46 🌴

Jungkook mengelak daripada bertentangan mata dengan Taehyung. Kenapalah Hoseok hyung dengan Seokjin hyung punya awek cari. Tak pasal pasal dia dengan Taehyung tinggal berdua kat sini.

Rindu? Semestinya Jungkook rindu lelaki yang merupakan rakan baiknya seketika dahulu tetapi situasi janggal mereka ini membuatkan Jungkook mengetepikan dahulu niatnya untuk meluahkan rindunya dia pada lelaki itu. Ceh, ayat aku ni buat diorang nampak macam pasangan bercinta pulak.

Suara Taehyung mula memecahkan kejanggalan mereka berdua dan berjaya membuat Jungkook memberikan perhatian kepadanya.

"So, kau- dah kahwin? Dengan Jiyeon?" Soal Taehyung dengan nada yang kasar. Namun, Taehyung mendengus geram apabila Jungkook tidak memberi respon yang dia nak. Jungkook hanya mendiamkan diri sambil matanya meliar melihat suasana meriah majlis itu.

Jungkook melakukan sebegitu kerana di sedikit sebanyak kecewa dengan lelaki di hadapannya ini. Sudah hampir sepuluh tahun mereka tidak bersua muka atau mendengar khabar masing-masing. Tapi, perkara pertama yang terpacul pada bibir lelaki itu adalah berkaitan isterinya. Bukannya nak tanya khabar ke apa.

Taehyung memandang wajah Jungkook dengan pandangan yang tajam namun Jungkook terus mengabaikannya malah berura-ura untuk meninggalkannya di situ. Pantas, Taehyung mencapai lengan Jungkook sebelum lelaki itu beredar dan mencengkam kolarnya.

"Jeon Jungkook. Kenapa- kenapa kau buat aku macam ni?" Kata Taehyung dengan kemarahan yang tertahan lagi. Yelah, kalau meletus kang nanti orang pandang. Tak naklah cari publisiti murahan kat sini.

"Apa yang aku buat?" Soal Jungkook polos. Soalannya yang bernas itu berjaya membuatkan Taehyung mendengus dan melepaskan kolarnya dengan kasar.

"Apa yang kau buat? Hahah! Yaish!" Taehyung meraup wajahnya dengan kasar. Geram dengan lelaki di hadapannya ini.

"Kau dah rampas Jiyeon dari aku."

"She wasn't even yours to begin with. Aku tak rampas apa-apa pon Kim Taehyung." Jawab Jungkook tenang.

"Fuh. Kau dah banyak berubah eh Jungkook. Kau tak ingat ke aku ni kawan baik kau. Dan kau tu kawan baik aku. Kau dah bagi aku semangat untuk pikat Jiyeon apa semua and now, kau yang ambik dia. Masa aku nak datang reunion ni, aku dah setkan minda aku untuk terima hakikat kalau Jiyeon dah kahwin dengan orang lain. Tapi i never expected that you are her husband. Sakit gila hati aku masa nampak korang berdua masuk. Entah entah kau memang bercinta dengan dia kat belakang aku dari dulu kan? Lepastu kau suruh aku belajar jauh-jauh. Senanglah kau nak tikam belakang aku kan?" Luah Taehyung.

"Kau cakap baik-baik sikit Tae. Aku, tak pernah ada niat tau nak tikam belakang kau. It has been almost 10 years kita lost contact. What did you expect Tae? Macam mana aku nak tahu kau masih ada hati dekat Jiyeon? Aku dah usaha macam-macam nak jejak kau. Aku cuba jemput kau ke majlis perkahwinan aku jugak sebab aku ingat yang kau dah move on. Yelah, 10 years kot. Takkan kau tak jumpa perempuan lain kat luar negara tu?" Jungkook membalas kata-kata Taehyung dan membela dirinya.

"I didn't. Aku cintakan Jiyeon sorang je tapi kau-. Kau rosakkan segalanya Jungkook. Aku patut tahu sejak dulu yang kau memang bukan kawan yang baik. Aku menyesal kenal kau."

"Yah! Kim Taehyung. Walaupun aku kecewa dengan kau sekarang ni. Aku tak pernah menyesal kenal kau tau. Dan aku bukan kawan yang jahat. I can assure you that i am a good friend."

Taehyung tergelak sinis mendengar kata-kata Jungkook.

"Then prove your words lah Jeon Jungkook! Kau mengaku jelah yang kau memang bercinta dengan Jiyeon sejak dulu kan?"

"Tak! Sumpah tak, okey? Aku just terjumpa dia balik sebab dia personal doctor appa aku. Aku kahwin dengan Jiyeon pun bukan atas dasar cinta. Kau faham tak? That is the truth. Apa lagi yang kau nak aku buat untuk buktikan yang aku adalah kawan yang baik?" Bidas Jungkook. Sakit hati apabila Taehyung mula menuduhnya macam-macam.

"Apa lagi kau tanya? That is simple-"

--

Thanks for reading ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top