07 🌴

7 years later...

Jungkook mencapai kunci keretanya. Dia berniat untuk menjenguk ibu bapanya setelah 3 bulan dia tidak melawat memandangkan dia sibuk dengan kerjanya.

Nasib baik ibu bapanya memahami keadaannya. Dia tidak mahu mereka berasa kecewa kerana dia sudah lama tidak pulang ke rumah di mana dia membesar.

Beg kecil yang berisi bajunya dibawa. Alang alang balik, kita tidurla semalam dua. Enjin kereta dihidupkan lalu dia meneruskan perjalanannya ke rumah ibu bapanya yang terletak di busan dari rumahnya di daegu.

🌴🌴🌴

Pintu rumah agam itu dibuka perlahan lahan. Yelah, dia datang ni pun tak bagi tahu parents dia. Sesurpris la katakan.

Langkahnya diaturkan ke bahagian dapur kerana dia yakin, ibunya pasti berada di situ.

"Omma!" Jerit Jungkook sebaik sahaja nampak figura ibunya.

"Eh, Koookkk! Kenapa nak datang tak cakap. Kalau tau tadi omma masak lebih. Makanan dah habis dah." Bebel puan jeon sambil mengacau air kopi yang dia sedang sediakan.

Jungkook terus melangkah ke arah ibunya dan memeluknya dari belakang. Rindunya kat omma ni.

"Omma janganla risau. Kook dah makan tadi. Kook rasa kook stay sini dua tiga hari. Omma tak kisah kan?" Tanya jungkook yang masih memeluk ibunya yang gigih membuat kopi. Susah ada anak manja ni.

"Buat apa nak marah? Ha nah ni hantar kat appa dekat atas." Kata ibunya sambil menghulurkan dulang yang berisi secawan kopi, semangkuk bubur nasi serta beberapa biji ubat.

"Eo? Appa sakit ke omma? Kenapa tak bagitau kook?"

"Ala orang tua.. biasa la tuh. Lagipun kitorang tak nak kacau kook kerja. Tak serius pon. Appa dah ok haritu. Cuma harini dia tak larat."

"Omma, kalau sakit bagitau je kook. Kook takut tau benda benda macam ni. Omma dengan appa lagi penting la dari kerja kook. Pergi hospital tak?" Bebel jungkook.

"Eish, bebel pulak dia nih. First time appa tak sihat tu pergi klinik je. Lepastu tak pergi dah. Appa upah private doctor sebab takde sape nak drive pergi hospital. Kim ahjussi  mintak cuti nak jaga isteri dia. Baru lepas operate. Dah dah pergi hantar  tu kat appa. Kang sejuk kopi dia tu."

"Nae omma." Balas jungkook lalu mengatur langkah ke bilik ayahnya.

"Appa.. kook dah balik." Kata jungkook sebaik sahaja membuka pintu.

"Anak appa.. aigoo. Rindunya dekat kook. Tengok appa sampai dah tak sihat sebab rindukan kook tau. Hahahaha. Terharu tak?"

"Appa.. janganla cakap macam tu. Kook rasa bersalah. Disebabkan kook rasa bersalah, kook nak suapkan appa. Boleh tak?"

"Ish tak payah la. Appa ni bukannya budak kecik. Tak payah tak payah."

"Tak nak. Kook nak suap jugak. Heheh"

"Ceh, baik tak payah tanya tadi."

🌴🌴🌴

Setelah tuan jeon selesai makan ubat, jungkook turun ke tingkat bawah untuk menghantar semula dulang.

Ding dong~

Loceng rumah tersebut berbunyi menandakan ada seseorang yang sedang menunggu di luar rumah.

Disebabkan dia seorang sahaja berada di bawah, dia melangkah ke arah pintu. Namun, sebelum itu dia melihat gerangan yang tiba tersebut melalui skrin yang terletak di sebelah pintu tersebut.

"Eo? Min Jiyeon?"

--

Comment la sikit aku bosan ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top