50 🌴

"Huh, penatnya harini. Sorry tau sebab Kook tak boleh nak amik Yeon. Bulan ni punya busy lain macam. Nasib baik Tae sudi nak tolong." Kata Jungkook sambil mencampakkan badannya ke atas sofa dan duduk bersebelahan dengan Jiyeon.

"Hm." Balas Jiyeon malas lalu menghirup air koko panasnya. Orang nak spend time dengan hasben, tapi kena spend time dengan kawan baik hasben. AMENDE!

"La Yeon. Kau kenapa ni? Penat eh? Tak nak la kacau. Huehue." Kata Jungkook lalu bangun dari sofa dan bergerak menuju ke biliknya. Namun kaki Jiyeon yang diangkat separas lututnya itu menghalang laluannya.

"Duduk balik. Juseyo." Kata Jiyeon tegas tanpa memandang Jungkook. Jungkook hanya menurut. TACOD!

"Ada apa?"

"Takde apa-apa cuma aku rasa baik aku drive sendiri pergi hospital. Kalau kau hantar aku tapi kawan kau yang amik aku, baik tak payah. Lagipun aku rasa macam menyusahkan dia je. Waktu balik aku dahla tak menentu. Kalau menyusahkan kau aku memang tak kisah. Jadi biar la aku drive sendiri ke hospital. Lagipun kesian kereta comel aku tuh. Sejak kahwin dengan kau dia terabai tau." Bebel Jiyeon.

Dahlah awkward je dalam kereta Taehyung tu. Taehyung tanya macam-macam sebab nak hidupkan suasana gituh tapi Jiyeon hanya memberi respon yang langsung tidak memberangsangkan.

"Em, nae tapi- kau tak suka eh balik dengan Taehyung apa semua?" Soal Jungkook dengan hati-hati. Takut kantoilah agenda Taehyung nanti.

"Bukannya tak suka tapi tak payahlah menyusahkan dia. Kan?" Jawab Jiyeon berkias gituh. Memangla tak suka sebab dia nak balik dengan Jungkook. FAHAM TAK?

Jungkook tersenyum lega dalam diam. Maksudnya Taehyung ada chance la nak menyelit dalam hati Jiyeon?

"Em, Yeon. Kau rasa Taehyung tu macam mana sepanjang bulan ni. Yelah, kau kan dah spend banyak masa dengan dia. Kau okay ke dengan dia?" Soal Jungkook tiba-tiba. Jiyeon mengerutkan dahinya dan memandang Jungkook pelik.

"Taehyung? Okay jelah. Baik, friendly ape semua. Kenapa?"

"Aniya, kalau hati kau dah berpaut pada dia roger lah." Kata Jungkook dengan penuh kegedikan.

"Ape kau merapu ni Jeon Jungkook? Sepak nak sepak?" Marah Jiyeon sambil mengangkat tangannya dan mengacah yang dia mahu menyepak seketul Jungkook.

"Yeon, apa perasaan kau kalau aku ceraikan kau-"

🌴🌴🌴

Bilik yang selalunya bising dengan sesi menyakat dan mengusik kini sunyi sepi. Dua manusia itu hanya mendiamkan diri, kecewa dengan situasi sekarang.

Biarpun Jiyeon kecewa dengan Jungkook, dia sedar yang dia masih isteri lelaki itu. Jadi, dia tetap hadir ke dalam bilik tidur itu meskipun hatinya tidak mahu. Siapa je tak kecewa kalau tiba-tiba suami bukak cerita pasal cerai.

Jungkook pula masih bersyukur yang Jiyeon masih sudi tidur sebilik dengannya. Biarpun tidak bertegur, Jungkook masih lega apabila perkara pertama yang dia nampak adalah Jiyeon.

Sejujurnya, dia menyesal. Sangat. Kalau dia tak terfikir untuk ceraikan Jiyeon, mesti mereka sedang ketawa bersama sekarang ni. Kenapa dia bodoh sangat?

Kenapa dia rasa kehilangan yang teruk? Padahal Jiyeon tak bertegur dengan dia je. Jungkook mencapai telefon pintarnya dan bertanyakan soalan itu kepada abang gugl.

Kesimpulan yang dia dapat lakukan daripada laman web yang dia layari adalah kerana Jiyeon merupakan seorang sangat berharga buatnya dan mungkin juga kerana lelaki itu mula mencintai isterinya. Jungkook tersenyum segaris, langsung tidak menafikan kenyataan tersebut.

Jungkook merenung Jiyeon yang membelakangkannya. Sudah tiga hari mereka begini. Air mata Jungkook tumpah. Kenapa dia tak fikir betul-betul masa tu? Kalau tak mesti sekarang ni Jiyeon sedang memeluk badannya erat macam selalu.

"Yeon.. hsk. Pusinglah hadap aku. Peluklah aku sampai aku tak boleh bernafas macam yang kau selalu buat.. hsk. Aku rindu.. aku menyesal Yeon. Aku rindu sangat nak kau peluk aku sampai aku maki kau. Aku rindu nak tengok kau bengang kalau aku usik kau." Katanya perlahan sambil membelai rambut hitam Jiyeon yang panjang mengurai.

Namun kata-kata yang datang ikhlas dari hati itu hanya didengari olehnya. Jiyeon yang membelakangi dirinya itu telahpun tidur.

Jungkook bertekad untuk memujuk Jiyeon. Tak sanggup bila mereka terus berperang dingin begini.

Sorry Taehyung, but this is my wife.

--

Sejujurnya, cerita ni makin kelaut 😌

Eh- jap aku tak sangka dah chap 50 dah. Em, nampak lah kekelingan dia macam mana hshshsh.

Thanks for reading ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top