37
"Mama,"
"Ya sayang?" Nara memandang Ayden.
"Ni, ada surat,"
Ayden menghulurkan sampul surat bersaiz A4 di tangannya.
"Mana Ayden dapat ni?" soal Nara.
"Dekat bawah pintu. Tak tahu siapa yang letak,"
"Gomawo sayang," kepala Ayden diusap.
Ayden kemudiannya terus berlari ke ruang tamu untuk menyambung aktiviti mewarna bukunya.
Nara pula, dia duduk di kerusi meja makan. Sampul surat tersebut dibuka. Dan dokumen di dalamnya dikeluarkan.
Bibirnya diketap bila melihat petisi penceraian di dalam itu. Semuanya sudah lengkap di bahagian Jeno. Hanya perlu dia sahaja menandatangani dokumen itu.
"Lagi satu ni apa?" satu lagi dokumen diperiksa.
"Lee Jeno penipu!" nafasnya turun naik menahan marah.
Dokumen itu diteliti lagi sekali. Dan dia memang tidak salah. Itu memang surat tuntutan hak penjagaan anak dari Jeno.
"Kau memang tak guna Jeno,"
Dokumen-dokumen tadi dimasukkan kembali ke dalam sampul surat. Telefon bimbitnya dicapai dan dia cuba mendial nombor telefon lelaki itu.
Panggilannya langsung tidak bersambut kerana telefon lelaki itu tidak aktif.
"Ayden!"
Nara berjalan ke ruang tamu.
"Kenapa Mama?" soal Ayden.
"Mama ada hal sikitlah kat luar. Hmm, kalau Mama hantar Ayden dekat rumah Halmeoni, boleh tak?" soal Nara lembut.
"Boleh! Ayden rindu nak main dengan baby Yein!" ujar Ayden teruja.
Nara tersenyum.
"Okay, Ayden kemas barang-barang Ayden ni dulu. Lepas tu masuk bilik, tukar baju. Okay?"
"Okay Mama!"
Ayden bangun dan mengemas barang-barangnya lalu dia berlari ke arah bilik.
Nara tersenyum nipis melihat telatah anaknya itu.
"Mama akan pastikan kita takkan berpisah sayang,"
.....
"Encik Jeno okay?"
Jeno yang sedang menandatangani dokumen di hadapannya itu mengangkat kepalanya sedikit.
"Okay je Yujin," balas Jeno.
Sedangkan hakikatnya kepalanya rasa sakit. Dia sendiri kurang pasti akan puncanya. Kerana itu dia mengambil cuti hari itu.
Dan setiausahanya Yujin, datang ke rumahnya memandangkan ada dokumen penting yang memerlukan tanda tangannya dengan segera.
"Tapi Encik nampak macam tak okay," ujar Yujin.
Dia dari tadi perasan lelaki itu seperti menahan rasa sakit.
"Kepala saya sakit. Tak tahulah sebab apa," ujar Jeno akhirnya.
"Encik nak saya callkan doktor?" soal Yujin risau.
Jeno menggeleng.
"Tolong ambilkan ubat tahan sakit dekat dapur boleh? Dengan air sekali,"
Jeno menyandarkan kepalanya di sofa.
"Okay, sekejap," Yujin bangun dan segera ke dapur.
Sempat dia memuji dapur milik Jeno yang nampak kemas itu. Setelah menjumpai apa yang dicarinya, dia kembali ke ruang tamu.
"Encik,"
Yujin melihat Jeno yang sudah memejamkan mata itu. Dia meletakkan gelas berisi air kosong dan ubat yang diambilnya tadi di atas meja kecil di hadapannya. Kemudian dia duduk di sebelah Jeno.
"Kesian Encik, ada isteri pun macam tak ada. Tengoklah sekarang, Encik sakit pun sorang-sorang. Nasib baik ada saya," Yujin tersenyum nipis.
"Yujin," Jeno membuka matanya bila dia merasakan ada sentuhan pada lengannya.
"Encik Jeno dah okay? Saya bawakan ubat ni," Yujin menyentuh bahu majikannya itu.
Jeno cuba untuk duduk dengan betul sebelum dia mengambil ubat dan gelas yang dihulurkan Yujin.
"Gomawo," ucapnya perlahan.
Yujin tersenyum. Dia melihat ada kesan air di tepi bibir lelaki itu dan dengan beraninya, dia mengelap air tersebut.
"Yujin,"
Jelas, Jeno terkejut dengan perlakuan Yujin itu.
"Encik berehatlah, saya temankan,"
Yujin menolak Jeno agar bersandar kembali ke arah sofa.
"Awak baliklah Yujin. Waktu pejabat pun dah nak habis," ujar Jeno.
"Kan saya dah cakap saya temankan Encik," Yujin merapatkan kedudukan mereka.
"Yujin ah," Jeno menolak tangan Yujin yang memegang lengannya.
"Saya tahu Encik sunyi sebab isteri Encik tinggalkan Encik kan? Jadi biar saya yang temankan Encik,"
Jeno mula tidak selesa bila tangan Yujin menyentuh dadanya dan gadis itu juga makin rapat dengannya.
"Balik Yujin," ujar Jeno.
Kalau bukan kerana sakit di kepalanya, memang dia sudah menengking Yujin. Setiausahanya itu tiba-tiba bersikap pelik pula pada hari tersebut.
"Saya temankan Encik. Jangan risau, lepas Encik tidur, saya baliklah. Lagipun kalau saya balik sekarang, jalan tengah jammed,"
Jeno mengeluh perlahan. Matanya hampir terpejam gara-gara terbuai dengan tangan Yujin yang mengusap rambutnya.
"Yujin awak-,"
"Encik, please. Berehat je diam-diam. Okay?"
Jeno merasakan tangan Yujin mengusap pipinya. Dan dia terlalu tidak larat untuk menolak tangan itu.
"Saya temankan Encik hari ni," suara Yujin kedengaran lagi.
Yujin tersenyum bila melihat Jeno yang makin tertutup matanya itu. Dia menanggalkan cardigan di tubuhnya dan meninggalkan blouse tanpa lengannya sahaja.
"Saya dah lama tunggu waktu-waktu macam ni. Akhirnya, saya dapat juga luangkan masa berdua je dengan Encik,"
Yujin memeluk erat lengan Jeno yang sudah tertidur itu. Kepalanya dilentokkan di dada Jeno dan sebelah lagi tangannya memeluk tubuh majikannya itu. Dan dia juga mula memejamkan matanya.
Jangan risau, Yujin ni jadi nyamuk je kat sini. Saje nak panjangkan sikit cerita😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top