PROLOG

"Kau takut?"

Laju dia menggeleng kepala, cuba untuk membuktikan keberanian. Namun semuanya bagai sia-sia apabila jarak antara dia dan lelaki itu yang tadi agak jauh sudah semakin dekat. Bertapak-tapak dia mengundur dengan tangan diangkat paras dada.

"You're not a good liar, Lya"

Sinis sambil langkah diatur lagi ke arah perempuan yang jelas, menggeletar ketakutan.

"Raf.. Rafiqie... Awak salah bilik ni.... Ini bilik saya... Dah terpampang nama Mawar Alya kat pintu bilik tu... A-wak tak nampak?"

Terangguk-angguk seketika lelaki di hadapannya namun senyuman sinisnya makin melebar. Kembali mengatur, kali ini jaket di badannya ditanggalkan.

Allah... Apa sudah jadi dengan lelaki ini?

Ku Rafiqie masih lagi Ku Rafiqie yang dulu.

"I saw it..."

Jeda.

Tubuh Alya diperhatikannya sebelum dia tersenyum. Alya makin ketakutan. Dia faham.. Terlebih faham dengan makna senyuman manis itu.

"But I don't care. Apa sahaja yang aku nak, aku akan dapatkan walau dengan cara apa sekalipun termasuklah...."

Jantung Alya berdegup kencang. Lagi-lagi apabila mata itu tajam menikam matanya. Memori 7 tahun lalu yang dia sudah lupakan kembali menjelma.

"Ditangkap basah dengan kau"

Dan pintu yang tertutup diketuk dari luar dengan kuat.

________________

Ini kisah aku. Kisah seorang perempuan yang dulu cintakan seorang lelaki tampan. Ya, aku tak nafikan anugerah yang Allah kurniakan pada dia.

Tapi itu semua dulu. Itu semua 7 tahun yang lalu. Kini, semuanya berubah.

Aku perkenalkan diri aku.

Aku, Mawar Alya berusia 25 tahun.

Dan dia, si pemusnah kebahagiaan aku, Ku Rafiqie yang tua 2 tahun dari aku.

My story.... With the bad boy

_______________

"Kenapa...."

Kata-kata tersekat di hujung kerongkong. Terasa payah ingin dikeluarkan.

Namun usaha tangga kejayaan, Alya

Nafas ditarik. Esakan cuba ditahan. Mata diangkat merenung wajah tidak bersalah milik dia. Ya, dia. Lelaki yang bakal aku nikahi tak lama lagi.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Ku Rafiqie...."

Terlepas. Semuanya cuba dilepaskan biarpun payah. Diharapkan lelaki itu simpati dengannya namun Ku Rafiqie tetap Ku Rafiqie.

Ego tinggi melangit.

"Apa maksud kau?"

Bertarik tali. Benda yang aku paling benci apabila kena buat bersama dia. Tangan diangkat lalu dihempas kuat pada meja. Pandangan Ku Rafiqie, aku abaikan.

Apa maksud kau awak tanya, Rafiqie?

"Awak dah tinggalkan saya...."

Jeda. Mata berair dipakukan ke wajah itu lagi. Masih selamba dan dingin.

Alya, dia memang tak pernah kesahkan kau...

"Awak biarkan saya terkapai-kapai selama 7 tahun ni, Ku Rafiqie..."

Nafas putus cuba diatur. Bibir diketap seketika. Laju tangan mengusap muka yang basah sebelum kembali memandang dia.

"Kenapa awak datang balik? Kenapa awak muncul balik saat saya dah lupakan semua tu? Tak puas ke hati awak buat saya terseksa macam ni? Dan... A-pa yang awak nak lagi ni, Ku Rafiqie"

Banjir. Andai ditadah, rasanya dua mangkuk sudah penuh dengan air mata aku yang tak berhenti mengalir. Makin banjir tubir mata aku dengan senyuman sinis lelaki.

"Aku datang kembali sebab dendam"

Aku terkedu. Dendam?

Senyuman sinisnya padam berganti wajah serius. Hati mula terasa kecut memikirkan motif lelaki ini kembali kepada aku.

"Dan apa yang aku nak ialah...."

Laju, mata dia meneliti aku atas bawah sebelum mata kembali bersabung. Dan kali ni, matanya jatuh pula pada tudung yang tersarung. Akhir, jatuh pada stoking dan handsock yang terpakai.

".. Hanya kau. Aku nakkan Mawar Alya yang cintakan aku hingga dia sanggup serahkan badan dia 7 tahun lalu"

Bibir diketap kuat. Kalah, esakan aku pecah.

"Itu semua Mawar Alya yang lama.."

Esakan membataskan percakapan aku namun aku usahakan jua. Buktikan kepada dia, Alya. Kau tak selemah 7 tahun lalu. Dan kau tak semurah 7 tahun lalu.

".. Dan dia dah lama mati sejak Tengku tinggalkan dia..."

"Oh really? Habistu, yamg berdiri depan aku ni siapa?"

"Saya dah kata, Ku Rafiqie! Saya bukan Mawar Alya yang la...."

Zapp!!

Aku terkaku. Seketika kemudian, tudung labuh yang tersarung melayang entah ke mana. Tak lama kemudian, terurai pula rambut yang menutup mata.

Tak.... Aurat aku...

"And here she is. The Hottest Mawar Alya binti Amsyar yang gila-gilakan aku"

________________

"She's pregnant"

"No, I'm not!!"

Mata membulat merenung wajah selamba milik Ku Rafiqie. Apa masalah lelaki ini?!

"My child. I raped her"

Sambungan ayat dari lelaki itu hampir sahaja membuatkan aku terjatuh pengsan. Segera aku memandang Mama yang nampak terkejut sebelum riaknya mula bengang.

"Ma.. I can explain everything..."

Air mata terasa ingin tumpah pada waktu itu juga. Kejamnya lelaki ini. Sanggup menggunakan cara kolot untuk mendapatkannya.

"Kahwin dengan Ku Rafiqie! Malam ni juga!"

Sebaris ayat dari Mama yang telah menyentapkan jantung aku. Mama melangkah meninggalkan aku dan lelaki yang bakal aku nikahi. Air mata mengalir. Terasa tangan menggeletar hebat. Ku Rafiqie tersenyum sinis.

"You're mine, Mawar Alya"

( Saja buat. So, ada sesiapa nak sambungan? )

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top