26 🌴

Tepukan yang gemuruh didengari di seluruh dewan itu berserta tangisan daripada beberapa orang yang disayangi saat jiyeon dan jungkook sah disatukan. Jantung jungkook berdegup kencang apabila berdiri di sebelah jiyeon kerana kini, dia di situ sebagai kawan dan suami.

Lagipun jarang jarang dia berdiri sebelah perempuan cantik ni. Dia memang mengaku jiyeon cantik masa tu. Sebab tu semua mata tertancap pada mereka. Tu yang nervous tu.

Setelah itu sesi memotong kek pun berlangsung. Jiyeon tergamam melihat kek yang begitu gah. Orang kaya memang makan kek besar besar eh? Di atas kek 6 tingkat itu terdapat 2 figura kecil. Satu lelaki bertuxedo dan lagi satu perempuan yang memakai coat putih. COMELNYAAA!

Setelah sepotong kek berjaya dipotong, jungkook mencapai sudu dan menyuap jiyeon terlebih dahulu. MEMANG KENA MACAM NI KE? MaLUW LA ORAnG TeNGoK. Dengan wajah merah padam jiyeon makan kek yang disuakan jungkook. Nasib baik dia pakai make up. Takde la obvious sangat merah muka dia tu.

Kini giliran jiyeon pula menyuap jungkook. Tetiba jiyeon terfikir, betul ke anak jeon sekor ni bukan playboy. Sebab masa jiyeon nak suap dia tu, jungkook tenung mata dia sampai nak tembus dan membuatkan jantungnya terasa nak meletup. TaULA HENsEm iSH. Sweet talker pun boleh tahan. Entahla. Doa jela yang baik baik. Ececeh. Tiberr.

Setelah jungkook berjaya disuap dengan tangan yang terketar ketar, mereka pun pergi melayan tetamu yang hadir dan yang ingin mengambil gambar dengan mereka.

Sama cantik sama padan gitchew. Saat mereka berdua tersenyum melayan karenah kenalan kenalan lama mereka, datanglah dua insan yang mengendurkan senyuman jiyeon. Siapa lagi kalau bukan jungri dan jimin. Ikutkan hati dia memang tak nak tengok muka jungri ataupun jemput jimin. Tapi nak buat acaner. Si jungri tu adik jungkook and of course la dia bawak jimin.

Jungri ingin mengambil gambar dengan pasangan pengantin baru tersebut bersama jimin. Jungkook tersenyum lalu memandang jiyeon untuk memberi isyarat agar jiyeon terus naikkan semula senyumannya. Tanpa rela, jiyeon senyum tetapi tangannya erat memeluk lengan jungkook, cuba menahan tangisnya daripada keluar.

Setelah selesai mengambil gambar, jungri memegang tangan jiyeon.

"Akak nampak cantik sangat harini. Jungri rasa bangga la ada kakak ipar macam akak. Pandai, cantik. Untungla oppa dapat akak. Oppa dengan kak Jiyeon wish la jimin dengan jungri sampai ke pelamin macam korang tau." Kata jungri. Jungkook hanya mengangguk setelah melihat jiyeon yang tidak selesa  mendengar hal ini.

Jiyeon cuba menahan air matanya daripada tumpah saat matanya bertembung dengan jimin. Sakitnya hati dia sekarang ni bukan sebab dia ditinggalkan sahaja, tetapi juga sebab jimin pura pura tak kenal dia padahal mereka kenal sudah lebih dua puluh tahun. KAU LARI LARI KELUAR RUMAH PAKAI PAMPERS PON AKU TAHU LAH!

Setelah dua makhluk tersebut beredar, jiyeon terus bergerak ke kawasan yang terselindung. Tak sanggup lagi dia menahan air mata. Jungkook mengekori jiyeon rapat. Risau kalau Jiyeon buat benda pelik-pelik. Biasanya orang putus cinta ni macam tu.

--

Sorila bab ni macam haram sikit.

Anyways, terima kasihla kepada korang yang sudi baca ff ni. Dah 400+ reads dah. Tak sangka gue. Thank you so much. 😭❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top