35 🌴

Jungkook mengayuh basikal perlahan sambil jiyeon berjalan di sebelahnya. Mereka berdua senyap sahaja, menikmati ais krim pak cik bangla. Nampaknya dia memang dah menyerah kalah nak ajar jiyeon naik basikal so biar dia jelah yang kayuh. Mana taknya, gaya jiyeon punya protes tu boleh membunuh.

Helmet yang dia pakai dia cabut dan hayun kat sekeliling. Nasib baik jungkook je yang kena helmet keras tu. Mahunya kena kepala budak tiga tahun, mampos lo kena saman. Tapi yang bayar saman jungkook jugak, maka dia mengalah jela.

"Weh, kau memang tak pergi hospital ke harini?" Soal jungkook. Jiyeon menggeleng sambil mengangkat bahu.

"Tak tahu lagi. Kalau ada call, aku kenala pergi. Tapi aku ni last option untuk kalini sebab aku kan dah mintak cuti. So kalau betul betul takde doktor, baru la diorang call aku. Faham?" Jungkook mangangguk dan menilik jamnya. Baru pukul sebelas pagi.

"Kau nak pergi mana lagi? Aku dah give up pasal basikal nih."

"Molla." Balas jiyeon dan terus melangkah ke arah rumah mereka yang tidak jauh dari situ.

"Siapa sampai lambat, dia belanja lunch!" Jerit jungkook tiba tiba dan mengayuh basikalnya dengan pantas.

Jiyeon tercengang mendengar jeritan jungkook.

"YAH! TAK ADIL LA SETAN!" Jerit jiyeon lalu mencebik. Main tipu betol. Dia jalan kaki, mana boleh cenggini.

Tiba tiba jiyeon tersedar bahawa ada beberapa mata memerhatikannya. Yelah, dia panggil suami dia setan denagn suara yang sekuat kuat alam tadi. Siapa yang tak pandang? Suka hati jiran la jiran nak pikir apa tapi jungkook memang setan sekarang ni huh!

"KOOK!"

"Aku dah nampak dah siapa yang belanja harini!" Laung Jungkook dari hadapan di atas basikalnya.

Jiyeon mencebik dan menghentak kakinya. Protes! Padahal belanja makan je pun. Duit engko tu berkepuk-kepuk dalam poket Jiyeon oi. Takat belanja jengkuk tu makan, apalah sangat. Laki engko jugak.

Jungkook menjeling ke arah Jiyeon yang berada jauh di belakang. Aik? Hilang dah? Jungkook tersengih saat dia ternampak figura Jiyeon yang duduk mencangkung dengan cebikan di bibir sambil menguis jalan tar itu menggunakan kayu.

Merajuk je kawan dia sekor nih? Gurau sikit jer tadi. Takkanlah seketul anak jeon yini akan membiarkan seorang perempuan bayar untuk lunch dia?

Kalau perempuan tu Jiyeon, memang dia biarkan. Hohohoh.

Jungkook menukar arahnya dan mengayuh basikalnya ke arah Jiyeon yang merajuk tuh.

"Yeon, kau ni piyed eh? Asyik marah marah je." Teka Jungkook namun persoalannya hanya dibalas dengan jelingan oleh Jiyeon.

"Elele, betullah tu en? Alolo, janganlah marah. Aku gurau je tadi. Kau tak payah belanja makan pun. Aku yang belanja. Bangun cepat. Mulut tu dah macam itik dah. Alaa, Yeon baby sayang buchuk buchuk." Kata Jungkook sambil turun dari basikalnya dan menuju ke arah Jiyeon.

"Diam ah." Balas Jiyeon dengan jelingan dan menolak Jungkook. Jungkook menggaru kepalanya. Macam mana nak pujuk perempuan yang piyed ni? Tolong ajarkan!

"Aku belanja kau lunch kat restaurant lima bintang harini. Nak? Kau order apa apa pun tak apa. Kau nak suruh aku bayarkan bil orang dalam restaurant tu pun takpe. Aku redo. Amacam?"

Jiyeon mengangkat kepalanya memandang Jungkook.

"Ha, jomlah. Nanti kalau ramai susah pulak." Kata Jiyeon lalu bangun dan menapak ke arah rumah mereka yang sudah tidak jauh dari situ.

Jungkook memandang Jiyeon tak percaya. Cepat betul mood dia tukar. Cis!

--

Weh dah 700+ reads uwaw!

Thanks for reading ❣️ i love ualls emuah!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top