43-LOLIPOP

Selepas sahaja selesai sarapan pagi, mereka masuk ke bilik masing-masing. Mereka rancang mahu jalan-jalan ke shopping mall.

"Sayang..."panggil Ryan.

Isya menoleh ke belakang.

"Nak apa?"tanya Isya.

"Meh sini, duduk sebelah..."kata Ryan sambil menepuk tempat disebelah dia.

Isya pun berjalan ke katil lalu duduk disebelah Ryan.Dia memandang wajah Ryan.

"Awak nak apa?"tanya Isya lagi.

"Takde apa,saja panggil... Nak manja dengan isteri"kata Ryan.

"Malas"kata Isya sambil memeluk tubuh.

"Sayang merajuk lagi ke? Sorry..."kata Ryan.

"Werk! Malas nak layan"merajuk Isya.

Ryan menarik kedua belah bahu Isya menghadapnya.

"Janganlah merajuk sayang, nanti tak comel..."pujuk Ryan.

Isya mencebik bibir.

"Biarlah"balas Isya.

"Alolo... Baby, baby... Tengok mama baby merajuk ni, buruk kan mama merajuk?"kata Ryan sambil mengusap perut Isya.

"Mengadu lebih"kata Isya.

"Betul apa? Baby pun kata"balas Ryan.

"Mana ada"kata Isya lagi sambil mengecilkan matanya.

"Eleh... Tak payah merajuk sayang, malu baby tengok mama dia merajuk... Meh sini peluk"pujuk Ryan lagi lalu mendepakan tangan.

Isya masuk ke dalam dakapan Ryan. Ryan mengusap rambut halus Isya perlahan-lahan lalu cium.

"Jangan merajuk ya sayang"kata Ryan.

"Hmm"balas Isya sambil memeluk erat Ryan.

Dia suka berada didalam pelukan Ryan, rasa tenang je.

××××

Airyn berjalan sambil tangan dipimpin oleh Ryan, manakala Aira dan Isya jalan bersebelahan. Ryan melihat mereka berdua semakin akrab. Alhamdulillah.

"Aryana, cuba awak tengok kedai baby tu... Cantiklah baju baby,"kata Aira sambil menunjuk kearah kedai barangan baby di hujung sana.

Isya memandang kearah yang ditunjukkan oleh Aira.

"Ha'ah la... Cantik,"balas Isya yang juga tertarik melihat kedai barangan baby itu.

"Jom masuk sana,"ajak Aira lalu menarik tangan Isya.

"Jom"balas Isya.

Ryan dan Airyn ditinggalkan jauh di belakang. Manakala mereka laju ke depan. Ryan yang melihat gelagat mereka, mengeleng kepala.

"Ni lah jadinya bila ada dua isteri, lepastu satu kepala... Aku dengan anak dibiarkan. Ceh,"gumam Ryan sendirian.

"Papa... Papa... Kenapa mama dengan mommy laju sangat?"tanya Airyn yang dipimpin tangan olehnya.

"Mama dengan mommy teruja kot nak dapat adik baru untuk Airyn..."balas Ryan sambil senyum.

"Ouhh..."

Ryan dan Airyn melangkah masuk kedalam kedai barangan baby itu. Dia melihat satu bakul dah penuh barang baby yang dipegang oleh Aira. Tak sampai berapa minit.

"Aira... Yang mana comel? Ni ke ni?"tanya Isya sambil menunjuk dua helai baju baby yang berwarna oren dan pink.

"Ermm... Warna pink tu comel"kata Aira sambil tangannya diletakkan dibawah dagu.

"Kan... Saya pun"balas Isya.

Ryan yang sedang duduk dikerusi bersama Airyn melihat saja. Biar jelah.

"Dedua hantu warna pink, bagi pilihan antara oren dan pink... Memang pink la jawapannya,"gumam Ryan perlahan.

Mana taknya, dulu waktu Aira mengandung dekat Airyn... Semua barang baby warna pink. Warna lain langsung takde. Peminat warna pink!

"Sayang intan permata berdua, berapa banyak nak beli? Ke nak saya tolong belikan dengan kedainya sekali..."perli Ryan.

Mereka berdua memberi jelingan maut kepada Ryan. Gulp!

"Shut up!!"kata mereka berdua.

Hambik kau, kena sebijik. Kacau sangat perempuan tengah syok shopping.

"Haha... Gurau jelah, belilah berapa banyak nak... Jangan pulak balik rumah nanti tanya saya nak letak mana semua barang tu sudah,"kata Ryan sepintas lalu.

Bahagia kan kena palau? Nanti bila kat rumah baru cari aku.

"Papa... Airyn hungry..."mengadu Airyn.

"Alolo... Anak papa lapar, Airyn nak makan apa?"tanya Ryan.

"Airyn ... Airyn nak- Lolipop!"kata Airyn bersungguh.

"Airyn makan lolipop kenyang ke?"tanya Ryan saja menguji.

"Kenyang!"balas Airyn.

Tadi waktu masuk shopping mall, ada kedai orang jual coklat. Ryan nampak Airyn asyik pandang arah lolipop yang warna warni. Ni mesti dia nak benda tu, tu kata lapar.

"Tanya mama dulu, mama bagi ke tak,"kata Ryan.

Aira memang tak bagi Airyn makan gula-gula lolipop. Dia kata rosak gigi.

"Hmm... Mama tak bagi Airyn makan gula-gula lolipop, mama kata nanti gigi Airyn rosak..."kata Airyn sambil cebik bibir, tanganya bermain dengan hujung baju.

"Mama memang tak pernah bagi Airyn makan ke lolipop?"tanya Ryan.

Airyn mengeleng.

"Ada... Sekali je,"balas Airyn.

"Airyn nak Lolipop?"tanya Ryan.

Bersinar mata Airyn mendengarnya.

"Nak!"balas Airyn.

"Okey, papa boleh bagi Airyn lolipop tapi Airyn kena janji dengan papa satu perkara... Boleh?"kata Ryan lagi.

"Okey,"balas Airyn.

"Airyn kena dengar cakap mama, benda yang mama tak bagi tu... Bukan sebab mama tak sayang Airyn ke apa... Tapi sebab sayang mama tak bagi, Airyn kena ingat tau."kata Ryan.

"Airyn akan sentiasa ingat,"balas Airyn.

"Bagus. Jom kita pergi beli lolipop"kata Ryan lalu mendukung Airyn.

Ryan pergi kearah Aira, lalu memanggilnya.

"Sayang,"panggil Ryan.

Aira menoleh kearah Ryan.

"Haa... Ye. Awak nak apa?"tanya Aira.

"Saya dengan Airyn nak pergi kedai dekat tingkat bawah sekejap, kalau dah siap pilih apa semua. Guna kad ni bayar,"kata Ryan lalu menghulurkan kad kreditnya kepada Aira.

"Ouh... Okey. Nanti saya dengan Aryana pergi kat awak,"kata Aira.

"Sayang tahu ke saya dekat mana?"tanya Ryan lagi.

"Ala... Takpe, saya cari jelah..."kata Aira lagi.

"Okeylah, kalau sayang cakap macamtu... Saya pergi dulu"kata Ryan lalu berlalu pergi.

Aira menyambung belek pakaian baby. Macam dia pula yang mengandung, beria semacam hehe... Sama naik dengan Isya.

"Ryan pergi mana tu?"tanya Isya yang datang ke Aira.

"Dia nak pergi kedai dekat tingkat bawah dengan Airyn,"balas Aira.

"Nak beli apa?"tanya Isya lagi.

"Tak tahulah dia. Takde cakap pulak"kata Aira lagi.

"Ouh..."

"Dah cukup dah ni, banyak dah"kata Isya sambil memandang ke dalam 2 bakul letak barang baby.

"Jomlah pergi bayar"kata Aira.

Setelah selesai bayar semua barang, mereka pun keluar dari kedai itu dan berjalan pergi ke lift. Mereka turun ke tingkat bawah.

Mereka berjalan-jalan sambil mencari kelibat Ryan dan Airyn, sambil itu melihat kedai dan butik pakaian.

××××

Airyn yang duduk di atas riba Ryan, gembira dapat makan lolipop yang dia nak.

"Papa nak rasa?"tanya Airyn sambil menunjukkan lolipop.

"Nak sikit,"balas Ryan.

Ryan menggigit sedikit lolipop yang diberi oleh Airyn.

"Sedap, ada kacang dekat dalam"kata Ryan yang sedang mengunyah.

"Ha'ah,"balas Airyn sambil menyambung makan lolipop.

Tetiba telefon Ryan berbunyi didalam poket seluar. Dia mengeluarkan telefonnya lalu angkat panggilan dari Aira.

"Hello, awak dekat mana?"

"Saya ada dekat depan kedai Lolispop, sayang ada dekat mana? Dah habis beli ke?"

"Hah!? Lolispop?? Tu kedai coklat kan!!"

"Ha'ah , kenapa, sayang?"

Ryan memandang Airyn yang berada diatas ribanya, apabila Airyn mengadu sesuatu.

"Pa-pa... Airyn..."kata Airyn tersekat-sekat.

Aira yang turut mendengar suara Airyn dari dalam telefon, terus menutup panggilan.

"Airyn okey tak ni?"tanya Ryan yang melihat anaknya pelik semacam.

"Air-Airyn... Sesak nn-nafas"balas Airyn dengan reaksi macam orang tak boleh bernafas.

Dari jauh Ryan mendengar suara Aira menjerit sambil berlari kearahnya dengan Isya.

"AIRYN!!"jerit Aira separuh mati lari pergi ke tempat Ryan.

Aira duduk dihadapan Airyn, lalu mengangkat wajah anaknya yang sudah merah menyala.

"Airyn! Airyn!"panggil Aira sambil menepuk perlahan pipi anaknya.

"Selamatkan Airyn! Bawak dia pergi hospital Ryan!!!"kata Aira yang sudah pucat wajah.

Ryan mengangkat Airyn lalu berlari menuju ke pintu keluar, diikuti Aira dan Isya di belakang.

Mak buyung pun ikut lari, takut orang sekeliling melihatnya. Serupa macam orang tak mengandung dia lari.

-----

Don't Forget To Vote And Comments...

Ps: Sorry late update again.. bell terlalu buzy tahun ni, tak sempat. Sorry '))

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top