19 🌴

Pintu bilik jiyeon yang terkunci itu diketuk berkali kali. Dah 3 hari jiyeon duduk terperap dekat dalam bilik dia. Makan tak, minum tak tah hidup lagi tak tu ha.

"Yeon, keluarlah. Dah lama yeon tak keluar ni. Ni nasib baik omma dengan appa nak singgah haritu. Kalau tak entah ke mana kamu hilang orang tak tahu. Jiyeon sayang, janganla buat omma risau macam ni sayang."

"Yeon okay je omma tsk tsk. Yeon nak masa untuk tenangkan diri je tsk tsk. Omma janganla risau. Kalau omma nak balik, baliklah. Yeon okay." Balas jiyeon dengan suara sengau. Tah berapa lama dia nangis tak tahu.

"Omma tak kisah nak balik tapi omma nak tahu kenapa kamu jadi macam ni."

"Sudahla. Biarkan jiyeon tenangkan diri dulu. Nanti dah sedia, dia bagitahu lah. Awak ni pun. Dahla. Jiyeon.. omma dengan appa balik dulu tau. Appa kerja esok. Jangan buat benda bukan bukan. Ingatlah yang omma dengan appa ni sentiasa sayangkan yeon. Arrasso? Annyeong princess appa."

"Jaga diri tau yeon. Jangan lama lama sangat tenangkan diri tu. Nanti bos marah. Ok bai." Gurau puan min.

Namun begitu, di sebalik pintu bilik tersebut jiyeon duduk di atas katilnya sambil memeluk kedua dua lututnya.

Matanya yang sembab tidak pula dihiraukan malah matanya setia melihat gambar gambarnya bersama jimin. Mana mungkin dia boleh move on begitu sahaja. Dia tidak pernah terfikir untuk mencintai jejaka lain selain jimin. Dan kini, lelaki itu telah membuangnya.

Kehidupan memang kejam.

🌴🌴🌴

"Tu orang yang ke lapan belas kook reject. Omma dah tak tahu nak recommend siapa kook."

"Diorang tu depan omma berlakon je. Diorang tu jenis kikis kikis la omma. Kook tengok sebelah mata pon tau. Bersepah orang macam tu ma. Omma harap je la calon kesembilan belas ni boleh diterima. Omma pun satu. Siasat betul betul perangai dia. Family dia apa semua. Haa. Tengok, kook dah bebel. Ni once in a blue moon occasion tau. Bukan kaling kaling."

"Bukan kaling kaling konon. Kamu lah yang paling kuat bebel antara semua ahli keluarga kita tau. Tak sedar diri betul anak aku sekor ni."

"Kook pulak yang kena. Ha omma teruskanlah misi mencari menantu omma. Kalau kook nampak dia okay, omma pon suka, peluang untuk kook cakap ya tu memang ada. Ha, cepat omma. Cari yang kesembilan belas cepatt. Teruskan perjuangan." Sorak jungkook.

"Oo.. cabar omma eh? Omma akan pastikan calon yang kesembilan belas ni kamu setuju. Kamu tengok lah. Omma akan cari yang terbaik. Biasanya aura kesembilan belas ni lain macam. Kalau kamu reject jugak, biarkanla omma menua tanpa ada cucu di sisi. Hiksss hiskss." Kata puan jeon sambil pura pura menangis.

"Eh eh macam tu pulak. Yela yela. Kook akan terima calon omma yang kesembilan belas. Tapi omma kena pastikan la dia memang yang terbaik untuk kook. Omma tak nak tengok kook bercerai berai kan?"

"Iye. Omma tahu lah apa yang omma buat."

--

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top