special chap ♡

| eunsang pov

"EUNSANG!! KAU SEPAHKAN DAPUR TAK RETI KEMAS KE SIOT?!"

Dah mula dah dia bersuara. Macam duduk dalam kem tentera pun ada.

"Ye sayang, saya tertumpahkan serbuk coklat tadi." kata aku sambil melangkah ke dapur. Memang nampak bersepah pun, dengan Hyeseul tetiba cekak pinggang depan aku. Wow, seramnya titew.

"Eeee, lain kali sapulah, ada semut nanti. Kang semut gigit dia melalak pula." kata Hyeseul. Eh dia ni sejak kahwin mulut non-stop membebel. Nak kena sumbat gochujang ke?

"Ala dia ni kesian dia.." pujuk aku sambil memeluk dia. Stress ke kak?

"Lain kali kemas tau. Saya penat tau tak."

"Saya tak tau awak penat thats why awak kena cakap awak penat. Baru saya tau." loyar buruk aku dah mai dah. Habislah aku satgi kena dengar leteran Lee Hyeseul.

Dia, sebelum bercinta, semasa bercinta, lepas berkahwin sama je; kuat membebel.

"Ish, loyar bughok pulak dia." katanya sambil cubit. Dia dengan cubit takleh berpisahlah. Ish, sedihnya aku.

"Takyahlah cubit. Sakit." acah acah merajuk. Mana tau dia nak cakap 'alalalala sayang kita sorry yee~'

Tapi,

"Ha, memang patut pun kena. Sebaiklah saya tak jadi cikgu. Kalau jadi cikgu, saya buli budak, bukan budak buli saya." balasnya.

It's time for merajuk. Hmph!

****

"Nak makan tak?" tanyanya. Aku buat tak tau dengan soalan dia. Dahlah marah aku, lepas tu cubit pulak tu. Fikir tak sakit ke?

"Awak, saya tanya ni.." tambah Hyeseul sambil menggoncang lengan aku. Aku ignore lagi kali ni. Tahan, Eunsang. Tahan. Jangan termakan dengan kelunakkan suara Hyeseul tu.

"Takpelah, awak tak sayang saya dah." Eh, cepatnya fed up sis. Selalunya selagi aku ignore dia pujuk sampai aku termakan pujuk rayu dia.

Ni dia fed up terus? Ni bini aku ke orang lain?

"Eh nak kemana tu?" tanya aku. Mana tau kot-kot dia patah balik nak bergurau dengan aku. Eeeeeeeeee bini aku pandai main tarik tali wuu.

"Pergi membawang, dengan jiran sebelah."

dah tambah satu dosa aku sebagai suami. hm..

15 minit kemudian~

"SAYANG!!!!!!!!!" weh sumpah weh tak lawaklah.

Aku membaca sticky note yang berada diatas meja makan. Hm mulalah rasa serba salah.

- kehadapan lee eunsang kuajo,

malam ni tarak makanan. sila pandang kat luar. nampak food truck en? pegi shopping kat situ. maid takde maid balik lombok. sekian.

daripada : binimu yang cantik.

"Kelaparanlah jawabnya." keluh aku.

****

|hyeseul pov

"Ehhh doktor datang sini kenapa?" tanya Dongpyo. Eh lah dia ni rajin betul ambik shift malam.

Tak takut hantu ke? HAHAHAHAHA.

"Merajuk dengan laki lagi ke kak?" tegur IU. Eh dia nilah sibuk betullah. Pergilah urus Jungkook kau tu.

"Takdelah, saje je datang. Nak tengok mayat."

Masing-masing muka pucat. Apahal ni? Aku jadi hantu ke?

"Unnie, Eunsang ada kat belakang unnie tu." kata Suzy sambil menunjukkan kearah belakang aku. Hm peduli apa aku, sikit-sikit merajuk.

Cakap Hyeongjun comel pun dia terus tersentap.

"Ala saka dia tu. Bukan orangnya." balas aku sambil membaca rekod kedatangan hospital.

"Noona, Dongpyo pergi dulu eh? Suzy, IU, jom."

Eh semua nak lari ni dah kenapa? Weh janganlah tinggalkan aku. Hm, nasiblah aku mulut celupar sangat tadi. Aku memandang kekiri dan kekanan wad.

Sunyi.

"Oh, marah kat saya eh?" Alamak, suara siapa tu weh. Eh siot betul siapa yang takut-takutkan aku ni. Eh aku ada taekwando. Kalau kena, dia mati kat sini jugak.

"Lama betul berfikir tu, tak rindu saya ke?" sepasang tangan memeluk pinggang aku. Ya Tuhan, ni hantu mana yang roh dia tak diterima bumi ni? Sumpah seram do even ni kat wad biasa perempuan pun rasa seram.

"Dahlah, jangan kacau aku boleh tak? Aku ada pendinding." balas aku.

"Aik, laki sendiri nak kacau isteri dia pun tak boleh ke?" tanyanya. Satu kucupan di pipi belah kanan aku dihadiahkan olehnya.

Bagilah Audi ke, iPhone Xs Max ke, best sikit. Ni kiss kat pipi cliche ah.

"Awak nak apa?"

"Jom balik. Dah tengah malam ni." ajaknya. Eleh tadi kemain merajuk. Ha baru tau aku ni kalau marah, memang marah betul.

"Tanak."

"Okay kalau tanak takpe. Kita tidur kat hospital." ajaknya.

Wow, tak pernah dibuat orang sepasang suami isteri tidur di hospital.

"Yelah, jomlah pergi makan. Nasib baik ada fastfood 24 hours." kata aku. Kang kebulur aku yang kena. Tak pasal-pasal orang cakap aku ni membunuh suami sendiri.

"Ehek, camni eeee geramnya!" katanya sambil cubit pipi aku. Weh, pipi aku ni limited janganlah pakai cubit sembarangan. Hm.. :')

"Esok tengok Baby nak?" tanyanya. Mata aku bersinar. Sumpah rindu kat Baby kitew.

Eh asal aku rasa aku sebut Baby kitew macam Sharifah Sakinah sebut eh ? Eh Eh Eh.

****

"Mama Hyeseul!!!!!!!!!" jeritnya lagak macam aku buat salah. Dia terus berlari dan mendakap aku. Wuuu, rindu sangat nampak gayanya.

"Mama, Baby rindu mama!!" katanya sambil memeluk aku. Alahai janganlah buat aku sedih.

"Ehem- papa angkat dia tanak rindu ke?" tanya Eunsang.

DIA NI SIBUKLAH!

"Rindu papa jugak!" balasnya sambil tersengih. Eeee comelnya.

"Eh Hyeseul, Eunsang masuklah. Kejap aku pergi buat air eh?" ajak Yoora. Eh lah dah jadi mak buyung rupanya. Adik baru. Wuuu~

Tetiba tu aku rasa seram dengan Yoora, sebab..

"YOHAN!!!! AWAK MEMBUTA LAGI KE TU? BANGUNLAH AWAKNYA!!! EUNSANG DATANG NI!!" jerit Yoora dari dapur.

"Hm, korang ni kawan baik pun memang spesis sama eh? Buat rumah macam kem askar?Hehehehe." tanya Eunsang sambil tertawa kecil. Eh lah dia ni kutuk aku nombor 1, aku jijak kepala tu kang ICU jawabnya.

5 minit kemudian..

"Sorrylah Yoora datang mengejut. Tadi ingatkan nak lawat Baby je, tetiba ada baby satu lagi." kata Eunsang.

"Ehh, ala takpe-takpe. Lagipun harinikan cuti apa salahnya." balasnya.

"Bape bulan tu?" tanya aku. Seramlah.

"Dalam 3 bulan camtu. Hehehehe, korang berdua je ke?" tanyanya. Dia memandang kearah kitorang.

Aik, aku bawak saka datang rumah Yohan ke?

"Kitorang berdua jelah. Kenapa?" tanya aku. Eh dia ni takkanlah mengandung ambik dadah wow.

"Ingatkan adalah kawan Baby tadi." katanya.

Kawan Baby?

"Oh, kitorang busylah sampai anak pun takde lagi. Takde rezeki." balas Eunsang.

Eh dia nilah kalau mulut tu tak lancang sangat tak boleh ke? Karang aku jahit mulut tu baru dia tau.

"Oh takpe-takpe. Korangkan bekerjaya so cari masa okay?" balas Yoora.

Wah, aku datang nak lawat Baby, tapi sekali tu dapat tips pe benda ni?

****

|eunsang pov

"Jauh termenung." tegur aku.

"Takdelah, rindu Baby." balasnya. Eh dia ni period ke? Asal takde mood semacam?

"Alahai janganlah camni." pujuk aku. Tapi baru nak tanya pasal jadual dia tetiba dia cakap..

"Hm, sayang awak." balasnya. Alahai dia ni nak sedih-sedih kenapa? Aku hanya memeluk dia bagi mengurangkan rasa sedihnya.

"Awak ni peliklah, pregnant ke?" tanya aku. Nah dia memandang aku tanpa berkedip. Aik aku lepaskan das tembakan ke? Tetiba dia tersengih.

"Takdelah. Mana ada. Nanti kita usaha sesama. Tanak cakap kotor." balasnya. Eh lah eeee comel tau tak rasa nak gigit pipi tu.

"Yelah, nanti kita honeymoon okay?" Dia mengangguk. Eleh nak tipu tak reti cover. Apa ni..

Dia dah pregnant dah. Hm suka tipu kita.

"Kenapa ni? Takleh tidur ke?" tanya aku. Dia mengangguk. Alahai dia ni manja sangat pun ish.

"Okaylah. Saya peluk okay? Kesian baby rindu papa eh?" kata aku sambil memeluk Hyeseul dari belakang. Dia terkejut.

"Oh dah tau eh?" tanyanya. Ish kalau bukan sebab omma aku tak call petang tadi confirm aku tak tau pun dia pregnant. Hm nak nangislah. Umur dah 24 tahun tetiba jadi ayah. Uwu.

"I'll take care of you and our precious. That's my promise." balas aku sambil mengucup ubun kepalanya. Sweet tak? Ehek.

"I love you."

"I love you too to the moon and never comeback." ☀

****

the end

a/n:
happy 1k readers! thank you ! ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top