32 🌴
Jiyeon gigih memeriksa maklumat kesihatan pesakit yang bakal dibedah. Segala alahan dan jenis sakit juga perlu diambil kira dalam pembedahan. Salah bius atau terlebih dos, boleh lumpuh tau. Ha, ko jangan main main.
Sedang jiyeon mencatat maklumat pesakitnya, ketukan pada pintu bilik kerjanya kedengaran. Tanpa mengalihkan pandangannya dari catatannya, mulutnya memberi keizinan untuk sang pengetuk masuk.
"Yuhu, khusyuknya dia kerja." Kata jungkook perlahan sambil menangkap gambar jiyeon yang masih tekun mencatat. Angle kena perfect supaya Jiyeon nampak huduh. Mana tahu boleh jadi bahan nak ejek jiyeon satu hari nanti.
"Yow jiyeon." Panggil jungkook. Akhirnya jiyeon meletakkan pennya dan mengalihkan pandangannya kepada jungkook.
"Yes? Ada apa kau datang ni?" Soal jiyeon. Jungkook terus mencebik dan dagunya diletakkan di atas meja jiyeon sambil matanya masih tertancap pada wajah jiyeon.
"Aku bosan duduk rumah shenshorang. Takda sesiapa nak dikacau. Aku datang nak ajak kau lunch. Boleh tak?" Soal jungkook dengan gaya yang comel tetapi membuatkan jiyeon rasa nak hempuk je muka dia pakai buku perubatan yang tebal tebal kat rak buku belakang dia tu.
"Eh kau, selama ni sebelum kahwin, kau hidup sorang kan? Elok je. Ada yang kena siku ni kang. Mengada."
"Alaaa. Kau je kawan aku kat sini yeon. Yang lain semua kerja jauh jauh. Kat daegu tu adala jugak member. Taehyung lagilah. Lost contact terus. Tak dapat aku jemput dia kat majlis kahwin kita. Eh, AKU DATANG SINI NAK AJAK KAU LUNCH LAH. Jom la." Ajak jungkook.
"Ish. Tak janji lah kook. Kejap lagi aku ada operation. Berdasarkan maklumat yang aku ada ni, kalau takde complication mungkin boleh tapi kalau ada kau makan la sorang sorang ye. Jongmal mianhae." Ucap jiyeon.
"Hm, arrasso. Tapi sepanjang minggu ni aku akan datang ajak kau lunch. Okei? Sebab nanti aku kerja kat daegu balik. Mungkin hujung minggu kita jumpa. Atau hujung bulan."
"Itupun kalau aku tak on call masa tu. Hm. Baik single je gini ek?"
"Haah. Tak macam kahwin pun. Eh, nanti masa aku kat daegu, kau duduk rumah omma jeon. Arra? Aku risau nanti kalau apa apa jadi dekat kau. Sorang sorang kat rumah besar macam tu. Kena makan dengan hantu ke en? Ishh. Seram. Nanti aku dapat title duda. Lagi seram!" Gurau jungkook. Jiyeon ketawa melihat jungkook yang overreacting tu. OVER SANGAT MASALAHNYA.
"Ei sudahla kook. Aku nak get ready dekat operation teater. Annyeong. Kalau pukul tiga aku tak settle lagi, kau balik jelah okay?" Pesan jiyeon lalu menutup pintu dan beredar.
"Shirheo. Aku nak tunggu jugak." Kata jungkook sendirian sambil mencebik.
--
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top