40(Finale)
Ting!
Nara segera bangun dan berjalan ke arah ketuhar. Dia tersenyum bila melihat kek cawan yang dibakarnya naik dengan elok. Dengan penuh berhati-hati, dia mengeluarkan tray berisi kek-kek tersebut setelah memakai sarung tangan.
"Mesti Ayden suka," ujarnya sambil tersenyum.
Setelah menghantar Ayden ke tadika, dia keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barangan basah dan juga bahan untuk membuat kek cawan. Sebelum ini, dia pernah bekerja di salah satu kafe hotel yang berada di pulau itu dan dia tidak pernah ada masa untuk membuat manisan tersebut buat anaknya.
Jadi bila dia sudah berhenti kerja, masa yang ada memang digunakan sebaiknya untuk membuat sesuatu untuk anaknya Ayden.
"Agaknya Irene Unnie pun mesti suka," ujarnya lagi.
Semalam Irene menelefonnya. Memberitahu yang dia dan suaminya akan ke Jeju untuk mengambil passportnya yang disimpan di rumah itu. Mereka berdua akan ke Paris untuk berbulan madu.
Nara kemudian ke peti sejuk lalu mengeluarkan buah-buahan dan coklat yang dibelinya tadi. Dia mahu menghias kek-kek cawan tersebut. Baru sahaja dia ingin ke sinki, loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang.
"Irene Unnie? Bukan sepatutnya malam ni ke dia sampai?" soal Nara pada diri sendiri.
Namun kakinya tetap juga melangkah untuk membuka pintu.
"Unnie, awalnya-,"
Nara terkedu melihat Jeno yang berdiri di hadapan pintu sebaik sahaja dia membukanya.
"Jeno,"
Lelaki itu tidak bersuara tetapi hanya memandangnya. Dan dalam sekelip mata, Nara merasakan tubuhnya dipeluk erat oleh Jeno. Dia dapat merasakan kehangatan tubuh lelaki itu dan ianya membuatkan dirinya begitu selesa.
"Aku rindukan kau," ujar Jeno bila pelukan sudah dileraikan.
"Jeno-"
Jeno menolak tubuh Nara perlahan dan menutup pintu rumah. Sisi wajah Nara dipegang dan bibir Nara terus diciumnya. Nara langsung tidak menolak sebaliknya dia perlahan mengikut rentak lelaki itu.
"Mianhei," ujar Jeno bila ciuman tadi terlerai.
"Maaf untuk?" soal Nara perlahan.
"Sebab tak pernah bagitahu kau yang aku sayangkan kau, cintakan kau,"
Nara terkedu mendengar itu.
"Aku sayangkan Naeun. Tapi tu dulu, sebelum apa yang jadi malam tu. Malam yang Appa tampar kau sebab kau bergaduh dengan Naeun. Aku cium kau malam tu sebab hati aku rasa lain sangat masa tu. Bukan macam sebelumnya setiap kali aku dengan kau. Tapi aku bodoh sebab tak luahkan pada kau. Aku bodoh sebab buat kau terus ingat yang aku cintakan Naeun. Kalau aku bagitahu kau lebih awal, mesti kita takkan berpisah macam ni," luah Jeno panjang lebar.
"Jeno ah,"
"Jung Nara, maafkan aku boleh?" pipi Nara diusap.
Dan Nara yang melihat kesan mata Jeno yang basah itu mengangguk perlahan.
"Aku pun nak minta maaf," ujar Nara.
"Saranghae Jung Nara,"
"Nado saranghae Lee Jeno,"
Dan mereka kembali merapatkan wajah mereka.
.....
"Macam mana kau-arghh, sakitlah," Nara menggosok dahinya yang baru dijentik oleh Jeno itu.
"Kan dah janji tak nak guna aku kau dah," ujar Jeno selamba.
"Habis tu nak guna apa?" soal Nara.
"I You?" Jeno mengangkat sebelah keningnya.
"Euww, tak nak lah," tolak Nara.
"Amboi, dengan Eric tu okay pula guna I You," ujar Jeno tidak puas hati.
"Okay, okay. Untuk Jeno semua boleh," ujar Nara.
"So, You nak tanya apa tadi?" soal Jeno.
"Macam mana You boleh tiba-tiba terfikir nak datang sini? Siap berpakat dengan Irene Unnie lagi,"
Ya. Nara baru mendapat tahu Irene hanya menipunya bagi memastikan dia tidak ke mana-mana dan berada di rumah.
"Naeun. Dia bagitahu I yang You ceritakan semuanya pada dia,"
"Apa yang dia cerita?" soal Nara sambil memandang Jeno.
"Dia cakap yang You sayangkan I. And You lari malam tu sebab You takut perasaan sayang You makin kuat. Betul ke?"
Nara mengangguk perlahan.
"I nampak You peluk Naeun dekat dapur malam sebelum kita kahwin tu. And I rasa macam I memang tak patut hancurkan hubungan korang berdua,"
Jeno mengeluh perlahan. Tangan Nara ditarik agar lebih rapat padanya.
"Mianhei. Kalau lah I bagitahu You dari awal yang I dah mula sayangkan You-,"
"Hish, dah lah. Janganlah salahkan diri You. I pun salah sebab tak terus terang tentang perasaan I," pipi Jeno diusap.
"Boleh I tahu bila You mula ada perasaan pada I?"
Automatik senyuman di wajah Nara hilang.
"Aik, kenapa tiba-tiba blushing ni?" soal Jeno sambil tersengih.
"Cepatlah cakap," Jeno memeluk bahu Nara yang terdedah itu.
"Hmm, sejak malam yang You temankan I tidur tu," ujar Nara.
"Oh," Jeno mengangguk.
"Sayangnya masa kita terbazir dengan bergaduh je," kata Jeno lagi.
"You lah. Suka sangat sakitkan hati I. Semua benda I buat semua salah kat mata You," ujar Nara.
"Mianhei,"
Nara memandang Jeno.
"I tahu I kasar dengan You selama ni. Selalu tarik tangan You, paksa You jawab soalan I-,"
"Suka kiss I sesuka hati, sentuh badan I. Hmm, lagi apa lagi eh?"
"Yaa!" Jeno mencubit pipi Nara yang sedang cuba mengenakannya itu.
Nara ketawa perlahan.
"Jeno ah, nak tanya lagi,"
"Satu jawapan, satu kiss,"
"Tch, gatal," bahu Jeno dicubit.
"Eleh cakap orang. Ni, bukan sebab You gatal ke kita ada kat atas katil ni. You goda I kan tadi?"
"Bila masa I goda You? You yang tiba-tiba angkat I naik atas," ujar Nara tidak berpuas hati.
"You yang tak nak lepaskan I tadi. I bawa lah naik bilik terus," balas Jeno.
"Dah lah, malas lah layan You," Nara berura ingin turun dari katil.
"Okay, okay. Cepat, tanya apa yang You nak tanya," lengan Nara ditahan.
Nara tersenyum lalu kembali menyandar di bahu suaminya itu.
"Hmm, kenapa selama empat tahun ni You tak buat tuntutan penceraian atau cari perempuan lain? Empat tahun tu lama kan? You tak sunyi?" soal Nara.
Soalan itu sudah lama ingin ditanyakan pada Jeno.
"Betul nak tahu?"
Nara mengangguk.
"Sebab I yakin yang You akan balik pada I. Tak kisah lah kalau You lari jauh mana pun, lama mana pun. I yakin You akan balik pada I," ujar Jeno sambil memandang tepat ke anak mata Nara.
Nara tersenyum sebelum dia mencium bibir Jeno sekilas.
"I nak ikut You balik Seoul," ujar gadis itu.
"Kalau You tak cakap pun I akan bawa You. I tahu tempat ni banyak bagi kenangan pada You, tapi I perlukan You di sisi I. I perlukan Ayden,"
"I dengan Ayden pun perlukan You," ujar Nara.
"Lagi satu, surat haritu. You memang sengaja ke apa?"
"Ah yang tu salah si Yujin tu. Dia tersalah envelope,"
"Yujin? Dia tu yang-,"
"Dah. Jangan nak ungkit lagi tentang dia. I dah pecat dia dah," kata Jeno.
"Okay, I pun tak nak lah cerita tentang dia. Buat sakit hati je kalau ingat,"
Jeno tersenyum. Dia menunduk dan mencium bibir isterinya itu. Baru sahaja tangannya ingin menolak selimut yang sejak tadi menutupi tubuh mereka, Nara meleraikan ciuman mereka dan menahan tangannya.
"Wae?" soal Jeno.
"Ayden. Kita kena ambil dia dari tadika," ujar Nara sambil tersengih.
"Ah, dah pukul 12 eh?" Jeno bangun dari pembaringannya.
Jam di meja sisi katil dijeling sekilas. Lagi sepuluh minit sebelum masuk pukul 12 tengahari.
"I nak mandi," Nara menarik selimut untuk menutup badannya sebelum dia turun dari katil.
Jeno melihat isterinya itu berjalan ke pintu kamar mandi. Dan sampai sahaja di situ, selimut dilepaskan dari tubuhnya dan dengan laju dia masuk ke kamar mandi.
Jeno tersenyum nakal sebelum dia ikut berjalan ke sana. Pintu bewarna coklat tersebut diketuk.
"Wae? I baru je masuk kan," Nara terjengul di sebalik pintu yang dibuka sedikit.
"I takut Ayden tunggu lama. So, nak jimatkan masa, apa kata I join You?"
Nara tersenyum nipis. Dia kemudian kembali menghilang namun pintu itu tidak ditutupnya. Dan Jeno dia tersenyum lebar lalu ikut melangkah ke dalam sana.
~The End~
Sorry kalau ending tak menarik. Kalau ikutkan macam nak panjang lagi, tapi takut nanti jadi sinetron pula. So terimalah ending ini.
Thank You for reading guys. Jumpa di next fic❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top