24 🌴
"Yeon, biar aku hantar kau balik lah." Pelawa jungkook sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari rumah itu.
"Eh, tak payahla susah susah kook. Kalau kau hantar aku nanti kereta ni macam mana? Tak payah tak payah." Tolak jiyeon.
"No jiyeon. Biar aku hantar kau balik. Aku tak percaya emosi kau stabil sekarang ni so aku risau kalau apa apa jadi dekat kau. Aku hantar kau balik, esok aku hantar kau pergi hospital and aku ambik kau. Lepastu kita pergi design baju pengantin kau. Aku nak tempah special untuk kau. Aku tak nak yang ready made. Lepastu kita dinner sama sama and then kau ambik kereta kau kat sini. Okay? So esok jangan lupa bawak kunci kereta kau tau." Pesan jungkook.
Jiyeon hanya akur dengan keputusan jungkook dan mereka melangkah ke arah kereta jungkook.
"Kook, kau tak balik daegu ke? Kerja kau macam mana?"
"Minggu ni aku stay kat busan je sebab minggu ni aku ada appointment full kat sini."
"La, kalau kau busy lain kali jela tempah baju kahwin tu." Kata jiyeon. Rasa macam dah menyusahkan jungkook pulak. Tiba tiba jungkook ketawa.
"Yeon, minggu ni full booked sebab aku nak spend time dengan kau. Aku nak make sure kau okay. Lagipun persiapan kahwin aku kenala pantau. I want everything to be perfect. Aku nak tengok kau gembira. Sebagai kawan, aku sanggup buat apa pun untuk kau senyum balik tau. Dah jom masuk kereta."
🌴🌴🌴
Setelah selesai mencuci muka dan menukar baju jiyeon menghempaskan dirinya di atas katil. Dia tersenyum apabila teringatkan jungkook yang begitu bersungguh sungguh untuk membantunya melupakan jimin.
Namun, sebaik sahaja dia teringatkan jimin, hatinya sebak. Kenangan saat dia masih bersama jimin terngiang ngiang di mindanya. Lama kelamaan air matanya tumpah.
Biarpun jasadnya bersama jungkook tapi hatinya masih menginginkan jimin. Air mata jiyeon turun berjuraian pada malam itu dan akhirnya dia tertidur selepas penat menangisi jimin yang langsung tidak menghiraukannya itu.
--
Entah apa penyakit aku tetiba update tengah tengah malam 😪
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top