36
"Tidur kat sini je lah Nara, Jeno,"
Nara yang sedang mendukung Ayden itu memandang Jeno sekilas. Mereka sekeluarga baru sahaja pulang dari majlis resepsi perkahwinan Irene. Jeno dan Nara ke rumah Tuan Jung terlebih dahulu sebelum mereka semua menaiki kereta yang sama untuk ke sana.
"Betul cakap Omma kamu tu. Lagipun dah lama kamu berdua tak bermalam kat sini," ujar Tuan Jung pula.
"Mama, Ayden nak tidur," Ayden merengek perlahan.
"Ayden pun dah mengantuk tu. Masuk je lah," arah Puan Lee.
Nara akhirnya terpaksa bersetuju dan berjalan masuk ke rumah. Jeno hanya mengikut dari belakang.
"Kesiannya cucu Halmeoni. Pergi naik tidur ya sayang," Puan Lee sempat mencium pipi Ayden sebelum dia dan suaminya naik ke atas.
"Oh ya, Jeno. Aircon bilik kamu tu rosak Ahjuma kata. Kamu tidur dalam bilik Nara je lah nanti," suara Puan Lee kedengaran dari tingkat atas.
Nara yang mendengar itu mengetap bibirnya. Tanpa menghiraukan Jeno, dia terus berlalu ke tingkat atas dan masuk ke biliknya.
"Mama,"
"Ya sayang?"
Ayden yang baru diletakkan di atas katil itu dipandang.
"Nak susu," ujar anak kecil itu.
"Okay. Mama pergi buatkan. Ayden tunggu sekejap," kepala Ayden diusap.
Baru sahaja dia ingin bangun, pintu bilik dibuka dari luar. Jeno melangkah masuk dengan botol susu di tangannya.
"Ayden ni Papa bawakan susu," Jeno terus mendapatkan Ayden.
Botol susu tersebut diserahkan kepada Ayden dan dia duduk di pinggir katil sambil memandang wajah anaknya itu.
"Pergilah tukar baju tu. Aku boleh tengokkan Ayden," kata Jeno.
Nara bangun dan menuju ke meja solek. Perhiasan yang dipakainya ditanggalkan dan diletak di situ. Beg tangan miliknya dicapai dan dia mengeluarkan make up remover dan mula mencuci solekan nipis di wajahnya.
Setelah siap dia ke almari pakaiannya dan mengambil baju tidur beserta tuala untuk mandi. Sempat dia menjeling sekilas Jeno yang masih bersama Ayden di katil.
Nara masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Dan baru dia sedar sesuatu.
"Macam mana aku nak buka zip kat belakang ni?" bibirnya diketap.
Gaun yang dipakainya malam itu mempunyai zip di bahagian belakang. Tadi pun Ayden yang membantunya dengan berdiri di atas kerusi untuk menarik zip tersebut.
"Naeun dengan Omma mesti dah tidur," rungutnya tanpa sedar.
"Takkan aku nak minta tolong Jeno pula,"
"Tapi kalau bukan dia, siapa je lagi yang boleh tolong?"
Nara mula berjalan mundar-mandir di dalam kamar mandinya itu.
"Tapi, dia bukannya tak pernah tengok badan aku pun,"
Nara menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Pintu kamar mandi itu dibuka juga akhirnya.
"Jeno,"
Lelaki yang sedang berdiri di tepi katilnya itu memandang ke arahnya. Nampaknya Ayden sudahpun tertidur dan Jeno sepertinya sudah bersedia untuk keluar dari situ.
"Kenapa?" soal Jeno.
"Nak minta tolong bukakan zip," ujar Nara.
Perasaan malu cuba ditepisnya.
"Okay," Jeno berjalan ke arahnya dan ikut masuk ke situ.
Nara kembali berdiri di hadapan sinki dan Jeno di belakangnya. Dia menundukkan kepalanya bila lelaki itu mula menarik turun zip di bahagian belakang gaun yang dipakainya.
"Dah," ujar lelaki itu.
Nara pantas memusingkan badannya dan menghadap Jeno. Sebelah tangannya menahan gaun tersebut dari melorot jatuh.
"Lagi nak minta tolong apa?" soal Jeno.
"Takde. Gomawo Jeno ah," balas Nara.
"Betul ni? Tak nak aku tolong mandikan sekali?" soalnya.
"Yaa!" bahu Jeno dipukul perlahan.
"Pergi keluar," tubuh lelaki itu ditolak.
"Nara, aku pun belum mandi tau," Jeno tersenyum mengusik.
"So? Yang rosak dekat bilik kau tu aircon kan? Bukannya saluran paip. Dah pergi sana!" tubuh Jeno berjaya ditolak keluar.
"Gila," sempat Nara mengutuk Jeno sebelum dia melurutkan gaunnya dan mula melangkah ke pancuran air mandi.
Setelah hampir lima belas minit, dia akhirnya keluar dari kamar mandi dengan lengkap berpakaian tidur. Dilihatnya Jeno sedang menukar pakaian Ayden dan mengelap badannya dengan tuala basah.
"Buat apa?"
"Tukarkan baju dia. Takut tak selesa," balas Jeno.
Nara hanya mengangguk dan berlalu ke meja solek. Rambutnya disisir rapi. Bila dia berpaling semula ke arah katil, dia melihat Jeno sudahpu berbaring di sisi Ayden.
"Mwoya?"
"Rasanya kau dengar Omma cakap apa tadi," ujar Jeno sambil membetulkan selimut di badan Ayden.
"Bilik tetamu kan ada," ujar Nara sambil dia masih berdiri memandang lelaki itu.
"Buat apa tidur kat bilik tetamu kalau boleh tidur kat bilik isteri sendiri," balas Jeno lagi.
"Tidur je lah. Ayden ada kat tengah-tengah ni kan. Bukannya aku boleh buat apa-apa dekat kau pun," kata Jeno.
Nara akur dan naik juga ke katil setelah mematikan lampu utama bilik tersebut.
Dia berbaring dan memeluk tubuh Ayden yang berada di antaranya dan Jeno itu lalu matanya dipejamkan.
Jeno menjeling isterinya sekilas dan sebuah senyuman terukir di bibirnya. Tangan Nara yang memeluk Ayden itu digenggam dan dia turut memejamkan matanya.
"Apa ni?"
Dapat dirasakan Nara mencuba untuk menarik tangannya.
"Shh, jangan bising. Nanti Ayden terjaga," ujarnya dan dia makin mengemaskan genggaman tersebut.
Nara akhirnya hanya membiarkan. Akibat kepenatan, mereka berdua akhirnya tertidur dengan kedua tangan yang bertaut erat itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top