BM20

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" jungkook, tolonglah dengar cakap aku ! kau kena—"

" AKU TAKNAK !" lelaki itu menjerkah geram. langkah kakinya laju masuk ke dalam bangunan balai polis. niatnya satu, merepot tentang lelaki bernama kim taehyung.

nyawanya dan ella terancam. kerana itu jungkook semakin tidak sedap hati.

" DENGAR DULU, BODOH !" tangan jungkook direntap kasar. kini lelaki itu berhenti dan merenung wajah jimin tajam. jimin berdecit kecil. tangan jungkook ditarik keluar.

" sabar. kita belum tahu taehyung kat mana. lagipun, polis biasa bukannya cepat sangat. gunakan pasukan kita—"

" taknak. aku taknak nampak lemah depan korang semua. makin syok korang banggakan dia nanti" serta merta lelaki itu memotong.

matanya menjeling jimin sekilas.

" ini takde kena mengena dengan hal yang dah expired tu. forget about it jk. ella yang harus difikirkan. dia mengandung. target taehyung nak bunuh anak kau lepas tu nak miliki ella"

jungkook diam. matanya merenung kebawah. jungkook masih ego. tapi bila fikirannya masuk kepada ella, dia jadi lemah.

keluhan mula kedengaran.

" baik, aku kembali. tapi, jangan harap aku nak bergaul macam dulu" matanya menjeling sekilas.

jimin tersenyum senget.

" tak lama kook, tak lama. ego akan runtuh juga nanti"

" apa apa jelah" terus sahaja jungkook melangkah meninggalkan jimin berseorangan. dengan gelabah lelaki itu mengejar.

hampir sahaja dia terjatuh.

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" apa aku dapat kalau aku tolong kau ? kau nakkan ella dan aku tahu itu." wanita itu memeluk tubuhnya sendiri. sumpah hatinya sakit, mana mungkin dia lakukan !

taehyung menggulingkan biji matanya.

" buat jelah. susah sangat ke duh? cakap sayang aku" taehyung melabuhkan punggungnya disebelah elly. mata elly melirik ke sebelah lantas digulingkan.

menyampah.

" tolonglah. kau suka tengok aku bahagia ? lagipun, kuota lelaki empat. kau boleh jadi nombor dua" mata elly membulat. serta merta wajahnya memandang taehyung.

tapi jejaka itu hanya menunjukkan wajah selamba yang amat.

" aku taknak. aku sayang kau tae. kenapa ella jugak kau gilakan ?" soalan elly dibalas dengan decitan yang keluar dari mulut taehyung.

lelaki itu meraup rambutnya kebelakang.

" aku tak tahu. aku dah obses dengan dia. hanya dia, yang aku mahu. berapa pun wanita aku bersama, aku tetap akan fikirkan dia"

elly mengeluh berat. kenapa bukan dia wanita bertuah itu ? dia mahu taehyung gilakannya sebegitu.

" elly, tolonglah. kau nak aku merana ke ?" lelaki itu menayang wajah simpati. hati elly sakit melihat wajah sedih itu. dia tak sanggup melihat taehyung merana.

dia mengeluh.

senyuman diukirkan.

" okay aku tolong—"

" AKU SAYANG KAU !" terus sahaja wanita itu ditarik ke dalam dakapan lelaki itu erat. elly tersenyum tapi hatinya merintih sakit kesedihan.

cintanya pada taehyung mungkin akan terkubur begitu sahaja.

" tapi tae, kalau aku tertangkap macam mana ? kau nak lawat ke aku di penjara nanti ?" soalan mula keluar dari mulut wanita itu. matanya merenung taehyung lama.

lelaki itu tersenyum manis.

" mestilah !kau kan dah tolong aku" elly tersenyum tawar. fikir dia bodoh ? sudah pasti lagi sahih taehyung hanya menabur kata palsu.

" baguslah " wanita itu tersenyum manis memandang taehyung.

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" kita kahwin "

" awak, joyah baru je mati. rileklah dulu. awak ingat saya lari ke ?" aku tertawa kecil. secara tiba tiba jungkook masuk ke dalam rumah terus sahaja 'jom kahwin'. gila agaknya.

" tolonglah, sayang. hati aku tak enak. elok kita jalinkan dulu. apa apa jadi nanti mungkin lagi baik kalau kita dah sah" aku tersenyum tawar. benar, rasa tak sedap hati semakin terasa.

telatah jungkook pun makin pelik.

" iya, jungkook. tapi bila ?" aku menyoalnya. lelaki itu menguntumkan sebuah senyuman manis. hati aku dipagut rasa pilu. sekali lagi ia terasa seperti senyuman terakhir.

" esok" garfu ditanganku jatuh. aku menggelengkan kepala. mana mungkin secepat ini. sah, jeon jungkook naik sawan pada waktu petang begini.

" apa ? betul lah ni. aku tak main main. kita kahwin cepat, jom. " lelaki itu mengangkat keningnya. kerusi ditarik mendekatiku. aku menggelengkan kepala.

" minggu depanlah, kook. okay ?"

PRANG !

" TAK !" jungkook melepaskan sudu dan garfunya sehingga berlaga dengan pinggan dengan kuat. aku mengerutkan dahi. lelaki itu mula bangun dan melangkah meninggalkanku.

wajahnya masam mencuka.

haih, kenapa perlu merajuk ?

terus sahaja aku mengangkat pinggan kami dan diletakkan di dalam singki. kaki aku mula mengatur langkah mengikuti jungkook dari belakang.

lelaki itu mula menaiki tangga menuju ke bilik.

" jungkook, tunggulah saya" ucapku. langkahnya mula diperlahankan. nampaknya masih prihatin akanku. senyuman kecil aku ukirkan.

tangan jungkook dicapai.

lelaki itu menoleh. mata redupnya merenungku tiada perasaan.

" kenapa perlu esok ?" soalku. keluhan dari mulutnya mula kedengaran. aku mengetap bibir. kepala didongakkan memandang jungkook yang lebih tinggi.

" kau bayangkan, kau nak kita berkahwin minggu depan. tapi lusa atau esok, aku mungkin dah ditikam oleh taehyung ataupun mati dilanggar. menyesal tak ?"

mata aku mula bertakung. tak ! ini bukan apa yang aku mahu dengarkan. jungkook mengeluh.

tubuhku ditarik ke dalam dakapannya.

" sayang, aku bukan nak takutkan kau. tapi hati aku tak sedap. diantara kita mungkin akan meninggalkan diri salah seorang. dan aku tak nak benda tu berlaku tanpa ikatan antara kita. "

jungkook meletakkan kedua belah tangannya pada pipiku. air mata yang mengalir dihapuskan. senyuman kecilnya terbit.

" kita hanya manusia, sayang. apa apa mungkin berlaku. taehyung mungkin merancang untuk bunuh aku. ataupun tangkap kau terlebih dahulu"

lelaki itu menundukkan kepalanya. dadanya aku tumbuk kuat. teresak esak aku menangis.

" saya tak nak dengar benda tu ! saya taknak benda tu berlaku ! kita kahwin, hiks" jungkook memelukku erat. dagunya direhatkan pada bahuku.

" aku sayangkan kau" bisikan jungkook kedengaran tenang untuk didengari. aku mengetap bibir.

bagaimana keadaan aku jikalau tuhan takdirkan dia untuk pergi ? aku mungkin tak mampu. diri aku mungkin akan rebah. tolonglah !

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" laporan ?"

" oh, cik ella sudah lama berhubungan dengan lelaki itu. mereka mungkin sedang bercinta. dan juga, anak yang cik ella kandungkan itu anak dia" terang dan teratur laporan yang diberikan.

tuan kim merenung gambar jungkook yang mengesat air mata ella ditepi jalan. senyuman orang tua itu terbit.

" detail lelaki itu. ada ?" soalnya. pembantunya menganggukkan kepalanya sekilas.

" dia jeon jungkook. lelaki yang diupah untuk mengandungkan cik ella. tapi malangnya, lelaki itu sudah berhenti dari melakukan kerja tersebut dan saya pasti, kerana cik ella"

tuan kim menganggukkan kepalanya. tenang hatinya melihat anaknya dijaga elok. seorang lelaki telah menggantikan tempatnya. kasih sayang disemai elok. air mata ella disapu.

" oh ya maklumat tambahan. dia juga merupakan bekas nasional private police squad (N.P.P.S)  yang mahir segala benda. pangkatnya tinggi tapi, sebabnya keluar dari squad itu, tidak diketahui"

wajah tuan kim menjadi teruja.

" one of them ? nak masuk  sana pun susah dia lain macem. apatah lagi nak jadikan diri berpangkat dan mahir segala benda ? i'm sure. he's the one who can protect ella"

" kamu dah jumpa jodoh yang betul, ella"

" well tuan kim .dia sedang lakukannya"

" apa ?"

" lindungi ella dari kim taehyung"

bersambung 💫

tags

CANDYEONJUN- esuteruu- kanghanmin kkokksyah nischii_ jeonjeoniyera 💗

still with you jungkook punya sedap tu, lain macem kan ? 🙂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top