01
"Omma, Nara nak ais krim,"
Kanak-kanak berambut pendek separas bahu itu memuncungkan bibirnya ke arah seberang jalan.
Puan Jung memandang. Dilihatnya ada penjual ais krim di seberang jalan sana.
"Sabar sayang, kita tunggu Appa dengan Unnie kamu," kepala si kecil berusia lima tahun itu diusap.
"Ala, tapi Nara nak sekarang. Nanti ramai orang, ais krim habis," Jung Nara mencebikkan bibirnya.
Puan Jung mulai buntu. Dia berpaling ke belakang iaitu ke arah restoran di mana mereka sekeluarga menikmati makan tengahari tadi. Namun bayangan suami dan anak pertamanya belum lagi muncul. Suaminya itu membawa Jung Naeun, iaitu kembar tidak seiras Jung Nara ke tandas.
"Omma," lengannya digoncangkan.
Dia memandang wajah Nara yang nampak suram itu.
"Okay sayang. Tapi Nara tunggu dekat sini sampai Appa dengan Unnie sampai. Okay?"
Nara mengangguk.
"Nara nak ais krim coklat dan vanilla untuk Unnie,"
"Baik sayang," Puan Jung sempat mencium puncak kepala anaknya itu.
Dia mula berjalan untuk menyeberangi jalan.
"Omma!"
Puan Jung berpaling.
"Ais krim coklat lagi satu untuk Appa!" jerit Nara.
Puan Jung mengangguk dengan senyuman.
"Baik sayang!" dia kembali meneruskan langkahnya.
"Nara, mana Omma?"
Nara memandang Tuan Jung dan kakak kembarnya Naeun.
"Tu, Omma beli ais krim," dia menunjuk ke seberang jalan.
"Kenapa tak tunggu Appa je? Omma kamu kan tengah sarat tu,"
Nara menunduk.
"Appa tak marah pun lah," Naeun memegang tangan adiknya.
"Appa pergi kat Omma. Kamu berdua tunggu di sini,"
Naeun mengangguk.
Tuan Jung berjalan untuk ke tempat isterinya. Saat itu juga Puan Jung sudah selesai membeli ais krim yang diinginkan puterinya. Dia terus melintas jalan dengan senyuman saat melihat suaminya sedang berjalan ke arahnya.
Namun entah dari mana, sebuah kereta dengan kelajuan maksimum tiba-tiba muncul meluncur laju di jalan itu. Puan Jung terhenti di tengah-tengah jalan.
"Sayang!" Tuan Jung memanggil isterinya itu.
Namun sudah terlambat, tubuh wanita yang sarat mengandungkan anak ketiganya itu sudah tercampak setelah dilanggar oleh kereta tadi.
"Sayang!"
"Omma!"
"Jung Nara!"
Nara membuka matanya. Dia automatik terbangun dari pembaringannya.
"Turun makan,"
Dia bangkit dari katil dan berjalan ke pintu kamar mandi untuk mencuci muka. Melihat si dia yang mengganggu tidurnya tadi masih belum bergerak dia memandangnya tajam.
"Keluarlah. Aku boleh turun sendiri," katanya dingin.
.....
"Makan Nara," Puan Lee meletakkan kepingan daging ke dalam mangkuk nasi anak tirinya itu.
"Gomawo," balas Nara perlahan.
Dia mula menikmati makanan malamnya itu dengan berselera memandangkan tenghari tadi dia cuma menikmati burger.
Matanya sempat memandang situasi di hadapannya di mana kakak kembar dan saudara tirinya berada.
Lee Jeno. Lelaki yang tua tiga bulan dari dia dan Naeun itu sedang meletakkan kepingan daging ke dalam mangkuk kembarnya itu. Naeun pula hanya membalas dengan senyuman.
"Macam mana dengan projek tahun akhir semua? Okay?" Tuan Jung bersuara.
"Okay je Appa. Naeun tak sabar nak habis belajar dan kerja dengan Appa. Kan Jeno?"
Jeno mengangguk.
"Jeno banyak belajar waktu praktikal dekat syarikat Appa haritu. Rasa tak sabar pula nak kerja betul-betul," kata Jeno teruja.
"Tch," Nara berdesis perlahan.
"Kamu Nara?"
Nara yang perasan dirinya mulai menjadi tumpuan itu berdehem kecil.
"Okay je," balasnya pendek.
"Kamu dah fikir nak apply kerja kat mana nanti?" soal Tuan Jung.
"Belum. Awal lagi lah Appa. Nantilah fikir," balasnya selamba.
Dia mencapai lagi kepingan daging lalu disuap ke mulutnya.
"Awal kamu kata? Lagi berapa bulan je kamu nak habis belajar. Ni lah, Appa suruh kamu ambil bidang business kamu tak nak. Nak juga ambil bahagian seni reka tu. Kalau tak, tak perlu susah-susah fikir. Boleh kerja terus dengan Appa,"
"Tak nak lah Nara ikut je cakap Appa macam Naeun tu. Lurus,"
"Jung Nara!"
"Nara ah,"
"Apa? Betullah kan? Naeun, kau betul-betul minat ke belajar business? Bukan dari dulu kau minat bahagian undang-undang ke?" Nara memandang Naeun.
"Naeun anak yang baik, dia dengar cakap Appa," kata Tuan Jung serius.
"Habis tu Nara ni anak yang tak baik lah?" soal Nara kembali.
"Yaa!" Jeno memandang gadis itu, memberi amaran supaya dia berhenti.
Namun Nara langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam itu.
"Kamu bukan anak tak baik. Tapi kamu tu degil. Keras kepala," kata Tuan Jung.
"Sayang," Puan Lee mengusap lengan suaminya untuk memenangkannya.
"Nara dah kenyang," mangkuk yang masih berisi separuh nasi itu ditolak.
"Nara, makanlah lagi. Belum habis nasi tu," Puan Lee menahan lengan Nara yang sudah berdiri itu.
"Takpe lah, Nara dah kenyang. Gomawo Omma,"
Dia terus berjalan pergi dari meja makan itu dan naik ke biliknya.
Hello I'm back! Another Lee Jeno's fanfic. Tak tahulah, tak boleh stop fikir pasal Jeno🙊 so terhasillah fic ini. Happy reading everyone❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top