BM26

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

sepi.

tiada yang berkata kata semasa berada di dalam kereta. justin masih fokus pemanduannya. tapi fikirannya pelik memikirkan perubahan drastik ella.

wanita itu termenung.

" oi perempuan" justin cuba memanggil. wanita itu hanya memandang sekilas. membuatkan lelaki itu melepaskan decitan kasar.

" kau pahal tibe macam ni?" soalan justin dihiraukan. cukup lelaki itu tidak puas hati. terus sahaja kereta dihentikan. mata justin mula tertumpu pada ella sepenuhnya.

" hey !" lengan ella ditepuk.

" APA ?!" wanita itu membalas kasar. dapat justin lihat, air mata ella yang laju mengalir deras membasahi pipi wanita itu. jantung lelaki itu mula berdegup dengan degupan tidak normal sebaik sahaja mereka bertentang mata.

" s-suka hati kaulah ! dah cukup baik aku tanya ! ish." terus sahaja justin menghiraukan wanita itu sendiri. pemanduan masih lagi diteruskan.

sejujurnya, lelaki itu cuba sedaya upaya untuk menumpukan perhatiannya kepada pemanduan. wajah ella cuba dihapuskan pada minda.

dia takkan jatuh cinta dengan wanita itu !

" justin."  panggilan itu membuatkan justin tersentak. mata masih lagi tertumpu pada pemanduannya.

" saya nak jungkook, hiks"

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" apa tujuan kita datang ke pulau ni sebenarnya ?"

" jeon jungkook." jimin tersentak. lantas lelaki itu ketawa terbahak bahak. membuatkan yoongi dan namjoon memberhentikan langkah mereka.

wajah dikerutkan.

" aku tak main main. seokjin yang bagitahu macam tu, aku sampaikanlah macam tu !" yoongi berdecit geram. kalau boleh, nak je dia luku kepala jimin ni.

" tempat ni ada kena mengena dengan jungkook ke ?" soalan namjoon membuatkan yoongi memerhati setiap pelosok terowong yang dimasuki mereka.

" i'm not sure. ikut je apa yang seokjin nak kita buat. lagipun—"

" AYY BODOH GELAP ! KARANG ADA MAKHLUK KITA KENA LAWAN MACAM MANA ?" suara jimin kuat kedengaran. namjoon dan yoongi memandang jimin dengan pandangan tidak puas hati.

" kau ni macam mana boleh masuk pasukan ni? gelap pun takut. ish !" yoongi berdecit kasar. langkah kakinya diteruskan masuk ke dalam lagi.

" ish, aku tak takutlah ! aku—"

kata kata jimin terhenti. gua yang mereka masuk mula ditutup perlahan lahan. itu membuatkan mereka tergamam sepenuhnya.

" shet, macam mana nak keluar nanti ?"

" eh kau punya pasal ni !"

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" hey, c-cukuplah menangis ! kau fikir aku tak semak ke dengar kau menangis ?" lelaki itu melepaskan amarah geram terhadap ella. cukup dia tak faham dengan wanita itu !

dan pada yang sama, air mata wanita itu membuatkan dia tidak suka.

" aku nak jungkook."

PAKK !

justin menepuk meja geram. lagi lagi nama lelaki itu yang disebut. yang sudah tiada lagi dimana mana mahupun dunia. rambutnya diraup kebelakang.

kakinya mula melangkah mendekati ella yang masih lagi teresak esak menangis di sofa sambil matanya lama merenung bingkai gambar jungkook.

bingkai gambar jungkook dicapai dan dicampak kuat.

membuatkan ianya pecah. ella tergamam.

" WHAT ARE YOU DOING ?!" jeritan amarah ella berserta tangisan langsung tidak dihiraukan justin. lelaki itu merenung tajam. cukuplah !

" macam mana kau nak relakan pemergian dia kalau setiap kali kau teringat, kau akan menangis ?"

" apa hak kau nak halang aku dari menangis rindukan dia ? kau takkan faham ! " mata yang penuh air mata itu merenung tajam ke dalam mata lelaki dihadapannya.

" you need to move on ! apa yang kau dapat kalau menangis dan meraung nakkan dia sedangkan jungkook tu dah mati ! kau langsung tak fikir pasal anak dalam perut kau ni !"

jari justin ditudingkan pada perut wanita itu. ella diam. tidak mampu dia berkata kata lagi. hatinya sakit. jujur dengan hati, dia memang tak dapat terima dengan tenang pemergian jungkook.

keluhan keluar dari mulut justin. perlahan lahan lelaki itu mendekati ella.

" cuba lupakan jungkook. air mata kau tak berbaloi untuk orang yang dah takde kat dunia ni" kata kata justin mengundang tangsisan ella supaya menjadi semakin teruk.

" haish, kau nak jungkook ? okay fine ! tell me how to be jeon jungkook !" tubuh wanita itu dipegang dan ditarik supaya menghadap wajah lelaki itu.

" you're not jeon jungkook. " lemah wanita itu menjawab. penat menangis dan melayan perasaan. dada justin ditolak perlahan supaya dirinya jauhkan jarak mereka.

" dan aku takkan jadi dia walaupun itu yang kau nak. jujur aku katakan, air mata kau buat aku entahlah. ish." jari lelaki itu mengesat air mata ella perlahan lahan.

dapat ella rasakan sisi lain yang tak pernah ditonjolkan justin. sisi yang hampir sama dengan jungkook, lelaki yang dicintainya itu.

tapi, dia taknak justin.

dia nak jungkook !

" a—aku.." perlahan lahan tangan sasa itu menarik ella ke dalam dakapannya perlahan lahan. wanita itu terpaku. air matanya deras mengalir.

degupan jantung lelaki itu mula berdetak tidak normal. keluhan dilepaskan. dia yakin, dia dah tersilap jatuh.

jatuh hati kepada wanita itu.

" lupakan jungkook. aku sedia gantikan dia"

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" haish !"

kepalanya disengetkan untuk melihat penjuru bilik. matanya menangkap satu benda yang membuatkan dia tersenyum kecil. terus sahaja langkah kakinya mendekati dinding .

dinding itu ditumbuk dua tiga kali. tangannya ditenung. sedikit luka langsung tak dapat menghentikan misinya keluar. wayar wayar yang mula memenuhi ruang matanya ditarik keluar.

" good. let's try it." pisau lipat dikeluarkan dari poket seluarnya. jarum digigit. matanya mula tajam melakukan sesuatu pada wayar wayar tersebut.

tujuannya satu, keluar dari bilik terkunci itu. dia tak patut berada di sini.

TING !

bunyi itu menandakan pintu mula terbuka perlahan lahan. sangkanya dia yang berjaya membuka pintu tersebut. senyuman yang baru sahaja terukir terus sahaja mati.

" aku dah agak. kau ni sikit pun tak boleh biar sekejap. pasti ada je kat kepala hotak kau tu cara nak keluar. memang masih sama." lelaki yang baru melangkah masuk itu mengundang rasa amarahnya.

" ish ! perlu ke kurung aku ? apa guna aku masih hidup kalau aku tak lindungi isteri aku ? lepaskan aku, hyung"

" TAK AKAN SESEKALI ! aku nak kau lek dulu. aku takut kau bertindak luar kawalan bila nampak muka taehyung. satu hari nanti kau keluarlah.

baik kau turun ikut aku ke bawah. practice balik skill lama dan baru. baru senang kau nak hadap taehyung tu, petik jari je !"

decitan keluar mulut dari lelaki itu. seperti yang anda fikir, dia jeon jungkook. hero kepada cerita ini.

MANA MUNGKIN DIA MATI !

sila maki diruang sebelah—.

" ARGH ! APA GUNA AKU KAT SINI TANPA BUAT APA APA SEDANGKAN NYAWA ISTERI AKU TERANCAM, SIAL ?" jerkahan jungkook langsung tidak membuatkan seokjin terkesan sedikit pun.

jungkook takkan dapat buat apa apa.

kalau dia keluar dari bilik ini pun, dia nak lari ke mana ?

mereka berada di pulau. jauh dari isteri lelaki bernama jeon jungkook itu.

" isteri kau akan selamat. kita bertindak bila masa tu tiba. by the way, jom ikut aku turun. kau pasti nak jumpa mereka"

" siapa ?"

" ceh, lupa pasukan dah ek ?"

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

justin, lelaki itu sudah tidak berkasar lagi dengan ella. pelik wanita itu dibuatnya. dia mula melihat sisi lain lelaki itu yang tak pernah ditonjolkan sebelum ini.

" ella !" panggilan dari justin membuatkan ella tersentak. lantas senyuman manis dia ukirkan.

seperti biasa, jantung justin pasti tidak akan berdegup normal seperti biasa. lelaki itu menelan air liur gugup. lantas senyuman kecil mula terukir.

" aku nak cakap"

" apa ?"

tumpuan ella mula dialihkan kepada kembar jeon jungkook itu sepenuhnya. justin melepaskan keluhan. tangannya mula mencapai tangan ella.

entah kenapa, ella juga berasa gugup.

" sudi ke kau benarkan aku jaga kau sampai mati dengan ikatan perkahwinan ?"

bersambung 🐣

ha ha ha ! padan muka 🐥

ha pilihlah, justin ke jungkook.

tags ❤️

Taeim_ Taesawit rawrrmints iamputr1 pieceofjimin savagesquirrel 💗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top