10 🌴

Enjin dihidupkan dan tali pinggang keledar dipakai. Mata jiyeon ligat memerhati reka bentuk dalam kereta mewah si jungkook nih. Walaupun dia bekerja sebagai doktor, dia masih belum mampu beli kereta mewah. Doktor baru kan, pengalaman kenala cari lebih kalau duit pun nak lebih.

Tidak lama kemudian figura kediaman jeon itu menghilang dari pandangan. Jom kita shopping!

"Jiyeon." Panggil jungkook tanpa memandangnya kerana matanya hanya tertumpu pada jalan raya.

"Ye." Sahut jiyeon.

"Jimin tu boyfriend kau eh? Yang sejak sekolah tu eh? Kau still dengan dia lagi eh? Korang tak pernah putus lagi eh? Kau ni jenis setia eh?" Soal jungkook tiba tiba.

Muka jiyeon berkerut. Aik? Mana si jungkook ni tau. Setahu dia tak ramai pon yang tahu dia ada boifren ni.

"Banyak betul 'eh' kau. Annoying pulak. Betulla tu. Jimin tu bf aku sejak sekolah menengah sampai sekarang. Kitorang tak pernah putus and yes aku setia orangnya kalau tak aku dah pergi cari boyfriend lain dah. Eh, kook. Mana kau tahu aku ada boyfriend ni?"

"Taehyung cakap. Dah lama dah. Masa tu aku tengok wayang dengan dia. Dia kata dia jumpa kau dengan bf kau masa dia tunggu aku." Jawab jungkook tenang.

"Oh yeke?" Jiyeon cuba mengingati peristiwa tersebut. Nampaknya betullah apa yang jungkook cakap. Rasa malu pulak tiba tiba. Masa tu dia budak hingusan. MESTI BURUK.

"Yeon. Dah sampai dah ni. Jom turun."

🌴🌴🌴

"Puan jeon pesan beli lebih sikit daripada biasa sebab kau dah balik. Eii mesti kau ni makan banyak en?" Usik jiyeon selepas membaca list yang dihulurkan oleh puan jeon.

"Halah. Dah nama pun laki. Metabolisma tinggi so kenala makan banyak. Lagipun aku makan banyak aku tak gemuk. Makin berotot adalah. Makin hensem dan makin menggoda. Giteww." Balas jungkook kepada jiyeon. Jiyeon pula sekadar menayang wajah jijik kepada jungkook.

"Tch, makin menggoda konon. Girlfren pun takde." Balas jiyeon pedas.

"Ei. Aku bukan nak goda girlfren. Aku nak goda bini aku nanti. Aku tak nak girlfriend sebab aku takut nanti kalau aku dah putus ngan dia pastu aku kahwin dengan orang lain, nanti kesian pulak bini aku kena naya sebab ex aku nak aku. Aku kan handsome. Mesti ada yang nak aku balik. En? Kalau ikut cerita klishe macam tu lah en? Tu pendirian aku sejak dulu. Kau petau."

"Kau bukan main yakin ek? Kau memang fikir macam tu. Cuba kalau bini kau yang banyak ex boifren. Playgirl ke en? Nanti kau yang yang kena. Padan muka." Balas jiyeon.

"Eish. Kalau macam tu aku cari la perempuan set set macam kau."

"Asal macam aku pulak?"

"Tak lawa. Bila tak lawa ofc la dia tak mampu nak jadi playgirl en? Kalau dia ada ex pun, mesti ex dah tak nak dia balik. Settle." Jawab jungkook dengan pintarnya.

"Tch. Kau cakap aku tak lawa la ni?" Lidahnya ditolak ke pipi kanannya. Ada yang nak kena ni. Rambut Jungkook yang menolak troli di sebelahnya itu ditarik kuat. Melepaskan geram la katakan.

"Aduh, sakit odoo. Lepaslah eishh." Pinta jungkook dengan suara yang tertahan. Yela kalau tak nanti satu supermarket ni pandang. Tak ke jatuh saham dia nanti? Tangan jiyeon cuba ditarik menjauhi kepalanya namun tiada guna.

Jiyeon hanya mengendahkan pintaan jungkook. Ha amek kau. Tadi hina aku kan? Tangannya beralih pula ke sideburn jungkook lalu ditarik.

"Yah! Min JiYEOn!"

--

Sebenarnya masa sekolah rendah dulu cikgu aku denda orang dengan tarik sideburn tapi sebagai perempuan yang bertudung, tudung aku yang jadi senget eii.

Double update sebab aku ada test add math yey 🙃

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top