15
"Mana Jeno?" soal Tuan Jung.
Mereka sekeluarga sudah berada di meja makan untuk bersarapan. Hanya Jeno sahaja yang belum muncul.
"Dia takde kat bilik dia. Tak tahu lah ke mana pagi-pagi ni," ujar Puan Lee sambil menuangkan teh suam untuk suaminya.
"Ahjuma!" Tuan Jung memanggil pembantu rumah mereka.
"Ya Tuan," wanita separuh abad itu muncul dari dapur.
"Ahjuma nampak Jeno keluar pagi tadi?" soal Tuan Jung.
"Pagi tadi? Saya rasa semalam dia memang tak balik pun Tuan,"
Puan Lee dan Tuan Jung berpandangan sesama sendiri. Semalam mereka berdua makan malam di luar dengan kenalan Tuan Jung dan pulang sahaja mereka terus masuk ke bilik.
"Naeun, Jeno ada bagitahu dia ke mana?" soal Puan Lee.
"Takde Omma. Semalam Naeun pun dinner kat luar dengan kawan," ujar Naeun.
Dalam hatinya juga mula terfikirkan keberadaan lelaki itu.
"Haish ke mana lah dia pergi?"
Saat mereka sibuk memikirkan Jeno, pintu utama rumah itu dibuka dari luar.
Semua memandang ke arah gerangan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Jeno!"
Jeno berjalan ke arah meja makan.
"Kamu bermalam kat mana semalam?" soal Tuan Jung.
"Rumah kawan. Mianhei Jeno lupa nak bagitahu," lelaki itu menundukkan sedikit badannya.
"Kamu buat Omma kamu risau,"
"Mianhei Omma," dia memeluk bahu dan mencium pipi ibunya.
"Dah. Duduk makan,"
Jeno mengambil tempat di sebelah Naeun seperti selalu.
.....
"Awak rasa macam mana?"
"Saya tak tahulah Eunbin. Macam mana kalau sebenarnya-,"
"Dia bermalam dekat rumah perempuan lain? Itu yang awak fikirkan?"
Naeun mengetap bibirnya.
"Saya tak tahu. Dia memang cakap dia bermalam dekat rumah kawan dia. Tapi, saya rasa macam dia menipu,"
Eunbin ketawa di hujung talian.
"Awak dah mula nak sukakan dia juga eh Naeun?"
Automatik wajah Naeun berona merah.
"Awak juga yang cakap saya patut cuba. Lagipun awak tahu kan, saya memang betul-betul nak lupakan Hyunjin,"
"Ya, saya tahu. Kalau macam tu, baik awak tanya je dia terus terang. Dan awak bagitahu je dia yang awak nak cuba terima dia dan tengok macam mana hubungan tu nanti. Okay? Apa-apa, awak boleh call dan minta pendapat saya,"
"Baik Eunbin. Gomawo," panggilan ditamatkan.
Naeun bangun dari katil dan ke meja soleknya. Dia melihat dirinya yang mengenakan tshirt biasa seperti selalu ketika di rumah. Dia kemudiannya membetulkan rambutnya dan menarik nafas lalu melepaskannya perlahan.
Kaki diatur keluar dari biliknya dan kebetulan dia melihat Jeno di bawah sedang berjalan ke arah pintu gelangsar menuju ke kolam. Senyuman perlahan terukir di bibirnya
Dia menuruni tangga dan segera berjalan ke arah yang sama dengan Jeno. Dilihatnya lelaki itu sedang duduk di kerusi sambil tangannya memegang telefon bimbit. Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu.
Naeun kemudiannya berjalan ke arah lelaki itu. Dia cuba melihat skrin telefon milik Jeno namun lelaki itu menutupnya dan meletakkannya ke atas meja.
"Naeun,"
Dia membalas senyuman lelaki itu.
"Duduklah," Jeno memberi ruang untuk Naeun duduk di sebelahnya.
"Jeno, saya ada sesuatu nak beritahu awak,"
"Awak nak beritahu apa?" soal Jeno.
Dia memandang Naeun yang duduk di sebelahnya itu.
"Saya-,"
Drrttt!
"Sekejap,"
Jeno mengambil telefon bimbitnya.
Jung Nara
Gomawo untuk malam semalam.
Untuk breakfast juga.
Lepas ni jangan datang sini lagi.
"Tch, kiyowo,"
"Huh?"
Jeno menoleh ke arah Naeun.
"Eh, takde apa-apa," telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kembali.
"Beritahu lah,"
Naeun mengetap bibirnya sebelum dia tersenyum nipis.
"Jeno, awak ingat tak malam tu? Malam yang awak luahkan perasaan awak pada saya tu?"
"Saya rasa saya dah ada jawa-,"
"Naeun ah," Jeno memotong percakapan gadis itu.
"Tentang apa yang jadi malam tu, saya minta maaf. Boleh tak awak lupakan je apa yang saya cakap tu?" Jeno mengusap belakang lehernya.
"Apa maksud awak?" soal Naeun dengan nada suara bergetar.
"Saya rasa saya keliru dengan perasaan saya. Ya. Saya keliru. Sebab awak layan saya baik sangat sejak hari pertama saya dengan Omma saya masuk dalam keluarga awak. Saya sayangkan awak, tapi sebagai adik je," ujar Jeno.
"Tapi malam tu kita-,"
"Tentang apa yang hampir jadi tu, saya minta maaf," ujar Jeno dengan nada serba salah.
Naeun terdiam.
"Naeun, awak okay? Saya sakitkan hati awak ke?" bahu Naeun disentuh.
"Aniya," balas Naeun perlahan.
"Jeno, baguslah kalau awak cakap macam tu. Saya memang nak bagi jawapan yang saya takkan boleh terima perasaan awak tu. Awak kan abang saya. Saya sayang awak sebagai saudara tiri saya juga," Naeun mengukirkan senyuman palsu.
Jeno tersenyum mendengar jawapan itu. Tangannya mengusap kepala Naeun.
"Lepas ni, awak takkan kekok dengan saya kan?" soalnya.
Naeun ketawa perlahan.
"Tak mungkin lah. Nanti takde siapa nak jadi kawan saya kat rumah,"
Jeno ikut ketawa mendengar jawapan itu.
"Saya naik dululah. Nak siapkan kerja saya,"
Naeun bangun dan melangkah pergi dari situ.
"Apa yang ada dalam fikiran kau Lee Jeno?"
Rasa-rasanya kenapa Jeno macam tu?👀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top