18

Four Months Later

Nara keluar dari keretanya dan berjalan masuk ke dalam restauran di mana dia berjanji untuk makan tengahari bersama bapanya itu.

"Cik," seorang pelayan menghampirinya.

"Jung Nara. Tempahan bawah nama Tuan Jung Jehoon," ujarnya.

"Baik, sila ikut saya,"

Dia mengikut langkah pelayan tersebut ke ruang makan yang tertutup. Setelah pelayan itu pergi, dia membuka pintu dan melangkah masuk.

"Nara," Puan Lee yang pertama menegurnya.

Dia tersenyum nipis sebelum mengambil tempat di sebelah ibu tirinya itu, dan berhadapan dengan Jeno.

"Pelik. Selalu tak pernah pun makan kat luar macam ni," ujarnya.

"Appa nak raikan kamu bertiga sempena dah berjaya tamatkan pelajaran," ujar Puan Lee.

Mereka semua mula menikmati makanan yang dipesan oleh Tuan Jung tersebut.

"Kamu dah mula apply kerja Nara?" soal Tuan Jung.

"Dah. Tengah tunggu diorang panggil untuk interview je. Adalah dalam dua tiga company,"

"Baguslah,"

Nara hanya diam tidak membalas. Dia begitu menikmati makanannya sehinggalah penyepit makanan dia dan Jeno berlaga sewaktu keduanya cuba mengambil kepingan daging bakar.

Nara mengangkat wajahnya memandang lelaki itu sebelum dia menarik tangannya. Buat pertama kalinya dalam tempoh empat bulan, dia kembali berada dekat dengan lelaki itu.

Setelah kejadian di apartmentnya malam itu, Jeno tidak lagi menganggunya. Nara sendiri pun memang sangat jarang pulang ke rumah keluarga mereka. Dia benar-benar ingin mengelak dari lelaki itu. Jika terserempak di universiti pun, dia akan cepat-cepat melarikan diri.

"Appa ada sesuatu nak beritahu,"

Tuan Jung yang sudah selesai makan bersuara. Nara dan yang lain juga sudah selesai menjamu selera mula memandang ke arah ketua keluarga itu.

"Apa dia Appa?" soal Naeun.

Tuan Jung berdehem perlahan dan dia memandang isterinya. Puan Lee kemudian membuka beg tangannya dan mengeluarkan sesuatu lalu diberikan kepada anak-anaknya.

"Wow, invitation card," Nara menyambut sampul putih tersebut.

"Siapa yang nak kahwin?" dia mengeluarkan kad yang nampak sangat eksklusif rekaannya itu.

"Appa," suara Naeun kedengaran.

"Mwoya? Lee Jeno dan Jung Nara?" tangan Nara bergetar perlahan.

"Appa dengan Omma dah berbincang. Kami akan satukan kamu berdua," ujar Tuan Jung tenang.

"Appa, no! Nara tak nak kahwin dengan Jeno!" kad tadi dihempas ke atas meja.

"Kamu nampak kad tu kan? Tengok tarikh kat situ. Lagi seminggu je. Appa tak terima sebarang penolakan," kata Tuan Jung.

Nara kemudian memandang Jeno. Dilihatnya lelaki itu cuma diam dan tidak bersuara sedikit pun.

"Yaa, Lee Jeno. Kenapa kau nampak tak terkejut langsung?" soalnya.

"Nara," Puan Lee menyentuh lengan gadis itu.

"Kau dah tahu ke tentang ni Jeno?" soalnya.

"Nara, aku-,"

Dia memandang Naeun pula. Kembarnya itu hanya menunduk.

"Nonsense. Ini semua gila. Appa dengan semua orang memang pentingkan diri. Tak pernah nak fikirkan pendapat Nara!" dia bangun dan mencapai beg tangannya.

"Nara!"

Jung Nara terus berlalu keluar dari bilik itu. Jeno ikut bangun selepas itu.

"Jeno pergi kejar dia," dia meminta diri.

Kakinya laju berjalan keluar dari situ. Dia segera mengejar Nara yang sudah keluar dari restoran dan ke tempat parkir kereta dan gadis itu terus masuk ke dalam keretanya lalu memandu keluar dari situ. Jeno dengan segera ke arah motosikalnya dan mula menghidupkan enjin lalu mengejar kereta milik Nara.

Sehinggalah sampai di satu jalan yang dikelelilingi oleh pokok dan kelihatan sunyi, dia berjaya memintas kereta Nara dan berhenti di hadapan kereta gadis itu. Topi keledarnya ditanggalkan dan dia terus turun dari motosikalnya.

Nara juga sudah keluar dari keretanya dan berjalan ke arah dia.

"Kau memang tahu tentang perkahwinan bodoh ni kan?" soal Nara.

Jeno mengangguk.

"Appa beritahu aku tiga bulan lepas,"

"Mwo? Tiga bulan lepas? Habis tu kenapa tak bagitahu aku?" Nara memandang Jeno tajam.

"Kau yang jauhkan diri kau dari aku Nara. Kau nak salahkan aku pula?" Jeno memegang bahu gadis itu.

"Okay. Yang tu memang salah aku. Tapi kau, kenapa kau setuju? Kenapa kau tak bangkang je niat Appa tu?" soal Nara.

"Sebab Omma. Kau tahu kan aku ni anak angkat je. Omma dah banyak berkorban untuk aku. Salah ke kalau aku nak balas jasa dia dengan tunaikan permintaan dia dan Appa?"

"Salah Jeno. Banyak lagi cara yang kau boleh buat untuk balas jasa dia. Bukan dengan perkahwinan bodoh ni," ujar Nara.

"Perkahwinan bodoh?"

"Ya. Semua ni terlalu mengarut. Aku tak boleh kahwin dengan kau. No, never. Beritahu Appa untuk batalkan semua ni, atau aku akan buat benda yang lagi bodoh dari semua ni," Nara berjalan ke arah keretanya kembali.

Jeno meraup wajahnya sebelum dia berjalan mengejar langkah Nara. Tangan gadis yang baru ingin membuka pintu kereta itu ditariknya menyebabkan Nara berpaling ke arahnya. Dia dengan pantas menolak tubuh Nara rapat ke keretanya dan dia mencium bibir gadis itu.

Nara mula memukul-mukul dada lelaki itu namun Jeno tetap tidak melepaskannya. Lama-kelamaan, Nara sendiri mula terbuai dengan perbuatan lelaki itu dan memejamkan matanya.
Bibirnya mula membalas ciuman Jeno dan tangannya memeluk erat leher lelaki itu.

"Jeno!"

Nara membuka matanya bila dia merasakan tangan Jeno mula menyentuh bahagian badannya yang lain. Dia melepaskan pelukan pada leher lelaki itu dan menolaknya.

Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Dia memandang Jeno yang masih menatapnya itu.

"Please, beritahu Appa yang perkahwinan ni tak patut diteruskan," ujarnya dengan nada sedikit lembut berbanding tadi.

Dia membuka pintu keretanya. Dan sekali lagi, Jeno menarik tangannya dan menutup pintu keretanya.

"Kenapa? Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?" soal Jeno.

"Sebab kau tak cintakan aku Jeno! Kau cintakan Naeun! Kau ingat aku bodoh ke nak kahwin dengan kau kalau kau cintakan kakak kembar aku?"

"Lagipun Naeun pun sukakan kau. Aku, aku terdengar dia berbual dengan kawan dia. Dan rasanya kalau kau kahwin dengan dia pun, takkan jadi masalah. Dia pun anak Appa juga," kata Nara.

Jeno tergelak sinis.

"Naeun cintakan aku? Kau Nara? Kau takde perasaan pada aku?"

"Aku? Kau gila ke? Kau sendiri tahu aku tak pernah sukakan kau dari dulu lagi," Nara membalas tatapan sinis lelaki itu.

"Seriously? Habis tadi tu apa? Hah? Kenapa kau kiss aku semula kalau kau takde perasaan pada aku? Atau sebab kau dah terbiasa kena kiss dengan lelaki-lelaki dekat Uni dulu. Lepas dah grad ni, dah takde lelaki nak layan kau, sebab tu kau lepaskan pada aku?"

"Jeno!"

Nara berusaha menahan tangisannya bila mendengar semua itu keluar dari mulut Jeno.

"Jawab Nara,"

"Yes. Memang pun. Aku balas kiss kau sebab aku ni kan perempuan murah. Macam yang Naeun dan kau fikirkan. So please, jangan perasan yang aku ada perasaan pada kau Jeno," tubuh Jeno ditolak kuat.

"Beritahu Appa untuk batalkan semua ni, atau aku betul-betul akan buat perkara bodoh,"

Nara terus masuk ke keretanya dan dia mula memecut laju dari situ. Meninggalkan Jeno seorang diri.

"Tak Nara. Aku takkan izinkan perkahwinan ni terbatal,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top