51 🌴

Jiyeon turun ke dapur untuk bersarapan seperti biasa. Fikirnya, Jungkook sudah berangkat ke pejabatnya. Sangkaannya meleset apabila dia lihat Jungkook sedang menghidangkan sarapan di atas meja dengan tubuhnya tersarung baju kemeja dengan lengan yang dilipat. Nampak segak dan kacak. Jiyeon tak nafikan. Suami sapa lah ni em-. Lamunan Jiyeon terhenti saat suara Jungkook menerpa gegendang telinganya.

"Good morning sayang. Kook harap sayang tidur lena. Selalunya sayang yang buat sarapan walaupun kita gaduh. Kalini Kook pulak yang buat special untuk sayang. Heh, sayang.. makan sama sama jom." Pujuk Jungkook.

Tergugat jugak hati Jiyeon sebenarnya apabila gelaran 'sayang' digunakan oleh Jungkook tapi Jiyeon kan gadis egois. Mana boleh kalah begitu sahaja. Entah entah ni taktik Jungkook untuk pujuk dia supaya diorang bercerai. Cis, maka Jiyeon takkan berbaik. Huh!

Jiyeon memutarkan bebola matanya. Ikutkan tak nak tapi tak baik membazir kan? Ceh alasan. Jiyeon melangkah ke arah meja makan tersebut dengan riak kosong. Beg tangannya diletakkan ke tepi dan Jungkook terus meletakkan pinggan yang berisi omelet kepada Jiyeon.

Jiyeon menjungkitkan keningnya apabila melihat makanan yang terhidang.

"Kau punya mana?"

Jungkook hanya tersengih. Sudah lama dia tak dengar suara milik Jiyeon. Perlahan dia menggeleng. Tandanya dia tidak ada omelet.

"I made it for you only. Tengok sayang makan pun Kook kenyang."

Jiyeon memandang Jungkook jijik. Sejak bila Jungkook ni macam ni? Mintak kaki tau tak?

"Kau jangan nak mengada. Nanti kau gastrik kang susah pulak. Nah." Marah Jiyeon lalu menolak pinggannya ke arah Jungkook dan menghulurkan sudunya kepada lelaki itu kemudian bangkit dari tempat duduknya.

"Tapi Kook buat untuk sayang.." kata Jungkook sayu. Teringin jugak nak Jiyeon makan masakan dia.

"Share." Kata Jiyeon sambil kembali ke meja makan bersama lagi satu sudu.

Senyuman selebar bahu Jin BTS jelas terpapar di wajah Jungkook. Tak sangka Jiyeon sudi. AHAKS!

🌴🌴🌴

Taehyung tersenyum lebar apabila figura Jungkook mendekatinya. Bukan main gembira dia bila Jungkook call nak jumpa. Mestilah Jungkook nak bagitau pasal Jiyeon kan? Ngeheheheh.

Sebaik sahaja Jungkook melabuhkan punggung berhadapan dengan Taehyung, Taehyung mula bersuara.

"Bila kau nak ceraikan Jiyeon?"

Jungkook agak bengang dengan ayat pertama yang terpacul dari mulut Taehyung. Kawan baik konon. Kalau ye pun, tanya la khabar dulu ke apa kan?

"Tae. Aku takkan ceraikan Jiyeon."

Taehyung memandang Jungkook dengan wajah bingung. Langsung tak menyangka yang Jungkook akan berkata begitu.

"What do you mean?" Soal Taehyung tak puas hati.

"Aku takkan ceraikan dia. Aku dah fikir betul-betul dan aku sedar yang aku dah cintakan dia. Aku dah sayangkan dia. Aku rasa kosong bila dia tak bercakap dengan aku. Kalau kau betul-betul kawan baik aku, kau takkan terfikir nak tengok aku bercerai tapi ni tak. Kau hanya pentingkan diri kau.

Disebabkan kau jugak aku bergaduh dengan Jiyeon. Aku dah tak nak buang masa aku kat sini dengan kau sebab aku ada hati yang nak dipujuk. Annyeong." Jungkook terus bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari cafe itu.

Taehyung terkedu dengan sikap Jungkook itu. Tak pernah lagi dia hadap sisi Jungkook yang sebegitu. Kalau Jungkook tak nak bagi Jiyeon cara baik.

Dia akan rampas cara jahat.

--

Aku merapu je lebih kat chap ni. And maybe ni last update untuk backstabber sebelum aku kembali ke asrama. Huehue. Harap tak mengecewakan lah.

Thanks for reading ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top