48 🌴

Jiyeon melangkah keluar dari bangunan hospital bagi menunggu suami terchenta untuk mengambilnya bagi makan tengah hari bersama-sama. Jungkook kata minggu ni dia busy tapi harini dia dapat jugak lunch sama-sama. Sukanyaa.

Sedang Jiyeon setia menunggu, ekor matanya menangkap figura seorang lelaki yang menghampirinya lalu berdiri di sebelahnya.

Kenal sangat siapa lelaki di sebelahnya itu. Keadaan menjadi janggal dan baru sahaja Jiyeon tergerak hati untuk menjauhi lelaki itu, suaranya garau lelaki itu menerpa gegendang telinganya dan membuatkan niatnya terbatal

"Tunggu suami ke?" Soalnya mendatar tanpa memandang wajah gadis di sebelahnya. Jiyeon turut melakukan perkara yang sama, hanya merenung kawasan parkir di hadapannya.

"Yes. Kau buat apa kat sini?" Soal Jiyeon kepadanya semula.

"Aku melawat kawan aku tadi. And aku nampak kau so aku tegur. We are not strangers, right?"

"Hm." Jawab Jiyeon malas. Lelaki itu kelihatan kesal dengan jawapan yang diterimanya. Wajah kosong gadis itu akhirnya dipandang.

"Yeon, aku bukan apa tapi aku betul-betul nak mintak maaf kat kau. Aku tahu aku salah dan aku harap kau dapat lupakan kisah silam kita memandangkan kita berdua dah jumpa kebahagiaan masing-masing."

Jiyeon kekal dengan wajah bekunya tanpa memandang lelaki itu walau sedikit. Hidungnya yang tidak gatal digaru sedikit. Konon macam menyampah la gitchew.

"Aku dah maafkan kau tapi aku tak kan mungkin layan kau sama macam dulu. Don't set high expectations okay?" Kata Jiyeon setelah menggaru hidungnya.

Jimin tersenyum di sebelahnya. Tangan kanannya dihulurkan ke arah gadis di sebelahnya itu.

"Friends again?" Soal Jimin dengan penuh harapan.

Tangan dengan jemari yang pendek itu ditatap oleh Jiyeon lama dan akhirnya disambut.

"Friends."

🌴🌴🌴

"Kau nak bawak aku makan kat mana ni kook? Jauh bebenor dari hospital."

Jungkook menjungkit keningnya saat terdengar soalan Jiyeon. Matanya masih fokus di atas jalan raya jadi hanya mulutnya yang berbicara.

"Aku nak bawak kau lunch dekat satu restoran ni. Aku pernah jumpa klien aku kat sana. Makanan dia sedap so aku nak bawak la kau ke sana. Lagipun dah lama kan kita tak lunch sama-sama, apa salahnya kalau aku bawak jauh jauh sikit."

Jiyeon mencebik. Kata-kata Jungkook telah menimbulkan tanda tanya dalam mindanya. Nak hilangkan tanda tanya tu kenala minta jawapan. Kan?

"Kook.."

"Ye.."

"Klien kau tu perempuan ke lelaki? Em-" Soal Jiyeon lalu tertunduk malu. Tetiba rasa annoying pulak dengan soalan sendiri. KAU JELES KE JIYEON?

"Molla. Aku tak ingat lah. Perempuan kut. Kenapa? Kau jeles ehhhhh?" Usik Jungkook sambil mencuit dagu gadis itu. Jiyeon menepis tangan Jungkook dengan wajah bengang.

"Mana ada. Dahla sambung fokus kat jalan tu ha. Nanti eksiden kang."

Jungkook tergelak kecil mendengar kata-kata Jiyeon.

"Mengelamun ke sayang? Hm? Dah sampai dah pun. Siap parking lagi. Takkan tak perasan."

Wajah Jiyeon mula memerah. Malu! Dengan Jungkook panggil sayang lagi. Yeon is tak kuat ;-;

"Tak nak turun ke Jiyeon oii."

Jiyeon terus menggelabah apabila suara Jungkook menerpa telinganya lagi.

"Ah, ye kejap kejap." Beg tangannya dicapai dan dia terus keluar dari kereta itu. Setelah Jungkook mengunci pintu keretanya, mereka berdua berjalan beriringan ke dalam restoran tersebut.

Mereka mengambil tempat dan seorang pelayan terus datang ke arah mereka dan menghulurkan dua buah menu untuk mereka.

"Kau nak makan apa?" Soal Jungkook tanpa membuka menu tersebut. Hanya wajah Jiyeon yang sedang fokus menjadi tatapannya.

"Emm, nak nasi goreng kampung dari Malaysia ni lah. Dengan air iced lemon tea."

Jiyeon menutup menu tersebut dan mendongakkan kepalanya. Jantungnya berdegup laju saat matanya bertembung dengan mata Jungkook yang leka memerhatikannya dari tadi.

Sengihan kecil dihadiahkan kepada gadis itu sebelum dia memandang pelayan tersebut.

"You heard what she wanted, right? Aku pula nak char kuey teow dengan limau ais. That's all thanks." Kata Jungkook lalu menghulurkan dua menu tersebut kepada pelayan itu semula.

Mata Jungkook terus beralih kepada wajah Jiyeon semula. Makin hari makin sayang-

"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Jiyeon malu malu gitchew.

"Mana ada aku pandang kau. Ee. Perasan aku pandang- Taehyung.."

--

SIKIT SIKIT TAEHYUNG SIKIT SIKIT TAEHYUNG HALAMAK

skskskskk

Dah lama aku tak hapdet nyah. Ade yang rindu ke? Tuckde. Kbai.

Thanks for reading nyah ❣️ Wa sayang sama lu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top