! " terkejut ammar melihat aku terjatuh di pelukkannya, tamparan kecil di pipi untuk menyedari ku dari pengsan.
_________________________________________________
- DI BILIK -
"sa..kit" merintih kesakitan apabila aku sudah sedar dari pengsan, kepala ku terasa berat dan sakit yang teramat.
"Adik dah bangun ? Nah makanan abang letak kat meja okey" dulang yang berada ditangan ammar sudah selamat berada di meja yang bersebelahan dengan katil.
Ammar perlahan-lahan membangunkan ku dari pembaringan. Belum sempat suara aku ingin keluar, seseorang yang terlepas dari zoo memasuki ke kamar ku dengan suara yang nyaring. .
"AQILAH YANG KU SAYANGG !! ADAKAH ADINDA SUDAH SEDAR DARI BERADU " selepas melemparkan ayat ini dia terus memeluk ku dengan erat dan pipiku menjadi mangsa bibirnya.
"Eyy kau kenapa setan? Tahu tak aku geli !! " kata ku sambil menepis semua ciuman yang diberikan oleh wawa.
Mencebik mulut wawa menandakan dia sedang sedih, 'Aku rindu kau pun dah cukup baik tau hm' ~ kata hatinya
"kau datang dengan siapa ni ?" tanya aku sambil melihat pintu yang berada di belakang wawa.
"aku datang dengannn jejaka idaman malaya hoho" kata wawa dengan muka yang agak riak.
Cehh malaya konon sekali masuk hah serupa sajat meminta halkum.
"Malaya konon werkk nak terkeluar anak tekak aku hang tau dok ?" jelingan padu diberikan.
"kurang ajor mulut hang ni , yelah-yelah aku mai dengan hafiz" tergelak kecil aku melihat muka pasrah yang diberikan oleh wawa.
Belum sempat ingin menganjing muka Wawa. Seseorang sajat mencari halkum mengetuk pintu sambil memberi salam.
"Assalamualaikum" suara garau itu menyapa di telinga mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top